Nuzul Quran tempohari menjadi satu landasan bagi Pemuda UMNO Bahagian Puchong dalam menghiasi Ramadan dengan aktiviti dakwah Islamiah. Biro Agama Pemuda UMNO Bhg Puchong telah mengadakan program Gema Ramadhan di Surau Islamiah, Serdang Jaya dimana aktiviti ini diadakan untuk mendekatkan golongan muda dengan masyarakat dan institusi ibadah seperti masjid dan surau. Aktiviti-aktiviti seperti tadarus dan tazkirah diadakan sebelum dan selepas berbuka puasa dan diikuti dengan solat Maghrib, Isya' dan tarawikh secara berjemaah. Tazkirah dan solat berjemaah diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Puchong, saudara Ustaz Azmir Yuzaimi Yunos. Turut hadir ialah Naib Ketua Pemuda UMNO Bhg Puchong saudara Yusof Yasin.
UMNO amat serius dalam menangani masalah sosial remaja yang sering dihimpit dengan gejala-gejala mat rempit, bohsia, ragut dan sebagainya. Program ini merupakan satu usaha berterusan UMNO Puchong amnya dan Pemuda UMNO Puchong khasnya dalam merealisasikan impian dalam membantu umat Islam dalam melatih belia-belia di sekitar kawasan DUN Seri Serdang menjadi insan yang kamil dan diredhai Allah.
No comments:
Post a Comment