f May 2012 ~ Ikrar Pemuda

Tuesday, May 29, 2012

TERKINI ! AMY SEARCH UMUM SERTAI UMNO.


Penyanyi popular tanahair, Suhaimi Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Amy Search hari ini secara rasmi telah mengumumkan untuk menyertai parti Umno. Turut bersama dengan Amy, adalah penyanyi Mus (May) dan Ibnor Reza.

Amy 54, bersama Mus dan Ibnor Reza telah menyerahkan borang keahlian Umno mereka kepada Setiausaha Kerja Umno Malaysia iaitu Datuk Abdul Rauf Yusof dalam satu sidang media ringkas di pejabatnya di PWTC sebentar tadi.

Untuk maklumat penuh klik http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.


PAS NAK BINA TOL FREE TAPI MINTA DUIT RAKYAT



PAS punyalah gebang kata nak buat highway 3 LANE TANPA TOL di Kelantan. Tak kesah pon PAS nak buat..tapi sumber pendapatannya dari mana? Nik Aziz kata:

"Di majlis itu, Tok Guru Nik Aziz menyeru semua lapisan masyarakat turut derma atas rasa tanggungjawab dan rasa hak bersama.

"Iapun bertepatan dengan Islam derma yang menggalakkan kita buat jalan selain masjid dan kita akan dapat pahala berpanjangan," katanya."

Aiitt..kata buat tol free..tapi rakyat jugak kena sumbang? Mana tanggungjawab kerajaan negeri ke atas rakyat? Kalau pun highway tu dah siap...pakai duit siapa untuk maintain? Duit derma rakyat jugak ke?

Aku rasa nanti kalau siap..PAS akan buka booth kat highway tu..tapi diorang takkan panggil PLAZA TOL..tapi PLAZA DERMA..itu pon kalau siapla..

Sedangkan jambatan Palekbang yang dilancarkan Nik Aziz 13 tahun lalu tu pon tak siap...macamanala nak siapkan tol tanpa ada sumber kewangan kukuh...


PLAT WWW 1 : NIZAR JAMALUDIN HINA SULTAN JOHOR.!



Barua DAP ini buat hal lagi, kali ini bekas MB Perak 11 bulan Nizar Jamaluddin telah mempertikaikan pembelian no plat kenderaan WWW 1 oleh Tuanku Sultan Johor di laman twitter miliknya semalam. Tindakan Nizar ini telah menimbulkan kemarahan banyak pihak terutama dari rakyat negeri Johor.
Lebih memalukan, Nizar cuba mempersoalkan kewajaran pembelian nombor yang bernilai RM520,000.00 tersebut yang sepatutnya digunakan untuk membantu rakyat, katanya. Ternyata tulisan yang dibuat oleh Nizar ini adalah biadab dan secara tidak langsung telah menghina kedudukan Sultan Johor dan beliau jelas tidak membuat kajian terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan ini.


Rakyat Johor secara keseluruhannya mengetahui bahawa baginda Sultan Johor adalah seorang raja yang berjiwa rakyat, prihatin dengan masalah rakyat dan kaum kerabat Baginda diketahui umum mempunyai empayar perniagaannya sendiri sejak dari Almarhum Ayahanda Baginda Tuanku Sultan lagi . Jadi jelas Baginda seorang yang berkemampuan tanpa menggunakan dana dari Kerajaan Negeri dan tanpa menggunakan hak rakyat. 


Jadi kepada Nizar Sengal sebelum nak meroyan tak tentu pasal nak jadi hero Pakatan Rakyat tanpa buat sebarang kajian, baik lah duduk diam. Kat Perak dah buat hal, ni nak buat hal plak kat Johor. Nak kena pelempang dan kena halau dengan rakyat Johor, silakan datang Johor. Bodoh punya Nizar.!


Inilah rupa melayu badut upahan DAP yang dimintak untuk menjadi hanjing. Bila disuruh menyalak, dia akan menyalak, terutama bila bab menderhaka kepada Raja-Raja Melayu. Good job Nizar..! 


Lihat kenyataan kurang cerdik dari Nizar tanpa buat kajian terlebih dahulu.


                
                                                      Kenyataan dari Tunku Mahkota Johor
               
                                                  DYAM TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM
                                                        Tunku Mahkota Johor Darul Takzim
Keluarga Diraja Johor tidak pernah mengambil apa-apa Wang daripada kerajaan sejak zaman Almarhum Sultan Ibrahim. Selesa untuk tidak meminta dari MB atau dari mana-mana pegawai Kerajaan. Wang yang diperuntukkan kepada Bapa saya dan saya setiap bulan sebagai Sultan dan Tunku Mahkota dimasukkan ke dalam Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim. Ini bertujuan (Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim) untuk membantu rakyat dan Kerajaan Negeri Johor. Sejak saya menjadi Raja Muda, tidak sekali-kali saya mengambil 1 sen daripada kerajaan hingga ke hari ini. Ia Wang Rakyat saya. Jadi sebelum Anda buka mulut anda, sila selidik.

DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim
Tunku Mahkota Johor

Kar1sma : PM meraikan Hari Ibu Bapa di Rumah Sejahtera










Terima kasih kepada Kerajaan Malaysia dan PM atas inisiatif yang menarik bagi mereka yang bergelar warga emas. Sebanyak 17 Pusat Jagaan Warga Emas yang dikendalikan Pertubuhan Sukarela Kebajikan dan 22 Pusat Aktiviti Warga emas yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan mendapat yuran pemasangan dan langganan ASTRO percuma selama tiga hingga lima tahun.

Perdana Menteri turut mengumumkan Kementerian Kesihatan juga akan mengadakan lawatan tetap sebulan sekali ke semua 48 Pusat Jagaan Warga Emas di seluruh negara yang berdaftar dengan JKM.



Saturday, May 26, 2012

Ape lagi tu?? Meh la sini.. #HB 2012











Sorry bro, kaki dah sakit berjalan, nak rehat jap, tak abis round lagi ni...Luorang jangan lupe datang beb...

GADIS DITANGKAP BAWA SENJATA DI PUTRAJAYA? #HBN 2012

Asyik betol gadis ini menguji senjata Angkatan Tentera Di Raja Malaysia...


Kaki Fixie jangan ketinggalan ke Putrajaya..

Jaguh motorcross pon ado...


Dan macam-macam lagi...jadi jangan buang masa belia-belia sekalian..Moh kita ke Putrajaya dan berhimpun dalam jutaan untuk sambut Hari Belia Negara 2012!!



VIP, Penghibur, Belia dan Artis yang mengamuk di Hari Belia 2012 #HB 2012












Takde sape pon yang mengamuk kat Hari Belia 2012 ni, semua ok, semua rilex, lepas & layan. Kalau korang tengok gambar kat atas tu, tu semua cerita semalam, cerita hari ni lagi happening bro... apa lagi? takkan korang nak duduk umah je? meh laa sini!!!

GEMPAR : Lebah besar buat sarang di Hari Belia 2012 #HB 2012








Bukan setakat lebah besar,malah semut juga telah bersarang di Putrajaya sejak hari rabu lepas. Lebah dan Semut atau Bee Ant Blues ini 'new branding' PEMUDA BN dalam bidang penguran acara atau 'event management'.

Sempena Himpunan Jutaan Belia kali ini, pelbagai pameran serta acara yang menarik disediakan di Karnival Bee Ant Blues seperti Klinik Kesihatan Bergerak, Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB), Pameran dari Unit Media Baru (UMB), Belon Panas dan macam-macam lagi.

Apa lagi beb? takkan luorang nak lepak umah je weekend ni? Jom la ke Putrajaya!!!


Jabatan Pertahanan Awam #HB 2012







Jabatan Pertahanan Awam ditubuhkan pada 24 Mac secara rasmi bagi melaksanakan peruntukan Ordinan.
Pertahanan Awam menjadi unsur tetap dan penting dalam sistem pertahanan Negara mengikut Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Pertahanan Awam diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Singapura berikutan konfrontasi Malaysia – Indonesia ( Kertas Kabinet No. 302/314/64 ).

Jumlah keanggotaan ditambah menjadi seramai 36,000 anggota dengan 37 cawangan selain kelengkapan logistik terbaru pada masa itu diperolehi untuk seluruh Negara.

Kerahan tenaga anggota seluruh Negara dibuat mengikut peruntukan Akta Perkhidmatan Negara 1952 berikutan bencana banjir besar yang melanda Negara.

Akta Pertahanan Awam 1951 dipinda bagi melaksanakan tugas dan peranan semasa aman dengan menjalankan perkhidmatan bantuan bencana selain tugas hakiki menghadapi peperangan.
Tragedi Highland Tower tumbang di Hulu Kelang mula merubah organisasi Pertahanan Awam di Malaysia.

Untuk Mengetahui lebih lanjut tentang Jabatan Pertahanan Awam, Jom kita berkunjung ke 'booth' pameran Jabatan Pertahanan Awam di Hari Belia 2012 - Putrajaya.  Pelbagai informasi terkini tentang Jabatan Pertahanan Awam di pamerkan disana .

Basikal antara kenderaan terbaik masakini di Putrajaya #HBN 2012






Basikal adalah kenderaan yang cukup efisyen pada masa berlakunya Himpunan Jutaan Belia sempena Hari Belia 2012.  Tahniah untuk belia-belia yang 'sporting' memeriahkan Putrajaya dengan kayuhan yang menarik mata pengunjung Hari Belia 2012 ini.