Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Thursday, April 18, 2013

SEMANGAT MASIH MEMBARA - DATO' SATIM


KAMI TETAP SETIA! SEMANGAT SAYA MASIH MEMBARA UNTUK BERSAMA DALAM PERJUANGAN!

Itulah kata-kata dari mantan ahli Dewan Undangan Negeri N29 Dato Dr Hj Mohamad Satim Diman kepada wartawan Berita Harian kelmarin. Ini berikutan isu tidak dicalonkan pada PRU kali ini, sebaliknya tempatnya diambil oleh Setiausaha UMNO Bahagian Puchong merangkap Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Puchong, saudara Mohamad Yusof Mohamed Yassin.

Dato Satim (dua dari kiri) dan Yusof Yassin (kiri)

Bersama jentera BN...Dato Satim (duduk: dua dari kiri) dan Yusof (duduk: 3 dari kiri)


Kerana yang penting bagi beliau, Pakatan Rakyat WAJIB dikalahkan demi kesinambungan keharmonian, dan kecemerlangan kerajaan BN dalam mentadbir negara, dan juga memastikan rejim Pakatan tumbang di Selangor.

Dato Satim akan turun bersama jentera BN untuk berkempen memastikan kemenangan di DUN N29 dan juga seluruh Selangor. Inilah semangat yang kita patut contohi, mengenepikan kepentingan diri sendiri dan sebaliknya mengutamakan kepentingan parti, agama, bangsa dan negara. 

5 comments:

  1. Sudahlah satim nasib baik bukan kau calaon kalau tidak n29 tak akan pilih kau, selama kau jadi adun batang hidung pun tak pernah nampak.

    ReplyDelete
  2. Kira OK la dia tetap sokong calun baru..dari memberontak macam di sesetengah tempat..

    ReplyDelete
  3. Name tk calun htr proxy plak. the smart game

    ReplyDelete
  4. Hahahahaha...Proxy utk cerita Porno mcm PAS buat..lepas sungkit orang dia bertakbir..!!!!!!

    ReplyDelete
  5. bila kena calun diri sendiri kata dah lama dah tua macam-macam lagi..bila letak orang baru dikata proxy...macam-macam la..letak mana-mana pon ada je yg tak puas hati..yg bercakap tu pon bukan perfect sgt..

    ReplyDelete

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages