Sebagaimana saranan Perdana Menteri Malaysia dalam gagasan 1Malaysia, "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan", Pemuda UMNO Bhg. Puchong telah menyahut seruan itu dengan turun padang membantu rakyat di sekitar Puchong yang ditimpa musibah.
Mangsa Kebakaran
Tempohari, Pemuda UMNO Bhg Puchong telah membuat lawatan kepada mangsa-mangsa kebakaran di dua tempat iaitu di Kampung Tengah Batu 13 Puchong dan Kompleks Pertanian. Di Puchong, sebuah rumah telah dijilat api pada tanggal 10hb September jam 2 pagi. Ketika itu, penghuni yang sedang nyenyak tidor telah menyelamatkan 2 anaknya dan tidak sempat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan rumah dan sebarang harta. Suaminya ketika itu tidak berada di rumah kerana sedang bertugas sebagai pengawal keselamatan. Pemuda UMNO telah memberi sumbangan berupa pakaian, makanan dan wang untuk meringankan beban keluarga terlibat.
Manakala di Kompleks Pertanian Serdang pula 3 keluarga kehilangan tempat tinggal apabila rumah mereka hangus dijilat api. Pemuda Bhg Puchong diketuai oleh Ketua Pemuda Ustaz Azmir Yuzaimi telah datang melawat mangsa sekeluarga dan berkesempatan menghulurkan bantuan kewangan, pakaian dan makanan untuk meringankan beban keluarga-keluarga terlibat iaitu En. Rosli bin Abu Bakar sekeluarga, En. Aidil Mustapha Mansor sekeluarga dan En. Mohd. Razali Hussin sekeluarga.
Pemuda UMNO Bhg Puchong bela kedaifan keluarga Surina
Sinar Harian melaporkan (8 September 2009) Surina Ahmad serta suami Mohd Nazir sekeluarga yang hidup serba daif telah dikunjungi oleh Pemuda UMNO Bahagian Puchong pada 6hb September lalu. Atas dasar keprihatinan Pemuda UMNO Bahagian Puchong, telah menghulurkan bantuan berupa barangan asas untuk meringankan beban keluarga di samping membantu mendapatkan sijil kelahiran bagi anak-anak mereka. Menurut Naib Ketua Pemuda UMNO Bhg. Puchong, saudara Yusof Yasin, Pemuda UMNO Puchong akan juga membantu menyekolahkan anak sulong mereka.
No comments:
Post a Comment