f November 2011 ~ Ikrar Pemuda

Wednesday, November 30, 2011

Ceramah Perdana oleh Dato Hj Kamarudin Mantan Imam Masjid Negara


Dijemput semua untuk menghadiri Ceramah Perdana oleh Ybhg Dato' Hj. Kamarudin b. Hj. Zakaria, mantan Imam Masjid Negara. Ceramah bertajuk Silaturrahim itu akan diadakan pada 1 Disember 2011 di Surau al-ehsaniah di Kg. Seri Aman , Puchong, selepas solat Maghrib.

Berikut adalah sedikit info mengenai Dato Hj Kamarudin:

Beliau merupakan anak kelahiran daerah Kuala Lipis, Pahang. Beliau adalah merupakan salah sorang mantan Imam Masjid Negara dan merupakan Imam Negara yang ke-11. 

Dato’ Hj. Kamaruddin B. Hj. Zakaria dilahirkan pada 5 Ogos 1949 di Kampung Kuala Kenong, Kuala Lipis, Pahang. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kuala Kenong, Kuala Lipis dari tahun 1959 hingga 1964. Seterusnya beliau melanjutkan pengajian di peringkat menegah di Sekolah Menengah Agama Padang Tengku, Kuala Lipis pada tahun 1965. 

Setelah tamat tingkatan 5, beliau kemudiannya menyambung pengajian dalam bidang keagamaan di Kuliah Tinggi Agama Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang. Minat yang mendalam dalam bidang keagamaan seterusnya menyebabkan beliau menyambung pengajian di peringkat ijazah di Universiti Al-Azhar, Cairo, Egypt dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda (B.A) Kuliah Syariah dan Undang-Undang pada tahun 1974 hingga 1979. Kejayaan tersebut membolehkan beliau dilantik sebagai guru agama di sebuah sekolah agama di daerah Kuala Lipis iaitu Sekolah Menengah Agama Padang Tengku pada tahun 1979. 

Dato’ Hj. Kamaruddin B. Hj. Zakaria adalah merupakan salah seorang tokoh keagamaan yang banyak memberi sumbangan dalam bidang keagamaan.

Marilah kita beramai-ramai menyertai majlis ilmu ini, semoga kita beroleh rahmat dari Allah SWT.

Artis ni nak kena maki ke?

Gila ke dia ni? tak takot ke nanti kena maki hamun PAS? ehehe..





Lisa Surihani bakal menjadi modal PAS dalam memaki hamun mereka sebab Lisa join Puteri UMNO. Maka nanti bermacam-macamlah tohmahan akan mereka berikan..tak caya..kita tunggu je..

ikrarpemuda: jgn risau la lisa, abg yusri kan adee..heheh..

Maki Hamun didahulukan Disko Dut Diutamakan


PAS memang pandai dalam ceramah terutamanya dalam memaki hamun, mencarut dan sebagainya. Islam bagi mereka sebagai pakaian untuk mengabui mata rakyat supaya mengundi mereka..yang penting bagi mereka ada UNDI..kalau tak..takkan lah senang-senang ada disko-disko di Bandaraya Islam di Kelantan..lokasi nya pula tak sampai 1 kilometer dari Pejabat Perhubungan PAS Negeri Kelantan..

Ni video disko halal yang ada dekat je dengan Pejabat PAS Kelantan


Blogger Kickdefella mendedahkannya di sini

PKR sudah pilih PM ke 7

Orang yang terlibat dalam:
1) Video Seks dengan pelacur China
2) Skandal liwat
3) Menipu rakyat dalam projek 16 Sept
4) Memperjuangkan LGBT
5) Bersekongkol dengan Yahudi melalui NED
6) Wang berbillion Rm hilang masa dia jadi TPM dan Menteri Kewangan
7) Amalkan kronisme tapi tak mengaku
8) Sokong pluralisme agama

..PKR sudah pilih jadi PM..

DAP macamana? PAS mau ke? kah kah kah ....

Sah PKR bukan berjuang untuk rakyat..tetapi berjuang untuk Anwar jadi PM..

PKR syok sendiri dan di hujung nyawa..

Tuesday, November 29, 2011

PAS: Hina rupa paras dan maki hamun itu halal

PAS perjuangkan Islam...ye ke? Majlis ceramah PAs tu majlis ilmu..ye ke? Kutuk rupa paras dan warna kulit adalah salah satu ajaran Islam PAS agaknya..maki hamun tu memang dah lama dah..tak caya tengok ni...


Yang kutuk memang lah Nga Kor Ming orang DAP..tapi orang2 PAS seronok ketawakan apa yang si DAP tu cakap apa hal? Orang-orang PAs takde yang hitam ke?

Yang ni org PAS jugak kan?

Sukan Pemimpin BN vs Sukan Pemimpin PKR


Blogger Dr Novandri mendedahkan gambar lama Tun M ketika itu Perdana Menteri dan Dato Seri Najib ketika itu Menteri Belia dan Sukan berlawan dalam satu bolasepak persahabatan. Ia menggambarkan sesuatu yang baik untuk rakyat bergiat dalam sukan.

Manakala Pemimpin PKR memilih untuk bersukan cara ini..


Saturday, November 26, 2011

DAP keluar susu apa?


Kesian tengok Pakatan Haram terutama DAP ni. Bila Kerajaan nak bantu rakyat buka kedai jual barangan keperluan harga berpatutan dia bukan nak sokong, dia pergi kondem. Sampai kata produk KR1M tak bagus lah dan macam-macam lagi.. Nah sekarang kementerian kesihatan dah sahkan susu tersebut selamat..tony puaka nak kata apa?




Tony Pua takot nak dedahkan makmal yang mereka pakai untuk test susu tersebut...Itu belum ditanya kaedah mana dia pakai..ketelusan dan kaedah Tony Pua boleh dipertikai..

"Ini, katanya, adalah berdasarkan ujian makmal bebas yang dilantik Pakatan terhadap produk tersebut.

Bagaimanapun, Pua enggan mendedahkan kedua-dua makmal yang terlibat menjalankan ujian tersebut, tetapi menegaskan bahawa mereka boleh dipercayai."


Sepatutnya dia boleh terangkan lah mana makmal yang terlibat..nampak sangat lah takutnya..Susah betol hati Tony Pua bila kerajaan nak bantu rakyat..

Friday, November 25, 2011

PAS sama macam penyokong Indonesia


Petikan dari sebuah coretan dari Indonesia oleh orang Indonesia yang melihat kekalahan Indonesia dalam bolasepak SEA games dari satu perspektif yang berbeza:


Ada apa sebenarnya? Kenapa Indonesia selalu kalah dengan Malaysia di partai puncak? Banyak yang beranalisis tentang masalah teknis seperti teknik, team work, mental dan lain-lain. Tapi saya mencoba menganalisis dengan cara lain. Kenapa Indonesia tidak bisa mengalahkan Malaysia di GBK? Jawabannya adalah karena motivasi Indonesia untuk menang adalah motivasi kebencian dan dendam. Seperti diketahui benci dan dendam adalah dua energi yang sangat NEGATIF. Maka begitu berkumpul di stadion yang penuh dengan aura kebencian dan dendam energi negatif itu terakumulasi besar sekali. Dan percaya atau tidak energi negatif itu akan menular ke dalam lapangan. Dan permainan pun kacau sekali, ditambah seluruh stadion yang menyumpah serapah i negara lawan. Maka doa yang didasari oleh energi negatif tidak akan sampai dan diterima oleh Tuhan. Justru doa penonton Malaysia yang datang ke GBK dikabulkan. Kenapa? Karena mereka termasuk orang-orang yang teraniaya,sebagai tamu mereka bukannya dihormati tetapi malah disumpah-serapah. Padahal mereka belum tentu salah, maka saat mereka berdoa meminta kemenangan, dengan cepat Tuhan mengabulkan. Doa orang-orang teraniaya lebih makbul.

Bukan untuk mempolitikkan isu ini, tetapi keadaan di atas kita boleh kaitkan dengan parti PAS. PAS sentiasa memaki, mencaci termasuk mengkafirkan orang-orang UMNO. Hanya mereka sahaja yang betol, sedangkan dalam Pakatan, PAS lah yang paling dungu sekali, dengan senang dikerjakan oleh Anwar dan DAP. 

PAS kononnya memperjuangkan Islam yang suci murni, tetapi pesaing-pesaingnya yang sama agama dimaki, difitnah, diperburuk-buruk, dan penyokong-penyokongnya juga bersemangat dengan nilai-nilai negatif ini dan bukan dengan nilai-nilai Islam. Islam hanya menjadi kosmetik untuk mereka meninggi diri, menaikkan darjat mereka di mata ahli parti, dan rakyat. Namun, cara mereka menyulusuri perjuangan mereka penuh dengan cara yang negatif dan kotor..Adakah ini perjuangan Islam sebenar? Atau mereka sama sahaja dengan penyokong-penyokong Indonesia yang ditanam sifat kebencian yang amat sangat kepada UMNO dan BN...

Namun mereka harus tau juga, sepertimana penulis artikel itu kata, elemen negatif bila bergabung tidak akan memenangkan perjuangan mereka..itu lah yang berlaku pada PAS.

Kelab Dangdut kurang 4km dari rumah Nik Aziz?

Yok dangdut dut!

Kerana terlalu asyik mengkafirkan umat Islam lain, sudah tiba masanya untuk PAS menerima habuan untuk mereka. Terbaru, blogger Kickdefella mendedahkan bahawa wujudnya disko di Kelantan. Bukan di Golok, tetapi di Kota Bharu yang dijenamakan sebagai Bandaraya Islam oleh Kerajaan PAS pimpinan Nik Aziz. Persoalannya, bagaimana wujudnya disko dangdut ini di Kelantan? Sedangkan PAS sudah memerintah selama lebih 20 tahun...lebih dahsyat ialah kelab ini tak sampai 4 kilometer dari rumah Nik Aziz..sedangkan Nik Aziz sentiasa berceramah di seluruh Malaysia jaja PAS pejuang Islam dan cerita keburukan UMNO dan BN..bagaimana perkara ini boleh berlaku? Adakah ini juga salah UMNO?


Blogger kickdefella mendedahkan, ini hanya teaser sahaja. Bermakna, pendedahan lebih besar akan dibuat beliau nanti. 

Thursday, November 24, 2011

Kondo & Shopping Complex Didahulukan, Rumah Allah diruntuhkan




Di kedah, madrasah kena roboh pasal PAS nak buat shopping complex...kat Selangor ni pulak, surau nak kena roboh pasal Pakatan Haram nak buat kondo...

Yahooo!!! Hidup PAS..hidup Kondo!Hidup Shopping Kompleks..Kondo & Shopping Complex Didahulukan, Rumah Allah diruntuhkan

Ketua Pemuda Pas Puchong Bebal?



Ketua Pemuda Pas Puchong Cuba Mencari Markah Bonus!!

Tahniah kepada Ketua Pemuda Pas Puchong yang telah Berjaya menjadi ajen penafian kepada Menteri Besar Selangor. Rosharizan Rozlan  telah melaporkan kepada pihak polis tentang kononnya telah berlaku penyelewang dalam hal penjualan tanah seperti yang diberitakan dalam sidang DUN oleh Menteri Besar Selangor baru-baru ini. Selepas laporan,beliau juga ditanya oleh pihak wartawan sama ada mahu melaporkan kepada SPRM atau  tidak? Beliau mengatakan TIDAK,”kita mahu selesaikan secara baik”. Selesaikan secara baik atau anda sendiri tidak tahu apa yang berlaku dan hanya berpandukan penggulungan sidang DUN oleh Menteri Besar Selangor?

Disini jelas menunjukkan saudara Rosharizan hanya bermain “politik mengalih isu” dengan apa yang terjadi di Selangor dan Puchong. Dengan melaporkan sesuatu yang beliau sendiri tidak tahu menjadikan beliau populis dan memperolehi markah bonus dalam perebutan dalaman  Pas kawasan Puchong untuk menjadi calon dalam PRU13 nanti. Saya melihat isu yang dibangkitkan oleh Menteri Besar Selangor ini lebih kepada isu untuk menyelamatkan diri dan isu ini bijak digunakan oleh Ketua Pemuda Pas Puchong untuk mencari markah bonus calon PRU13 nanti,tidak lebih dari itu. 

Umum telah mengetahui banyak persoalan yang dibangkitkan oleh Dato’ Satim Diman didalam sidang DUN yang tidak dijawab oleh Menteri Besar Selangor termasuk yang terbaru berkenaan dengan padang PKNS yang hendak dibangunkan projek perumahan. Persoalan siapa? Syarikat mana? Siapa empunya syarikat?  Tidak dijawab dan disenyapkan oleh Menteri Besar Selangor,tetapi sehari selepas itu Menteri Besar Selangor pula bermain Kong Kali Kong dengan membangkitkan persoalan lain. Ini menunjukkan yang Menteri Besar Selangor terpaksa mencari alternatif  lain dalam usaha menjawab semua persoalan yang ditimbulkan oleh Ketua Pembangkang Selangor. Ini dikuatkan lagi dengan keenganan Menteri Besar Selangor membubarkan DUN Selangor serentak dalam PRU13 nanti. Tidakkah ini satu tindakan yang tidak mencerminkan Kejayaan Pencapaian Selangor  yang digemparkan oleh kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim?

Dengan bermacam persoalan berbangkit dari cerita hutang berjumlah RM66 juta  Khalid Ibrahim kepada Bank Islam sehinggalah kepada kes penjualan asset oleh PKNS yang tidak pernah dijawab oleh Khalid Ibrahim sendiri, mengapa Ketua Pemuda Pas Puchong tidak melaporkan kepada polis atau sekurang-kurangnya mendesak Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menjawab segala persoalan yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang Selangor itu dahulu? Adakah Ketua Pemuda Pas terhutang budi kepada Khalid Ibrahim kerana memberi peluang kepada Pas dalam menguruskan peruntukan DUN Seri Serdang? Atau  Ketua Pemuda Pas Puchong ini telah lama mengalirkan air liur kerana ingin menjadi calon Pas di Puchong dan menggunakan kesempatan ini untuk melonjakkan nama beliau didalam Pas kawasan Puchong? Atau juga Ketua Pemuda Pas Puchong ini mahu menutup masalah dalaman Pas kawasan Puchong yang dilihat lembab dan sembab?


Sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Puchong, saya melihat Pas Puchong telah hilang punca,ketandusan isu dan usaha membuat gerak kerja pilihanraya khususnya di Puchong. Ini lebih diburukkan lagi dengan masalah dalaman parti yang tidak pernah sehaluan. Dewan Pemuda Pas Puchong dilihat besar kepala dan tidak dapat menerima pandangan serta pendapat orang lain. Ini diakui sendiri oleh beberapa sahabat saya didalam Pas Puchong. 

Isu penyelewengan didalam pemilihan jawatan kuasa Pas Puchong sesi 2011-2013 masih belum kendur diperkatakan. Masakan tidak?ada wakil yang membantah keputusan pemilihan dengan mengatakan berlakunya penyelewengan undian kepada pihak pengurusan demi untuk mencari kebenaran tetapi wakil itu pula dimarahi. Bukan setakat dimarahi,wakil itu juga dihebahkan sebagai tali barut UMNO didalam Pas Puchong. Malah PASTI yang dikendalikan oleh wakil yang membuat bantahan tersebut dinafikan hak beroperasi dengan disekat segala kemudahan dan  tidak dibenarkan mendapatkan buku dari PASTI kawasan Puchong. Siapa yang menjadi pengurus kepada PASTI kawasan Puchong? Tidakkah Dewan Pemuda Pas Puchong merasa sedikit bertanggung jawab dalam berpolitik dengan tidak membabitkan kanak-kanak didalam hal politik semasa? Inikah sikap yang ditonjolkan dalam kepimpinan Pemuda Pas Puchong oleh saudara Rosharizan yang mengajar kepada ahli pemudanya untuk berpolitik tidak kira apa juga keadaan,tempat dan siapa yang mendapat tempias keputusan politik yang kita buat.

Saya tidak bercadang untuk menulis lebih panjang mengenai isu –isu dalaman mahupun kegagalan Pas Puchong dalam membantu menyelesaikan masalah masyarakat setempat pada entri kali ini. Cukup sekadar memberi nasihat kepada saudara Rosharizan supaya berlaku lebih jujur dalam mencari kebenaran dan keadilan. Terlalu banyak soalan yang diajukan oleh Dato’ Satim sebagai Ketua Pembangkang Selangor tidak dijawab oleh Menteri Besar . Desak dahulu Menteri Besar Selangor menjawab  berbagai  persoalan yang diajukan sebelum cuba untuk mendesak orang lain menjawab soalan yang baru ditanya.

Jangan terlalu bermain politik adu-domba  kerana parti yang mana anda terajui sayap pemudanya kian menghampiri tarikh luput di Puchong.

Azmir Yuzaimi Mohd Yunos
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Puchong



Wednesday, November 23, 2011

We don't even need your respect bugger!

ADUN Sungai Pinang yang juga speaker DUN Selangor kata dia baru respek pada team bola malaysia bila menang emas di Sukan Sea 2011...walaupun Malaysia telah menang sea games 2009 dan AFF Suzuki Cup 2010..
credit to mymassa

We don't even need your respect bugger! Your tweet here was an insult to the team and to the football community in Malaysia..so just keep your mouth shut

PAS amalkan syirik?


Ni ha org PAS pergi tweet PM kita jangan tengok game final bola sea games kelmarin..sebab dia kata manyak suweyy...sejak jadi hamba tunggangan kamceng DAP ni, sampai suwey = sial pon jadi amalan PAS ye..siapa mamat ni sebenarnye? Tengok bawah ni..


Nama dalam twitter dah cantik, Nur Islam, jawatan pon S/U Dewan Pemuda PAS WP..tapi sayang..suwey dan sial pon dia amalkan...

kredit pendedahan ini untuk azmykelanajaya, manakala gambar kredit untuk eddyjugaks

Mahfuz Omar sakit jantung?

"Satuuu! Malaysia.." heheheh..


Di bawah adalah twitter mahfuz omar semalam..


“Slam.hri ni mai buat pmrksaan jntung kt IJN.pmrksaan 5 bln 1X.bru slsai buat eco dn stres test.nk tnggu jumpa Dktor pula lps ni p prlmn.#fb”


Sebagai saudara semuslim..kami doakan anda dikurniakan kesihatan sentiasa oleh Allah SWT


ikrarpemuda: patutlah abg mahfuz senyap je kebelakangan ni..berehat-rehatlah..

Tuesday, November 22, 2011

Satu lagi kegagalan kerajaan BN


Berita yang begitu diingin-inginkan oleh Pakatan....kalau macam ni lah keadaan ekonomi negara, komfem akan terpampanglah di akhbar-akhbar seperti Harakah, Suara Keadilan dan semua lidah syaitan Pakatan Haram..

Tapi berita di bawah ini langsung tak dilaporkan oleh mereka..


*diolah dari mymassa

Selepas beratus juta RM diberi, ini yang rakyat Kelantan dapat

Selepas hampir Rm500 juta diberi kepada Kelantan untuk selesaikan masalah air di negeri tersebut, akhirnya rakyat Kelantan mendapat habuan..the unspinner mendedahkan..

Ya..ada E.Coli...tahniah PAS..tahniah rakyat Kelantan...


Mungkin ini sebab Khalid tak mau bubar DUN?


