f November 2012 ~ Ikrar Pemuda

Thursday, November 29, 2012

YANG INI KITA KENA PUJI HARAKAH...

Bab-bab macam ni harakah layak kena puji..kena tabik...sebab akhbar lain tak boleh lawan..Tapi kenapa kena puji?

Sebab berita-berita macam ni lah..



Malaysiakini pon kalah..Baca kat bawah ni..


Kami puji usaha Harakahdaiuly dalam penemuan baru kaedah menambah crowd tanpa mengeluarkan banyak belanja..cuma guna komputer sahaja..puii!!




UMNO DAH JADI PONDAN?


PAS nampaknya bertindak JANTAN dan begitu gah dengan doanya ingin MENGHANCURKAN UMNO-BN. Mereka sekelumit pun tidak rasa bersalah mendoakan kehancuran saudara semuslim malah mempertahankan tindakan mereka itu.


Lain pula dengan UMNO dalam perhimpunan Agung UMNO, wakil Pemuda UMNO mendoakan supaya PAS insaf..

Apa ni UMNO...ada plak doakan PAS insaf..lu sapa..PAS sapa..PAS dipimpin Ulama tau!! Takkan PAS sesat! Mustahil!! Perli ka kawan! PAS perjuangkan Islam tau...takkan lah PAS sesat..

Yang doakan tu pun bukan calang-calang orang..adik Nik Aziz tau!! Adik Mursyidul Am pulak tu..Tengok kat bawah ni...



UMNO ada ke?

UMNO penakut macam pondan untuk doakan KO PAS..macam yang PAS buat..UMNO takde telor ke?


Wednesday, November 28, 2012

PAS HILANG TELURNYA?


PAS memang parti pengecut. Dari dulu bila Karpal gertak sikit, PAS terus tak tentu hala. Bila Karpal gertak untuk saman MPKB berikutan halangan operasi salun unisex di Kelantan..PAS mula hilang jantannya..walaupun dalam Harakah banyak iklan pasal nak meng upgrade kejantanan!


Tak caya baca kat bawah nii..laporan sinar harian..



Kenapa PAS tak bertegas untuk kekalkan larangan tersebut? Ini baru urusan salon unisex..belum hukum hudud lagi! Patutlah PAS nak buat hukum hudud hanya untuk orang Islam sahaja...dan tidak untuk bukan Islam..walaupun nanti akan wujud ketidak adilan kepada rakyat..Semua demi undi!


VIDEO PANAS MB PAKATAN DIDEDAH!!






Sebelum nak tengok video panas..baca dulu laporan media belaan Khalid Selangorku..di bawah ni..


Tapi dalam sidang DUN pula Khalid kata memang kerajaan negeri bekukan capex...tak caya tengok video bawah ni..terutama pada minit ke-3:55!


Khalid kata "Tidak! Kita bekukan sebab kita buat..."

Jangan kata nanti.."Orang itu bukan khalid..tapi serupa macam khalid"...Puiii!!!

Monday, November 26, 2012

KAHAK HIJAU LEBIH POWER DARI PERINTAH MAHKAMAH?

Antara ini...

Dan ini..

Mana kita nak sokong?

Lynas dah ikut saluran betul...pakar-pakar pun dah sahkan ianya tak merbahaya..manakala puak-puak hijau kat atas tu dok main sentimen perkauman walaupun mahkamah dah bagi keputusan membenarkan Lynas diteruskan..
Apa puak-puak kahak hijau tu kecoh-kecoh nak buat demo?

Kita sebagai rakyat nak ikut fakta ke nak ikut siapa boleh demo?




PRESIDEN PARTI SINDIR TIMBALAN?


PAS ni betol la parti pak lawak..Kalau lah PAS ni pimpin negara...malu dibuatnya..sekarang ni pon dah MALU BESOOOO..sorang cakap lain..sorang lagi cakap lain..habis tu mana satu pendirian kerajaan kalau macam ni? MEMALUKAN BEB!

Sang Presiden kata PAS tak sokong Bashar al-Saad, Presiden Syria yang kini menjadi watak yang paling dibenci rakyat Syria, tetapi beliau menggunakan kekerasan melalui tentera kerajaan untuk mengekalkan kuasa. Hadi kata PAS menyokong supaya Bashar letak jawatan, dan pemilihan pimpinan kerajaan Syria diserahkan pada rakyat.

Lain pula ceritanya dengan Timbalan Presiden PAS, iaitu Mat Sabu. Mat Sabu dilihat menyokong kerajaan Bashar dan telah menempelak kerajaan Arab Saudi kerana menghalang jemaah Haji negara Syira yang dihalang untuk mengerjakan Haji. Mat Sabu siap pergi ke Syria dan berjumpa Menteri Syria kononnya untuk mendengar perkara sebenar.


Dalam video di atas, kenapa Hj Hadi tak tegur Mat Sabu kat sebelah tu yang sokong Bashar? Lemah lah Parti nihh!!

Sunday, November 25, 2012

BUKTI PAS TAK MAHU BANTU PALESTIN?


PAS ni tak tau la letak otak diorang kat mana..atau memang diorang ni takde otak itu sebab tak boleh nak letak kat mana-mana pun...

FELDA mengeksport minyak ke Palestin dituduhnya berdagang dengan Israel.

Mereka tuduh macam tu hanya kerana minyak itu berlabuh di pelabuhan yang dikawal Israel. Walhal FELDA berurusniaga dengan syarikat Palestin iaitu Ajjawi Commercial Stores Company.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dato Mukhriz Mahathir juga telah menjelaskannya di twitter..


Mukhriz menjelaskan bahawa pengimport minyak yang mahukan minyak tersebut di hantar pelabuhan Ashdod, pelabuhan yang dikawal Israel.

Boleh tahan jugak KEBODOHAN puak-puak PAS ni..siap buat demonstrasi tu...

Adakah PAS nak Malaysia hentikan penghantaran minyak sawit ke Palestin? 

Mana-mana puak PAS yang percaya dakyah FELDA buat bisnes dengan Israel, pulangkan wang-wang durian runtuh yang FELDA beri kerana ianya mungkin haram sebab duit tu hasil jualan ke Israel..ada bran?? Sila jual kelapa sawit anda secara sendiri kerana takut jatuh syubahat dengan FELDA..Puii!!

KENAPA DAP NAK ANWAR DAN TAK MAU HADI?

Pernah tak kita bertanya kenapa DAP beriya-iya mahukan Anwar jadi PM dan bukan Hj Hadi? Sebelum kita jawab persoalan tersebut..jawab soalan2 berikut...

Di antara Hadi dan Anwar siapa moralnya dipertikai?
Anwar.

Antara Hadi dan Anwar siapa ada sejarah korupsi?
Anwar.

Antara Hadi dan Anwar siapa ada laporan dalam Wikileaks?
Anwar.

Bayangkan kalau Anwar jadi PM, mahukah DAP berdiam diri? Dengan kemungkinan DAP punyai kerusi yang banyak di Parlimen, sudah tentu DAP mahu jadi TPM.

Dengan masalah moral dan akhlak Anwar yang bila2 sahaja boleh dibuktikan bersalah menyebabkan Anwar bakal dihukum...siapa akan ganti Anwar? Haji Hadi kah?

PESANAN BUAT PENYOKONG #HARIMAUMALAYA





Ketepikan segala perbezaan..

Ketepikan segala sentimen..

Satukan semangat..

Satukan suara...

Yang lepas jangan lah dikenang baik yang manis mahupun yang pahit..

Hari ini..perjuangan akan bermula

Petang ini..pertarungan akan bermula

Musuh di padang adalah musuh kita.

Ayuh semua kita gegak gempitakan medan pertarungan dengan memberi sorakan bergemuruh
untuk Harima Malaya!


Saturday, November 24, 2012

VIDEO AKSI PEMIMPIN NO.1



Lihatlah video di bawah ini yang menunjukkan aksi pemimpin No. 1 Pakatan Rakyat yang kununnya akan jadi Perdana Menteri..



Inikah pemimpin yang dikatakan lebih baik dari Hj Hadi yang disokong oleh Dewan Ulama, tapi Parti PAS tak mau angkat jadi PM?

Boleh tahan sengal gak parti PAS ni..ada ka angkat tukang merapu mulut macam bertih goreng cakap takde fakta ni nak jadi PM Malaysia? Gila ka?

Kata dulu PAS mengangkat kepimpinan ulama, la ni.."ulama" Hj Hadi PAS sendiri tolak dan mau angkat Anwar Ibrahim China Doll jadi PM??!!!

NEELOFA BIKIN PAS PANAS ?

Asyik cerita politik je boring gak..


Kali ni jom cerita pasal hiburan sket..Neelofa tak dinafikan memang cantik dan kadang-kadang seksi. Cuma part seksi tu yang tak berkenan. Semalam Neelofa bikin panas disebabkan penampilannya sebagai pengacara MeleTOP di Astro bersama Nabil sebagai pengacara. Apa yang panasnya? Baca kat sini.

Friday, November 23, 2012

BUKTI PAKATAN AKAN GANTI UMNO BN




Tengok gambo kat bawah ni...nampak sangat BN bakal gagal...



..ye BN bakal gagal mengekalkan kedudukan mereka sebagai Pembangkang di Selangor dan akan take over kerajaan Selangor..
Tengoklah sambutan ceramah Pakatan Rakyat di Shah Alam..lengang..rakyat dah ramai muak..asyik2 ceramah-ceramah..kerja tak buat..eloklah tukar balikk




BEKAS PEMIMPIN UMNO DIMALUKAN


Mak oii...malunye aku...mana nak letak muka ni..

Itu lah yang terjadi kepada pemimpin yang memperjuangkan keadilan dan ketelusan dalam proses pilihanraya di Malaysia iaitu bekas Timbalan Presiden UMNO iaitu Anwar Ibrahim. Masalahnya, si Anwar ini membandingkan pilihanraya di Malaysia macam di Myanmar dan Afghanistan. Buduh ke hape?

Anwar dengan muka tak malu pergi minta Australia pantau pilihanraya di Malaysia, yang kemudiannya di reject mentah-mentah oleh Bob Carr, Menteri Luar Australia. Anwar punyalah desperate siap tulis surat kepada Menteri Luar berkenaan. Kononnya Anwar nak kencing Bob Carr sebab isteri Bob Carr berasal dari Malaysia. Dia juga telah pasang sorang mamat Aussie iaitu Senator Nick Xenophon untuk menyokongnya. Anwar siap ajak Xenophon datang ke Malaysia join perhimpunan Bersih.

Nampak sangat Anwar memang nak ada rusuhan dan FRU akan bertindak balas dalam perhimpunan tersebut kerana berita tentang Xenophon terkena tembakan pemedih mata dalam perhimpunan tersebut telah di"highlight" dalam blog Anwar [di sini]. Konon nak mendapat simpati kerajaan Australia.

Namun Menteri Luar Australia tak sebodoh Hj Hadi dan Nik Aziz kerana dia dah tau permainan Anwar.

PARTI SALAH PILIH?


Dulu PM cabar Anwar untuk senaraikan kabinet bayangan Pakatan Rakyat..sampai sekarang Anwar tak jawab..

Kemudian baru-baru ini ada pihak di dalam PAS mencadangkan agar Hj Hadi jadi Perdana Menteri kalau Pakatan menakluk Putrajaya. Perkara ini dicadangkan oleh Dewan Ulama PAS..Tapi tidak semua ahli PAS menyokong.

Mahfuz Omar kata itu semua bergantung kepada majlis Presiden Pakatan. Majlis Presiden tu pon terdiri dari Presiden PAS, Setiausaha Agung DAP dan Penasihat PKR, Anwar. Anwar yang tidak dilantik secara demokrasi boleh join Majlis Presiden Pakatan. Dan Pakatan tidak calonkan Hj Hadi sebaliknya Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri. Telus kah cara sebegini? Anwar bukan presiden..dia pegang jawatan yang dicipta khas untuknya dan tak dapat ditandingi oleh sesiapa dalam parti.Walaupun dia adalah ahli Parlimen yang sah, namun kawalan Anwar, Wan Azizah dan anaknya serta kroni-kroninya LANGSUNG TIDAK MENCERMINKAN DEMOKRASI dalam parti tersebut.

Bagi PAS pula, di antara Hj Hadi dan Anwar Ibrahim mana lebih baik?
1)Adakah Hj Hadi ada terpalit skandal video seks bersama China Doll yang buktinya sudah tersebar?
2)Adakah Hj Hadi pernah memberi kenyataan menyokong semua usaha menjaga keselamatan bumi Israel?
3) Pernahkah Hj Hadi menyokong kalimah Allah untuk digunakan oleh orang-orang kafir?

Jawapannya tak pernah..yang pernah ialah Anwar.

TETAPI PAS MASIH TETAP MAHUKAN ANWAR JADI PM..BANGANG KE APA?

Wednesday, November 21, 2012

APA KAITAN PAS DENGAN ISRAEL?

Di kala bumi Palestin di serang bertubi-tubi, masihkah anda ingat dengan kenyataan Anwar di bawah ini?


Bermacam-macam penafian yang dibuat namun, kenyataan Anwar ini jelas tidak dapat dipertikaikan lagi..kerana ia bukan disiarkan oleh media-media yang dikatakan sebagai pro-kerajaan..tetapi ia disiarkan oleh Wall Street Journal...akhbar yang selalunya pro-Yahudi, pro-Israel..dan pro-Anwar..


Cuma yang peliknya, PAS dilihat tidak bersungguh-sungguh menyanggah kenyataan Anwar..apa buktinya? Ni Timbalan Presiden PAS yang cakap..

Mat Sabu kata TERPULANG KEPADA ANWAR UNTUK MEMOHON MAAF ATAU MENARIK BALIK..

ANWAR TAK PERNAH MINTA MAAF MAHUPUN MENARIK BALIK KENYATAANNYA TERSEBUT YANG JELAS MENYOKONG ISRAEL!!
JADI PAS DAN ISRAEL ADA KAITAN KAN?

KAMI SUDAH..ANDA BILA LAGI? #SAVEGAZA

Kami sudah...


ANDA BILA LAGI??


[VIDEO] AKSI ISTERI MENTERI DIBONGKAR



ni video lain...


Aksi PANAS isteri menteri dibongkar... 


 Penjelasan Datuk Lee Chong Wei sudah pasti akan diputar belit oleh juak-juak Pakatan. Ini kerana, memburuk-burukkan pemimpin BN termasuk isteri dan keluarga mereka adalah memang kerja mereka.Tetapi kelakuan buruk pemimpin mereka seperti Anwar yang sudah terbukti berzina dengan China Doll dan aksi aiskrim Azmin Ali mereka diamkan sahaja.

Tuesday, November 20, 2012

PAS BERDOA LAGI?

Daripada mendoakan kehancuran umat Islam...seharusnya PAS berdoa untuk kesejahteraan umat Islam. Alangkah baik kalau doa Nik Razi berbunyi seperti di bawah ini.


Ya Allah mudahkanlah kami di Gaza 3x
Ya Allah hukumkanlah Israel laknatullah 3x
Dalam peperangan ini, kezaliman rejim Israel selama lebih 50 tahun lebih kepada agama Mu, kepada hamba Mu kepada negeri kami. Ya Allah, Engkau lebih mengetahui tentang hal kami.

Kami hambaMu datang dari tempat jauh dan dekat, berkumpul di tempat yang penuh berkat, di malam bersejarah ini. Ya Allah Engkau lebih mengetahui mengenai kami. Kami hamba-hambaMu Ya Allah, datang dari jauh dan dekat berkumpul di malam yang berkat.

Ya Allah ampunila dosa kami. Dosa kedua ibu bapa kami 3x.
Janganlah Engkau mengazabkan kami Ya Allah, kami hamba-hambaMu.

Sekiranya Engkau ampuni dosa kami, Engkau Tuhan pengampun lagi maha penyayang penuh kasih sayang.
Ya Allah, kuatlah iman kami. murahkan rezeki, amankan rumahtangga, negeri dan negara kami, cemerlangkanlah anak-anak kami.

Anak-anak kami adalah amanah dariMu Ya Allah. Berilah mereka berjaya di dunia dan di akhirat nanti. Berilah mereka berjaya untuk menolong Sunnah Muhammad SAW.

Ya Allah hukumkan rejim Israel.
Ya Allah hukumkan rejim Israel.
KO Israel, KO Israel, Israel KO, KO Israel, Israel KO, KO Israel, Israel KO, dalam peperangan kali ini Ya Allah.
Mudah-mudahan perjalanan kami ke mercu kejayaan Ya Allah dengan begitu mudah sekali, permudahkan dengan pertolongan Mu Ya Allah.

Kalau la Engkau Ya Allah pernah tenggelamkan Firaun di dalam laut, Engkau telah izinkan bumiMu telah Qarun, Ya Allah, Engkau telah melaknatkan Namrud.. dan begitu juga Abu Lahab, maka sungguh mudah untuk Engkau bagi jahanamkan Israel dalam pilihanraya ke - 13.

Tidak larat kami nak lihat anak-anak kami dalam suasana tidak selamat, dalam dan luar rumah.. bom, roket, tembak, tangkap manusia dan macam-macam jenayah perang, Ya Allah habislah negara kami ini dirosakkan oleh Israel.. Iraq dah habis Ya Allah, Afghanistan.. Afghanistan Ya Allah.. Ya Allah Afghanistan.. rapat ke Palestine Ya Allah ...

HANCUR ISRAEL.. TUMBANG Israel..

DOA KE PUTRAJAYA PAS DIMAKBULKAN?

Pelik betul lah...PAS ni memang sengal sebab pergi berdoa minta sesuatu yang Allah dah memang beri..

Antara doa adik Nik Aziz ialah:

"Ya Allah...Mudahkanlah perjalanan kami ke Putrajaya, kuburkanlah UMNO dan BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 ini (diulang sebanyak tiga kali). Ya Allah...Hukumkanlah UMNO. Ya Allah...Hukumkanlah UMNO dan BN. K.O! BN, K.O! BN, BN K.O!, K.O! BN, BN K.O!, BN K.O! dalam PRU-13 ini Ya Allah."

Doa Nik Razi untuk ke Putrajaya dah tertunai pon..

Kalau dari Utara atau Selatan boleh masuk ikut Lebuhraya Utara Selatan dan masuk Tol UPM. Kalau dari Kajang boleh ikut lebuhraya SILK, lepas Hospital Serdang belok kiri.

*dapat idea dari komentar di blog GAP

Monday, November 19, 2012

PENGUMUMAN PENTING UNTUK UMNO!

Bukan video ini..

tapi di bawah tu..



Pengumuman penting untuk ahli UMNO..jangan takut, jangan segan untuk tengok video di atas..

Habis la UMNO...siapa jadi ahli UMNO, dia MURTAD...itu kata TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT..korang punya solat, sedekah amal jariah, korang punya zakat, haji dan umrah dan segala ibadat yang korang buat BAKAL "BURN" BEGITU SAHAJA...

cepat-cepat...selagi masih ada masa..anda pergilah berdaftar dengan PAS dan jangan lupa niatkan untuk UNDI PAS di PRU 13 nanti...anda akan terlepas dari "MURTAD" sepertimana yang dikatakan oleh TUAN GURU NIK AZIZ..

Tak percaya ke? Gila ke tak percaya! Percaya lah!

UMNO PULA MENDOAKAN PAS JAHANAM?

Gambar: http://islamicstyle.al-habib.info/wp-content/uploads/2010/02/Dua_by_muselfrau-690x431.jpg

PAS nampaknya begitu terdesak untuk meraih undi orang Melayu. Dengan nada BEGITU TERDESAK, maka didoanya beramai-ramai di Kelantan untuk UMNO untuk hancur berkubur.






Berikut adalah doa yang dibacakan oleh adik Nik Aziz iaitu Nik Razi Nik Mat. Dah la mendoakan kehancuran umat Islam lain, lepas tu terjerit-jerit macam orang mabuk todi. 

Akhlak beginikah kita nak tiru? Mulut ketika berdoa pon macam longkang...macamana la doa tu nak dimakbulkan? Pelik la diorang ni...ingat pandai la sangat dalam agama, rupa-rupanya mereka TERLEBIH pandai sebab nak GUNAKAN agama untuk kuasa politik mereka.


Friday, November 16, 2012

ULAMA BOLEH CUCI DOSA?


Nampaknya Anwar begitu bijak MENGKUDAKAN Ulama dalam PAS untuk mencuci segala kesalahnnya, termasuk kesalahan anaknya Nurul Izzah. Dulu dalam isu video seks dengan China Doll, Dewan Ulama PAS LULUS USUL TOLAK VIDEO SEKS ANWAR [baca di sini]. Dengan mudah Dewan Ulama mengatkannya ia sebagai fitnah jahat, walaupun mereka pon tak dapat BUKTIKAN IANYA SUATU FITNAH.

Terbaru, kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib dalam mempertahankan Nurul Izzah dan kemudian menyalahkan pula Mufti Perak Datuk Harussani Taib menunjukkan Dewan Ulama PAS digunakan sebaik-baiknya untuk cuci dosa anak Anwar, Nurul Izzah.


Ini seolah-olah mempertahankan tindakan Nurul Izzah dalam kenyataannya berkenaan kebebasan beragama untuk orang Melayu. Bukan perkara ini direka-reka, tetapi seluruh rakyat Malaysia dah tonton video berkenaan kenyataan Nurul Izzah itu dalam TV dan Internet...Tetapi pelik kenapa Dewan Ulama PAS tetap mempertahankan Nurul Izzah? Butakah Datuk Harun Taib ini? Atau adakah ianya semata-mata untuk menjaga hati pihak-pihak tertentu dalam Pakatan?

Dan yang paling pelik, kata Datuk Harun Taib, itu PERKARA BIASA SAHAJA..

Kalau selepas ini ada pihak-pihak lain mula untuk memperpanjangkan kebebasan beragama untuk orang Melayu...maka Dewan Ulama PAS harus bertanggungjawab...

Walaupun PAS amalkan "PENYUCIAN DOSA" Anwar melalui Dewan Ulama PAS, itu tidak bermakna mereka akan terlepas begitu sahaja. Rakyat kini bijak menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Sekarang bukti-bukti boleh didapati dengan jelas di internet dan media alternatif, tidak perlu keputusan Dewan Ulama PAS.

Fikir-fikirkanlah...

Thursday, November 15, 2012

PARTI POLITIK EKSPLOITASI WANITA?



PAS memang parti hati busuk...Dulu sibuk perjuangkan gaji minimum untuk rakyat. Tapi bila kerajaan dah tetapkan gaji minimum, PAS kata TAK CUKUP PULAK!


Tapi dalam Muktamar Tahunan PAS semalam, Dewan Muslimah PAS mengkritik Dewan Pemuda PAS kerana mempertahan gaji TERLALU RENDAH guru PASTI yang majoritinya adalah Muslimat PAS. Menurut pemerhatian kami ada gaji guru PASTI mendapat hanya sekitar RM700, sedangkan gaji minima RM800 dan RM900 bagi Semenanjung dan Sabah, Sarawak PAS kata masih rendah!

Wanita dieksploitasi sewenang-wenangnya oleh PAS. Dah la bayar rendah, tapi GEBANG nak perjuangkan gaji minimum yang TINGGI! PUUUIII!!!!


JOM BELAJAR YANG MANA RASUAH, YANG MANA BUKAN


Kalau ikut Pakatan...ini rasuah..

Tapi yang ini bukan rasuah...






Sedangkan...sudah menjadi tradisi BN tepati janji-janji yang mereka buat...manakala PKR..janji 2008 tak tunai habis lagi...yang banyak di Selangor ni hanya..CERAMAH, CERAMAH DAN MAKAN MALAM KUMPUL DANA...apa rakyat ni asyik NAK DENGAR dan MEMBERI SAHAJA KE? Bila masa rakyat nak MENERIMA NYA?

Jadi..janji mana yang rakyat perlu percaya sedangkan PELUANG TELAH DIBERI?

SIAPA MONYET?

Baru dapat kuasa dah boleh kata orang lain monyet...ini ke hasil dakwah PAS kepada DAP? Kami setuju CUEPACS mau kan Derek minta maaf:
"Omar said this in commenting on the statement made by Fernandez regarding the replacement for MPPJ mayor Datuk Mohamad Roslan Sakiman ,who has been promoted, by the Public Service Department (PSD)."

Ini baru pegang negeri...kalau pegang negara tak tau la binatang apa yang dia pakai...

SALAM MAAL HIJRAH 1434H



Kami di Ikrar Pemuda ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1434H...semoga tahun 1434H bakal menjadi tahun kejayaan buat umat Islam di Malaysia..sama-sama kita doakan dan jayakan..Insya Allah...

“Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”

Wednesday, November 14, 2012

PEMIMPIN UTAMA PAS MASUK MAHKAMAH?

Menteri Besar bakal dihadapkan ke mahkamah dalan kes saman Husam Musa terhadap blogger Syed Azidi
"Antara saksi yang akan dipanggil ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalannya, Datuk Ahmad Yakub dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan,"

Teringat dulu PM kononnya akan dipanggil untuk kes Altantuya..sekarang mereka pulak kena...apa agaknya merka nak cakap

www.rbfonline.net/2012/11/kerana-husamlr-nik-aziz-bakal-diheret.html

PEMIMPIN KANAN POLITIK WANITA KANTOI

PKR bakal menghadapi masalah besar dalam PRU akan datang. Antara sebab utama ialah, KUALITI PEMIMPINNYA. Bukan nak cerita pasal skandal video China Doll dengan Anwar atau adegan "aiskrim" Azmin Ali yang sampai sekarang tak dibuktikan bukan mereka, TETAPI kita juga kena lihat kualiti pemimpin lain.

Yang nyatanya, mereka semua SAMA SAHAJA RENDAH KUALITINYA. Kerana apa? Walau sudah dipilih menjadi Ahli Parlimen sekali pun, dan Selangor sudah mereka takluk, tetapi gaya mereka tetap masih sama. Bercakap besar, meninggi diri, mengutuk orang lain..yang dikutuk program PM berkenaan sekolah pondok tu kenapa? Tiada modal kah? Zuraida Kamaruddin sepatutnya malu dengan gaya ucapan macam budak sekolah..tiada pengisian langsung..tak percaya? Tengok kat bawah ni..


Kutuk PM punya program, cakap besar walaupun melibatkan hal-hal dalam mesjid, meninggi diri konon dia lagi tinggi dari Majlis Agama Islam yang mentadbir masjid..ANGKUHNYA?

Dah la MEMEKAK &MEROYAN bila tak dijemput dalam program tersebut (baca kat sini) ... lepas tu bila dia datang berlagak pulak..


Kawan2 kita kalau berborak asyik nak berlagak, nak up sentiasa pon kita berbulu..tambahan pulak kerja pon tak buat...ini kan pemimpin...

PAS BUKTIKAN NURUL IZZAH TAK LAYAK DIUNDI


PAS secara terang benderang mengatakan bahawa Nurul Izzah tak patut dipilih sebagai wakil rakyat dalam PRU 13 nanti. Ini berikutan kenyataan Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib:

"Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib menyifatkan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung isu kebebasan memilih agama bagi umat Melayu sebagai tidak berhati-hati dan bersifat “kebudak-budakkan”.

