Tuesday, January 31, 2012

KENAPA PAKATAN SELALU SERANG PAS? #SaveSgor

PAS sering sahaja menjadi sasaran serangan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat. Serangan-serangan bukannya kecil-kecil anak, bukan sahaja kritikan, tapi serangan yang begitu ganas seperti gesaan letak jawatan, masuk BN atau UMNO dan sebagainya. Yang peliknya, kenapa pemimpin PAS sahaja yang kena? Hassan Ali sudah pun menjadi mangsa. Kalau ikutkan apa yang diperjuangkan Hassan Ali adalah selaras dengan apa yang diperjuangkan oleh sebuah parti Islam seperti PAS...tapi kena pecat jugak...

Dulu Hassan Ali pernah kata begini, dan kemudian dipecat...


Terbaru Ostad Zizan juga didesak diambil tindakan oleh Aziz Bari sebab nak pakai AUKU, dan terbaru dia kritik Buku Jingga tu bukan al-Quran nak follow semua hahahah..padan muka Anwar..

Yang ni pulak dia rela dipecat sebab dia kritik statement Anwar sokong lindungi Israel dalam wawancara Anwar bersama WSJ..apasal pulak kau rela dipecat? Takkan lah PAS nak pecat ko sebab ko tak suka statement Anwar sokong Israel..dah tentu PAS pon tak sokong Israel kan? Ke kau memang dah tau yang PAS tu memang penyokong tegar Anwar walaupun Anwar sokong Israel?

Mampuih la ko PAS..ikut la bontot Anwar lagi..padan muka..

Pendaftaran Ahli Baru WARIS MALAYA kawasan Puchong



Assalamualaikum semua,

Kepada yang berminat untuk menyertai WARIS MALAYA kawasan Puchong boleh berhubung dengan :


Saudara Amrizal ( BOY)  : 013-2596345


Saudara Suhaimi              : 012-3956919


Saudara Hanip                 : 019-2226844

PERTUBUHAN WARISAN DAN KEBAJIKAN ANAK MALAYSIA SELANGOR. Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).Merangka, merencana, menjana, membiayai dan melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti mempromosikan perkara-perkara berkaitan sejarah dan warisan Negara supaya rakyat lebih memahami konsep dan sejarah asas pembentukan Negara Malaysia.

Terima Kasih

PENIPUAN DIDAHULUKAN, RAKYAT KELAPARAN #SaveSgor


Slogan di atas menggambarkan bagaimana Kerajaan Selangor Pakatan Haram mentadbir negeri ini. Janji punyalah pandai, tapi nak selesaikan janji tak reti..sampai rakyat buat mogok lapar..


Perkara ini berlaku di kawasan Subang apabila Ahli Parlimen berkenaan R. Sivarasa telah janji nak bagi rumah..tapi last-last rumah terbengkalai dan penduduk pun sampai kena Black-list oleh pihak bank sebab tak mau bayar...Pemaju rumah pulak dah bankrap...

Macam gini ke kerajaan berkebajikan? R. Sivarasa tak peduli pon rakyat kawasan dia kelaparan...

Monday, January 30, 2012

SELANGOR DAN ISRAEL ADA HUBUNGAN ? #SaveSgor


Di atas adalah kenyataan Anwar ketika diwawancara oleh WSJ.  Kiranya Penasihat Ekonomi negeri Selangor ni sayang betol bumi Israel? Bila nak ajak mereka lawat Selangor dan buat hubungan diplomatik?Ada dua hal boleh dibincangkan disini.

1. Ini lah kenyataan yang dibuat oleh seorang yang digelar ANUGERAH TUHAN oleh isterinya, dan IMAM MAHDI oleh ustaz PKR. Ya, dia menyokong usaha mempertahankan keselamatan negara Israel. PAS pelik? PAS tak pelik..sebab kenyataan ini dibuat oleh Anwar, bukan Najib. Kalau Dato' Najib atau mana-mana orang BN buat statement begini, maka gerombolan bahlul-bahlul PAS sudah pasti akan berdemo dan hantar memorandum bagai....tapi kerana Anwar yang buat statement...itu tidak mengapa..

2. Anwar juga kata langkah untuk membuka ikatan diplomatik dengan negara Yahudi itu bergantung kepada bagaimana Israel menghormati aspirasi orang-orang Palestin. Anwar sepatutnya dengan mudah kata TIDAK, tapi biasalah Anwar, disebabkan nak jaga sangat hati orang-orang Yahudi yang menyokongnya. 

Tapi, THE ISRAEL HAS NEVER RESPECTED AND NEVER WILL RESPECT THE ASPIRATION OF THE PALESTINIANS!!

Jadi kenapa Anwar masih simpan idea untuk buka hubungan diplomatik dengan Israel?

Sayang betol Anwar pada Israel, kalau tak, takkanlah mereka war-warkan Anwar jadi PM ye tak?

RIBUAN DI CERAMAH HASSAN ALI..PAS DEMAM #SaveSgor

PAS underestimate Hassan Ali...ceramahnya di Bukit Gantang malam tadi mendapat sambutan ribuan hadirin...tara bohong punya...bukan ratus-ratus..tapi ribuan...tengok gambar-gambar ni..



(credit gambar-gambar untuk Sungai Rapat Online)

Ramai beb...7, 8 ribu tak lari ooooo....tu baru kawasan Bukit Gantang..
Lagi gambar di Sungai Rapat Online

Apa dah jadi kajian PAS yang ni?

LU PIKIR LA SENDIRI...

KETUA PEMUDA PAS NAK MASUK BN? #SaveSgor


Kalau Ostad Zizan, MB Kedah tu disuruh letak jawatan dan join BN sebab nak guna AUKU di KUIN oleh Aziz Bari, siapa agaknya nak suruh Ketua Pemuda PAS, Hassan Tantawi join BN pulak? Cepatla..cepatla heheheh...

Kenapa? Ni baca la kat bawah ni..



Berani betol si Nasrudin ni kritik ANUGERAH TUHAN dan 'IMAM MAHADI PKR' ni....? Dia kata Anwar iktiraf gaya hidup gay ke? Dia ni dah lama jadi ahli PAS ke? Heheheh...

Sunday, January 29, 2012

HJ HADI JOIN HASSAN ALI? #SaveSgor

Susoh sangak jadi presideng, Azming kaco sokmo..baik tangkak ikang..

Mau gugur ahlul-ahlul PAS baca tajuk kat atas tu..mungkin ada yang naik darah tinggi dan masuk hospital...Ini namanya spekulasi...ye la..kalau tak, takkan lah Haji Hadi merajuk tak mau bertanding kan?

KISAH MAJLIS SYURA PAS JADI TUNGGUL #SaveSgor


PAS kemana-mana dok jual PAS adalah parti Islam yang ditunjangi oleh ulama-ulama. Tapi apa ulama-ulama dalam PAS buat? Mereka jadi tunggul. Siapa Pengerusinya? Nik Aziz..Nik Aziz dah DUA TAHUN tak mempengerusikan sebarang mesyuarat Majlis Syura PAS. Ini bukan rekaan beb..Orang PAS sendiri yang cakap..tak caya baca kisah di bawah ni...

"Semalam saya ditanya oleh seorang yang sudah berumur, mungkin lebih berumur daripada saya. "Kenapa PAS bagi Exco Agama kepada PKR"?

Saya diam tak menjawab, dia tenung saya. Saya bertanya "Tanya saya ke?"

"Habis siapa yang boleh menjawab, selain daripada ustaz?" Katanya. 

Lagi rimas dibuatnya, sebab saya bukan ustaz sekadar berketayap sahaja. "Oii, saya, saya bukan ustaz" kata saya. "Bukan ustaz pun takkan tak tahu" macam perli aje.

"Itu telah diputuskan. Telah wujud perbincangan antara PAS dan PKR dalam hal ini. Ini telah dijelaskan oleh Dr Rani, Persuruhjaya Selangor dalam Sinar Harian" kata saya. 

"Lagipun PKR berjanji akan memulangkan semula jawatan ini, sekejap aje kata saya. Ini telah ditegaskan oleh Persuruhjaya PAS" tambah saya lagi.

Orang itu nampak macam tak ada reaksi yang bersetuju, muka dia semacam aje. Dia menjawab pendek "Betul ker..?

Saya tak memberikan sebarang reaksi daripada kenyataan pendek dia itu. Dia menghirup teh dan berkata "Majlis Syura setuju ke?"

Saya kata, "Majlis Syura pasti setuju"

Dia senyum dan berkata "Majlis Syura tak pernah bermesyuarat pun. Majlis Syura dalam PAS dan tak ada apa-apa manafaat lagi" Selepas itu dia bersyarah kepada saya.

Saya simpulkan sahaja apa yang disyarahkan kepada saya dan audian di warung itu. 

Saya anggap orang itu adalah ahli biasa PAS, yang cukup prihatin tentang PAS. Dia selamba bercakap di warung yang terbuka mengkritik Majlis Syura PAS yang tak berfungsi. Dia berpegang isu Dr Hassan Ali tidak melarat sebegini kalau Majlis Syura berfungsi dengan baik. Malah dia menuduh Majlis Syura tak pernah bermesyuarat pun. "

BUKTI KESAN PECAT HASSAN ALI BESAR BAGI PAS #SaveSgor

PAS dalam Harakahdaily dengan rasa penuh syahwat mengatakan bahawa kesan pemecatan Hassan Ali adalah minimal...seolah-olah takde pape. Yang kelakarnya kajian itu dilakukan oleh Pusat Penyelidikan PAS, berdasarkan jumlah 'like' di facebook, youtube dan komen-komen di laman-laman web yang pro Pakatan seperti Malaysiakini dan Malaysian Insider...budak sekolah rendah pon buat kajian macam gitu..hahahha..pernahkah PAS kaji apa respon kebanyakan rakyat?


Tapi PAS ni biasalah, tukang belit nombor satu...kalau kesannya minimal, kenapa banner-banner Hassan Ali untuk ceramah di Bangi diturunkan? Blogger khairulreyzal melaporkan...




Aiitt..takkan takot kot? Kata kesan minima? Heheheh....

Friday, January 27, 2012

PAS PALING LEMAH DLM SEJARAH

PAS kini adalah dalam keadaan paling lemah dalam sejarah. Manakan tidak, orang luar selamba saja cuba perintah mereka tentang apa nak buat. Dalam kes Hassan Ali, Azmin Ali beriya-iya mahu Hassan dipecat, lantas dia dipecat. Yang peliknya, PAS terus pecat oleh Jawatankuasa Pusat mereka..Majlis Syura diam membisu..

Terbaru..PAS diganggu gugat lagi oleh orang luar, bila semalam Aziz Bari minta Azizan Razak dipecat. Sebab apa? Sebab Azizan guan AUKU untuk ambil tindakan terhadap mahasiswa KUIN yang cuba menentang Azizan. Siapa Aziz Bari dalam Pakatan? Semua orang tau yang Aziz bari orang suruhan Anwar..kira Anwar berbulu la dengan Azizan ye tak...tapi Anwar tak fikir ke yang orang PAS pon berbulu sama Anwar pasal video seksnya dulu? Aziz Bari ni pon muka memang tak malu..sedangkan titah Sultan Selangor pon dia lawan..inikan MB...

Yang peliknya, orang Pakatan sendiri dok bantai PAS saje..ada tak orang Pakatan bantai DAP? bantai PKR? takde kan? Asyik-asyik PAS..tapi bila time ceramah, time berdemo..orang PAS la jugak terhegeh-hegeh berhimpun, baring atas jalan, buat candle light vigil, berdemo dan macam-macam lagi..kesian orang PAS

Senang cerita..PAS dalam Pakatan macam hamba abdi je..

Thursday, January 26, 2012

PELIK : PAKATAN NAK MANSUH TAPI PAKAI AUKU #SaveSgor

Kata Pakatan, kalau dah berpakat bermakna apa yang mereka dah sepakat nak mansuh, mereka mesti la tak setuju..

Tapi bila mereka ada masalah, mereka tak segan silu pakai...siap mereka tulis dalam surat khabar mereka, AUKU adalah satu pembodohan berstruktur..




Tapi bila masalah kena kat batang hidung sendiri, mereka selamba je pakai AUKU


Apa makna semuanya ni? Kong kali kong ke? Ingat rakyat ni bodoh ke?

Wednesday, January 25, 2012

VIDEO ANWAR TAKUT NAJIB #SaveSgor


Telinga Anwar bernanah dengar perkataan 1 Malaysia..nampak sangat dia takot..Lagi satu..rakyat dapat apa bila Anwar berceramah? Dia bagi bantuan ke?

PARLIMEN PUCHONG JUARA! #SaveSgor


Pasukan dari Parlimen Puchong Juara Futsal 1Malaysia..ikuti kisah lanjut di sini.

PAS TUKAR LOGO? #SaveSgor

Di atas penukaran tugas PAS dari jaga Islam kepada jaga belia dan sukan, PAS dikhabarkan ingin memperkenalkan logo dan bendera baru selaras dengan tugas baru PAS di Selangor. PAS kini bertanggungjawab dalam menjaga hal-ehwal sokan negeri Selangor, bukan agama. Maka bola dikatakan telah menggantikan bulan untuk logo PAS yang baru

Justifikasi bola bukan sahaja kerana PAS bertanggungjawab menjaga hal-ehwal sukan, tetapi ianya juga menggambarkan PAS di dalam Pakatan yang mudah disepak-sepak ke sana kemari oleh Anwar, golongan PAraSit, dan juga PKR dan DAP.

KHALID INGKAR PESAN NIK AZIZ

Berdasarkan tulisan Dato' Hassan Ali baru-baru ini...rupa-rupanya semasa Pakatan menang PRU 12 di Selangor, Nik Aziz pernah berpesan pada PAS Selangor untuk memastikan bahawa jawatan exco Agama milik PAS. Tapi apa yang dah jadi sekarang?

Pakatan yang dipimpin Khalid, Anwar dan DAP di Selangor dengan mudah mengenepikan hasrat Nik Aziz. Dan bila ditanya oleh wartawan di atas rombakan exco baru-baru ini, Nik Aziz kata dia hanya jaga Kelantan. Bukankah pesanan Nik Aziz kepada Hassan Ali itu adalah campurtangan Nik Aziz terhadap pentadbiran Selangor? Kenapa dulu suruh PAS pegang exco agama, tapi bila PKR dan DAP rampas jawatan tersebut, Nik Aziz diam membisu?

PAS sudah hilang peluru nak tangkis akan kelemahan PAS yang sudah terbukti di Selangor. Secara tak langsung, PAS sudah akui yang PAS memang lemah di Selangor. Suara mereka langsung tak akan dipakai oleh Anwar dan DAP di Selangor. Mereka ibarat kuda tunggangan DAP dan PKR...Presiden PAS sendiri pernah akui yang PAS rela diperkudakan dari diperlembukan...tapi Sang Presiden jugaklah orang nya yang pergi jumpa Pak Lah nak bincang pasal kerajaan perpaduan. Maka benarlah PAS di dalam Pakatan Rakyat hanyalah parti kelas ketiga yang sering diperbodohkan bukan sahaja kerana pemimpin mereka yang lemah, tetapi juga kerana penyokong mereka dengan mudah diperbodohkan akibat ketaksuban terhadap parti mereka.

Friday, January 20, 2012

#SaveSgor : SAMPAH TAK TERJAGA ADA HATI NAK JAGA ISLAM & KL?


Khalid ada hati nak tolong orang Kampung Baru di Kuala Lumpur. Woii Khalid..masalah sampah di Selangor ni pon tak leh nak settle ada hati nak tolong orang di KL..apa hal kau ni? Lepas tu pegang pulak exco agama islam negeri...sampah pon tak terurus kau nak pegang exco agama pulak?

Cuba kau tengok sampah-sampah kat bawah ni banyak tak kutip...kau ingat hidung rakyat Selangor ni macam hidung kau ke suka cium bau sampah dan bontot Anwar!

Subang

Taman Balakong Jaya

Taman Sri Serdang

Damansara, PJ

Flet Ikan, Seri Serdang

Shah Alam

Last-last...baik dia karaoke je...

NIK AZIZ MALU? #SaveSgor


Nik Aziz semalam ditemuramah oleh wartawan TV3 tentang kehilangan jawatan Exco Agama Islam PAS di Selangor kepada PKR. Namun, Nik Aziz guna jalan selamat dengan mengatakan itu urusan kerajaan negeri Selangor dia hanya jaga Kelantan. Tetapi sebelum-sebelum ini Nik Aziz pernah jugak mencampuri urusan politik negeri lain , contohnya di Perak.

Nik Aziz pernah tuduh MB Perak Dato' Seri Dr Zambry Kadir sebagai MB mahkamah..dan membuatkan Dato' Zambry menjawab semula kepada Nik Aziz..mulut Nik Aziz takde cover2 pasal isu negeri Perak..


Begitu juga dengan isu kekecohan di DUN Perak..Nik Aziz tak segan silu komen..

Tapi semalam Nik Aziz langsung tak mau komen pasal apa yang terjadi di Selangor. Mahu jaga hati sapa wahai Tuan Guru? Padahal takkan lah Tok Guru tak tau yang PAS sudah hilang apa yang sepatut PAS pegang di Selangor? Bukankah memartabatkan Islam itu satu perjuangan bagi PAS, tapi kalau Khalid Ibrahim yang pegang exco tersebut, bagaimana PAS nak perjuangkan?

Padahal PAS ada lagi exco-exco lain seperti Iskandar Samad dan Halimah, kenapa mereka tak pegang exco tu tapi Khalid pulak nak pegang? Tak layak ke Dr. Yunus tu? PAS memang tak boleh harap, dengan DAP dan Anwar PAS tiba-tiba tak boleh nak kata apa. Mulut dan minda terus tertutup rapat..jadi bengap. Itu lah PAS sebenarnya, konon nak CHAMPION untuk Islam...Pigi dah..Nik Aziz mungkin tau..tapi dia memang tak mau komen sebab malu dengan apa yang berlaku dengan PAS sekarang ini..

Thursday, January 19, 2012

KHALID IBRAHIM DIGELAR USTAZ? #SaveSgor

Perlantikan Khalid Ibrahim sebagai Exco agama islam Selangor telah membuatkan rakyat kini sudah tahu betapa rendahnya martabat PAS di kalangan Pakatan Rakyat. PAS begitu mudah diperkatik-katikkan oleh DAP dan PKR. Rakyat mahu tahu atas dasar apa Khalid Ibrahim dipolih untuk menjadi exco agama Islam Selangor. Namun, untuk pendedahan, lihatlah wajah-wajah Exco Agama Islam Selangor yg telah PAS bagi endorsement di Selangor.

PAS TUKAR NAMA? #SaveSgor

Disebabkan PAS dah tak mampu jaga hal ehwal Islam di Selangor kemudian ditukar pula jaga hal ehwal belia dan sukan maka PAS eloklah tukar nama. PAS boleh jadi PARTI ATLIT SUKAN

Wednesday, January 18, 2012

#SaveSgor : PAS PERMAIN HUDUD?


UMNO dituduh oleh PAS takut untuk implemen hudud. Di atas sebab ini jugalah UMNO dituduh tolak hukum Allah, dan atas dasar ini juga lah PAS dikatakan menentang UMNO..Sampaikan PAS mempertikaikan keislaman orang-orang UMNO. TETAPI..Apa pula kata pemimpin pakatan rakyat lain?




Di atas ini adalah kenyataan dua ketua..sorang ketua Pakatan Rakyat (kira ketua kepada PAS lah jugak) dan juga pemimpin negeri iaitu MB Selangor. Ini menunjukkan yang PAS sendiri gagal untuk mendakwahkan hukum hudud kepada rakan mereka sendiri dalam Pakatan. Kemudian mereka tuduh pulak UMNO tolak hukum Allah. Adakah kenyataan Anwar dan Tan Sri Khalid di atas tidak menolak hukum hudud?

PAS sendiri lupa, untuk orang lain menerima Islam, perkara yang penting ialah DAKWAH bukan kuasa. Kalah PAS pandai berdakwah, sudah tentulah semua pihak dalam Pakatan terima hudud. Tetapi sekarang ini yang kena dakwah dalam Pakatan ialah PAS. DAP dan PKR yang berjaya mendakwahkan PAS untuk menolak hukum hudud dan juga negara Islam lalu PAS terima dakwah NEGARA KEBAJIKAN. Sedangkan PAS sudah siap lancar dokumen negara Islam dulu, tetapi tiba-tiba Presiden PAS kata negara Islam tiada dalam Al-Quran. 

Dah terbukti, PAS bukan nak berdakwah, tapi hanya nak KUASA. Bila dah ada KUASA, lain cerita mereka..lihat sahaja perangai mereka di Kedah, sampai surau pon kena roboh untuk bina shopping mall..hudud tah ke mana, negara Islam tah ke mana..

PAS : APTB!!!

PAS APA PON TAK BOLEH...yg mereka boleh hanya jadi balaci kepada Anwar dan DAP. Terserlah yang exco agama Islam yg sekarang dijawat khalid ibrahim bukan pilihan Sultan, tetapi pilihan DAP dan Anwar. Kerana apa? Kerana Dr. Rani yang DAP & Anwar mahu tak dipilih Sultan. DAP & Anwar juga tak mahu exco agama yang menentang murtad, membanters penjualan arak...Itu sebab mereka merestui Khalid untuk pegang portfolio agama Islam di Selangor. Sebab khalid pasti akan mengikut telunjuk anwar dan DAP. Persoalannya, PAS jadi apa di Selangor ni sebenarnya? Mana pergi orang2 PAS? Takut kah anda pada Khalid, Anwar dan DAP? senang cerita PAS, APA PON TAK BOLEH!!!!

PKR JAGA ISLAM GANTI PAS #SaveSgor



Taraf PAS sekarang dah jatuh terduduk tahap longkang di Selangor. PAS yang dikatakan sebagai pejuang Islam dengan mudah dibuang oleh PKR dan DAP macam getah sekerap. Manakala PKR pula naik taraf untuk menjaga hal-ehwal Islam di Selangor. Ini terjadi apabila Khalid Ibrahim merombak jawatan Exco Negeri Selangor dan Jawatan Exco yang menjaga hal-ehwal agama Islam sudah tidak lagi dipegang oleh PAS, tetapi oleh Khalid Ibrahim!!!

Apa pengalaman Khalid Ibrahim jadi Exco hal-ehwal agama islam? Dia blajar dari Guthrie ke? ADUN Sijangkang, Dr Yunus Ahmad Hairi yang Sultan telah pilih untuk menggantikan Hassan Ali telah diberi tugasan baru oleh Khalid untuk menjaga hal-ehwal Adat Resam Melayu dan exco Belia dan Sukan.

Senang betol PAS diPERBODOHkan oleh PKR dan DAP