f June 2012 ~ Ikrar Pemuda

Saturday, June 30, 2012

TAK MAU FGVH, JOM MASUK KOHILAL!


Dalam banyak-banyak ceramah PAS yang anti dengan penyenaraian FGVH, mereka menuduh macam-macam terhadap FGVH..antaranya itu satu penipuanlah...itu cara BN nak ambil duit rakyatlah..jangan beli saham tu sebab nanti tanah tergadailah..PAS ni kalau bab nak bakar rakyat memang pandai..Parti Ajaran Syaitan lah katakan..

Tapi PAS lupa yang PAS telah pon diberi peluang untuk mencipta satu perniagaan yang besar dahulu..iaitu..

KOHILAL..

sekarang apa jadi kepada KOHILAL? RM 45 juta beb..bukannya sikit!


Dan yang paling best ialah jawapan pemimpin PAS, Datuk Amar Nik Hassan Exco Kelantan tentang Kohilal pada 2011..


"“Kadang-kadang nasib kita baik, kita mencarum di tempat yang kebetulan ada rezeki yang baik untuk kita, kita akan mendapat keuntungan yang lebih. Jika tidak, inilah yang terpaksa kita tanggung,” ujarnya lagi." rujuk Malaysiakini


Habis tu untuk FGVH kenapa mereka tak beritahu yang ianya juga ada masa untung ada masa rugi?





TUN M TAK BOLEH, NIK AZIZ BOLEH


Dulu Nik Aziz pernah suruh Tun Mahathir berundur kerana dikatakan lama memegang jawatan PM...tapi kini selepas hampir 10 tahun Tun M letak jawatan dan tak bertanding mana-mana DUN atau Parlimen, Nik Aziz masih lagi ingin bertanding di DUN beliau iaitu DUN Cempaka..


Kenapa cakap tak serupa bikin? Hairan..hairan...

sila rujuk di sini: http://www.kelatekito.net/index.php?option=com_content&view=article&id=249:tok-guru-apa-hukum-mungkir-janji

MB TIDAK DAPAT SOKONGAN EXCO?



Kisah ini terjadi di sebuah yang diperintah oleh Pakatan..Negeri S namanya..tapi kesian..ada Menteri Besar pon macam pisang je dibuatnya...senang dilenyek-lenyek oleh orang bawahan..nak tunjuk kuat tak boleh..ada secretary mengalahkan bossnya sendiri..

Last-last terpaksa la cuba lari untuk jadi pengundi DUN lain...Exco dah sebulat suara nak tendang sang secretary..tapi dia masih pertahankan jugak...mana tahan..10 lawan 1..Optimus Prime pon mati..

Siapa agaknya tu??

Friday, June 29, 2012

GEMPAR : PAKATAN SELANGOR NAK TUKAR LOGO DEWAN UNDANGAN NEGERI?


Malas nak cakap banyak. Minta tolong baca sendiri apa yang tertulis dalam dokumen rasmi kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor ini. Patutlah dulu KALIMAH ALLAH di Jata Negeri Selangor dipermainkan, rupanya mereka ada agenda lain sebenarnya.





ANAK NAK BAGI DURIAN RUNTUH PADA PENEROKA?


Menganga siapa tengok berita pagi semalam...saham FGVH baru je didagangkan terus harga meningkat..Pengerusi Felda siap menasihati peneroka-peneroka yang ada saham supaya jangan jual terburu-buru...ANAK dapat bagi apa?Ngango yo lah..

Apa pun tahniah buat Felda dan juga PM yang sentiasa ingin mengangkat nilai bangsa ke tempat lebih tinggi..siapa sangka yang FGV adalah penyenaraian saham kedua terbesar dunia selepas facebook..facebook tu diketuai oleh Yahudi..Felda oleh umat Islam...mesti ramai yang cemburu..cuma yang pelik, ada juga umat Islam yang tak mahu umat Islam sendiri maju...

Thursday, June 28, 2012

PAS TAKMAU CALONKAN SALAHUDDIN AYOB?



Apa la sengal orang PAS ni...macamanalah gaya nya nak memerintah Malaysia..di antara perarakan keagamaan seperti perarakan Thaipusam dengan perhimpunan Bersih pon tak tau..Dan dengan separuh akal dia boleh samakan pulak tu..



Tak ke menghina agama Hindu namanya...kalau benda macam ni pon Salahuddin Ayob@Din Kuyob pon tak tau nak beza..macamanalah hang nak pimpin negara Din oii!!! Tak tau langsung nak bezakan yang mana agama mana satu politik..nak kata bongok..tapi gaya macam profesor dah..

Habis orang Hindu marah kat PAS...semua Din Kuyob punya pasal..cakap tak pakai otak...

PAS NAK DOA MAKAN UNTUK NON-HALAL FOOD?


Majlis jamuan makan pon Pakatan tak boleh nak letak Islam di tempatnya..apa yang mereka buat? Mereka campur adukkan nak bagi sama rata..adakah agama Islam yang jadi agama rasmi di negara ini layak di sama ratakan dengan kepercayaan lain..



Tengoklah dalam poster di atas..meja makan halal dan non-halal boleh diadakan dalam satu majlis..sedangkan sepatutnya semua meja lah halal..kaum Cina dan India bukan tak boleh makan makanan halal..kenapa yang non-halal mesti di adakan juga?..

Apa PAS buat ni? Nak jadi tukang baca doa makan kah? Mungkin itulah selayaknya PAS di mata Anwar dalam Pakatan..hanya jadi machai, tukang baca doa, tukang kutip dan bersihkan sampah, tukang jaga parking...dan sebagainya..bising kemain..tapi layu je dalam pakatan sendiri..ada makanan non-halal pon PAS boleh doakan jugak...

Wednesday, June 27, 2012

VIDEO PANAS YANG HALAL UNTUK DISIMPAN


Dah terang-terang lagi bersuluh pengakuan Mustafa Ali tentang perjuangan PAS tidak mengutamakan hudud..




Selama hari ini PAS sering menuduh UMNO dengan macam-macam tuduhan kerana tidak buat hudud di negara ini...tetapi kini PAS juga sudah tidak mahu perjuangkan hudud..jadi bagaimana dengan tohmahan-tohmahan mereka selama ini terhadap UMNO dan BN?

Yang peliknya ialah..PAS tukar dasar perjuangan di kala Pakatan Haram menang besar PRU yang lepas? Adakah kerana ketamakan kuasa PAS ubah perjuangan dengan menggugurkan apa yang mereka perjuangkan sehingga ada yang meninggal dunia?

Simpan video di atas elok-elok untuk disebarkan sebelum PRU 13 dan juga untuk masa akan datang supaya nanti untuk beritahu anak-anak bangsa yang PAS adalah parti yang hanya reti melacurkan agama Islam demi mendapatkan kuasa...

PAS TETIBA JADI PANAS??


Hahaha...Tuan Guru dah bagi green light untuk siasat skandal DINAR EMAS Kelatan..macam tu la Tok Guru..tetapi orang yang bertanggungjawab iaitu Husam Musa masih lagi senyap membisu huhuuu...APA KES??



Tak lama lagi nak pilihanraya..apa kata kasik bongkar sket..heheheh...sampai ada pelabur dari Jepun pon didakwa ditipu??

http://unitmediasiber.blogspot.com/2012/06/skandal-dinar-emas-pelabur-jepun-saman.html

sumber-sumber:
http://kickdefella.net/2012/06/18/skandal-dinar-emas-mempromosikan-riba-bukan-mencari-keredhaan/
http://kickdefella.net/2012/06/24/kali-terakhir-husam-bertemu-umar/

Tuesday, June 26, 2012

WOW! PROJEK PAS BERNILAI BILLION RM!


