Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Tuesday, July 28, 2009

Selangor...Apa Dah Jadi??


Selepas lebih setahun Pakatan Rakyat memerintah di Selangor, terdapat pelbagai kontroversi telah berlaku. Isu-isu yang menjadi kontroversi amatlah mendukacitakan rakyat Selangor, kerana pelbagai janji-janji manis sebelum PRU ke 12 tidak tertunai. Setakat ini janji yang tertunai adalah hanya air percuma (Penghuni rumah pangsa masih ramai tak dapat). Dengan adanya diskaun air ini, pendapatan negeri Selangor secara logiknya bakal menyusut kerana harus membayar diskaun bayaran air yang dikenakan. Bekas Menteri Besar Selangor, Dato Seri Dr Khir Toyo ada menyatakan perihal ini dan menyatakan Selangor bakal bangkrap jika pendapatan negeri Selangor terus menyusut.

Namun, apa yang kita lihat, lebih banyak kontroversi yang dipaparkan oleh Pakatan Rakyat di Selangor dari menunaikan semua janji-janji mereka.




Banyak lagi isu-isu yang tidak sepatutnya berlaku, akan berlaku di Selangor contohnya penggunaan wang zakat untuk pentadbiran negeri Selangor sepertimana yang dicadangkan oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim baru-baru ini. Sepertimana yang sedia maklum, negeri Selangor adalah negeri yang paling maju dan paling kaya di Malaysia. Saban tahun, ramai pelabur-pelabur datang melabur ke negeri ini yang senantiasa mendatangkan bilionan wang masuk ke negeri ini.Agak menghairankan jika kewangan negeri Selangor terpaksa ditampung oleh wang zakat negeri Selangor yang sepatutnya disalurkan kepada asnaf-asnaf miskin beragama Islam di negeri Selangor sahaja. Wakil PAS di dalam kerajaan negeri Selangor diam membisu seribu bahasa berkenaan hal ini yang membuktikan mereka bukanlah pejuang Islam yang sebenar. Mereka hanya menggunakan agama Islam untuk mendapat pangkat dan kekayaan di bumi Selangor ini.

Sekarang ini timbul pula berkenaan penglibatan gangster dalam pentadbiran negeri Selangor. Kematian Teoh Beng Hock, pegawai khas ADUN Seri Kembangan mengeruhkan lagi keadaan dan ada juga yang menjadi hero dan jaguh dalam isu ini antaranya Anwar Ibrahim dan juga wakil-wakil rakyat DAP. Apa pun siasatan sedang berlangsung dan apa sahaja keputusan nanti harus diterima dengan hati terbuka, dan moga-moga Insya Allah, kebenaran akan terserlah jua.

2 comments:

  1. Selangor jadi kelam kabut le, banyak janji-janji PR tidak ditunai, rakyat rasa tertipu dengan janji-janji mereka.

    ReplyDelete
  2. bila kera mendapat bunga..inilah jadinya

    ReplyDelete

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages