f July 2014 ~ Ikrar Pemuda

Thursday, July 31, 2014

ANWAR NAK LANTIK BINI JADI MB, PAS YANG SALAH?


Kami tak fahamlah cara sel-sel otak pencacai Pakatan Rakyat ni berhubung...

Mana tak nya..

Sebelum-sebelum ini Anwar dan konco-konconya SERING menuduh UMNO BN amal nepotisme dan kronisme...

Tapi bila Anwar mahu BINI dia jadi MB...walau apa alasan sekali pun..itu adalah TERANG-TERANGAN NEPOTISME...

Lalu PAS berbincang dan mungkin tidak bersetuju langkah tersebut, dan sebelum bencana melanda PAS, mereka memikir OPTION untuk tidak menjadi SELF-DESTRUCT akibat ketamakan PAS...

TAPI...

KATA RAFIZI RAMLI PANDA....PAS YANG DIPERSALAHKAN?


ANWAR LANTIK BINI JADI MB TAK SALAH KE? TAK LANGGAR APA-APA DASAR KE?

Sekarang PAS seolah-olah nak dijadikan kambing hitam untuk cover pemilihan Wan Azizah sebagai calon MB Selangor...
Hahahaha....mampos lah korang sendiri..

Rakyat pulak macamana?

Korang ada otak kan? Sel-sel berhubung kan? Lu pikir la sendiri...

Monday, July 28, 2014

SURVEY: ANWAR DAH TAK RELEVAN DI MATA RAKYAT?


Selamat Hari Raya kami ucapkan kepada semua..

Menurut survey kami di Facebook baru-baru ini...rata-rata rakyat Selangor TIDAK BERSETUJU Tan Sri Khalid hendak digantikan dengan Wan Azizah..

Rakyat Selangor juga nampaknya rata-rata TIDAK SUKA cara Anwar handle isu MB Selangor..

Dan YANG LEBIH MEMERANJATKAN..

Daripada survey kami juga MENDAPATI...RAKYAT SELANGOR (yang rata-rata ramai mengundi pembangkang di Selangor) ... BERSEDIA UNTUK kehilangan Anwar di dalam Pakatan Rakyat kerana terdapat pemimpin-pemimpin lain yang boleh mengemudi Pakatan Rakyat... mereka mula menolak Anwar kerana terlalu mementingkan diri sendiri serta keluarga dan mengamalkan apa yang dia tuduh UMNO selama ini dalam isu kronisme dan nepotisme..

Tak susah untuk menilai tindakan Anwar itu salah...kambing kalau sekolah pon tau yang lantik bini sendiri pegang jawatan itu salah...takkan rakyat Selangor bodoh dari kambing sekolah kan?

Nampaknya Anwar makin TIDAK RELEVAN di mata rakyat...

ALHAMDULILLAH...

Sunday, July 27, 2014

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI IKRAR PEMUDA


Dengan rasa rendah diri, kami ingin mengucapkan kepada semua pembaca blog Ikrar Pemuda, Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin...

Berhati-hati di Jalan raya..Ingatlah orang yang tersayang..

Saturday, July 26, 2014

SELANGOR BAKAL ADA KRISIS LEPAS AIDIL FITRI?


Anwar nak bini dia jadi MB..

PAS Selangor menyatakan yang mereka menyokong Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai MB..

Anwar nak dengar cakap PAS Selangor? hahahah..Pasti dia akan pergi merujuk Haji Hadi..Kalau dia pandai pujuk Haji Hadi (seperti yang dia selalu buat)...takkan PAS Selangor nak lawan Presiden?

Khalid Ibrahim pula tak mau berganjak..dia kata kena ikut langkah-langkah yang betul untuk bagi dia turun MB dan dia tak menolak vote of no confidence di DUN

Khalid juga ada option untuk bubarkan DUN...

Selangor bakal krisis?

Lantaklah..dah itu rakyat Selangor nak?

Friday, July 25, 2014

AHLI PARLIMEN DAN KELUARGA DIUGUT PUKUL?



Padan la muka sorang ahli Parlimen ni..

Celupar sangat..suka nak cari salah kerajaan..

Dalam isu MH17, Nga Kor Ming dengan celuparnya mempersoalkan laluan pesawat MH17..

Akibatnya ahli keluarga mangsa MH17 mengamuk di ruangan komen FB Nga Kor Ming..


Komen tersebut kemudiannya telah dipadam oleh Nga Kor Ming

Thursday, July 24, 2014

MAMPOS! BERITA INI BAKAL MAMPOSKAN UMNO DAN BARISAN NASIONAL! NAJIB..NAJIB


Adoi...semalam kena puji dunia..hari ni Najib buat berita mamposkan UMNO dan BN?


Baca ni..


Hahahah..ini bukan berita sebenar...
Tapi bayangkanlah kalau Najib umum benda macam gini dalam berita?

Agak-agak apa cai-cai PR kata ek?


Wednesday, July 23, 2014

NEW YORK TIMES KANTOI TERSILAP!!



Apo la New York Times ni..

Bukan Najib je boleh gegarkan dunia berurusan dengan militan Ukraine untuk dapatkan kotak hitam dan mayat2 mangsa MH17...



Anwar pun patut dapat tempat di New York Times sebab dia juga dapat menyelesaikan satu kemelut yang besar.. iaitu menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar dengan..


MENCALONKAN ISTERINYA UNTUK JADI MB SELANGOR!!!


WOW! WOW! WOW!

New York Times tak patut hanya highlight kejayaan Najib...Kejayaan Anwar Ibrahim juga harus ditunjukkan kepada dunia!!

New York Times ni pasti suratkhabar macai UMNO..sama macam Utusan dan Berita Harian... Huh!

Tuesday, July 22, 2014

WAN AZIZAH MB SELANGOR? INI BUKAN NEPOTISME HOKAYY!!!



Pagi petang siang malam berak tido kencing makan...diorang2 ramai2 dok kutuk-kutuk Datin Rosmah.. sokong Bang Non menentang kezaliman lah ape lah sampai berhimpun beramai-ramai kat Dataran sampai kena sembur air wangi FRU, ada yang kena tangkap..lepas PRU13 berhimpun lagi tuduh kerajaan dan SPR menipulah, blackout lah..

Last-last Anwar umum bini dia akan jadi MB Selangor...

Kah kah kah..

Ok ka kawan?


Ini bukan Nepotisme? 

Kah kah kah... macai-macai Pakatan dah pening... Apa pun tahniahlah rakyat Selangor!

Monday, July 21, 2014

MANA PENDEMO BERSIH, TURUN DAN AMBIGA? TAK DEMO DEPAN KEDUTAAN RUSSIA ATAU UKRAINE?


Syarikat penerbangan sendiri kena serang sana sini dan sampai kena tembak mengakibatkan ramai rakyat Malaysia jadi mangsa pon...rakyat Malaysia boleh duduk diam je.. Harga minyak naik, kalah p/raya..masing-masing sibuk tunjuk solidariti berhimpun satu negara menyokong Anwar Ibrahim walaupun SATU BUKTI pon takde tentang PRU13 tak betol..Pi lah demo dengan kedutaan russia ke ukraine ke hantar MoU? A. Samad Said ituhari sibuk hantar MoU ke Istana Negara..Kali ini demi negara lah! apa pasal tak pi berdemo tunjuk solidariti bantah permainan kuasa asing sampai MH17 jadi mangsa?

Saturday, July 19, 2014

MH17: KETUA PEMUDA MANA LEBIH BERAKAL?

Korang nilai lah sendiri....

Thursday, July 17, 2014

KERAJAAN DAH BAGI LETRIK FREE PADA RAKYAT..YE KE?



Kerajaan dah bagi rakyat letrik free? Ye ke UMNO BN ni? tah tah propa je kot?



BN memang bagi letrik percuma bagi rakyat yang pakai bawah RM20 sebulan.. BACA DI SINI

Maknanya yang terkesan dengan polisi ni ramai juga dari Kelantan..Alhamdulillah..

Wednesday, July 16, 2014

TAHNIAH: PEMIMPIN PAS DAPAT ANUGERAH DARI SULTAN DAN AKAN DIPANGGIL ...



Semalam Sultan Sharafudin Shah, Tuanku Sultan Selangor bertitah menyatakan dengan jelas Khalid Samad adalah penderhaka Sultan..diulangi..PENDERHAKA SULTAN... Ini kerana dia mahu kuasa Sultan ke atas MAIS diubah...

Khalid Samad datang dari Johor buat perangai di Selangor...salah sape?

Salah pengundi la...benci sangat dengan UMNO...pi undi orang PAS macam Khalid Samad..last-last..apa tindakan penuh keIslaman yang dia bawa ke Selangor atau pun Shah Alam? Apa!?

Yang sering dia buat ialah nak cari pengaruh undi kaum cina dan kaum berugama Kristian..


Lepas tu ada hati nak remove Sultan plak dari MAIS hanya disebabkan marah kat MAIS dalam isu bible..

Dia jurucakap persatuan Bible ke? Orang Shah Alam undi Khalid Samad dari PAS untuk bercakap on behalf of Persatuan Bible? Apa cerr orang Shah Alam?


Bangga kah orang Shah Alam berwakilkan rakyat si penderhaka Sultan? 
Kalau zaman dulu ni, penderhaka Sultan memang dah "selamat" ... kalau orang Selangor dan Shah Alam dok sokong lagi mamat ni tak tau leee...


Monday, July 14, 2014

UMNO PATUT TIRU PENCAPAIAN DAP 2009 DAN 2014


Kejayaan DAP di Pulau Pinang pada tahun 2009



Lim Guan Eng umum kejayaan "Zero Hardcore Poverty" pada 2009, iaitu SATU TAHUN selepas jadi Ketua Menteri Pulau Pinang... UMNO buleh buat ka?

Kejayaan DAP "lebih memberangsangkan" pada 2014..

Pada tahun ini, Lim Guan Eng menangis melihat nasib gelandangan...

Eh jap jap..kalau 2009 dah capai  "Zero Hardcore Poverty"..

APA PASAL TAHUN 2014 ADA GELANDANGAN? 
GUAN ENG MENANGIS DEPAN GELANDANGAN DAN WARTAWAN PASAI APA? 
PASAI SEDIH CAI-CAI PAS BODO SANGAT KA?


Friday, July 11, 2014

GAZA: INGAT STATEMENT MAMAT NI


Di kala Israel membedil Palestin..jangan dilupa kata-kata pemimpin "anugerah tuhan" yang digilai cai-cai Pakatan Haram ini di media US..


Untuk mengaburi mata cai-cai Pakatan TERUTAMANYA cai-cai PAS..Anwar cuba buat magik..
Macamana? Macam gini..

So bila Anwar kata dia dah jelaskan pada Nik Aziz, maka cai-cai PAS dah rasa lega konon..

Apa salahnya Anwar kata dia tidak support negara Israel terus? Payah ke?





Wednesday, July 9, 2014

SETIAUSAHA PARTI MANA MENANG ANUGERAH?

Bukan Felixia a.k.a Raisyyah Rania Yeap yang kami maksudkan..

tapi mamat bawah ni..

|
|
|
|
|
\ | /
\/



Tuesday, July 8, 2014

RAKYAT PERLUKAN MB BARU?


Tan Sri Khalid Ibrahim selalu dilabel oleh penyokong-penyokong tuli Pakatan Rakyat sebagai MB terbaik Selangor ... termasuk lah Anwar Ibrahim yang mengatakan Khalid Ibrahim adalah MB terbaik..



Khalid juga dipuja-puja kebagusannya kerana berjaya meningkatkan rizab Selangor paling tinggi..


Rakyat yang mengundi pakatan di Selangor pon sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang sangat pada 
Khalid Ibrahim..

Jadi kenapa mau tukar?? Ituhari kontrak Pengarah UMCEDEL tak renew punyalah bising geng-geng Pakatan termasuklah Anwar..


Kes Khalid Ibrahim nak kena remove macamana?

Isu remove Khalid ini rekaan UMNO?? Hahahha..

Sori la...Rafizi Ramli dah confirmkan Kajang Move adalah untuk turunkan Khalid hokayy!!Rafizi juga jelaskan yang Kajang Move adalah cubaan untuk jadikan istri Bang Non sebagai MB Selangor.
|
|
|
\ | /
\/

(dipetik dari laporan Malaysian Insider DISINI)


So..rakyat Selangor...macamana? Istri Bang Non mahu dijadikan MB itu okay kah?
MB baru kehendak rakyat atau kehendak parti?

Pada ketika Rafizi kata mahu naikkan Wan Azizah untuk Kerusi MB tu ... dia tak malu ke? Dia ingat kerusi MB tu automatik PKR punya?
Atau PAS memang selenge tak tau apa-apa?

Apa pun tahniah lah rakyat Selangor..

Saturday, July 5, 2014

ADUN TOLAK BANTU RAKYAT SEBAB PARTI LEBIH PENTING


Kat Selangor ni, masjid tak dapat peruntukan, tapi masjid cari duit sendiri tak boleh plak..

Kesian kariah Masjid iaitu Masjid al Hidayah di Jalan Reko Kajang..Jalan Reko ni dekat je dengan Bangi..

Kariah masjid takde duit nak bayar duit arkitek untuk pembinaan masjid tersebut yang baru barangkali. Tapi apa kan daya, duit dari negeri tiada walaupun simpanan mencecah RM 3 billiun.

Lalu kariah masjid ini ambil inisiatif sendiri untuk buat karnival dengan menyewakan tapak-tapak meniaga sempena bulan Ramadhan..

Last-last kena roboh dek MPKj....

Mereka minta tolong ADUN Bangi ini jawapannya..
Dia kata "untuk mengelak daripada fitnah dan tuduhan"

Masa menagih undi rakyat ada tak kau cakap macam gini? Masa kempen dulu ada kau cakap macam gini?

Sekarang baru teringat untuk elak fitnah dan tuduhan? 

MANA LEBIH PENTING? RAKYAT ATAU PARTI?? UNDI NAK, TOLONG RAKYAT TAKNAK!

Apa pasal kau tak ajukan aduan rakyat terus kepada MPKj? Wan Azizah sebagai ADUN Kajang buat hape?

Kali ini sudah dua kali gerai melibatkan bazar dan karnival ramadhan dirobohkan MPKj...

Kenapa jadi macam tu? Takde kah hati perut di kalangan pentadbiran negeri? Salahkah umat Islam nak tambahkan duit poket untuk sambutan Raya nanti? Mana pergi slogan DEMI RAKYAT?

Atau mungkin cara lain untuk dapatkan duit masjid dengan buat ceramah kutuk2 kerajaan, tak payah meniaga...

Friday, July 4, 2014

PAS BANTAH PUSAT JUDI YANG DIRANCANG KERAJAAN



Pusat Judi yang dirancang Kerajaan dibantah PAS..

Baguih betoi PAS ni..perjuangkan Islam betol2...pusat judi yang dirancang kerajaan habis ditentangnya..


Masalahnya...yang PAS tentang tu bukan Kerajaan BN..

Tapi KERAJAAN NEGERI SELANGOR YANG DIANGGOTAI PAS SENDIRI!!! APA CITA NI?

PAS pon sokong lumba kuda ke? Dulu bukan main marah ada lumba kuda kat Selangor..skarang boleh belaka ke?

Baca kat SINI..blog ORANG PAS SENDIRI YANG BANTAH..

*UPDATED

Kerajaan Selangor nafi pernah lulus pusat lumba kuda di Bukit Tagar... http://bm.selangorku.com/54344/kerajaan-selangor-tidak-pernah-lulus-pusat-judi-lumba-kuda/

Tapi kenapa orang-orang PAS ni yang bantah?

Thursday, July 3, 2014

PUAK NI PALING KECEWA JALAN BERLUBANG!


Ramai cuak bila jalan berlubang di KL semalam...kami harap agar jalan dapat diperbaiki secepat mungkin sebab para pengguna jalan di KL pasti akan mengalami kesesakan melampau kalau tak dibaiki segera.

Nak nak bulan pose ni kan...


Tapi ada satu puak ni pon kecewa jugak kalau jalan kat KL tak dibaiki..

Yang kat bawah ni...


Wednesday, July 2, 2014

DEWAN MUSLIMAT DEDAH PERANGAI SEBENAR ROSMAH?


Di dalam Parlimen baru-baru ini..Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah seolah mempertikai program Anak Permata Negara kononnya hanya untuk menaikkan nama Datin Rosmah Mansor..

Kemudian Menteri di JPM, Datuk Shahidan Kassim menyelar Siti Zailah kerana tidak melihat kepada kebaikan program tersebut...tengok video kat bawah ni..



Dalam kes adik Firdaus Dullah...insan OKU yang ditinggalkan dalam keadaan yang teruk oleh ibunya tanpa penjagaan.. Sekali lagi Siti Zailah tunjuk tere..


Tapi...ada dia datang tengok adik tu? Ada dia lawat? Ada dia bagi sumbangan? Ada ke? Last-last yang datang lawat...orang yang dia tuduh bukan-bukan tu lah..

Mana Siti Zailah? Mana Wan Azizah? Mana Nurul Izzah? Mana Bang Non?

Siti Zailah sembang je lebat..tapi tindakan tarak..Konon nak pendidikan anak diperkasa lah apa lah..
Cube tengok apa orang-orang PAS dan PR buat pada anak-anak mereka..





Mereka ni lah yang menggunakan kanak-kanak untuk menaikkan nama pemimpin2 mereka yang moralnya boleh dipertikai seperti Anwar Ibrahim, Mustafa Ali, Mat Sabu dan sebagainya..
Macamana tu?