Pemerintahan mereka dimulakan dengan menghadiahkan air percuma kepada rakyat negeri Selangor. 20m3 pertama air bagi penduduk Selangor bukanlah percuma dari ertikata sebenar, tetapi ia ditanggung oleh anak syarikat kerajaan Negeri Selangor (Sila lihat bil Syabas anda). Timbul pula isu sampai bila air ini akan percuma, sampaikah pada golongan sasaran air percuma ini kerana penduduk di perumahan pangsa atau apartment tidak mendapat air percuma ini. Walaupun para pengundi-pengundi pakatan mungkin gembira dengan air percuma pada mulanya, namun adakah ia cukup menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat sudah berjaya di Selangor?
Pemimpin Pakatan Rakyat harus ingat, selama memerintah dari kemerdekaan Tanah Melayu sehingga sekarang dan walaupun banyak jasa-jasa yang Barisan Nasional telah berikan kepada agama, bangsa dan Negara, BN tetapi dinilai pada masa ke semasa tanpa menghirau jasa-jasa itu kerana itulah lumrah politik ini. Jika hanya kerana air percuma (yang bukan semua rakyat Selangor dapat pun), hendak dikira, itu tidak mencukupi untuk dapat memuaskan hati pengundi dan rakyat. Apatah lagi terbit macam-macam skandal, dan isu-isu yang kontroversi yang menyusahkan rakyat Selangor khasnya.
Ketua Muslimat PAS juga nampaknya mempertahankan gaya hidup bebas Elizabeth bersama lelaki Melayu.
Isu skandal Elizabeth Wong yang terpampang gambar-gambar mengaibkan di internet amat memalukan. Gambar-gambar itu mendedahkan kehidupan peribadinya yang rakyat menganggap dia berhubungan intim secara bebas dengan orang lain tanpa ikatan perkahwinan. Walaupun demikian, Elizabeth Wong dipertahan oleh wanita-wanita PKR dan PAS, mengatakan bahawa itu adalah hak peribadinya dan tak patut ditonton atau senang cerita, rakyat tak perlu ambil tahu dengan siapa dia mahu berhubung?? Adakah wajar seorang Exco berperwatakan begini??PAS yang sering melaung-laungkan perjuangan Islam dalam landasan politiknya langsung tidak mengutuk, mengkritik Elizabeth Wong ini. Jadi perjuangan Islam jenis apakah yang mereka perjuangkan??Adakah hanya kerana Elizabeth Wong itu rakan politik mereka, mereka hanya tutup sebelah mata??Bagi mereka, kesalahan tidak terdapat pada parti PAS, PKR mahupun DAP, kesalahan hanya terdapat pada Barisan Nasional.
Setelah lebih setahun, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mencadangkan bahawa duit zakat digunakan untuk pentadbiran negeri Selangor kerana kerajaan Pusat tidak menyalurkan wang peruntukan. Selangor adalah negeri terkaya di Malaysia dan merupakan tunjang ekonomi Negara. Bagaimana seorang bekas CEO Guthrie yang kononnya pandai dalam ekonomi tidak mampu menambah pendapatan negeri sebaliknya lebih meminta-minta kepada kerajaan pusat? Kemanakah prinsip Tan Sri Khalid sebagai seorang muslim apabila mahu menggunakan duit zakat untuk pentadbiran negeri Selangor?? Matlamat tidak menghalalkan cara dan seharusnya mereka dapat menambah pendapatan negeri dan menarik lebih ramai pelabur. Jika dikatakan kerana masalah ekonomi sedunia, itu bukanlah alasan yang terbaik kerana terdapat ramai lagi pelabur-pelabur yang ingin melabur di Selangor ini terutama dari negara-negara Timur Tengah, China dan India yang tidak terlalu terkesan akibat kemelesetan ekonomi global.
Isu gangsterisme dalam pemerintahan Selangor juga telah menjadi isu apabila orang Pakatan Rakyat sendiri membuat kenyataan bahawa ada unsur-unsur gangster dalam pemerintahan Selangor yang juga membabitkan beberapa wakil rakyat DAP. Antara yang dikaitkan dengan kegiatan gangsterisme ini ialah Ronnie Liu iaitu Exco PBT dan Ean Yong Wah iaitu Exco Kilang-kilang Haram. Perkara ini berlanjutan sehingga ada kematian iaitu Teoh Beng Hock iaitu pembantu kepada Ean Yong Wah. Pakatan Rakyat menuduh bahawa SPRM terlibat dalam pembunuhan itu dengan sewenang-wenangnya namun sebuat Siasatan Diraja telah dibuat dan sedang berjalan ketika ini. Namun, secara lojiknya adakah relevan jika SPRM hendak membunuh Teoh??Bukankah lebih relevan jika mereka yang dikatakan terlibat yang membunuh Teoh untuk melewat-lewatkan siasatan terhadap mereka??Tepuk dada Tanya selera…
Salah seorang ibu tunggal yang bakal diusir oleh MBPJ. Mana prinsip negeri berkebajikan??Photo credit to mazidulakmal.blogspot.com
Belum lagi tutup isu Ronnie Liu, timbul lagi isu lain apabila kali ini rakyat Selangor pula menerima akibatnya hasil dari kedangkalan dan kurangnya prihatin Pakatan Rakyat kepada rakyat Selangor apabila, terdapat ibu-ibu tunggal yang diusir dari rumah pangsa mereka kerana tidak membayar sewa kepada Majlis Perbandaran Petaling Jaya. Sewa rumah mereka telah dinaikkan dari RM124 kepada RM 250 dan ternyata mereka tidak mampu sehingga terjadinya tunggakan. Dimanakah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang kononnya memperjuangkan hak rakyat??
Berapa banyak lagi masalah-masalah yang harus ditelan oleh rakyat Selangor??Jika dikatakan bahawa ini semua berpunca dari Barisan Nasional, kenapa di antara isu-isu ini ada yang dibangkitkan sendiri oleh orang-orang Pakatan Rakyat sendiri??Nilai-nilaikan lah dengan akal dan hati yang tulus untuk menentu masa depan negeri Selangor demi masa depan kita, anak-anak kita, agama, bangsa dan negara kita.
Selangor bakal melingkup la kalau cara mcm ni...yg kata pejuangkan islam pon takde telo..tu la sape yg pandai-pandai ngundi dorang..sekarang telan la..
ReplyDeleteHasan Ali penakot ta macam abg ajis...dia bukan lg pembela islam..tapi pembela beer?kuat tanik..abis di suruh nik ajis yam seng
ReplyDeleteIni lah akibatnya apabila kita memilih pemimpin yang tiada pengalaman mentadbir, yg hanya tau mencaci maki hamun, apabila tiba masa dia memerintah..habis agama pon dia boleh main2kan..rakyat pon diperbodoh bodohkan..pemimpin PAS yang melaung-laungkan perjuangan Islam..yg mula2 mcm nak tunjuk hero..akhirnya lembut terkulai layu bak dipukul angin sepoi sepoi bahasa..beer pon tak boleh perjuangkan apetah lagi hudud..
ReplyDelete