Dia suka menaip...
Pelik betul kerajaan Negeri Selangor kebelakangan ini..bila pembongkaran demi pembongkaran dibuat tentang pengurusan hutang Talam, UNISEL dan PKNS, Tuan Penasihat Ekonomi nampaknya senyap sunyi dan tiada apa yang dia percakapkan...
Walaupun bergaji RM1 (memang layak untuk kaliber macam Anwar), tetapi dia bertanggungjawab di atas urusan ekonomi Negeri Selangor. Takkan dia tak tau apa-apa tentang Talam, PKNS dan sebagainya. Cuma yang pelik, Menteri Besar Selangor sahaja yang tergagap-gagap menjawab isu ini seorang, itu pun dia tak menjawap, yang dia beritahu, dia akan jelaskanlah, akan bentang kertas putihlah dan dia nak panggil juruaudit luarlah, tapi sampai sekarang, pembongkaran-pembongkaran tentang ketirisan dalam pengendalian hutang Talam, termasuk layanan istimewa Talam oleh kerajaan Negeri Selangor masih tidak dijawab dengan baik oleh Menteri Besar Selangor, mahupun Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.
Khalid dan Anwar tidak ada banyak masa untuk selesaikan isu ini. Walaupun rakyat nampaknya diam, tidak bermakna rakyat tidak prihatin terhadap urus tadbir negeri Selangor. Ye lah, bagaimana UNISEL terus mencatat penurunan dari segi pendapatan, tetapi belanja makin naik. Kemudahan asrama juga jadi kucar-kacir manakala UNISEL juga sampai student nak masuk belajar pon diarah bercuti. Dan yang paling teruk ialah, di kala kewangan UNISEL tidak seberapa, sempat pula lagi beli bangunan berharga jutaan ringgi di Kota Puteri!!
Anwar pon pening nak menjawab telatah Khalid Ibrahim. Dia fikir Khalid Ibrahim ni tokoh korporat boleh jaga Selangor, rupa-rupanya hancussss!!
No comments:
Post a Comment