Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Tuesday, December 28, 2010

50 Ahli PKR Cabang Puchong keluar Parti

kelu
Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kawasan Parlimen Puchong di Pangsapuri Enggang (BK6) lumpuh apabila 50 ahlinya mengisytiharkan keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Sebahagian besar daripada mereka merupakan pemimpin masyarakat pangsapuri yang paling berpengaruh di situ yang diketuai oleh saudara Azhar B. Musa.
Katanya, semua yang meninggalkan parti akan menyertai UMNO dan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Barisan Nasional (BN).
''Kita sudah bosan dengan janji kosong pemimpin PKR Negeri Selangor dan Cabang Puchong berlagak pandai dan cakap tak serupa bikin.
"Sudah 3 tahun kami terpedaya, kini kami tak mahu lagi diabaikan," Pemimpin Pakatan Rakyat hanya tahu menambah duit poket sendiri dan mengkayakan kroni mereka sahaja..mereka sebenarnya tidak ikhlas membantu rakyat..mereka mengangap rakyat ini sebagai sampah..bukanya ketuanan rakyat seperti yang mereka laung2kan..katanya ketika ditemui pemberita Sinar Harian selepas menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Pengerusi BN Parlimen Puchong, Dato' Dr Mohamad Satim B Diman pada majlis pemimpin bersama rakyat di Pangsapuri Enggang BK 6 , Kawasan DUN Sri Serdang.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages