Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Wednesday, March 4, 2020

TERKINI : Adun Pemanis (Johor) Umum Keluar PKR !!!

Image result for adun pemanis

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pemanis, Dr Chong Fat Full mengesahkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi Adun Bebas sekaligus menyokong kerajaan Gabungan Baharu di Johor.

Dr Chong, 60, yang menyertai PKR sejak 2009, berkata beliau sudah menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong gabungan baharu yang diterajui Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad.
“Tiada tekanan diberikan kepada saya ketika membuat keputusan berkenaan. (keluar PKR),” katanya ketika sidang media di Pejabat Menteri Besar Johor, di sini hari ini.


“Saya seorang profesional. Saya menyertai politik kerana ia platform untuk berkhidmat kepada rakyat. Lebih 30 tahun berkhidmat sebagai doktor pergigian, saya hanya memberi perkhidmatan kepada kira-kira 20,000 orang.
“Bagaimanapun, menerusi platform ini (politik), lebih ramai rakyat saya boleh berikan perkhidmatan,” katanya pada sidang media bersama Hasni di Pejabat Menteri Besar, Kota Iskandar, di sini, hari ini.


sumber : 
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/661913/barisan-exco-johor-angkat-sumpah-lusa

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages