Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Monday, January 31, 2011

PRK Tenang: Antara Pencen dan Banjir


Syukur Alhamdulillah BN Menang di Tenang. Mohd Azhar Ibrahim dari BN telah menang mengalahkan Cikgu Mala.

Buat Cikgu Mala, anda boleh balik dan renungkan sendiri hal-hal tersebut:
1) Mala harus berfikir sejenak, agak-agak dia kenapa dia dicalonkan oleh PAS pada peringkat awal. Bagi kami, dia dicalonkan oleh PAS sebab PAS sendiri dah tau yang PAS susah nak menang. Kalau kawasan tu PAS kuat, sudah tentu lah lelaki yang PAS letak. Namun, bagi Cikgu Mala, pencalonan ini adalah suatu anugerah bagi dia dan kononnya ia juga sebagai mengiktiraf Dewan Muslimat PAS. Padahal dia tak tau yang dia dan Dewan Muslimat sudah kena main.

2) Cikgu Mala sudah menerima nikmat-nikmat dari Allah melalui perlaksanaan Kerajaan BN apabila dia dapat masuk ke maktab perguruan dan menjadi guru bertauliah. Dan dapat pula mengajar di kawasan kampung halamannya sendiri (ada ramai guru di sana tak dapat mengajar di kampung halaman sendiri). Kenaikan gaji, elaun dan pelbagai kursus juga adalah beberapa nikmat Allah yang Cikgu Mala dapat. Sayangnya, Cikgu Mala berhenti kerja untuk menjadi calon PAS untuk berkempen mengatakan "Selamatkan Malaysia". 

Persoalannya, Cikgu Mala nak Selamatkan Malaysia dari siapa? Cikgu Mala sendiri sudah selamat dengan adanya pekerjaan guru, macam-macam benefit dapat, dan jika diteruskan, Cikgu Mala bakal menikmati wang pencen ketika bersara nanti. Bermakna, dari segi pendapatan, Cikgu Mala sendiri sudah selamat.

Bukan untuk menidakkan hak-hak demokrasi seseorang untuk bertanding p/raya, tetapi cara Cikgu Mala diperlakukan PAS seolah-olah dia digunakan PAS untuk setakat menjadi kambing hitam kekalahan PAS. Ini kerana Pakatan Rakyat tak sanggup kalah percuma, dan DAP dan PKR sudah tentu tak mau bertanding di kubu kuat UMNO, Maka PAS lah kena jugak lalui semua ini. Dan sekarang, Cikgu Mala sendiri sudah hilang pekerjaan, dan juga peluang untuk menikmat wang pencen di masa tua nanti. Ok memang Cikgu Makrof suaminya boleh tanggungnya, tetapi dengan isu surat MC Cikgu Makrof, Cikgu Makrof mungkin akan dikenakan tindakan tatatertib atau mungkin sampai diberhentikan. Tetapi kami percaya Kerajaan BN tidaklah sekejam itu.



Namun, tindakan sewajarnya harus dibuat terhadap Cikgu Makrof dalam isu surat MC. Ini kerana ia patut dijadikan contoh untuk semua penjawat awam supaya kes surat MC bukan boleh dibuat main. Apa pon kita tunggu tindakan oleh Kementerian Pendidikan dalam hal ini. Tahniah diucapkan sekali lagi kepada Azhar Ibrahim. Tugas pertama anda sudah pasti membantu dalam usaha membantu mangsa banjir di kawasan anda. Selamat bertugas YB Azhar!

2 comments:

  1. Jabatan Pendidikan Johor mesti mengambil tindakan terhadap Makrof gila ni. Jika tidak ianya akan dijadikan precedence kepada Guru2 atau kakitangan kerjaan yang lain. Sack him, nyahkan dia dari Johor. Period

    ReplyDelete
  2. Anon 10.33

    Itu lah yang sebaiknya..tetapi bayangkan tindakan seperti itu diambil terhadap makrof..

    semestinya Kerajaan akan dituduh sebagai kejam, zalim dan sebagainya walaopon pada dasarnya Cikgu makrof didapati salah guna sijil MC.

    tetapi oleh kerana tindakan itu terkena pada orang PAS, maka PAS akan kata ianya zalim.

    Namun, aku setuju kalau tindakan itu dibuat..harap dapat dibuat dgn segera

    ReplyDelete

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages