f March 2013 ~ Ikrar Pemuda

Saturday, March 30, 2013

APA MB KATA DULU DAN MB KATA SEKARANG


Dulu Khalid kata...

Khalid kata rakyat sudah bersedia untuk pilihanraya..pada ketika itu..

Apa Khalid kata sekarang..

Masih nak menegakkan egonya, Khalid kata DUN Selangor akan dibubar pada 22 April..
HELO...MEMANG DUN SELANGOR AKAN TERBUBAR AUTOMATIK PADA 22 APRIL LA BODOH...TAK PAYAH UMUM PON MEMANG AKAN BUBAR PUNYE..

Apa la nasib rakyat Selangor ada MB PENIPU BESAR macam ni...


Friday, March 29, 2013

BUKTI PAS TAK BINA MASJID WALAUPUN DAH ADA KUASA

Kalau Nora Danish tau PAS tipu bina mesjid, mesti dia buat muka sedih macam ni..heheheh

Apa la PAS ni..Allah dah beri kuasa mentadbir selama 5 tahun pon...satu masjid pon tak buat..lepas tu CLAIM dalam laporan macam dia bina 12 masjid. Itu lah terjadi di negeri Kedah..

Akibatnya, dengan kuasa Allah SWT, MB Kedah sendiri mengaku yang kerajaannya memang tak BINA MASJID..hanya UMUM SAHAJA...


Kah kah kah kah kah..ini macam ka rakyat mau pilih??

Thursday, March 28, 2013

NI MESTI UMNO BAYAR DIA UNTUK MELAN..



Adoohh..parah betul parti PKR ni..dari Penasihat Umum, Naib Presiden sampaila ke ketua Cabang...semua ada masalah moral...


Ni dah ada bukti bergambar dan bervideo pulak tu...tapi kalau hati tu dah busuk...benda macam ni pon depa boleh cakap UMNO yang bayar...hahahah...sengal punye PKR..

Baca kat SINI.

Wednesday, March 27, 2013

PAS SAMA MACAM PENYAMUN ALI BABA BUJANG LAPOK??

Cuba tengok video ni..




Ada kaitan tak dengan gambar ini??


Hehehe...PAS di Selangor setakat bina jamban je...jadi tak sama la dengan penyamun dalam filem Ali Baba Bujang Lapok..cuma...
takkan jamban pon nak rasmikan??



Tuesday, March 26, 2013

RAFIZI BURU PAPAGOMO, RAKYAT BURU ANWAR


Rafizi Ramli begitu beriya-iya nak dedah siapa Papagomo. Kenapa ek? Mesti lah atas arahan Anwar kan. Kalau diikutkan, mesti kerana takut pendedahan demi pendedahan oleh Papagomo. Kalau tak benar, kenapa nak buru Papagomo?

Pada masa yang sama, rakyat sudah pon mengetahui siapa di dalam video yang didedahkan oleh Papagomo. Tetapi, video yang dipaparkan hanyalah menunjukkan aksi borak-berborak di antara Anwar dan seorang lelaki.

Ini bermakna, secara tak langsung rakyat sudah akui yang Anwar adalah orang dalam video tersebut. Jika video yang penuh ditayangkan nanti, takkan tiba-tiba bertukar jadi orang lain pulak. Tunggulah apa aksi yang akan dipertontonkan dalam video lain yang Papagomo akan tayangkan.

Apa pun, ini semua di tangan Papagomo. 

Monday, March 25, 2013

KESILAPAN ANWAR DALAM ISU BAPA SAIFUL

Kesilapan Anwar dalam isu bapa Saiful, Azlan ialah selepas dia akui yang kes Saiful adalah fitnah, Azlan umum masuk PKR. Kenapa masuk PKR? Bermakna ini semua adalah untuk politik.
Sudah pasti perasaan rakyat akan terdetik, kenapa setelah sekian lama baru Azlan nak mengaku?
Lebih-Iebih lagi nak dekat dengan PRU 13 ini . Dan kenapa pula rakyat harus percaya Azlan? Bukan Azlan yang berhadapan peguam dalam mahkamah. Bukan calang-calang peguam yang menyoal Saiful, Karpal Singh tu. Anwar pun tak berani nak disoal peguam.
Sekarang bukti-bukti lain yang tunjukkan Anwar suka jantan dah terdedah. Nak kata apa lagi? 

NAK BERTANDING LAGI: NIK AZIZ NAK MERASA PULA KEKALAHAN


Dulu masa Tun M dikatakan terlalu lama jadi PM, Nik AZIZ Perman gesa Tun M berundur. Tapi kini lain pula jadinya. Baca kat bawah ni...

Bukankah salah 
 satu sifat yang Perla ada dalam seorang pemimpin ialah SIHAT?

Sunday, March 24, 2013

BILA USTAZ PKR MENYALAK HINA POLIS


Sama ada dia ni bodoh atau pun saja nak glamor haram... Badrulamin ini harus di ambil tindakan. Memanggil pasukan Polis sebagai anjing adalah satu lagi penghinaan yang tak patut dilakukan oleh seorang yang bergelar ustaz. Semoga dia diberi balasan yang setimpal oleh Allah SWT.

Saturday, March 23, 2013

PAKATAN LAGI BAGUS DARI 55 TAHUN BN PERINTAH



Tak dinafikan, dalam hal yang kami bicarakan ini, memang BN tak termampu buat walaupun sudah memerintah Selangor lebih 50 tahun sebelum tewas semasa PRU12.

Manakala, Pakatan hanya menggunakan masa kurang dari 5 tahun untuk mengatasi BN. Come on BN! Takkan itu pon tak boleh nak capai sasaran tinggi? Ada ramai tokoh-tokoh berkaliber dalam BN Selangor, tapi ternyata mereka gagal capai apa yang Pakatan capai dalam tempoh waktu yang singkat...


Capai apa ni? 

Capai jumlah perniagaan rumah urut lah!

Baca ni!


Sepanjang 53 tahun memerintah jumlah lesen pusat hiburan yang dikeluarkan oleh kerajaan BN sebanyak 409 buah.

Apabila Selangor diperintah gabungan PKR, DAP dan PAS pada tahun 2008 hingga akhir 2011 jumlah lesen hiburan yang ada bertambah kepada 654 buah daripada yang ditinggalkan BN 409 buah. Ini bermakna sepanjang tiga tahun pemerintahan mereka sebanyak 245 buah lesen baru dikeluarkan.

Jika dikira secara purata bermakna sepanjang 53 tahun pemerintahan BN mereka mengeluarkan lapan lesen setahun. Manakala dibawah pemerintahan gabungan PKR,DAP dan PAS pula mereka mengeluarkan 82 buah lesen setahun. Peningkatan sebanyak 10 kali ganda daripada apa yang dikeluarkan BN sebelum itu.

Pandai bukan??

Mana taknya..lelaki mirip Penasihat Ekonomi Selangor pon langgan China Doll..lelaki mirip Penasihat Ekonomi Selangor pon suka dengan lelaki...

Selangor makin hancur di bawah Pakatan

Friday, March 22, 2013

TOL: KALAU BUKAN TIPU NAK PANGGIL APA?

Dulu Lim Guan Eng kata macam ni..


Guan Eng dalam laporan Selangorku kata, PR akan hapus tol jika memerintah..

Tapi di Pulau Pinang..lain yang jadi..baca kat bawah ni..

Tiba-tiba nak buat terowong ada tol pulak??

Kalau bukan menipu nak panggil apa ni?? Takkan nak panggil TELUS kot?? Penyokong PAS takkan jadi bodoh sangat..tak tau menipu tu menatang apa??

Haritu Pakatan kata kalau mereka memerintah, nak tutup Lynas, lepas tu kata Lynas boleh beroperasi kalau selamat..

Ni kisah tol yang diorang nak hapuskan kalau diorang perintah, tiba-tiba ada tol pulak dalam terowong yang diorang nak bina..

Adoiii..kepada rakyat...cukup-cukuplah..senang sangat mereka menipu..belum PRU 13 dah macam-macam janji diorang tipu...Itu belum kisah masalah moral Anwar lagi..


Thursday, March 21, 2013

NIK AZIZ MB SEMENTARA?


Lim Kit Siang sibuk sangat kata Najib dan Kerajaan BN yang memerintah negara sekarang adalah kerajaan sementara...

Sama ada Lim Kit Siang tak tau undang-undang..atau dia tau sebenarnya tapi saja nak tipu rakyat..

Pada masa yang sama..jika Najib PM sementara, bagaimana pula dengan Nik Aziz dan Azizan Razak? Bagaimana pula dengan Lim Guan Eng dan Khalid Ibrahim?? Mereka juga MB sementara lah kan?

Mereka boleh bubar sendiri DUN mereka..sepertimana yang Khalid Ibrahim dulu cakap nak bubar DUN Selangor selepas Chap Goh Mei...tiba-tiba tak jadi pulak??

Tapi, ada dua MB dan Ketua Menteri yang akan pegang jawatan tu lebih lama atau mungkin sampai mati..

iaitu cmlimguaneng dan mbnizar... hehehehe...

MALUNYA PKR KANTOI


Orang kalau terdesak ni...banyak la benda bodoh dia buat..sebab bila dah terdesak..otak dah mereng tak boleh fikir dengan betul

Ini lah yang terjadi kepada Pengarah Strategik PKR yang bengap iaitu Rafizi Ramli.

Dia kata Agbimuddin Kiram tu adalah warganegara Malaysia sebab dalam bukti tunjuk dia pernah jadi kakitangan awam pada tahun 1975...maka dia kata ini bukti adanya projek IC Mahathir di Sabah..




Helloo!!

Tun Mahathir jadi Perdana Menteri tahun berapa bang?? Tak tau kira ke?

Lagi satu..entah-entah nama je sama..
Tak caya baca kat bawah ni..



Dan kalau benarpon dia rakyat Malaysia..sama la jugak macam Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin yang lahir di luar Malaysia dan dapat IC di Malaysia. (BOLEH RUJUK DI SINI)

Masalahnya sekarang, tak kiralah dia ada IC Malaysia atau Zimbabwe, kalau dia mengancam keselamatan negara...dia harus ditentang...


Wednesday, March 20, 2013

MUDAHNYA PEMIMPIN INI DIPERKOTAK-KATIKKAN, BAYANGKAN KALAU DIA JADI PM



Agak melucukan apabila seorang pemimpin yang mengepalai gerombolan penyangak yang inginkan takhta Putrajaya amat senang dipermain-mainkan oleh seorang blogger.

Bayangkanlah kalau Anwar ini digertak atau dipermainkan oleh pemimpin luar negara, mau terkencing-kencing sampai buasir Anwar dibuatnya.

Macamana kami tak kata begitu, cuba kita lihat bagaimana Papa Gomo begitu mudah mempermain-mainkan Anwar di atas ugutan Anwar untuk menyaman Papa Gomo. 

Baca ayat di bawah ini:
" Akhir sekali saya nak menyatakan bahawa saya memohon Maaf kepada Dato Sri kerana saya tidak ada pilihan lain selain daripada terus mendedahkan kegiatan tak bermoral Dato Sri agar rakyat mengetahui kebenarannya. Rakyat tidak mahu pemimpin jijik sepertimana manusia bernama Anwar Bin Ibrahim.

Jadi dengan ini 48 jam tempoh diberikan untuk Dato Sri Anwar Ibrahim menarik balik saman dan membuat permohonan Maaf kepada saya. Jika tidak maka Bala yang dah mati tu akan menimpa Dato Sri Anwar selepas 48 jam bermula dari jam 4 petang ini.

Psssttt... Lawan tetap Lawan.... U Ulang Lagi I saman U...hua Hua hua "

Begitu lah Anwar...dia terpaksa berhadapan dengan isu yang dia timbulkan sendiri...rakyat sudah lama bermusuh dengan petualang bernama Anwar ini. Cuma sebilangan rakyat yang belum sedar akibat dikaburi dengan kebencian yang disemai oleh Anwar, termasuk parti yang mengaku memperjuangkan Islam.

Ketika Anwar mengatakan ini semua fitnah, apa bukti dia ini semua fitnah?

Ini semua adalah angkara Anwar itu sendiri, bukan orang lain. Moralnya yang terlalu rendah mengakibatkan pendedahan seperti ini harus dilakukan.

Siapa nak Perdana Menteri Bisexual? Anda mahu ke?




Tuesday, March 19, 2013

BERITA BERKUALITI DARI PAS




Punyalah nak cipta satu KETAKSUBAN bagi penyokong-penyokong PAS kepada Nik Aziz..sampai Nik Aziz makan bersila pon jadi cerita di dalam Harakah...

Selain itu, berita ini dikarang dalam Harakah untuk membakar line kepada pengkomen-pengkomen TEGAR PAS supaya mereka mengutuk pemimpin UMNO..tak caya cuba baca komen-komen mereka..

Video kat bawah ni tunjuk Nik Aziz makan atas kerusi dan makan pakai sudu..tak masuk pulak dalam Harakah..adoii.


Kesian betul..bukan pada penulis..tapi kepada para pembaca yang BERTERUSAN TAKSUB pada Nik Aziz..di samping menghina orang lain yang kononnya tidak Islam dari Tuan Guru dan parti mereka..

Berita seperti ini adalah satu lagi mainan PAS menjelang PRU untuk mengukuhkan imej dan aura Nik Aziz supaya dapat digunakan untuk meraih undi simpati terutamanya dari anak Kelantan di luar Kelantan yang akan pulang untuk mengundi nanti..

Isu-isu berkaitan pentadbiran negeri Kelantan seeloknya tidak dibincangkan..projeksi imej Nik Aziz sebagai yang zuhud, sederhana dan Islamik bakal mewarnai kempen PAS untuk negeri Kelantan..

Isu-isu yang tidak terjawab..terus dibisukan..sebagai contoh isu pemilikan tanah di Ulu Kelantan oleh Nik Aziz sendiri, termasuk isterinya dan ADUN-ADUN PAS yang lain masih tidak dijelaskan..



Nanti ada orang kata..apa pasal Datuk Md Alwi Che Mat Alwi ni bising dalam Perhimpunan Agung je..kenapa tak tanya Nik Aziz dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan..

Dia dah tanya Nik Aziz dalam dewan...tapi Nik Aziz tak jawab..kenapa Nik Aziz tak jawab???
Entah lah...yang tu halal kot....nanti dia kata UMNO buat boleh apa pasal PAS buat tak boleh..last-last salah UMNO jugak..sedangkan mereka kata mereka lebih Islam dari UMNO...nasib nasib..

ORANG YANG PERANGKAP ANWAR TERDEDAH?


Siapa yang perangkap??

Kesian orang yang kenapa perangkap tu....nak main China Doll kena rakam..nak main dengan jantan kena rakam...

Kenapa kena rakam?...Sebab itu haram...kalau dia nak main dengan bini dia lantakla..
Anwar menafikan yang dirinya yang terakam dalam aksi jantan bercumbuan..dan terus menyalahkan UMNO...

Anwar....kau patut tanya la orang kiri kanan kau...diorang je yang tau kemana kelibat kau dan aktiviti-aktiviti kau tu..

Kau patut sedorr...orang kau yang sekarang menyampah dengan kau..

Jika Anwar dapat dibersihkan..maka Parti mereka akan dianggap lebih "suci" dari sekarang....

Tapi Mamat Jual Aiskrim pon kenalah jugak singkirkan hehehe..

Monday, March 18, 2013

VIDEO UNCENSORED ANWAR PULAK



Video uncensored ini dirakam oleh BFM atau Business FM


Apa yang menarik tentang video ini ialah satu soalan dari penemuramah tentang seksualiti Anwar mulai minit ke-6..

Soalan dia ialah "Are you a homosexual or a bisexual"...

Yang peliknya ialah...Anwar tidak terus menjawab yang dia adalah seorang normal dan bukan seorang homoseksual mahupun biseksual..
Sebaliknya Anwar menceritakan tentang kes dia di mahkamah dan menyalahkan UMNO..
Anwar juga bercerita tentang dia ada isteri dan 6 orang anak..Helo...Orang kalau bisexual pon bole kawin macam biasa dan ada keluarga..

Kami rasa penemuraha telah beri satu soalan yang biasa dan tidak berbaur politik..tapi kenapa Anwar begitu tersentap dan menjawab penuh dengan campuran isu UMNO dan sebagainya??

Anwar juga menyatakan ini dalam jawapannya:

"Whether a person (is) a bisexual or homosexual, personally it's a..personal matter.."
"Tak kira seseorang itu adalah biseksual mahupun homoseksual, itu adalah perkara peribadi"

Kalau puak PAS dengo jawapan gini apa agaknya mereka nak spin ek??

Dan yang kelakarnya ialah..sebelum si penemurah nak tanya soalan lain..Anwar kata..
"You bring some very tough questions"

Tough kebendanya..soalan senang pon berjela-jela Anwar nak jawab..


BUKAN ANWAR DALAM GAMBAR, SEBAB DIA CERDIK - NIK AZIZ



Pelik bin ajaib betul dunia sekarang ini...

Seorang yang dikatakan ulama, berpendidikan tinggi, serta memperjuangkan Islam..

Isu basic pon tak reti nak settle..

Dalam isu gambar cumbuan lelaki mirip Anwar dengan seorang jantan, Nik Aziz dengan mudah kata..ini kerja UMNO..

Kalau betul ini kerja UMNO...mana pula bukti dari Tuan Guru mengatakan ianya kerja UMNO?
Sedangkan ini adalah bukti yang memaparkan kelakuan seorang yang Nik Aziz dan PAS mau angkat dari PM!!

OK, macam ni..
Video itu diupload oleh blogger bernama rajagoyang360... mana Nik Aziz tau itu dari pihak UMNO??
Dalam parti sendiri pon ada aktiviti jatuh menjatuh..lebih-lebih lagi parti macam PKR..kalau tak macamana ada video dalam bilik Khalid Ibrahim, video aiskrim Azmin Ali dan terbaru video bersama jantan yang mirip Anwar?? Takkan itu semua kerja UMNO kot?? Bukti ada?

Nik Aziz juga kata Anwar itu cerdik..adakah hanya kerana dia cerdik maka dia itu terlepas dari membuat dosa??

Pelik juga statement seorang yang bernama Tuan Guru Nik Aziz ini..sebabnya dia telah tidak berlaku adil untuk masyarakat kerana bersifat BIAS!! Macamanalah kalau mereka ini nak tegakkan hukum Islam kalau isu macam ini pon Nik Aziz bersifat berat sebelah!



Sunday, March 17, 2013

ADA PIHAK DALAM PAS MAU JATUHKAN ANWAR??


Eiii...geli teman..

Kalau aku jadi ahLIPAS pon tak mau nye aku sokong seorang homoseksual jadi pemimpin..

ye la..takkan nak tukar Kepimpinan Ulama kepada Kepimpinan Juburi??

Tapi, kenapa gambar adegan lelaki yang mirip Anwar masuk dalam kamar hotel boleh keluar Harakah??

Walaupun kemudiannya Harakah tarik balik, siapa dalam PAS suruh letak gambar tu pada peringka awal??

Atau sekarang dalam PAS pon sudah ada yang BENCI PADA ANWAR??

Mana tak benci beb..semua kena ikut telunjuk Anwar..sampaikan Presiden Hj Hadi pon terpaksa ikut skrip Anwar..

Dulu Haji Hadi terpaksa tebal muka cover isu video Anwar main dengan China Doll dengan isytiharkan "KAMERA ITU BESI"...demi nak cover aktiviti punai bengkok Anwar...

Kemudian Anwar terpaksa pujuk Hj Hadi untuk pertahankan kenyataan Guan Eng supaya kalimah Allah dibenarkan digunakan oleh orang kafirun...sampaikan Hj Hadi kena baca skrip terketar-ketar kata kalimah Allah boleh digunakan oleh non-muslim...

Kini bukti Anwar dengan jantan pulak keluar..adakah Hj Hadi masih lagi MAU COVER Anwar??
Apa..kerja Presiden PAS ni asyik nak cover Anwar je ke?? Anwar yang sedap..Hadi pulak tebal muka kena cover Anwar??

Penat la macam tu kan??
Mungkin ada pihak dalam PAS kata...dengan kelemahan yang Anwar ada..dia tak layak jadi PM..Putrajaya kena kejar at all cost..termasuk kalau terpaksa korbankan Anwar dan Hadi jadi calon PM...

Persoalannya...Nak ke DAP??

Hehehe...
Lantak korang la...padan la muka PAS..

Ikut lagi political animal bernama Anwar tu..
Heheheh...

ANWAR TIPU WANITA CINA NI??

Kesian amoi ni...kena tipu idup-idup dengan anwar

Semasa Perhimpunan Hijau di Kuantan tahun lepas..Anwar kata kalau Pakatan menang, Lynas akan ditutup..INI BETUL PUNYA..TALA BOHONG..TENGOK VIDEO MAA..


Dalam perhimpunan itu, ribuan rakyat berhimpun untuk membantah kehadiran Lynas di Malaysia..sampaikan ianya dimasukkan dalam Manifesto Pakatan Rakyat untuk PRU 13...Tapi akhirnya rakyat ditipu hidup-hidup...penat berhimpun..termasuklah pak-pak haji PAS..kena kencing baik punya dengan Anwar..

Ikuti bagaimana rakyat ditipu dalam isu Lynas DI SINI

Saturday, March 16, 2013

ANWAR TAKDE DUIT- NIK AZIZ

Senang je Nik Aziz ni nak kena tipu..

Ada ke dia kata Anwar takde duit...pasal tu dia kata takkan Anwar nak upah bapa Saiful..baca kat bawah ni..
[KLIK PADA IMEJ UNTUK DIBESARKAN]

Cuba tengok setakat ini "KEPOKAIAN" Anwar pulak..

Pokai betul Anwar ni..

Betullah kata Nik Aziz..takkan la Anwar nak upah bapak Saiful pulak..
Anwar mana ade duit..dia kan gaji RM1 je kat Selangor..

Alahai senang je nak kena tipu..


PAS KINI SANGAT TERDESAK??


PAS dah hilang sokongan dari rakyat? PAS sanggup buat apa sahaja untuk tagih sokongan rakyat??

Takkan sampai begitu sekali PAS terdesak?? Ikuti kisahnya di sini..

JAHANAM ANWAR KALI NI?..NAK TERMUNTAH BEB

Siapa mamat dalam gambar ni?? Gambar aksi Anwar lagi ke?? Tapi katanya dengan lelaki pulak!!

Assudah...macamana PAS sekarang?? Nak bagi alasan "video itu besi" lagi ke??

Cuba tengok kelibat lelaki kat bawah ni..macam Anwar kan??


Adoii..geli la nak teruskan..sila baca blog-blog berkaitan untuk dapat maklumat lanjut..




Friday, March 15, 2013

LAHAD DATU: PERANCANGAN ANWAR TERBONGKAR!! KENA BACA!



Berkenaan dengan isu Lahad Datu, satu persoalan yang menarik yang patut kita bincangkan ialah:

KENAPA EMPAT GENERAL BERSARA JOIN PAKATAN DI KALA MALAYSIA SEDANG MENGHADAPI MUSUH DI LAHAD DATU??

Siapa mereka?


LEFTENEN GENERAL (B) DATUK ABDUL GHAFIR ABDUL HAMID, Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat


LAKSAMANA PERTAMA (B) IMRAN ABDUL HAMID, Bekas Ketua Logistik Markas Armada TLDM

BRIG GENERAL ABDUL HADI ABDUL KHATAB, Bekas Panglima Logistik di Markas Logistik Udara.

BRIGED JENERAL (B) DATUK NAJMI AHMAD, Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat)



Kemudian Anwar menggunakan General-general ini dalam beberapa siri ceramah, forum dan interview untuk menghentam kerajaan dan anggota keselamatan dan kerajaan di kala Negara sedang menghadapi ancaman musuh yang mengakibatkan beberapa anggota keselamatan negara terkorban..


Masih boleh tersenyum di kala ada anggota keselamatan meninggal dunia..General (B) Md. Hashim Hussein mengkritik pendekatan anggota keselamatan di Lahad Datu

Laksamana ni kata pula, ianya macam sandiwara..dia nak jadi mangkuk macam Tian Chua

Leftenan General (B) Datuk Ghafir salahkan BN dalam isu Lahad Datu


Memang nampak jelas kaitan pencerobohan di Lahad Datu seiring dengan penyertaan General-general ini..nampak sangat mereka ini digunakan Anwar untuk hentam kerajaan berkenaan isu Lahad Datu..

Pelik Anwar ni..masa Teoh Beng Hock mati sibuk pi majlis pengkebumian la apa la..gunakan Teoh Beng Hock dalam ceramah dan sebagainya.


Ketika ada anggota keselamatan mati, dia pergi ceramah salahkan kerajaan itu ini..mana sokongan dan timbang rasa dia pada anggota keselamatan yang terkorban?? 


ANJING UPAHAN UMNO SABOTAJ PKR??



Bukan gambar kat atas tu..tapi gambar kat bawah ni...tengoklah..




Adooiii...

Anjing pon BENCI SAMA PKR...kah kah kah..

Mesti pencacai dan penjilat Anwar kata UMNO yang upah anjing ni rosakkan bendera PKR..keh keh keh..

[VIDEO] PAS BAGI UPAH KE SADAQAH??




Cer check cer check...

Apa yang diberi oleh orang PAS pada peserta-peserta konvoi di dalam video kat bawah ni??


A) Selimut
B) Sadaqah
C) Amal Jariah
D) Setukin
E) Sepende
C) Lain-lain
Nyatakan
_________________

Agak-agak apa jawapannya??
Mestilah A. Sadaqah...mana mungkin PAS bagi upah atau pun rasuah..
Dalam ajaran PAS, HANYA UMNO BAGI UPAH...KALAU PAS BAGI ITU SADAQAH..PAHAM!!
Kalau tak caya baca kat bawah ni..

Tengok..mana mungkin PAS bagi upah..yang bagi upah hanya UMNO dan BN..
Yang dalam video itu bukan UPAH..tapi SADAQAH...

Thursday, March 14, 2013

SYABAS ANAK MALAYSIA, MEMANG STYLE!!


Memang hebat..memang wow! Itulah pandangan kami terhadap filem terbaru KRU Studios, iaitu Vikingdom.
Cerita lanjut ADA DI SINI.

KANTOI! BUKTI PAKATAN TIPU RAKYAT TERBONGKAR

Dulu PKR kata kalau menang, cukai akan turun....jom tengok manifesto mereka dulu..



Nampak tu..antara manifestonya ialah cukai pintu rumah turun 20% dan cukai premis komersial turun 10%..

Tapi bila dah berkuasa apa dah jadi??



[KLIK IMEJ UNTUK BESARKAN]


Dah la tak tunai manifesto dulu untuk turunkan cukai pintu....diorang bagi naik pulak tu!!

Naik tu bukan sikit anak..TAPI LEBIH DARI 100% !!!! Jadi apa guna air free pada rakyat tapi dicekik kat cukai pintu!!

KEBAJIKAN KEPALA BANA ANWAR LAH!!

Wednesday, March 13, 2013

GEMPAR! KEHILANGAN HUDUD PAS DIHURAI


PAS selalu melabel macam-macam pada UMNO kerana dikatakan menolak hudud. DAP yang menentang negara Islam yang ingin diperjuangkan PAS, UMNO juga yang dipersalahkan...tak habis-habis PAS kata pada UMNO kerana menolak hudud..ada macam-macam bukti kat bawah ni..cuba baca..
Di dalam laporan Harakahdaily di atas, UMNO dituduh tidak dakwah Chua Soi Lek isu hudud..


Di dalam laporan Harakahdaily di atas..Haji Hadi salahkan UMNO kerana tolak hudud..dan Hudud di Kelantan yang tak jalan-jalan pon salah UMNO jugak..Haji MELABEL UMNO SEBAGAI PARTI PENENTANG HUDUD..

Manakala di dalam laporan Harakahdaily di atas ini pula cuba ingin menghukum UMNO yang dikatakan menolak hudud...mereka menyamakan tindakan UMNO dengan DAP sebagai kafir harbi..sayang betol Tuan Ibrahim Tuan Man pada DAP ye!


PERSOALANNYA SEKARANG..

Celah mana dalam MANIFESTO PAKATAN RAKYAT UNTUK PRU 2013 ADA MENYEBUT TENTANG HUKUM HUDUD??

Kenapa PAS tidak dimasukkan KOMPONEN HUKUM HUDUD di dalam Manifesto Pakatan Rakyat tu??
Tidak memasukkan bermakna MENOLAKLAH..kan?