Ingat hanya BN sahaja pandai dalam buat Projek untuk rakyat? PAS pun terbukti pandai dalam buat projek untuk rakyat..Lihat di bawah ni..

1. Projek Industri Petrokimia di Pantai Senok, Bachok. - RM 2 billion
2. Pusat peranginan Tasik Kwong, Rantau Panjang - RM 1.5 billion
3. Bandar Baru pengkalan Kubur - RM 1 billion
4. Bandar Peranginan Bandar Tok Uban - RM 885 juta
5. Bandar Perikanan Tok Bali - RM800 juta
6. Pelabuhan Pantai Sri Tujuh, Tumpat - RM360 juta
7. Projek Pelancongan Danau Tok Uban - RM350 juta
8. Terminal Bas Kubang Kerian - RM328juta
9. Projek Agro Tourism Pergau, Jeli - RM250 juta

Dan terbaru projek lebuhraya rakyat yang guna kutipan duit rakyat kelantan...

Tengok tu..berapa nilainya beb..Berbillion tu..

CUMA SAYANG..

lepas umum dan dilancarkan..PAS HANYA PANDAI BUAT...

TAK TAU SAHAJA...


BN BAGI MINYAK PERCUMA?




Kalau kerajaan pakatan Haram pukul canang beri air percuma yang bukan semua rakyat Selangor dapat...Kerajaan BN sejak sekian lama telah beri Petrol percuma kepada semua rakyat Malaysia..

buktinya..baca penjelasan Ketua Pembangkang Selangor Dato Dr Hj Mohamad Satim Diman di bawah..

"Sejak sekian lama, kerajaan BN memberikan subsidi kepada rakyat meliputi barangan keperluan asas seperti gula, gandum, minyak masak, petrol dan sebagainya. Jika diambil petrol sebagai contoh, setiap RM1.90 sen yang dibayar oleh pengguna, RM 0.82 sen (berdasarkan harga semasa petrol) dibayar oleh kerajaan. Seandainya pengguna membelanjakan RM200 sebulan untuk petrol, maka kerajaan telah membayar RM86.32sen dari kos perbelanjaan petrol mereka. Di Selangor, kerajaan negeri membayar kos 20m padu air yang berjumlah RM11 sebulan dan selebihnya akan ditanggung oleh pengguna. Dalam kedua-dua senario ini, apa yang dilakukan adalah sama tetapi yang membezakannya dari segi penjenamaan. Pakatan rakyat menggunakan istilah percuma, manakala kerajaan pusat menamakannya subsidi!"

Baca selanjutnya disini


Arab Spring Akan Berlaku di Negeri Pakatan Tetapi Melalui Demokrasi!!


'Arab Spring' adalah pemberontakan rakyat untuk menjatuhkan kerajaan dan di Asia Barat mereka memang mengamalkan kebangkitan tersebut kerana negara itu bukan demokratik sebaliknya autokratik. - Mahathir

 'Arab Spring' berlaku kerana pemimpin mereka menerajui negara semata-mata untuk kepentingan diri tanpa memikirkan keutamaan rakyat, lalu penduduk menderita dan kadar kemiskinan meningkat sehingga ada yang sanggup membunuh diri. - Mahathir

''Kita di sini ingin 'Arab Spring' tetapi soalnya adakah kerajaan terlalu zalim? Adakah kerajaan tidak beri perhatian kepada nasib rakyat, tidak membangunkan dan memajukan negara? - Mahathir



Begitulah petikan kenyataan Tun Dr Mahathir bila ditanya tentang Arab Spring .

Soalnya sekarang, di negara kita ini kerajaan mana yang dilihat tidak demokratik? Kerajaan mana yang hanya  ingin menerajui pentadbiran untuk kepentingan diri tanpa memikirkan kepentingan rakyat? Dan kerajaan mana yang tidak membangunkan dan memajukan negara seperti yang diharapkan rakyat?

Demokratik sangatkah kerajaan pakatan rakyat yang menerajui negeri selangor? Kalau pemimpin pakatan begitu demokratik, mereka tidak akan memecat Hassan Ali tanpa usul periksa tanpa memberi peluang untuk membela diri!

Jika mereka begitu demokratik, kenapa Tunku Abd Aziz dipecat hanya kerana berbeza pendapat? Siang malam mereka ini bercakap tentang perjuangan rakyat, tapi merekalah yang menzalimi rakyat! Komunis satu masa dahulu mendakwa mereka juga pejuang rakyat, dalam masa yang sama mereka membunuh rakyat yang tidak berdosa! Akhirnya mereka ditentang oleh seluruh lapisan masyarakat!!

Pergolakan dalaman dalam pentadbiran negeri Selangor, Kedah, P. Pinang dan Kelantan jelas menunjukkan mereka ini hanya mementingkan kuasa demi diri mereka sendiri! Apa usaha yang telah dibuat oleh pemimpin pakatan untuk membangunkan dan memajukan negeri yang mereka tadbir? Tak ada apa yang dilakukan!! Mereka masih lagi berhoney moon, dibuai mimpi indah berada di kerusi empuk kuasa setelah menang 2008!

Pelbagai kem-kem yang wujud dikalangan pemimpin pakatan jelas menunjukkan mereka inginkan kuasa bagi mengawal harta dan kekayaan negeri. Harta milik rakyat seolah dah jadi harta milik mak bapak depa! 

Di Selangor, masalah sampah, bebanan cukai pintu yang meningkat, harta kerajaan dinegeri yang digadai, penyelewengan, dan bermacam masalah lagi berlaku. Ini menunjukkan pemimpin pakatan tidak peduli dengan nasib rakyat. 

Maka jika di perhatikan apa yang berlaku ini, maka sewajarnya Arab Spring akan berlaku di negeri-negeri yang dikuasai oleh pakatan rakyat! Namun ia akan berlaku dengan cara yang lebih demokratik melalui peti undi bukan dijalanraya! 

baca pula bagaimana pembohongnya kerajaan pakatan rakyat di sini


Monday, June 25, 2012

KHALID SAMAD TERBOGELKAN ANWAR?

Kah kah kah..Khalid Samad ingat dia pandai..dia tunjuk video kononnya kata BN nak beli ahli parlimen..tapi dia lupa yang Presiden dia sendiri kata kamera video itu hanya besi dan tak boleh jadi saksi..dan macamana dengan video Anwar hantam China Doll? Secara tak langsung Khalid membuka semula persoalan video seks Anwar..terima kasih Khalid Samad

Saturday, June 23, 2012

Pemimpin Pas Bermaharajalela Merampas Kuasa di Masjid al Mutaqqin


Gila kuasa dan Parti Pas memang tak boleh dipisahkan. Demi kuasa orang pas sangguap melakukan apa sahaja hatta melakukan perkara yang melanggar peraturan yang sepatutnya dipatuhi oleh manusia yang waras jiwa dan raganya.

Sejak dari dulu lagi Pas bercita-cita untuk menguasai masjid di seluruh negeri Selangor. Pendek kata pantang ada masjid jer mereka akan berkomplot untuk menguasainya, agar segala kepentingan politik mereka dapat dilunaskan.

Begitulah yang berlaku dalam episod rampasan kuasa di Masjid Al Mutaqqin, di Equine Park, Seri Kembangan. Selepas solat jumaat tadi, ahli jawatankuasa lama yang tidak senang dengan segala satu perancangan jahat pemimpin pas telah membuat sidang akhbar bagi menyatakan rasa tidak puas hati mereka dengan cara pemimpin pas yang mengetepikan keputusan pemilihan jawatankuasa yang dipilih secara sah oleh kariah masjid.


Apa yang peliknya, nazir masjid telah melantik satu senarai baru ajk masjid tanpa ada pemilihan. Malah dikhabarkan ada dikalangan yang dilantik pula orang luar yang bukan ahli dikariah masjid tersebut. Mengikut maklumat yang diterima, tindakan ini dibuat disebabkan kebanyakan ajk lama didakwa tidak menyokong kem parasit dalam pas selangor.


Ada dikalangan ajk baru yang dipilih pula tidak tahu menahu namanya dimasukkan sebagai ajk masjid, sebab tiada pemilihan dibuat. Pemimpin pas dah buat masjid ni bapak dia yang punya.


Dalam sidang media tadi, mereka yang terlibat menjelaskan mereka akan menghantar memorandum kepada Sultan tentang salah laku pemimpin pas ini.

Friday, June 22, 2012

PAS KONFEM KALAH TERUK KALI NI?

Mana la tak kalah teruk nanti..kubur cina di kawasan rezab melayu dan juga penduduk majoriti melayu pon PAS sokong di Kedah....

Sumber: http://dinturtle.blogspot.com/2012/06/isu-memorial-park-sungai-kob.html

Wednesday, June 20, 2012

ANWAR PUNCA PAKATAN KALAH?



Anwar memburukkan lagi Pakatan. Walaupun dengan auranya, Pakatan menang banyak kerusi dan juga menakluk beberapa negeri dalam PRU 12, namun politik bukan sahaja mengenai memenangi kerusi, tetapi bagaimana memperjuangkan nasib dan juga mempertingkatkan kehidupan pengundi yang mengundi. Tetapi, ternyata, Anwar gagal menerajui Pakatan dalam hal ini.

Yang lebih terpancar ialah betapa buruknya perangai Anwar sebagai Ketua Pembangkang walaupun sudah memenangi beberapa negeri termasuk menjawat jawatan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. 

Rakyat sudah mula mempertikai.. Apa yang Anwar buat dalam 4 tahun ini terutamanya untuk Selangor? Asyik-asyik ceramah sana, ceramah sini, buruk-burukkan kerajaan dan tiada satu pun projek yang benar-benar memberi manfaat telah dia lancar atau dia beri idea terutamanya di Selangor. Yang banyak hanyalah pembangunan rumah mewah, dan bangunan-bangunan komersial yang hanya memenuhi poket masing-masing dan bukan untuk membantu rakyat. Selain itu, di Selangor, masalah kutipan sampah masih berlanjutan dan ditambah lagi dengan peningkatan pekerja-pekerja seks ataupun GRO di Selangor amat merisaukan rakyat negeri ini. Apa yang Anwar dah buat untuk mengatasi masalah ini khususnya untuk rakyat Selangor?



Pada masa yang sama, Perdana Menteri turun padang bukan sahaja di Selangor, tetapi ke seluruh pelusuk tanahair melancarkan bermacam-macam program, projek dan memberikan bantuan khas untuk rakyat. Perancangan juga dijalankan dengan rapi demi memajukan negara seperti gagasan 1Malaysia, program GTP dan sebagainya..


Tapi apa yang Anwar buat? Ada tak Anwar turun di Selangor lancar apa-apa projek mahupun bantuan kepada rakyat? TIADA?

Jadi takkan kita nak berharap pada SAUDAGAR MIMPI seperti Anwar? Yang hanya reti bercakap, bercakap dan bercakap..DAH LA BANYAK SANGAT BERCAKAP..KERJA TAK BUAT PON UNTUK RAKYAT..MENIPU PULAK LAGI!!!



Ini belum cerita pasal aksinya bersama China Doll, aksi sembah mayat Teoh Beng Hock, serta penipuan 16 September yang dikenang sebagai PENIPUAN TERBESAR DALAM SEJARAH POLITIK MALAYSIA dan sebagainya! Terbaru, akuan bersumpah bekas Gabenor Bank negara mengesahkan pula akaun berbillion Anwar..jadi apa sebenarnya Anwar dah buat untuk rakyat Selangor ni??



Tuesday, June 19, 2012

BERITA YANG BUAT ANWAR KECUT?


Anwar cukup suka pakai akuan bersumpah untuk cipta persepsi negatif terhadap kepimpinan PM kita..terutamanya ketika melibatkan PM dengan pembunuhan Altantuya..

Kini akuan bersumpah juga yang akan menghantui dirinya..Orang yang membuat akuan bersumpah telah tampil mengesahkan akuan bersumpah berkenaan adalah benar..AMACAM?

Sunday, June 17, 2012

BUKTI KELANTAN NEGERI TADAHAN WAHYU


Banyak bukti menunjukkan bahawa pemerintahan PAS di Kelantan berjaya membentuk rakyat yang maju pemikirannya dalam pelbagai segi; muzik, sahsiah dan pemikiran

 MUZIK



 SAHSIAH
 

PEMIKIRAN

Saturday, June 16, 2012

PAS JADIKAN HAJI UNTUK CABAR MENCABAR?



PAS ni dah gila dan sewel agaknya..ada ke patut ibadah haji dijadikan macam taruhan sahaja..dah la suruh orang tangguh haji untuk pilihanraya..sekarang ibadah haji dijadikan cabaran pulak..


Kalau haji yang dicabar ini dibuat bermaksud bukanlah atas niat buat ibadat, sebaliknya ia nya dibuat untuk menyahut cabaran PAS gila ni..ibadah jenis apa kalau macam tu?


PAS elok cabar Anwar bersumpah dengan nama Allah yang bukan dia dalam video seks China Doll dan PAS juga patut cabar Azmin bersumpah nama Allah yang bukan dia dalam aksi aiskrim..

SIAPA NAK JUAL SELANGOR?


Andai kata lah Kerajaan BN berperangai seperti Khalid Ibrahim dalam menguruskan dana pendidikan dengan menjual tanah universiti-universiti di Malaysia..agak-agak setelah berpuluh tahun apa yang tinggal?

Khalid Ibrahim nampaknya terpancing dengan penggantungan sementara PTPTN kepada pelajar-pelajar baru UNISEL, tetapi setelah penggantungan ditarik balik, kenapa Khalid senyap sahaja pasal pencairan aset UNISEL untuk tujuan memberi bantuan pendidikan kepada pelajar UNISEL? Takkan still nak jual tanah UNISEL jugak kot? Adakah Khalid nampak ini peluang untuk berniaga?

Ini baru pegang negeri...kalau mereka pegang negara macamana?

Friday, June 15, 2012

VIDEO PANAS PEMIMPIN PAKATAN


Video terbaik untuk menerangkan betapa huduhnya dan tak layaknya Pakatan Haram untuk memimpin negara. Sama la jugak dengan Bar council...hanya jadi alat oleh PAKATAN


PUCHONG DAPAT PELABURAN BESAR



Tahniah buat Pakatan dengan pelaburan antarabangsa berbentuk GRO asing...ramai betol mereka ni di puchong...GRO ni jadi pengundi hantu untuk Pakatan ke?

Thursday, June 14, 2012

PAS TIDAK AJAR ISLAM?



Siapa kata PAS tu ajar Islam?

Ada ke Islam suruh kalau dah mampu untuk tunaikan haji KENA tangguh haji untuk pilihanraya? Hanya ajaran PAS yang ajar macam tu..Tapi bila perhimpunan bersih mereka kata hadir itu WAJIB pulak...hanya ajaran PAS yang ajar macam tu...bukan ajaran Islam..

Ada ke Islam suruh geng dengan pemimpin-pemimpin yang diragui moralnya setelah bukti bergambar dan video ditunjuk kepada umum? Hanya ajaran PAS sahaja yang nak geng dengan pemimpin yang terlibat dengan china doll dan aktiviti pemberian aiskrim.

Ada ke Islam suruh bila dah jadi kerajaan, kemudahan untuk rakyat, rakyat sendiri kena tanggung? Hanya ajaran PAS sahaja yang mengajar bila nak buat highway untuk rakyat, rakyat yang kena tanggung, kerajaan yang mereka pegang tak payah susah-susah improve pendapatan dan cari sendiri dana...rakyat yang kena bayar.. Bila highway kerajaan yang kerajaan buat mereka marah untuk bayar tol..
Sama jugakla dengan bila buat jamuan... Gebang bukan main JAMUAN RAKYAT.. tapi rakyat jugak kena bayar.. Dan penceramah dapatla habuan dari duit tu...

PAS MEMANG GILER

Bila orang-orang PAS berkumpul maka mereka berkatalah di antara mereka bahawa mengundi UMNO itu salah sebab UMNO parti sekular..yang hanya perlu diundi ialah Parti yang ingin menegakkan hukum Allah dan tegakkan negara Islam..ada ustaz yang terkenal selalu bagi ceramah sedemikian di hadapan umat PAS
Masalahnya ialah bila PAS berhadapan dengan rakan pembangkang mereka iaitu DAP dan PKR..PAS tak reti langsung nak cerita itu depan rakan-rakan mereka ni..

JADI SEKARANG SIAPA YANG DIPERBODOHKAN?

Wednesday, June 13, 2012

JAMUAN RAKYAT TAPI RAKYAT KENA BAYAR

Kata JAMUAN RAKYAT..tapi apa pasei RAKYAT YANG KENA BAYOOORR!!!

Macam biasa la pe'el PAS ni..lebuhraya pon dia kata lebuhraya rakyat..tapi rakyat juga kena bayorr..bila kerajaan buat lebuhraya BERTOL..depa marah bagai...

Tak ke SENGAL PAS ni..

SUMBER: http://dtenggara.blogspot.com/2012/06/3-stooges-nak-makan-sedap-di-johor.html

Tuesday, June 12, 2012

Monday, June 11, 2012

PAS UCAP GOODBYE JOHOR?


PAS boleh ucap goodbye pada Johor..terima kasih Nizar

PAS PON MAIN NOMBOR PLAT CANTIK?


Kah kah kah..ingat kan zuhud la sangat...rupanye orang PAS layan jugak nombor plat cantik-cantik..dan itu pon dia kata ibadah..

Ni anak Nik Aziz cakap dalam blognya..

"Pasal no plat;

1) Saya bayar lebih untuk PAS 17 kerana saya yakin ia berguna untuk Islam. Kalau DAS 1 harganya seribu dan PAS 11 harganya 5 ribu, saya pasti bayar untuk PAS 11. Kerana yakin dengan niat dan matlamat saya bahawa saya dengan nombor plat itu telah kempen 24 jam untuk sebuah jamaah Islam, maka saya membayar untuknya.

Saya ada Savvy dengan plat PAS 7667, no di motorsikal saya dulu semasa berulang alik ke Maahad Muhammadi. Hadiah daripada ayahanda.

Jika ada orang kaya nak hadiahkan ayah saya, carilah plat PAS 1, confirm ayahanda gembira. Pernah dia pakai PAS 13 di mercnya dulu. Bila tuannya ambil balik, dia ucapkan rasa kecewanya."

Waaahhh...ada hati juga Nik Aziz nak pakai plat PAS 1, tapi nak FREE je...tak mau bayar..mau orang hadiah...

Zuhudnya lah hai....

Sunday, June 10, 2012

BUDAYA MAKSIAT, ARAK SUBUR DI PUCHONG




 Beer seringgit di Puchong...PAS buat apa?

 Tengok kat bawah ni pulak, pusat urut seks di Puchong diserbu pihak polis..
 **Viewer Discretion is Advised**
 

Rumah urut puchong yang baru sahaja diserbu Pihak Polis bulan lepas masih beroperasi dan telah diserbu lagi pihak polis.. Mana PAS? PAS sekarang dah ada kuasa dalam kerajaan negeri Selangor? Apa yang mereka buat di Puchong? Dah kowtim ke?