Sehubungan itu beliau tidak mahu membuat sebarang ulasan lanjut kerana:

“Dia cakap itu, bagi saya, saya panggil dia budak-budak lagi. Tidak berhati-hati. Saya tidak mahu komen apa."


Rupa fizikal dah memang rupa mak orang, dah bersuami dan ada anak, TAPI KESIANNYA MASIH BERSIFAT KEBUDAK-BUDAKAN!

Kalau dah pemikiran macam budak-budak, MEMANG TAK LAYAKLAH DIPILIH JADI PEMIMPIN...DAN TAK LAYAK DIUNDI DALAM PRU AKAN DATANG!

Ini bukan sebarang orang cakap, ini KETUA DEWAN ULAMA PAS YANG CAKAP TAU!


Tuesday, November 13, 2012

PENAMPAKAN HANTU MENYERUPAI KUCING?

Gambar di bawah menunjukkan penampilan hantu di utara semenanjung...


bukan yang di atas ni..

bawah lagi...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Nampak tak...hantu ini dipanggil CAT... Crazy A** Thugs

Lepas ni di harap agar semua DUN bole bawa isteri/suami atau pasangan masing-masing ke sidang DUN...takkan tokong je bole bawak kot...baru la CAT..


PAS PERTAHAN SEKULAR?




PAS dah berpuluh tahun pung pang pung pang kata nak tegakkan hukum hudud. 22 tahun di Kelantan dan hampir 5 tahun di Kedah satu hudud pon takde. 

Walaubagaimanapun, PAS pernah mengatakan hukum hudud dan negara Islam sudah tidak jadi agenda perjuangan mereka..kerana nak tegakkan hukum hudud...tengok video kat bawah ni..





Ini Mustafa Ali kata:

"MASALAH HUDUD, BUKAN AGENDA BERSAMA DALAM PAKATAN RAKYAT..AGENDA BERSAMA DALAM PAKATAN RAKYAT ADA SINI..MEMPERTAHANKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN, DAN AGAMA-AGAMA LAIN BOLEH DIAMALKAN DENGAN AMAN DAN DAMAI...KEMUDIAN MASALAH HAK ISTIMEWA MELAYU, INSTITUSI RAJA DAN BAHASA MELAYU..INI...BERSAMA KITA"

1)Mustafa Ali kata mereka akan pertahankan perlembagaan persekutuan...bukankah perlembagaan persekutuan ni PAS kata sekular? Buat apa nak pertahankan yang sekular?

2) Mustafa Ali kata akan pertahankan hak istimewa orang Melayu...bukankah ini ASSOBIYAH??

Apa yang PAS perjuangkan ni sebenarnya? Depan pakcik, makcik di surau, mereka kata nak tegakkan Islam...kemudian di pentas lain, kata hukum hudud dan negara Islam bukan agenda Pakatan..

Monday, November 12, 2012

ANWAR MARAH SAMPAI LUPA



Anwar berucap macam orang gila..orang gila kalau berucap pon tak gila macam Anwar. Takde fakta takda isi, asyik-asyik nak bantai orang. Anwar kata kerajaan takkan mampu jatuhkan Nurul Izzah, hanya kuasa rakyat boleh..



TAPI..

Anwar lupa kekuasaan Allah SWT melebihi segala-galanya..dia dan anaknya juga bisa tunduk dan tewas di tangan Allah SWT...bukan kuasa rakyat semata-mata..

BALA ?


Kalau dulu, cerita pasal bab banjir di hujung tahun..mesti yang banyak berlaku di pantai timur di Kelantan dan Terengganu. Sampaikan budak-budak SPM pon susah nak periksa di negeri-negeri tersebut. Jarang betol masalah yang sama berlaku di Selangor.

Tapi sejak dua menjak ni, Selangor menjadi negeri yang utama pulak ditimpa banjir. Apasal ek?

Area puchong dan Serdang ni pon penduduk cukup takut kalau hujan lebat lama-lama..sebab takut banjir..apa pasal dulu takde macam gini ek..dan sekarang ada banjir-banjir ni?

Di area puchong juga ada jugak banjir yang lain...banjir yang kat bawah-bawah ni..