Tuesday, July 31, 2012

CUKAI PINTU: RAKYAT SELANGOR DITIPU LAGI


Cuba tengok janji mereka dulu..


Tak payah tengok yang lain...sebab bukan tertunai pon..walaupun rejim Pakatan beri air percuma tetapi sekarang air pon sampai ada krisis, air percuma pon tak guna!

Cuba tengok bahagian cukai pintu tu...dulu mereka kata nak kurangkan cukai rumah kediaman sebanyak 20%...cukai premis komersial pula sebanyak 10%..

Cuba baca yang bawah ini pulak..
Ada tak diorang kata pangsapuri kos rendah YANG HANYA DIDIAMI dalam manifesto mereka?

Sedangkan yang mengundi ketika PRU 2008 bukan sahaja yang duduk di pangsapuri kos rendah tapi di bermacam-macam jenis rumah...

Tunai janji macamana ni?

Ini ke KERAJAAN BERKEBAJIKAN???

Yang sorang ni pulak dah la tipu dalam debat pi melalak kurangkan cukai pintu...


Kau pergi la melalak pada MB-MB negeri diperintah Pakatan....yang paling patut ditanya ialah Nik Aziz yang dah perintah 22 tahun...pernah dia turunkan cukai pintu??

BONUS NAJIB TAK SELESAI MASALAH, BONUS DAP?


Masa PM umum bonus dulu, Mahfuz Omar cakap gini..

Kemudian Kerajaan DAP di Pulau Pinang dan kerajaan rejim PKR di Selangor pon turut bagi bonus...



Yang ini APA PASAL MAHFUZ TAK CAKAP APA APA? 

Dah la beri bonus pon setelah PM umum beri bonus..apa pasal umum selepas PM umum? 

Nampak sangat pemikiran pemimpin Pakatan terlalu terkebelakang..yang cakap bonus tak selesai masalah lagilah tak tau nak letak mana pemikirannya...

Monday, July 30, 2012

TAHAP "BERSIH" PAKATAN DI SELANGOR RENDAH?


Cuba tengok papantanda Zon Bersih pakatan rakyat di Selangor..dekat papan tanda tu sendiri bertimbun sampah, longkang tak bersih, sticker ah long di tampal..

INIKAH BERSIH DI MATA PAKATAN RAKYAT???

Patut la China Doll, "aiskrim" dan gambar-gambar "hutan simpan" jadi amalan PKR!

Lepas tu sibuk nak buat perhimpunan BERSIH lah ape lah...CERMIN LA DIRI TU DULU WOOIII

AKHIRNYA ANWAR TUNAI JANJI 16 SEPTEMBER?


Pada tahun 2008, kita digemparkan dengan SEBUAH JANJI Anwar iaitu untuk mengimport beramai-ramai Ahli Parlimen BN menyeberang join Pakatan...Setelah dihina seluruh dunia akibat pembohongannya yang juga dilakukannya sendiri ke seluruh dunia..KINI DIA MENUNAIKAN JANJI..

iaitu Anwar akhirnya BAKAL berjaya MENGIMPORT AHLI PARLIMEN BN...iaitu Lajim Ukin  dan Alfred Bumburing ...Wooww!!! BERJAYANYA!!! Puiii!!!

Kalau dari segi janji (bukan dari segi moral)..Anwar memang tak boleh pakai..dulu konon kata cukup..last-last bila dah hampir 4 tahun..Ini sahaja yang Anwar tunaikan...memang tak boleh pakai..

Dan kalau Ahli Parlimen BN menyeberang ke Pakatan...mereka akan kata itu tidak mengapa..itu aspirasi rakyat..itu bersih...itu bagus...mana pergi Nik Aziz yang dulu doa sampai pecah perut tu?



Jangan lupa tengok video Anwar janji 16 September 2008...



Amacam?? Best tak?

SERDANG JADI HUB GRO?


Mak ai...tak tahan betul ayat tu..."tidak serik-serik meneruskan kegiatan maksiat"...apa pasal teruk sangat Serdang dengan kegiatan maksiat?

PAS Selangor takkan tak tau benda-benda macam ni? Buat apa la dok mengkafirkan orang lain kalau kuasa ada di tangan tapi MAKSIAT MASIH BERLELUASA?

Takkan ini pon salah UMNO jugak?

Lagi satu? Apa pasal banyak sangat papan tanda Zon Bersih di seluruh Selangor tapi pelacur bertimbun??



Macam ini kah bersih yang Pakatan berikan kepada rakyat Selangor?

Sunday, July 29, 2012

GEMPAR : MPSJ TINDAS KONTRAKTOR




Makin kalut......itulah gambaran yang dapat diluahkan terhadap arahan terbaru pihak pengurusan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), kepada kontraktor pembersihan yang mencari rezeki halal di MPSJ.....bukan untuk memudahkan malah menjerat nasib kontraktor bumiputera.

Manakan tidak....setelah berjaya memenangi kontrak pembersihan pihak MPSJ mengenakan pelbagai syarat sebelum kontraktor memulakan tugas mereka sebagai kontraktor pembersihan.


Kalau syarat yg dikenakan itu berkaitan dengan hal hal pelaksanaan kerja tak apalah juga, kontraktor memang faham dan akur dengan arahan berkenaan tambahan pula arahan berkenaan tertulis di dalam borang kontrak semasa kerja kerja membida kontrak dilakukan.


Tetapi, arahan terbaru yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan MPSJ iaitu mengenakan bayaran satu peratus sebagai wang pembiayaan perjanjian kontrak...amat amat diragui serta menimbulkan rasa tidak adil terhadap mereka. 


Arahan sebegini langsung tidak pernah berlaku di MPSJ....malah arahan ini langsung tidak pernah dilaksanakan di mana mana majlis perbandaran seperti Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, atau mana mana majlis perbandaran di Selangor....


Mungkin, sekali imbas kita lihat jumlah bayaran ini agak kecil iaitu satu peratus bagi setiap kontraktor yang menjalankan kerja kerja pembersihan...tetapi kalau kita halusi jumlah keseluruhannya besar dan memeranjatkan....


Sebagai contoh, seorang kontraktor mendapat jumlah kontrak sebulan sebanyak RM 20 ribu...satu persen dicaj kepada nilai kontrak bulanan berkenaan bermakna kontraktor berkenaan harus membayar RM 200 sebulan. Bayangkan RM200 sebulan selama 24 bulan (jangkamasa setiap kontrak), bermakna kontraktor dikenakan bayaran sebanyak RM4,800 jumlah keseluruhannya. 


Contoh ini hanya untuk satu kontraktor dengan nilai kontrak yang agak minima....cuba bayangkan pula kontraktor yang mendapat nilai kontrak yang agak besar sudah pasti bayaran yang dikenakan juga akan bertambah besar. 


Paling memeranjatkan pula jumlah kontraktor yang mendapat kerja kerja di MPSJ tidak kurang dari 200 syarikat.....dengan jumlah yang sebegini banyak pastinya caj yang akan diperolehi oleh pihak MPSJ akan mencecah ratusan ribu ringgit malah sampai ketahap jutaan ringgit.


Pokok persoalannya sekarang ialah mengapa arahan ini dikeluarkan kepada kontraktor setelah mereka berjaya mendapat kontrak yang mereka bida. Dimanakah ketelusan yang dilaung laungkan oleh Kerajaan Selangor, mengapa arahan ini tidak tercatat di dalam borang tander? Serta....perkara yang menjadi persoalan di kalangan kontraktor arahan menandatangan perjanjian kontrak hendaklah dibuat dengan syarikat guaman luar yang dilantik oleh MPSJ. 


Satu persen caj yang dikenakan itu adalah bagi tujuan kos perjanjian kontrak dengan syarikat guaman berkenaan.....dengan mudah saja syarikat guaman berkenaan meraih keuntungan besar.....


Mengapa pihak MPSJ perlu melantik syarikat guaman luar untuk membuat perjanjian ini? Sedangkan pihak MPSJ mempunyai Jabatan Undang Undangnya sendiri yang diketuai Pengarahnya Puan Anita Abd Jalil....sebelum ini semua urusan dilaksanakan oleh Jabatan Undang Undang MPSJ dan mengapa kali ini diberi kepada syarikat guaman luar.....


Perlu diingat bahawa perlantikan agensi luar untuk melaksanakan sesuatu dasar haruslah dibuat mengikut peraturan dan ketetapan yang sedia ada. Sebelum sesuatu perlantikan dibuat, jawatankuasa yang terdiri daripada Yang dipertua Majlis Perbandaran beserta beberapa orang Ahli Majlis haruslah bermesyuarat dan mengemukakan cadangan ini.


Setelah cadangan ini dipersetujui oleh jawatankuasa berkenaan, perlu pula dibawa ke mesyuarat penuh Majlis Perbandaran bagi tujuan kelulusan. Setalah segala sudut diselidiki dan dikaji membabitkan kepentingan rakyat, barulah diberikan kelulusan. Walaupun telah diberikan kelulusan dan sekiranya terdapat bantahan awam, satu jawatankuasa perlu ditubuhkan bagi menilai semula cadangan berkenaan. Inilah dikatakan buat kerja untuk rakyat bukannya menindas rakyat.


Dari maklumat yang diperolehi, perlantikan syarikat Guaman ini langsung tidak dibawa didalam mana mana jawatankuasa. Dan, sekiranya ini yang berlaku bagaimana pula pihak MPSJ boleh mengarahkan semua kontraktor pembersihan membayar wang berkenaan?


Persoalan yang menjadi tandatanya?


i- Mengapa arahan dibuat tidak ditulis di dalam borang tender bagi memudahkan kontraktor membuat persiapan?


ii- Mengapa Majlis Perbandaran lain di Selangor tidak mengenakan caj ini?

iii- Ketelusan melantik syarikat guaman luar tidak mengikut prosedur yang betul.


iiiv- Siapa yang melantik syarikat guaman ini?


v- Syarikat guaman memperolehi keuntungan atas angin ratusan ribu ringgit.


vi- Apa peranan Jabatan Undang Undang di bawah Pengarahnya Puan Anita Abdul Jalil....apakah sekadar bergantung pada sumber luar?


Arahan dikeluarkan pihak MPSJ....sekiranya ada di kalangan kontraktor gagal membuat pembayaran berkenaan bermakna tander mereka akan ditarik balik? Inikah keadilan?


Kalangan kontraktor dan rakyat yang tahu isu ini mengharapkan agar tindakan pembetulan segera dilakukan oleh pihak MPSJ dan kepekaan Menteri Besar Selangor dituntut bagi menjaga kepentingan semua pihak.


Kita tidak mahu disebabkan hal hal begini, slogan SELANGORKU hanya sekadar slogan semata mata...rasuah semakin berleluasa dan rakyat semakin tertipu, kontraktor Bumiputera bukan saja ditekan pihak atasan tetapi tidak ada siapa opun yang membela mereka.


Pihak MPSJ juga diingatkan, jika tidak ada jalan terbaik dilakukan bagi mengatasi masalah ini, kontraktor akan membuat aduan kepada SPRM bagi menungtut keadilan....

Friday, July 27, 2012

BAGILA ROYALTI, KALAU TAK DAPAT BALA



Haaa..dengar tu..nak bala?..kalau nak tak mau bala, bagi royalti minyak kat Kelantan...walaupun ianya di kawasan tuntutan Thailand dan juga Vietnam...(baca kat sini dan sini)

Banyak kali jugak dia doa mintak royalti...siap kirim bala lagi kalau tak dapat royalti...



Lepas tu dia buat lagi..kali ni di bulan puasa..



Jangan main-main wooo..dia siap mintak bala lagi kalau tak dapat royalti..

Tak dapat duit punya pasal, bala didoakan...tapi kalau dia ambil duit rakyat dalam ceramah-ceramah..dan yang terbaru kunjungan Hj Hadi ke Mesir sapu duit para pelajar di sana semasa ceramah, walhal mereka pon disponsor untuk ke sana..ITU TAK MENGAPA...puiiii...

TAK SUKA BONUS? NAK BUAT APA DENGAN DIA NI?



Memang ramai kakitangan kerajaan tak kira parti apa bersyukur kepada kerajaan BN atas pemberian bonus Hari Raya seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri kelmarin.

Tetapi mamat sorang ni tak suka..dia alu-alukan tetapi dia kata duit tu tak selesai masalah.


Siapa lagi kalau Mahfuz Omar...daya pembangkang dia ni sangat tinggi sampai dia bangkang tak pakai otak sebab bonus tu adalah SETENGAH BULAN GAJI bukan RM500 sahaja..RM500 tu bayaran minimum...kalau tak reti pakai otak elok je lah kau bagi otak kau kat orang lain..


 Duit bonus yang diberi tu PASTI AKAN BERI MASALAH JIKA DISALAHGUNA..

SALAHGUNA MACAMANA? SALAH SATU CONTOH SALAH GUNA IALAH, BAGI DERMA KEPADA PAS SEMASA CERAMAH...

LEBIH ELOK derma pada surau atau masjid buat orang buka puasa...lebih besar pahalanya..

Thursday, July 26, 2012

ARTIS MASUK PAS JADI ZUHUD?


Artis masuk UMNO dituduh dibayarlah, diberi projek lah dan macam-macma lagi tuduhan...tetapi bagi PAS, mereka percaya tidak sebegitu....artis yang masuk PAS bukan untuk dapat duit, bukan untuk kemewahan...tak caya cuba tengok kereta salah seorang artis yang masuk PAS iaitu Bob Lokman...ini je keretanya...

.
.
.
.
.
.

Tak caya tanya ustaz azhar idrus..dia yang kantoikan heheh..





Kalau pon ada yang kata itu mungkin duit semasa Bob jadi artis dulu? Nah...bermakna dia dapat kemewahan hasil dari dasar kerajaan BN yang menggalakkan artis untuk cipta macam-macam karya seni dan ada RTM dan TV3 termasuk Astro untuk tempat dia berlakon, mengacara dan sebagainya...


Hairi Othman pulak dia dapat imbuhan besar...sepertimana apa yang dia sendiri tulis dalam Twitter nya

Jadi mana zuhudnya? Mana ikhlas nya? Last-last ianya semua KERNA DUIITTT...

KERAJAAN TUKAR TEMA KEPADA "JANJI DIBOHONGI"?


Dasar membangkang Pakatan Rakyat dah semakin teruk, sampai slogan pon nak bangkang..awat takot sangat dengan slogan "Janji ditepati" tu?


Sebenarnya mereka ter"SENTAP" dengan arti slogan tersebut...ye lah...siapa yang tak tepati janji? Mereka lah! Janji dalam PRU lepas bukan main, tapi JANJI TINGGAL JANJI je lah..cukai pintu dan cukai tanah tak turun-turun sampai sekarang..yang tak habis-habis dimainkan ialah air percuma. Itu pon sampai menyebabkan pengurusan air di Selangor jadi cacamerba.

Kalau bab nak bangkang, memang kerja mereka ni bangkang je kerja. Dulu slogan 1Malaysia pon mereka takot, sampaikan di Selangor pon tak boleh nak pakai slogan tersebut...takot sangat..


Pakatan seolah-olah dah tiada modal untuk perjuangkan nasib rakyat, yang mereka tau ialah bangkang...bangkang tu pon bukan sebab rakyat, tetapi takut kedudukan mereka tergugat.

Bayangkan, adakah rakyat rugi dengan slogan "55 Merdeka, janji ditepati"? Adakah dengan slogan tersebut duit rakyat dikutip macam mereka-mereka sapu duit rakyat ketika ceramah dan kutip duit untuk buat highway yang entah tentu siapnya?

Ketakutan Pakatan semakin terserlah...Anwar kini tiada lagi karisma dan tarikan kuat sepertimana PRU 12 dahulu. Jadi mana kekuatan mereka? Mencipa persepsi kebencian terhadap kerajaan...TERMASUK SLOGAN YANG DIGUNAKAN..mahukah kita dipimpin oleh kelompok yang tak sudah-sudah hanya MENCIPA PERSEPSI NEGATIF demi meraih undi? Mana dia perjuangan untuk rakyat?

Fikir-fikirkanlah...

PAS CERAMAH PASAL KEMALUAN WANITA


Mahfuz...mahfuz....takdak cerita lain ke bang oi...macam gini ka PEMIMPIN PARTI ISLAM?

Malu la weii..anak dan isteri dia mesti malu...ye la, macam takde cerita lain. Konon nak sensasi sangat, over..tu la..

Ingat orang seronok la dengar cerita hang...

Wednesday, July 25, 2012

LEMAN NAK MELAYU PENANG TINGGAL DI MASJID?


Peergghh..punyalah ampu baik punya si Leman Raja Lawak yang tak lawak langsung ni...Dalam video ni mula-mula dia kata dia masuk PAS sebab dia benci dengan UMNO..sebab UMNO perjuangkan sekularisme sedangkan PAS perjuangkan Islam...tapi dia dok masuk rancangan realiti Raja Lawak tu tak sekular kah?

Lepas tu dok ampu Lim Guan Eng bagi tiap-tiap tahun berjuta-juta ringgit untuk Hal Ehwal Agama Islam..tapi Leman lupa yang pada masa yang sama Lim Guan Eng langsung tak guna pon peruntukan untuk bina rumah bumiputera di Pulau Pinang..

Leman nak orang Islam Pulau Pinang tinggal hanya di masjid dan pejabat hal-ehwal agama Islam kah?

AHLI PARLIMEN PKR JADI PENJUAL OBAT?


Yang atas ni seniman negara...dia buat lagu jual obat untuk berhibur..sebab depa pon penghibur..

Tapi ada wakil rakyat yang dilantik rakyat untuk berkhidmat pada rakyat..bukan JADI PENJUAL OBAT sambil MAKI HAMUN!!! Tengok video kat bawah ni..




Berapa kali HaramJa**h dia lontarkan di hadapan rakyat..ini kah kualiti wakil rakyat yang patut ada dalam negara kita?

Pasal dia kahwin satu lagi di Thailand, bini dia pon dia HaramJa**h kan..


Harap agar rakyat tak tersilap pilih lagi wakil rakyat macam ini...

LOMBONG EMAS HARAM: SIAPA EXCO BERTANGGUNGJAWAB?


Bila ditanya dia suroh tanya orang lain..


jawatan Husam..


Jadi siapa sebenarnya exco yang jaga lombong emas haram ni?


Ohh...dia ni...no komen..

Tuesday, July 24, 2012

DENGAN SLOGAN PON MAHFUZ OMAR TAKOT?

                                 
Nak tau POSTER DAN SLOGAN apa yang Mahfuz Omar takut?..ni ada kat bawah ni..

       
                        

Apa bukti dia ... ni bukti dia.. (SUMBER: HARAMKAHDAILY)



Punyalah takot Mahfuz dengan Jelajah Janji Ditepati (JJD) sampaikan dia pon nak create slogan baru "Demi Malaysia"...eh Mahfuz..lu kena tanya sama bos lu DAP dan Anwar maa..takot dia tak setuju slogan hang heheh..

VIDEO: ANWAR BUAT HAL DI BULAN RAMADHAN


Ch...ch..chyna...

Logo SelangorKu tertera di video perutusan Ramadhan Anwar ini, tetapi yang ditulis adalah perutusan dari Ketua Umum PKR dan bukan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Bermakna, adakah duit dari kerajaan negeri Selangor digunakan untuk kempen PKR? Dulu mereka marah dengan menuduh BN guna duit kerajaan pusat..yang ini tidak mengapa?

Anwar berucap pon tersedu-sedu macam tak buat latihan, tapi ucapannya bermotif politik, walhal ini perutusan Ramadhan...ikhlas kah Anwar?

Rata-rata komen di youtube membidas Anwar dan mengkritik cara Anwar menyampaikan perutusannya...salah siapa?

Adakah video ini merakam sang Anwar atau orang yang mirip Anwar? Bagaimana dengan video China Doll?

Ikuti perutusan ramadhan mengarut anwar di sini dan nilaikan

DUIT RAKYAT KEDAH RUGI TIDAK MENGAPA?


Wanita di atas memang pandai meniaga bahulu...sudah semestinya dia mahu mencari KEUNTUNGAN ketika berniaga..tak kiralah siapa pembelinya..yang memangkah PAS kah, BN kah atau cap kunci.

Tetapi tidak bagi kerajaan PAS Kedah apabila nak cover pembelian saham FGVH yang dikutuk oleh PAS sendiri, so mereka juallah walaupun pihak mereka rugi. Sewaktu pembelian, mereka TAHU DAN SEDAR yang saham tersebut bakal mendatangkan keuntungan dan mereka membeli dalam kuantiti yang BANYAK!! Tetapi akibat politik jumud, mereka menjualnya atas dasar keseragaman dasar politik...DAN KETEPIKAN KEUNTUNGAN....

MASALAHNYA ITU BUKAN DUIT NENEK MEREKA..ITU DUIT RAKYAT!!


Adakah cara sebegini yang kita mahu lantik jadi pemimpin NEGARA?...mentang-mentang tu bukan duit dia..selamba je mendatangkan KERUGIAN pada anak syarikat negeri..Awat dulu yang sign cek pembelian saham tu sape oi!! Bukan PENGERUSI PKNK kaaa!! 


Monday, July 23, 2012

BERHATI-HATI KETIKA SEBARKAN HADITH

Ramai antara kita bukan main sedap sebar macam-macam hadith terutama tentang fadhilat tarawikh di bulan Ramadhan terutama di laman media sosial seperti twitter dan facebook...Tengok video ni..



So lepas ni kena la check dulu sohih ke tak sohih...ada je buku hadis sohih kat kedai-kedai buku..kena la rujuk dahulu sebelum sebarkan..

BERANI BETUL NAK TEGUR USTAZAH ARTIS



Hoi ustaz Kazim...berani kau nak perli-perli Abby..dia dah daftar masuk PAS...dia dah senang nak jawab soalan di akhirat la bro...Kau Ado?

Itu mesti penyokong PAS punya jawapan heheheh...

Sebenarnya...betol la kata ustaz Kazim tu...Baru pakai tudung atau baru masuk PAS, dah mula ceramah ke masyarakat. Masalahnya ilmu di dada belum cukup. Tapi kenapa PAS tetap bagi mereka ceramah? Kerana PAS memang nak MENGKUDAKAN mereka demi mendapat undi, bukan pasal nak berdakwah ke hape..Sebab apa yang artis ni ucapkan pon bukan unsur keagamaan, tetapi lebih kepada menghentam dan menghina kerajaan serta pemimpin-pemimpin parti dalam Barisan Nasional.


Walaubagaimanapun, rakyat kini bijak dan mereka sekarang sudah pandai menilai dan TAHU kenapa PAS suka sangat artis masuk PAS. PAS masih rasa mereka pandai dalam memperbodohkan rakyat..mungkin PAS silap besar kali ini.

ABBY KATA JADI AHLI PAS BOLEH LEPAS SOALAN DI AKHIRAT?


Ini lah apa yang dikata oleh Abby:

"Nanti bila dekat SANA..bile kite..ape!..eermmm..disoal..saya kata saya memperjuangkan agama..saya takot nama saya takde dalam senarai hehe!Jadi saya termimpi-mimpi keadaan itu jadi saya rasa macam saya rasa err sangat bersyukur..hari ini saya dapat ermmm..menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang muslimah yang beragama islam (sambil menunjukkan borangnya)"

Mengupas persoalan kenyataan Abby, kita semua dengan mudah faham akan apa yang telah disampaikan oleh Abby. Ia bermaksud bahawa jika namanya tidak masuk PAS, maka apabila di akhirat nanti, maka siapa yang memperjuangkan agama haruslah berdaftar...daftar itu haruslah kepada PAS!!

Kenyataan seperti ini boleh dikategorikan sebagai KESESATAN!

PAS seharusnya bertanggungjawab dalam hal ini. 

Ini sudah jelas tidak benar!

Bermakna sekarang, sekadar memangkah PAS dalam pilihanraya pon tak mencukupi..kena JADI AHLI baru lepas nak masyuk syurga? Nauzubillah...

Masa untuk bertaubat masih terbuka...

Sunday, July 22, 2012

KETUA PEMUDA PAS MESTI MINTA MAAF?


Berikut adalah penjelasan Ustaz Fathul Bari berkenaan penafian dakwaan Nasrudin Tantawi kata Karpal Singh akan bincang isu hudud dengan PAS.




Sepertimana kata UFB, semua orang masih tak tahu siapa benar siapa salah, tetapi Nasrudin Tantawi harus memberi penjelasan berkenaan dakwaannya dan jangan seperti baling batu sembunyi tangan. Kalau benar dia tipu, harap agar dia bertaubat lebih-lebih lagi di bulan ramadhan ini dan KENYATAANNYA DISAKSIKAN JUTAAN RAKYAT MALAYSIA..

PESANAN TERBAIK BUAT NIK AZIZ


Saturday, July 21, 2012

SELANGORKU UNTUNG DARI RM40 JUTA KE 100 JUTA?


Memang la naik dari RM40 juta ke RM100 juta...tapi bukan rakyat Selangor yang dapat..tetapi Talam yang dapat...siapa yang rugi? Rakyat Selangor la yang rugi sebab KEPANDAIAN Khalid Ibrahim menjadikan tanah yang dibeli kerajaan negeri Selangor sudah terlebih bayar sebanyak RM100 JUTA!!! Tanah tu pulak tanah DALAM AIR!!! 



ANWAR SEBAGAI PENASIHAT EKONOMI RM1 AJAR KHALID BELI TANAH DALAM AIR KA? Teringat kata-kata Tun M, you pay peanut you get MONKEY!!

DEBAT: KETUA DEWAN PEMUDA PAS MENIPU?


Malas la nak cakap banyak-banyak bulan puasa ni. Tapi dalam Debat semalam, Tantawi kata Karpal kata dia boleh bincang pasal hudud. Tapi Karpal pulak nafikan..


Karpal sentiasa konsisten dengan pendiriannya, tapi PAS masih terhegeh-hegeh nak bersekongkol dengan DAP. Tantawi nampaknya mungkin hanya nak menang sorak ketika berdebat dengan Ustaz Fathul Bari, tapi takkanlah sampai nak menipu kan?

Bertaubatlah...

PAS: PENYOKONG TAK KESAH PEMIMPIN MENIPU?


Tau la PAS sekarang dah gila artis sebab nak popular kan parti mereka yang makin tak popular...ulama dah PAS tak pakai dah kot sebab TIADA PULL FACTOR barangkali...baca statement Salahudin Ayub kata bawah ni..Ning Baizura dan Syarifah Aini pon dia kata nak masuk PAS..


Kalau ye pon terdesak nak artis masuk PAS takkan Salahudin Ayub ni desperata sangat kot? Sekali...


Ning nafi...ALAMAK MALUNYE....So ni kategori pembohong ke ni? Fitnah ke? Eh..takkan macam gini parti PAS kot?

Friday, July 20, 2012

PAKATAN AKUI ANAK NIK AZIZ BODOH?

Ni bukan orang atau blogger UMNO yang kata ye...ni blog pembangkang yang kata..tak caya baca ni..


sumber: http://mymassa.blogspot.com/2012/07/blogger-pembangkang-gelakkan-anak-nik.html (Pro-BN)
http://penarikbeca.blogspot.com/2012/07/saya-simpati-nik-abduh-dia-dah-try.html (Pro-Pakatan)
http://adukataruna.blogspot.com/2012/07/video-kebodohan-doktrin-jenama-oleh-nik.html (Pro-Pakatan)

Pasti Nik Aziz marah kat blogger-blogger ni...siap laaa...kena cilako la korang..heheeh..

Tapi adakah ini salah blogger tersebut..ATAU MEMANG SALAH NIK ABDUH SERTA NIK AZIZ?

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1433H


Kami di Ikrar Pemuda ingin mengucapkan selamat berpuasa buat semua pembaca Ikrar Pemuda. Semoga ibadah ramadhan kita sentiasa dirahmati dan diberkati oleh ALLAH SWT Insya Allah...

Thursday, July 19, 2012

BUKTI ANWAR ZUHUD


Zuhudnya Anwar...kereta yang dia naiki sama macam apa yang rakyat naik...BERJIWA RAKYAT LAH KATAKAN...


Zuhud kan? Jaguar je pon...kan?



sumber: http://mymassa.blogspot.com/2012/07/gambar-kereta-mewah-pemimpin.html

ROYALTI MINYAK KELANTAN: PAS BERBOHONG LAGI?


Macam-macam la mereka ni buat konon nak perjuangkan hak rakyat Kelantan untuk dapatkan royalti minyak...




Tapi macamana nak minta royalti kalau KAWASAN MINYAK DI LUAR KAWASAN KELANTAN?

TENGOK NI..


PENJELASAN LANJUT DI SINI