Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Monday, August 29, 2011

Bukti Mat Sabu berceramah guna kepala lutut


Kepimpinan PAS dah makin lesu. Masakan tidak, bila PAS ada pemimpin yang lupa apa yang dia cakap. Bukan lama pon dia cakap, tak sampai 2 minggu dia kata dia dah lupa apa dia cakap. Itu lah Mat Sabu. Ada ke patut dia kata dia lupa apa dia cakap pada penduduk Tasik Gelugor 21 Ogos lepas.

"Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata beliau akan meneliti rakaman ceramahnya semula berhubung dakwaan akhbar Utusan Malaysia bahawa beliau mengatakan Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 adalah wira negara.

Beliau yang dihubungi Harakahdaily berkata, beliau tidak ingat isi ceramahnya 23 Ogos lalu itu kerana sudah seminggu berlalu dan banyak ceramah-ceramah lain yang dihadirinya selepas itu.

Bagaimanapun menurutnya, beliau sedang berusaha mendapatkan semula rakaman ceramahnya itu untuk melihat adakah benar beliau berkata sedimikan seperti dilapor akhbar Umno itu.

"Saya sedang cari tape rakan itu balik, saya tak ingat adakah saya kata begitu.

"Lepas kita tengok baru saya akan ulas sama ada perlu bincang dengan peguam untuk tindakan seterusnya atau bagaimana," katanya." (Utusan) 

Nak bincang dengan peguam? Aittt? Dia yang cakap dia nak saman orang lain ke? Saman diri sendiri je lah? 
Atau sebenarnya Mat Sabu dah takot pasal rakyat Malaysia terutamanya bekas-bekas perajurit dah marah dengan isi ceramahnya?

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages