Kami di Ikrar Pemuda ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Karpal Singh dan pembantunya yang terkorban di dalam satu kemalangan di lebuhraya Utara-Selatan menghala ke utara malam tadi. Pemergian Karpal bermakna Pakatan Rakyat kehilangan seorang tokoh yang berwibawa dalam perjuangan politik mereka. Karpal sering menjuarai isu-isu melibatkan undang-undang dan perlembagaan negara. Pendiriannya yang tegas jelas terbukti apabila beliau amat berani menegur Anwar Ibrahim untuk bertaubat dan mengatakan bahawa Anwar buat kacau-bilau dalam negara ini.

Bukan setakat kehilangan.... tetapi suatu PETANDA (Sign) bagi orang yang berfikir terutamanya tentang masa depan dan mala petaka yang bakal menimpa DAP dan PR khususnya....
ReplyDelete