Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Thursday, July 29, 2010

Kerjasama UMNO & PAS: Angkuhnya PAS yang tak sedar diri


PAS, atau parti Islam Se-Malaysia, sebuah parti yang memperjuangkan Islam. Dikenali juga dengan parti dibawah kepimpinan ulama, dan parti yang bertunjangkan quran dan sunnah...pendek kata PAS adalah parti yg sememang Islam. Kalau kita ambil definisi Islam itu sendiri yang bermaksud, aman dan damai, apatah lagi isi kandungan agama Islam yg merupakan ad-din (cara hidup) yg mempromosikan kedamaian dan keharmonian untuk pengabdian diri kepada Allah SWT, PAS sewajarnya mengamalkan nilai-nilai cintakan kedamaian, permuafakatan dan mematuhi segala perintah dan menjauhi larangan Allah.

Isu yang sedang hangat sekarang ialah isu rundingan UMNO-PAS yang diterangkan oleh Mufti Perak Datuk Harussani. Apabila rundingan antara 2 pihak yang bertelagah, kadangkala ada syarat yang dikemukakan oleh mana-mana atau kedua-dua belah pihak. Cuba kita lihat syarat yang dinyatakan oleh PAS untuk berunding dengan UMNO.Antara yang menyatakan syarat-syarat itu ialah, Mursyidul Am PAS, Dato Nik Aziz, dan Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan -

Syarat dari Nik Aziz:

1. (2010)"Ketika ditanya mengenai pandangan berkenaan, Nik Abdul Aziz berkata:

"Bagaimanapun tegasnya, UMNO perlu mengubah dasar parti itu kepada Islam berbanding dasar kebangsaan yang diamalkan sekarang sekiranya mahu bergabung dengan
Pas."[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0714&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm]


2. (2010)“Pada saya, kalau Umno tukar dasarnya daripada Melayu kepada Islam, maka Umno boleh bersama PAS dalam Pakatan Rakyat. Bila Umno boleh bersama PAS atas dasar Islam, orang Islam makin kuat dan politik Melayu bertambah kukuh,” katanya. [http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/nik-aziz-cabar-umno-tukar-nama-dasar-sertai-pakatan/]

Bermakna, PAS meletakkan syarat supaya UMNO tukar dasar kepada Islam. Ok, fine.

Syarat dari Nasruddin Hassan pula:

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin - (2010)"5. UMNO hulur dan tawarkan perpaduan kepada kita . Saya sarankan agar kita [ PAS ] tidak perlu menolak tawaran itu . Terimalah tawaran untuk perpaduan ummah kerana kita tidak mahu perpecahan , tetapi kita WAJIB letak syarat iaitu Islam . " [http://episodeperjuangan.blogspot.com/2010/07/perpaduan-melayu-pas-tidak-perlu.html]

OK..itu adalah syarat yang PAS letak pada UMNO, jika mahu bergabung atau bekerjasama dengan UMNO

Ini syarat dari UMNO pula, seperti yang dinyatakan oleh Presiden UMNO, Dato Seri Najib:

(2010)"Umno sentiasa bersikap terbuka untuk mengadakan sebarang perundingan dengan PAS yang menjurus kepada perpaduan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, Najib yang juga Presiden Umno berkata rundingan perpaduan itu mestilah dibuat tanpa pra syarat."

[http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=514555]

Ada syarat??Tiada pra-syarat. Simple, senang, tiada dolak-dalik.

Cuba kita lihat pula apakah syarat-syarat yang PAS letak, untuk bekerjasama dengan DAP. Harus diingat, sebelum PRU-12, tiada pon Pakatan Rakyat, PAS hanya membuat manifesto bersama PKR, dan tiada pon DAP dalam Pakatan Rakyat pada ketika itu. Kerjasama PAS dan PKR dengan DAP hanya berlaku selepas pilihanraya umum ke 12. Syarat-syarat yang pernah PAS nyatakan untuk kerjasama dengan DAP ialah:


1) (2007)"PAS masih membuka pintu kerjasama dengan DAP dalam pilihanraya umum akan datang dengan syarat parti itu menerima prinsip negara Islam PAS, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan itu berkata, PAS sama sekali tidak akan menggadai prinsip Islam semata-mata untuk bekerjasama dengan DAP."[http://www.malaysiakini.com/news/68084]

Syarat yang dinyatakan adalah lebih kurang sama dengan apa yang Nik Aziz beri kepada UMNO untuk kerjasama. Adakah DAP menerima syarat tersebut dan menerima dasar Islam dan prinsip negara Islam PAS?Tidak.

Sebaliknya, DAP mengarahkan PAS untuk tidak menegakkan negara Islam melalui kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh:

(2008)"Pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh hari ini mendesak PAS supaya menggugurkan agenda parti itu untuk menubuhkan negara Islam.

Ahli parlimen Bukit Gelugor itu berkata, janggal bagi PAS untuk meneruskan agenda negara Islamnya dan pada masa yang bekerjasama dengan dua parti lain dalam
Pakatan Rakyat - PKR dan DAP." [http://www.malaysiakini.com/news/81785]

Bermakna, DAP menolak syarat-syarat yang dinyatakan oleh Nik Aziz. Namun tiada pula, apa-apa kenyataan dari PAS untuk memberi syarat kepada PKR supaya menukar dasar PKR kepada Islam sebelum kerjasama. Sehingga ke hari ini, PAS, PKR dan DAP masih bekerjasama.

Begitulah PAS, kerjasama dengan UMNO, diletak bermacam-macam syarat, kalau tak memenuhi, tiada kerjasama. Padahal UMNO juga orang Islam, bukan anti-Islam . Melalui UMNO, pelbagai usaha memperkembangkan syiar Islam diadakan, institusi-institusi berdasarkan syariah, dan pendidikan Islam juga telah diperkembangkan. Islam harus diperkembangkan bukan melalui paksaan, tetapi secara berperingkat-peringkat sepertimana yang UMNO telah usahakan. Walaubagaimanapun, atas apa yang telah diusahakan oleh UMNO, bagi PAS, UMNO belum lagi terima dasar Islam.

Yang peliknya, DAP tidak memenuhi pun syarat kerjasama seperti yang dinyatakan oleh Nik aziz, manakala PKR langsung tak diberi syarat. Namun PAS terus bekerjasama dengan DAP dan PAS dalam Pakatan Rakyat.

PAS berlagak angkuh dengan UMNO seolah-olah parti PAS adalah lebih besar dari UMNO, padahal, di dalam Pakatan Rakyat, ahli Parlimen PAS lah yg paling sedikit. Sedangkan secara keseluruhannya, UMNO mempunyai jumlah kerusi paling besar kalau dibandingkan dengan semua parti2 dalam Parlimen Malaysia. Yang menyedihkan ialah, PAS pula menuduh UMNO sudah lemah, dan akan kalah pada Pilihanraya Umum akan datang. PAS langsung tidak memikirkan kekuatan orang Islam di Malaysia jika penggabungan ini berlaku. Begitulah angkuhnya PAS, sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam, tetapi tiada pon nilai-nilai Islam, yang ada cuma label-label berbahasa Arab dan perkataan Islam pada nama parti mereka.

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages