f September 2013 ~ Ikrar Pemuda

Sunday, September 29, 2013

MAN UTD KALAH LAGI? APA KATA MOYES?



Kesian para penyokong Manchester United. Baru 6 game dah kalah 3 kali...apa kesahnya? Apa kata pengurus? Baca KAT SINI

Friday, September 27, 2013

Thursday, September 26, 2013

PAS TEGUR KHALID PASAL BOLA, PAS RETI KE JAGA BOLA?




Pandai betul Khalid jawab kepada Pemuda PAS Selangor dalam isu bola Selangor.

Bukan kami nak sokong sangat Khalid Ibrahim tu..tapi PAS ni kalau nak cakap pasal bola, PANDAI KE DIA NAK JAGA TEAM BOLA?

Cuba baca apa kerajaan pimpinan Nizar PAS buat kepada bola Perak ketika PAS perintah Perak sepertimana didedahkan oleh bekas jurulatih Perak waktu itu iaitu Steve Darby DI SINI.

Bolasepak Kedah yang dulu dipimpin kerajaan PAS Kedah juga alami masalah yang sama, prestasi merudum sampai bermain ke Liga Perdana musim ini.

Untuk Khalid pula..bukan main pandai nak kelentong PAS kata peruntukan untuk pembangunan Masjid lebih dari bola....mana Masjid yang dibina oleh Kerajaan Pakatan Haram di Selangor?

Eloklah penyamun jumpa si penyangak..bagi rakyat Selangor apa susah ye tak? Janji BN kalah...

Tuesday, September 24, 2013

VIKINGDOM FILEM HEBAT..TAK PERCAYA KE?


Siapa belum tonton filem Vikingdom? Kalau belum jangan banyak komen sangat. Pergi tonton baru komen..
Kalau nak dengar cakap mat salleh yang kata filem ini hina agama kuno mereka...adakah mereka sudah tonton? Belum...baik diam..
Ramai juga yang kondem konon filem ini tak setaraf Hollywood lah ape lah...at least ada gak la nampak filem Malaysia tonjol babak lawan pakai pedang ganas-ganas, buat suasana di negara Eropah, walhal semua shooting kat tempat panas berdengkang di Malaysia!! Ada filem lain di Malaysia ini bikin serupa macam dalam Vikingdom? Tiada..so tahniah KRU..

Untuk kupasan lebih lanjut BACA KAT SINI


Monday, September 23, 2013

SELANGOR LUMPUH TAHUN DEPAN? KHALID BUAT APA?


Tahun Selangor gagal nak bawak sebarang piala..dengar pulak macam-macam cerita-cerita kurang enak di balik tabir pengurusan pasukan...dan kini dengar cerita beberapa bintang Selangor bakal dipancing pasukan lain untuk musim hadapan? So tahun depan takkan Selangor nak melingkup kot? Khalid Ibrahim sebagai presiden FAS buat hape?

KLIK DISINI untuk kisah lanjut...

Saturday, September 21, 2013

HJ HADI SETUJU DIALOG UMNO-PAS: DAP SENTAP DAN PAS AKAN UBAH PENDIRIAN?

Adakah dialog seperti ini akan jadi kenyataan?


Di kala UMNO sedang sibuk dengan pemilihan parti, Presiden PAS cakap benda kat bawah ni..



Bakal respon Anwar?


Tetapkah pendirian PAS? 

Kita tunggu apa komen DAP tentang hal ini...mampukah Presiden PAS kekalkan pendiriannya..selepas DAP umum pendirian mereka tentang dialog ini..


PENYOKONG CHELSEA JANGAN BACA!


Benarkah bahawa Jose Mourinho dah bukan lagi "The Special One"?. Chelsea asyik kalah je ape hal? BACA DI SINI.

Friday, September 20, 2013

PASCA PRU13: PEMIMPIN PAKATAN MULA BUKA RAHSIA...



Bukan kak Ton....tapi siapa pemimpin Pakatan yang buka rahsia??

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\   |   /
\  |  /
\ | /
\/


Anwar yang buka rahsia rupanya...rahsia apa??

Rahsia awet muda rupanya...






Thursday, September 19, 2013

SELEPAS SPENDER..TERESA KOK AJAR ULAMA


Semalam si Spender kata tindakan Harun Taib untuk kaji hubungan PAS dengan DAP dan PKR tak bijak...bayangkanlah orang yang dah kantoi video main sontot nak ajar KETUA DEWAN ULAMA PAS PUSAT...

Hari ni...pemimpin pro-Kristian DAP, Teresa Kok utarakan kenyataan lebih kurang sama dengan si Spender..

Ahli-ahli PAS mau dengar ulama ke dengar si Spender atau Teresa Kok pro Kristian??

Ohh..kami lupa..si Spender tu pon ulama jugak..bak kata Nik Aziz dan Mat Sabu...semua ahli PAS ulama..

Wednesday, September 18, 2013

BILA SI SPENDER AJAR ULAMA



Dalam PAS macam-macam boleh berlaku...terbaru selepas Ketua Dewan Ulama PAS mahu PAS kaji semula hubungan mereka dengan DAP dan PKR..ramai pemimpin-pemimpin PAS tak puas hati..termasuk si Spender..


Spender kata..


Mustafa Ali memang bijak..sampai sekarang video skandalnya tak diambil tindakan oleh PAS...dia pon tak payah buat apa-apa untuk buktikan itu bukan dia....penyokong-penyokong PAS pon boleh tutup sebelah mata pasal kisah video seksnya itu..kini dia pula mahu jadi wira mahu perbetulkan ULAMA PAS..

Macam-macam...

Tuesday, September 17, 2013

16 SEPTEMBER: ANWAR SELAMAT??


Anwar kini boleh lah selamatkan air muka dia di kala 16 September tiba setiap tahun...

Kerana apa??


Sebab kat bawah ni...





Boleh lah Nizar buat sambutan dengan cara candlelight vigil macam dia buat untuk Teo Beng Hock...



Friday, September 13, 2013

RAFIZI: RANKING UNIV. M'SIA MERUDUM, BN SALAH..UNISEL MACAMANA?


Jadi pembangkang di Malaysia ini cukup senang...kalau ada je masalah, BN lah jadi puncanya..bukan tak boleh nak kritik..tapi Pakatan sendiri pun ada IPT sendiri di negeri-negeri yang diperintah..apa jadi? KUIN apa jadi? UNISEL apa jadi? Sepatutnya mereka buktikan lah dulu dari nak berkokok tak tentu arah..

Termasuklah dalam isu ranking dunia universiti di Malaysia ini turun pun, Rafizi Ramli salahkan BN..sebab dia kata IPTA kena bebas dari kementerianlah, perlu ada kebebasan akademik lah, BTN tak boleh lah, dan yang paling menarik ialah idea ini...


  • Program khusus memperkasakan kredibiliti akademik fakulti di universiti-universiti awam dengan membawa masuk tenaga pengajar dan penyelidik terbaik dari seluruh dunia
Kah kah kah..Rafizi Ramli macam tak percaya wibawa tenaga akademik tempatan...konon nak tiru Singapore...kat Singapore tu berapa ramai anak Melayu masuk universiti?

Dan lagi satu..kalau Rafizi ni tere sangat...sila buktikan kredibiliti Pakatan Rakyat dengan menjadikan UNISEL sebagai universiti ranking no. 1 dunia dahulu!!

Atau mungkin Rafizi Ramli boleh memperkasa IPTA awam dengan diberi kebebasan seperti yang diperjuangkan oleh "ikon" mahasiswa Pakatan Haram yang kat bawah ni..

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\   |   /
\ | /
\|/


Sunday, September 8, 2013

[FAKTA] SEANDAINYA YANG POPULAR MEMERINTAH MALAYSIA


Selepas PRU13 lepas..Anwar tak habis-habis kata yang mereka tak kalah...bahkan mereka menang kerana Pakatan menang dari segi undi popular iaitu dengan 50.5% berbanding BN hanya mendapat 46% [RUJUK SINI].

OK...katakanlah mereka benar-benar layak jadi kerajaan...Jom tengok apa bakal terjadi..

sumber foto: SSTDM

Seandainya Malaysia mengikut undi popular di Parlimen...cuba lihat komposisi kerusi yang ada..Berapa orang beragama Islam? Berapa kerusi orang Melayu pegang? Berapa kerusi PAS pegang??

Fikir-fikirkan lah...



Saturday, September 7, 2013

[BUKTI] AHLI PAS ITU ULAMA..MALUNYE UMNO


Senang je Mat Sabu menilai seseorang itu ulama atau bukan ulama..baca kat bawah ni..



Nampak tak?? Semua ahli PAS itu ULAMA...UMNO apa ada? 
Kenyataan ini keluar dari mulut Mat Sabu selepas akhbar melaporkan bahawa Nik Aziz mahu Timbalan Presiden PAS dipegang oleh seorang ULAMA...So Mat Sabu kira tersentap la ni..heheehhe...Sentap jangan tak sentap Bang Mat..



Friday, September 6, 2013

AKHIRNYA DAP AKUI PEMILIHANNYA BERMASALAH


Nah...akhirnya DAP akui yang pemilihannya yang lepas memang ada masalah...malah mereka menyalahkan ROS atas masalah tersebut..

Sampaikan Lim Kit Siang menangis kecewa dengan ROS..

Penat-penat nangis last-last Anthony Loke mengakui memang ada masalah dengan CEC..apa macam??


Wednesday, September 4, 2013

HARGA MINYAK DITENTUKAN OLEH UNDI??


Ramai yang marah dengan Najib sebab naikkan harga minyak sebanyak RM0.20 semalam. Kami di Ikrar Pemuda pon marah juga..mana tak marah..dah la bagi tau secara mendadak..lepas tu orang pon ramai berpusu-pusu ke stesen minyak sampai jem nak isi minyak..

Juak-juak Pakatan bukan main sedap lagi membantai di laman-laman sosial dengan menyalahkan rakyat yang mengundi BN pada PRU13 yang lepas menjadi punca kenaikan tersebut....Kononnya kalau lah Pakatan Haram menang haritu..pasti harga minyak akan jadi lebih rendah dan tidak akan naik sampai bila-bila...

Ketika ini, semua orang tahu bahawa di Timur Tengah, krisis sedang berlaku di beberapa negara Timur Tengah seperti Mesir dan Syria. Walaupun Mesir dan Syria bukanlah negara pengeluar minyak terbesar dunia,tetapi ketegangan di sana bakal mengundang kacau bilau di laluan Terusan Suez yang menjadi laluan kapal-kapal minyak dari timur ke barat vice versa [BACA SINI]. Wikipedia pula menunjukkan bahawa tiap kali ada masalah di Timur Tengah, maka harga minyak mentah setong akan melonjak. Kejatuhan nilai ringgit juga adalah di antara punca harga minyak dinaikkan kerana nilai ringgit lebih rendah dari sebelum ini manakala harga minyak setong yang diurus niaga dalam US dollar pula makin meningkat terutama dalam bulan ini.

Sebelum kita, negara-negara seperti India, Pakistan, Indonesia (naik 44%) dan Filipina sudah pon mengalami kenaikan minyak beberapa bulan yang lalu, dan harga minyak mereka ternyata lagi tinggi berbanding di Malaysia. Ini bermakna, kenaikan ini bukanlah saja-saja tetapi ADALAH KERANA terkesan akibat dari perkara yang telah disebutkan di atas tadi.

Ada yang kata kenapa nak compare dengan India, Pakistan, Indonesia atau Filipina..mereka bukan negara pengeluar minyak.. Memanglah Malaysia negara pengeluar minyak..tapi HANYA 0.82% dari pengeluaran dunia..TAK SAMPAI PON 1%!!! Kalau ikut ranking Malaysia adalah pengeluar minyak ke-27 terbesar dunia..bukan top 10! Dan bukan ahli OPEC pon!! Tapi harga Minyak Malaysia adalah dalam ranking 17 paling rendah DI DUNIA!!

Walaubagaimanapun, kami tahu ramai agak terkesan atau pun terkejut dengan kenaikan ini...Namun, kami sudah tunjukkan bahawa UNDI atau pun Parti Politik, Stopa Spender atau pun Anwar Ibrahim sekalipun bukanlah faktor penurunan atau kenaikan harga minyak di negara ini.

Sunday, September 1, 2013

ANTARA SMOKE DETECTOR DAN KENCING KAT ORANG MELAYU MANA LAGI BAGUS??


Juak-juak Pakatan Haram punyalah kondem filem Tanda Putera walaupun entah-entah ramai yang tak tengok lagi. Mereka perlekeh dari segi teknikal filem tersebut sebagai contoh adanya "smoke detector" dan "cctv" dalam salah satu adegan yang tak sepatutnya ada. Walhal filem-filem besar Hollywood yang berbelanja beratus-ratus juta US dollar seperti "Avatar" pon ada kesilapannya [BACA KAT SINI DAN SINI].

Cuma nak cerita sikit la..kalau nak banding kesilapan kecil dalam filem Tanda Putera dengan aksi Namewee kencing orang Melayu dalam filem Kara King..mana lebih baik??