f March 2014 ~ Ikrar Pemuda

Monday, March 31, 2014

ISTERI VIP DIJAGA LELAKI KETIGA??


Isteri bekas Timbalan Perdanan Menteri ini pernah menuduh kerajaan menggunakan bomoh dalam mencari MH370...


Sampai sekarang lansung takde bukti kerajaan pakai bomoh tu..


Tapi sang bomoh ni pulak kata dia disuruh Anwar jaga isteri dia tuu..


Macamana plak ni?? 

Sunday, March 30, 2014

PKR AJAR UMNO CARA DEMOKRASI SEBENAR!!!



Siapa kata UMNO amal demokrasi sebenar? Itu semua bohong!!

Kalau nak tau cara demokrasi sebenar...

MACAM KAT BAWAH NI!!!


Ini lah demokrasi terpimpin, telus, melus, mulus, dan jubus...

PAS nak carik dalil mana plak nak defend benda ni?

Saturday, March 29, 2014

PRK BALINGIAN: BN MENANG BESAR!


Di dalam PRK DUN Balingian yang merupakan DUN bekas Ketua Menteri Sarawak sebelum ini iaitu Pehin Sri Haji Taib Mahmud, BN mencatatkan kemenangan besar apabila calon BN, Yussibnosh Balo menewaskan calon PKR, Abdul Jalil Bujang. Yussibnosh Balo meraih 8,194 undi manakala Abdul Jalik memperoleh 1,283 undi. Undi majoriti adalah 6,991.

Monday, March 24, 2014

FAKTA MENGEJUT PRK KAJANG


Keputusan ternyata memihak PKR di PRK Kajang..tetapi terdapat beberapa fakta yang bakal mengejutkan kita semua..

1) Walaupun Wan Azizah menang, tetapi undian yang diterimanya merosot sebanyak 2,792 atau 14.26% undi berbanding Lee Chin Cheh pada PRU13. Wan Azizah adalah isteri atau senang citer proksi Anwar Ibrahim..the Supreme Leader of PKR..Lee Chin Cheh is nobody..so kenapa menurun?

2) Tiada disebut langsung perkara-perkara seperti PENGUNDI HANTU, DAKWAT KEKAL YANG TAK KEKAL, UNDI AWAL, PENGUNDI BANGLA dan juga BLACKOUT!!! Mana? Mana? Bila menang sumer OK?

3) Undi Cina di beberapa PDM merosot..

Saturday, March 22, 2014

TAGIH UNDI RAKYAT KAJANG DENGAN HINA ISTERI ORANG? @ChewMeiFun WARKAH UNTUK RAKYAT KAJANG

sumber foto: Utusan

Jom tonton video Khalid Samad hina Datin Rosmah dan UMNO kerana adakan aktiviti Selawat Perdana semalam...



Adakah ini yang rakyat Kajang mahu?

Katanya nak dirasmikan di Kajang adalah Reformasi 2.0..
Reformasi apa kalau dok menghina umat Islam lain buat aktiviti agama?

Habis tu...sape2 muslimah yang tak pakai tudung..dia beribadat...bolehkan kita mengejek-ngejeknya?

Sila rujuk hadis ini..

“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).


Ini hadis Rasulullah..Rasulullah yang kata...Siapa Khalid Samad nak kutuk Datin Rosmah sedemikian rupa??


Ini semua berlaku kerana Khalid dan juga Parti PAS sudah mulai sombong...begitu juga dengan rakan seangkatannya PKR yang sewenan-wenang mengerah keringat rakyat Kajang untuk mengundi semula tanpa sebab yang kukuh untuk PRK kali ini...

Rakyat boleh kasi pengajaran kepada mereka ini supaya mereka tidak lagi bongkak dan tidak lagi memandang rendah kuasa rakyat dengan mengundi BN..mengundi Datin Paduka Chew Mei Fun..

Bukan sahaja rakyat Kajang dapat memberi pengajaran terbaik buat Pakatan Rakyat...malah dengan mengundi BN, mereka bakal mendapat khidmat wakil rakyat yang penuh bertanggungjawab dan berdedikasi..bukan seorang isteri kroni dan proksi kepada seorang suami yang gila kuasa...

Fikir-fikirkanlah...


PRK KAJANG: SLOGAN PON DAH SALAH MACAMANA NAK MENANG? @ChewMeiFun



Kat Malaysia ni macam-macam pakar ada..

Masa insiden Lahad Datu dulu muncul sebegitu ramai "pakar" pertahanan komen itu komen ini di sosial media..


Begitu juga dalam isu MH370...muncul sebegitu ramai "pakar" aviation, keselamatan, dan teori konspirasi..


Tapi..kalau tengok kat slogan PKR menghadapi PRK Kajang ni..takkan lah ramai tak nampak betapa longgar, menipu nye slogan ini..

Slogan nya adalah..


"DARI KAJANG KE PUTRAJAYA"

Agak-agak macamana dari PRK Kajang nak ke Putrajaya?

PRK Kajang tu DUN...Putrajaya tu kerusi Parlimen...tak usik sikit pon jumlah kerusi Parlimen PKR mahupun Pakatan Rakyat..

Sama lah jugak dengan apa yang dikata Tun M..


Amacam pakar-pakar?

Friday, March 21, 2014

SIMPAN LAH JAHIL KAU TU SIKIT WAHAI BEKAS MENTERI KEWANGAN!


Aduh mak...sinis nya dia ni cakap kat Anwar..

Takkan la bodoh sangat kot Anwar tu..kalau dia bodoh..takkan lah ramai kat Malaysia ni jadi pemujanya walaupun kantoi macam-macam dalam video zina bersama China Doll, dihukum kerana meliwat, gila kuasa dalam parti dan macam-macam lagi?? (aduhh..dah macam-macam pon rakyat dok sokong lagi)...

Ikuti kenyataan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin DI SINI berkenaan KEJAHILAN Anwar berkenaan urusan kewangan walaupun dia pernah jadi Menteri Kewangan...

BEKAS MENTERI BN BAGI MAKLUMAT SALAH PADA MEDIA ASING?

Itu la..keje asyik menipu saje..


Last-last bila kena tanya sket ngn mat saleh...mulut pon berbuih-buih cakap tahapehape sampai maklumat pon salah..

Semua orang tahu yang kapten kapal terbang MH370 Zahari Shah adalah ahli PKR. Yang konfem benda ni adalah R. Sivarasa dan Saifuddin Nasution...

Tapi apa pasal Anwar kata Zahari adalah "member of ruling party?" ... PKR ruling party di Malaysia ke?



sumber video: blog mazidul akmal


Sudah lah bang non...maklumat pon salah... ada hati nak ganti Najib handle MH370...puiii!

Thursday, March 20, 2014

KAJANG PANAS SANGAT BAGI CALON? @ChewMeiFun




Korang tengok la sendiri....


Wednesday, March 19, 2014

BN BUAT LAWAK NAK TAWAR SERVIS 24 JAM DI KAJANG? @ChewMeiFun



Jawapannya..YA!

Itu lah janji Chew Mei Fun jika dipilih sebagai wakil rakyat DUN Kajang Ahad ini...

Bukan sahaja dia ON 24 jam...malah dia akan jawab sendiri telefon tersebut!!

Itu janji Chew Mei Fun





Kami masih tertunggu-tunggu berapa jam Kak Jijah janji untuk ON telefonnya untuk rakyat Kajang jika dipilih sebagai ADUN Kajang..

Dulu-dulu rakyat Permatang Pauh boleh call ka Kak Wan pukul 3 pagi kalau ada masalah?

Tuesday, March 18, 2014

#PRKKAJANG : KEMPEN @ChewMeiFUn HADIR MASALAH?


Betul ke kempen calon BN di PRK Kajang hadir masalah?

Ha jawab jawab...

Jawapannya ya!

Kempen Datin Paduka Chew Mei Fun memang hadirkan masalah buat Wan Azizah...

Sebab apa?

Datin Paduka Chew Mei Fun hadir sebagai calon di PRK Kajang untuk menghambakan diri kepada rakyat Kajang..untuk berkhidmat dengan rakyat Kajang..


Manakala Wan Azizah datang ke Kajang hanya sebagai "last minute" substitute untuk suaminya yang didapati bersalah meliwat...
Tak caya cuba tengok kat bawah ni..



Yang hendak digantikan oleh Wan Azizah ialah ADUN Kajang Lee Chin Cheh yang juga dari parti mereka yang telah meletakkan jawatan tanpa sebab kukuh...

Apa kena mengena nasib rakyat dengan keadilan untuk Anwar Ibrahim??


ANAK NIK AZIZ TEGUR ISTERI BEKAS MENTERI BN?



Apa kes ni? Siapa yang jahil?


Nik Abduh tegur siapa sebenarnya? Siapa yang jahil yang berdoa untuk MH370?

Bagaimana dengan Wan Azizah berdoa pakai lilin?

Monday, March 17, 2014

ISTERI VIP PANDAI ATUR ORANG LAIN PATUH SUAMINYA?



Bagi dia...sumer pasal suami dia..

Sampai rakyat kene ikut cakap dia untuk dia patuh suami dia..



Masalahnya ini isu pentadbiran...isu pemimpin rakyat...isu nak pilih wakil rakyat...bukan isu dia nak jadi isteri mithali kepada suami dia..

Apa kena mengena hukuman Anwar dengan rakyat Kajang? Kenapa rakyat Kajang yang dijadikan mangsa untuk game politik Anwar??

Mithali pon agak-agak la pon..


Sunday, March 16, 2014

MH370: MEDIA UK MACAI UMNO JUGAK?

Sumber foto: The Star

Dengan adanya media barat membuat pendedahan mengaitkan Anwar dengan kes MH370.... adakah media barat macai UMNO? BACA DI SINI

Friday, March 14, 2014

BINI BEKAS MENTERI BN DIPERGUNA-GUNAKAN?



Siapa lah laki dia ni..

Teruk betul..

Dah lah bekas menteri BN!

Sanggup dia perguna-gunakan isterinya!


Thursday, March 13, 2014

PAKAR AVIATION PAKATAN ULAS #MH370, UMNO TAK DAPAT TERIMA?



Wahai rakyat Malaysia sekalian..

UMNO tak reti nak denga cakap pakar..terutamanya dalam isu MH370.. UMNO ni paranoid ke?

Cuba dengar ulasan pakar aviation dari PAS ini..


)

Amacam? Puas hati tak penjelasan pakar tuan puan?

Percaya la cakap dia ni...tolong laa...percaya laaa...

Wednesday, March 12, 2014

PKR PAKAI PATUNG NAK KALAHKAN BN?


Ada ke dia pakai patung? Patung apa? Patung voodoo ka?

Daaak eh..Patung ni haaa...


Patung ni haaa..dok ikut je cakap laki dia...dia laki bini buat parti tu suka hati mak dia..bayangkanlah kalau diorang pegang kuasa sok? Kalau Wan Azizah jadi MB camne lak?




Sunday, March 9, 2014

#PRAYFORMH370



Kami di Ikrar Pemuda memerhati dengan penuh minat dan dan penuh berdebar terhadap semua pengumuman dan fakta-fakta rasmi berikutan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370. Kami mendoakan agar semua penumpang dan anak kapal dalam keadaan selamat. Kami juga mohon agar rakyat Malaysia agar berhenti dari membuat kenyataan-kenyataan yang tidak bertanggungjawab..lebih baik senyap dari berkata yang menyakitkan hati orang lain... Moga Allah selamatkan mereka..

Friday, March 7, 2014

MALANGNYA NASIB POLIS MELAYU DI MALAYSIA



PKR hina perjuangan Polis? BACA DI SINI

Thursday, March 6, 2014

CERITA MENARIK DI SEBALIK GAME YEMEN VS MALAYSIA


Malaysia gagal lagi..walaupun menang 2-1 ke atas Yemen..namun..ada beberapa fakta menarik di sebalik kegagalan berikut.. BACA DI SINI

PARTI PAS AKAN TUKAR NAMA? PAS = PBAS



Eloklah Parti Islam Semalaysia atau PAS tu tukar nama kepada PBAS..Kenapa??


Sebab PBAS bermaksud Parti Batu ASas..

kekekeke...

Mana taknya...dah la PAS yang janji..kutip plak duit dari rakyat kononnya nak buat highway free dengan dana dari rakyat..alih-alih kena saman plak berjuta-juta..tinggal batu asas je..

Nasib baik kerajaan Pusat jugak nak bina...

Adoiii

Wednesday, March 5, 2014

KEJAP OK, KEJAP TAK OK..RAKYAT SELANGOR TAK PENING KE?



Pening la..kejap kata MoU Air yang di sign antara Khalid dengan PM tu OK...Rafizi kata salah di sisi undang-undang lah..merugikan rakyat Selangor lah..


Yang paling pening..PAS diaaam je pasal benda ni..tak tau apa-apa ke PAS Selangor? Oh kami lupa..#OhPASMacaiStyle

Tuesday, March 4, 2014

DAH DISAMAKAN DENGAN NABI PULAK


Adoiii..kalau nak perbodohkan rakyat pon jangan la teruk sangat sampai kantoi dan nampak diri kau tu bodoh..

Semua umat Islam (sepatutnya) tau yang disalib tu bukan Nabi Isa Alaihissalam..tetapi digantikan dengan orang lain..

Tetapi Allah telah mengangkat ‘Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (QS. An-Nisa’: 158)

Tidak dinyatakan dalam al-Quran siapa menggantikannya tetapi dengan jelas dan nyata bahawa yang disalib bukanlah Nabi Isa..

Jadi kenapa Anwar ke gereja berdoa ke Jesus?

Jesus yang Kristian percaya bukan seperti Nabi Isa yang kita percaya..LAIN!!

Jadi buat apa Anwar ke gereja untuk doakan Nabi Isa? Di gereja tu bukan nabi Isa kerana bukan Nabi Isa yang disalib!

Anwar nak makin pening...Khalid buat pening...Azmin buat pening..sendiri pon pening sampai tak tau apa dia cakap..atau memang itu lah kepercayaanya kepada Nabi Isa Alaihissalam? Orang yang keliru macam ini eloklah tidak dipilih jadi pemimpin..

Monday, March 3, 2014

BR1M TAK SETIMPAL...SIAPA BERANI LAWAN? #OHPASMACAISTYLE



Ustaz sorang ni kata BR1M yang rakyat terima tu tak setimpal...rakyat patut dapat balik apa yang cukai dibayar rakyat..

BR1M adalah bantuan...bukan elaun atau bayaran lengkap atau bayaran bonus..bantuan tau kan?

Tapi adakah dia pernah melihat kepada realiti yang ada di sekitarnya?? Komen kepada sebelah pihak je ke?\

Selepas berpuluh tahun PAS perintah di Kelantan masih ada yang tinggal di tanah rizab kubur..setimpal kah?

Sunday, March 2, 2014

INI KAH PERJUANGAN RAKYAT?


Khalid Ibrahim kata beberapa pemimpin teratas PKR mahu pengaruhi dalam penetapkan harga air sendiri...kenapa? 

Adakah ini rakyat Selangor mahukan?

Tahniah rakyat Selangor..

Oh kejap..Khalid kata dia sign MoU dengan Kerajaan Pusat pasal projek Langat 2 tanpa pengetahuan beberapa pemimpin kanan PKR..

Yang peliknya..apa peranan PAS dalam hal ini? Bukankah PAS mempunyai kerusi DUN terbanyak di Selangor? 

Mana suara PAS dalam hal Langat 2 ni?

Atau PAS tak tau yang mereka hanya taraf macai?

Saturday, March 1, 2014

PAPAGOMO SETARAF PRESIDEN PAS?


Wan Azri atau Papagomo  dihukum mahkamah sebagai pemfitnah Anwar Ibrahim
Haji Hadi Presiden PAS dihukum mahkamah sebagai pemfitnah calon PKR PRU13 lalu sebagai pengedar pil kuda..

Sama bukan? Dua-dua dihukum pemfitnah..

Yang bezanya ialah Wan Azri hanyalah orang biasa..
Manakala Haji Hadi ialah PRESIDEN PAS, PRESIDEN PARTI ISLAM..

Anda sendiri buat kesimpulan...