ADUN Seri Serdang yang juga Pemangku Ketua Pembangkang merangkap Ketua UMNO Bahagian Puchong, Dato' Dr Hj Mohamad Satim bin Diman akan dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Selangor. Ini berhubung dengan kenyataan Dato Satim mempersoal kredibiliti Khalid gagap dalam isu kutipan hutang Talam Corp bernilai RM392 juta. Yang peliknya, usul mengenai pengambilalihan Talam itu dibuat oleh Khalid sendiri, apasal?Pasal puak2 Pakatah Haram tak sokong ka?
Masalahnya, orang PKR sendiri, iaitu Dato' Salahuddin Hashim, Setiausaha Agung PKR tak setuju dengan cara Khalid Ibrahim menyelesaikan isu hutang Talam dengan melabel Khalid sebagai "penjahat korporat". The Star mempunyai cerita berkenaan isu ini:
"PETALING JAYA: The Selangor Government’s controversial buyover of Talam Corp Bhd’s RM391mil debt has stirred an hornet’s nest in PKR.
A furious party secretary-general Datuk Salehuddin Hashim has despatched a strongly-worded e-mail to all PKR MPs and assemblymen in the state questioning why Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim has kept them in the dark over the move.
Some who read the e-mail told The Star that Salehuddin, who described the move as an old trick used by crooks in the corporate sector, wanted them to seek an answer from Khalid."
Menurut Dr Khir, implikasi kewangan yang banyak bakal berlaku apabila cara yang sebegini digunakan untuk menutup hutang-hutang syarikat kepada kerajaan negeri. Blog aidc menjelaskan
"Jika sebelum ini kita hanya mendengar hentaman daripada bekas menteri Besar, hari ini kritikan keras ini datang dari dalam parti sendiri dan orang yang pakar dalam bidang ekonomi.
Khalid Ibrahim bukan sahaja menipu rakyat tetapi juga pemimpin PKR untuk kepentingan diri.
Sungguhpun Dr. Mohamad Khir mengatakan sekitar RM 1 Juta diperlukan untuk membuat round-tripping tersebut, namun sumber-sumber dalaman menyatakan kos mencecah RM 5 juta. "
Jadi di mana kredibiliti Menteri Besar Selangor ini? Dahlah kes hutang RM66 juta masih belum selesai, nak pula cuba selesaikan hutang kerajaan Negeri Selangor. Itu lah sebab, ADUN Seri Serdang mempertikaikan Khalid Ibrahim ini, kerana sebagai orang yang tak reti nak setel hutang sendiri, macamana orang macam ini pulak nak mengendali hutang negeri? Hutang diri sendiri tu takpela duit dia, tapi hutang kerajaan negeri ini duit rakyat!
Apa yang dibuat oleh Tan Sri Khalid bukanlah penyelesaian mutlak kerana, hutang ini akan ditanggung pula oleh pihak lain pula, ibarat gali lubang tutup lubang.
diambil dari blog Dr. Khir
Dato Satim diarah untuk meminta maaf kepada Khalid, namun beliau enggan. Syabas Dato Satim, kami di Ikrar Pemuda serta Pemuda UMNO Bahagian Puchong menyokong tindakan Dato dalam memperjuangkan nasib negeri Selangor dari dihancurkan oleh Pakatan Haram di ketuai oleh Khalid gagap ini!!
No comments:
Post a Comment