gambar diambil dari PerakToday
Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang baru-baru ini mencetuskan kontroversi memasuki surau dan memberi taklimat dan sumbangan tanpa menutup aurat, telah pon meminta maaf. Yang peliknya, PAS bermati-matian mempertahankan tindakan Teo walaupon beliau telah meminta maaf. Bermacam-macam alasan diberi, segala hadis dan macam-macam lagi digunakan oleh PAS untuk mempertahankan tindakan Teo.
PAS sepatutnya menasihatkan Teo supaya lebih beradab apabila berada di surau atau masjid. Tetapi yang menghairankan ialah, PAS sebaliknya menyalahkan UMNO dalam isu ini dan mereka mempertahankan tindakan Teo Nie Ching. PAS juga harus menegur kesilapan AJK surau yang membenarkan perkara ini berlaku dan seharusnya mereka ini harus juga meminta maaf kepada semua umat Islam atas kesilapan mereka ini. Namun, masalah bagi orang yang angkuh untuk meminta maaf dan mereka fikir mereka sudah pandai agama dan tak bisa lakukan kesilapan. Meminta maaf hanya akan memalukan diri mereka.
Bohonglah kalau si kafir yang sememangnya ahli Parlimen sanggup masuk ke surau beri sumbangan dan taklimat tanpa didorong keinginan politik. Begitu juga dengan PAS, mempertahankan tindakan Teo ini juga adalah bermotif politik, bukanlah untuk dakwah Islamiah semata-mata. Umat Islam sekarang adalah umat yang berilmu, dan mereka lebih memahami apa yang tersirat, tak perlulah mereka-mereka ini berdolak dalik. Apa yang diucapkan lain dari yang dibuat, sama sahaja macam ketua mereka iaitu Anwar Ibrahim yang tak lama lagi akan menyambut ulang tahun ke-2 penipuan 16 September.
Sedangkan, sebelum dari itu, DAP baru sahaja menolak pendirian PAS untuk menubuhkan negara Islam dan menyatakan bahawa itu bukan perjuangan pakatan rakyat. Namun, PAS masih boleh pula merelakan dan MEMPERTAHANKAN orang dari parti DAP yang memang tidak bersetuju dengan negara Islam dan hukum hudud untuk masuk ke dewan surau tempat muslimin sembahyang tanpa menutup aurat dan berkebaya sendat. PAS dianggap seperti kerbau dicucuk hidung, mudah untuk ditarik ke sana ke sini, dan gagal dalam memperjuangkan apa yang mereka sering laung-laungkan di ceramah-ceramah mereka.
Apabila melihat perjuangan PAS sebegini, mudah diperlekeh dan mudah diperkudakan, tak dapat nak dibayangkan dimana letaknya perjuangan sebenar PAS. Adakah mereka ini benar-benar ingin memperjuangkan Islam? Atau hanya ingin kan kuasa semata-mata? Semoga mereka diberi petunjuk oleh Allah S.W.T di bulan Ramadhan yang diberkati ini.
No comments:
Post a Comment