Apa pasal tak mau bubar DUN Khalid oiii? Mau kepit sama Eli Wong ka?








Monday, November 21, 2011

Kamera intip Khalid Gagap: Apa cerita sekarang?


Apa sudah jadi dengan kisah penemuan kamera tersembunyi di bilik Menteri Besar...dah nak dekat setahun dah takde apa-apa laporan pon khalid ibrahim buat? Kenapa senyap sunyi? Kalau dia telus dan bersih sangat apa pasal rakyat Selangor tak tau apa-apa sampai sekarang ni?


Kenapa Khalid sampai sekarang tak berani repot polis pasal hal ini? Apa yang Khalid nak sorok sangat? Lama sangat dah ni!

Telor Khalid Gagap hilang selama 6 bulan?

Nak tergelak baca statement MB Selangor, alasan Khalid kata tak mau bubar DUN Selangor..dia kata sebab tak cukup 6 bulan dan tak sempat nak laksana janji dalam Bajet 2012..kah kah kah..

telor saya hanya ada lepas 6 bulan 2012 heheeh..

Macamana dengan manifesto pada 2008? Tu dah 3 tahun lebih nak masuk 4 tahun dah..banyak lagi..apa sal tak tunai tunai pon lagi? Nak berkuasa pon macam mintak nyawa pada rakyat..nampak sangat la ko ni memang masalah pada rakyat Selangor..

Konvensyen Media Sosial 1Malaysia & Winnable Candidates



Winable Candidates kembali menjadi topik hangat kepada sidang Konvensyen Media Sosial 1Malaysia yang hadir semalam. Lebih kurang 2000 kehadiran yang memenuhi setiap sudut aras 4 Dewan Tun Razak. Ada yang khusyuk mendengar ,ada juga yang memenuhi ruang luar dewan untuk menghiasi paru paru mereka dengan karbon monoksida. Apa juga kaedah atau cara yang digunakan untuk memeriahkan program ini,aku tetap pasti setiap yang hadir terkesan juga dengan apa yang dihidangkan walau hanya sekadar 0.001%(meminjam ayat Hj.Hadi Awang).

Ingatan PM kepada semua pengiat dan pengamal media sosial juga harus kita renungkan. Perbalahan sesama kita hanya merugikan. Mereka yang menjadi musuh memang seronok dan menanti masa untuk menjadi suara latar kepada peperangan yang tercetus. Apa juga yang telah dan akan berlaku,bagi kita bloggers Pro-Kerajaan : Kepentingan BN/UMNO harus diutamakan.

PM juga menyarankan kepada semua pemimpin BN supaya menggunakan media sosial dalam berkhidmat untuk rakyat. Suka atau tidak suka dengan cara ini pemimpin BN akan lebih senang didekati oleh rakyat dan juga lebih senang dibelasah oleh cybertrooper Pakatan Rakyat. Kepada YB-YB BN yang telah menggunakan media sosial Tahniah diucapkan, markah bonus anda mungkin juga telah dinilaikan,kepada YB BN yang belum,masih ada masa lagi.

Antara lain yang menarik dalam Konvensyen Media Sosial 1Malaysia ini ialah 10 Resolusi yang dibentangkan kepada PM :


1. Menggesa agar hala tuju dan pelan komunikasi yang tersusun dirangka dengan baik supaya setiap isu dapat dijelaskan dengan lebih terperinci.

2. Mencadangkan agar sebuah Bank Informasi dibangunkan bagi memudahkan penggiat media sosial untuk membuat rujukan dan berkongsi maklumat dengan mudah dan pantas agar dapat disebarkan kepada semua lapisan masyarakat.

3. Menubuhkan satu sekreteriat bagi menguruskan Bank Informasi dengan efisyen dan efektif

4. Menyarankan agar penglibatan golongan muda melalui pelbagai platform dalam program transformasi kerajaan dipertingkatkan bagi memberi mereka gambaran yang jelas apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan dan mereka dapat menjelaskannya di media sosial.

5. Menyatakan komitmen untuk mengadakan siri jelajah Media Sosial 1Malaysia ke seluruh negara sebagai satu langkah untuk mendekati penggiat media sosial dari setiap lapisan.

6. Mendesak agar pemimpin Barisan Nasional segera meningkatkan penglibatan di media sosial, memanfaatkan sepenuh medium ini untuk merasai denyut nadi rakyat serta memenangi hati mereka dan proaktif menyalurkan maklumat, memperjelas setiap isu dan dasar kerajaan.

7. Menyarankan agar Perdana Menteri, menjadikan penglibatan aktif dalam media sosial untuk seseorang dinamakan sebagai calon dalam pilihanraya.

8. Berikrar, akan bersatu hati dan bersungguh-sungguh membantu kerajaan, menyebarkan maklumat, menjelaskan isu, menegak kebenaran dan menangkis kepalsuan.

9. Menyeru kepada semua penggiat media sosial memberi sepenuh tumpuan dan kerjasama serta mengetepi dan mengelakkan perbalahan sesama sendiri.

10. Menggunakan media sosial secara bertanggungjawab.



Semua semua mendapat manfaat,insyaAllah..

Friday, November 18, 2011

Sebab-sebab Nik Nazmi tak tau apa-apa pasal padang PKNS


Dia ADUN Seri Setia. Padang PKNS tu di kawasan dia. Tapi dia kata dia tak tau apa-apa pasal projek di padang PKNS tu. Pelik ke tak pelik? Mungkin ini sebab-sebab dia..

1- Dah mula minum-minum sampai lupa..
minum apa tu nik?
2-atau dok sibuk sangat jaga Wardina..




Apa pon sebab dia..dia sebagai WAKIL RAKYAT kawasan tersebut..tak tahu menahu projek PKNS di kawasan itu?

Thursday, November 17, 2011

Tahap kepandaian ahli PAS telah diterjemah Presidennya

Hanya tahap atas sket dari anjing..Hadi yang kata bukan orang lain heheeh...nuff said..

GEMPAR: Tanda-tanda Anwar mula ditolak dalam PKR


Beberapa pihak dalam parti PKR mula merasakan bahawa Anwar sudah tidak perlu dalam menunjangi kekuatan parti itu termasuk PKR. Anwar sudah mula hilang "magic" nya apabila kredibilitinya hilang akibat dari pendedahan demi pendedahan perangai kotornya dibuat. Pendedahan berkenaan dengan video seks Anwar sampai sekarang tiada penamatnya apabila tiada pembuktian jelas dibuat untuk menafikan yang Anwar terlibat. Presiden PAS Haji Hadi Awang hanya mampu untuk menidakkan kewibawaan CCTV dalam pembuktian pertuduhan zina melalui hudud. Sedangkan wajah dan kelibat Anwar begitu jelas ada dalam video tersebut. Namun, itu tidak cukup untuk membuktikan bahawa Anwar tidak terlibat dalam video berkenaan. Menurut maklumat dalaman, pendedahan-pendedahan lain berkenaan dengan perangai buruk Anwar akan dibuat lagi.

Ini menggusarkan pelbagai pihak terutamanya generasi muda dalam PKR. Ini dibuktikan melalui pendedahan blogger the Unspinner di sini dan gelagatanwar. Ini terjadi apabila, Kongres PKR yang akan berlangsung tak lama lagi pada mulanya masih ingin meletakkan Anwar sebagai ikon parti tersebut nampaknya mendapat tentangan yang begitu jelas. Artikel di bawah ditulis di Malaysia today oleh orang PKR.


sudah ada suara-suara berani dari dalam Pakatan memperakui bahawa Anwar sudah tidak relevan untuk memperjuangkan parti PKR dan juga untuk rakyat. Sebenarnya penulis artikel ini harus tahu bahawa, dari awal lagi Anwar memang tidak memperjuangkan rakyat, tetapi dia memperjuangkan dirinya untuk meletakkan dirinya sebagai PM negara. Namun, ramai yang dalam PKR, mahupun PAS dan DAP, terperangkap sama terheret dengan Anwar yang penuh dengan penipuan dan ketamakan beliau di samping kekotoran beliau seperti yang ditunjukkan dalam video seks tersebut.

Apa yang menarik dalam artikel tersebut ialah:

Adakah Anwar sudah bersedia dengan penolakan ini? Atau wang akan mengambil peranan menguatkan kembali akarnya dalam PKR walaupun diri terpalit noda hitam? Sama-sama kita nantikan...

PAS kata Tanjung Piai di Kelantan


PAS ini kerjanya asyik ngutuk, mencaci, fitnah dan macam-macam lagi sampaikan dah tak tahu mana fakta mana auta. Mana taknya, Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub atau Din Puduraya kata Tanjung Piai ada kat Kelantan..

Ni bukan utusan atau berita harian yang tulis..hARAkah yang tulis sendiri..dikantoikan oleh blogger dtenggara..



kah kah kah...

tak tahan ayat ni..

"...kewujudan dua tempat menarik di Kubang Kerian iaitu Pulau Kot dan Tanjung Piai,"

Din...din..macamana lah Kelantan nak maju kalau ahli Parlimen sendiri pon tak tau kawasan sendiri..

Wednesday, November 16, 2011

Inovasi Taman perumahan di Selangor

Selain dari harga rumah yang mahal di Selangor, Kerajaan Pimpinan Khalid Ibrahim di Selangor memperkenalkan satu inovasi yang "baik" terutama untuk belia-belia dalam menaiktaraf keadaan belia-belia di Selangor..dengan memperkenalkan Taman Dadah..


Tahniah dan terima kasih kerajaan negeri Pakatan dengan INOVASI terbaru ini! Yeay!

PAS roboh madrasah boleh pulak?

PAS sekarang dah bersifat HIPOKRIT tahap teruk sampai tak tau nak cakap apa dah. Ahlul-ahlul PAS semua dah jadi bangang-bangang belaka jadi pak hangguk kepada ketua-ketua mereka. Sampai surau 100 tahun kena roboh pon diorang buat pekak..tapi kalau kerajaan BN roboh surau diorang marah..

Bandingkan kes ini..

Senario 2003:
Lokasi: Bangi, Selangor
Tukang kempen: PAS
Sebab kempen: Kata PAS, kerajaan Selangor pimpinan Dr Khir Toyo mahu menamatkan tauliah solat Jumaat dan merobohkan SURAU SEMENTARA.
Walhal PAS bengang pasal surau tu dah jadi markas mereka
Keadaan surau: Surau sementara, berdindingkan plywood
Sebab surau diroboh kerajaan : sebab masjid baru Masjid al-Hasanah akan siap
Ganti surau yg diroboh: Masjid al-Hasanah

Last-last PAS jugak yg guna Masjid Hasanah yg dibina kerajaan negeri Selangor untuk kegiatan ahli PAS...tak ke bahlul namanya:


Senario 2011:
Lokasi: Madrasah Sahiliah Kanchut, Alor Setar, Kedah
Tukang Kempen: Rakyat Alor Setar
Keadaan surau: Surau sudah berusia 100 tahun
Sebab surau diroboh kerajaan negeri: MB Kedah nak bina shopping kompleks Aman Central
Ganti surau yang diroboh: Surau di tingkat bawah shopping kompleks Aman Central yg ada kondominium, pusat komersial dan hotel

Cuba semua bandingkan dua kes tersebut, satu surau dikuasai PAS nak diganti masjid untuk muslimin muslimat dia marah utk diroboh..tapi SURAU BERUSIA 100 tahun selamba badak PAS nak roboh sebab nak bina shopping kompleks..dan nak ganti surau yg diroboh dengan surau dalam shopping complex..puiih!!
Madrasah yg nak diroboh PAS..Madrasah Sahiliah Kanchut, Alor Star

MB Azizan Razak dalam upacara pecah tanah Aman Central

Wakil madrasah Mansor Ahmad kata mereka mahu surau yang berasingan dari shopping complex tersebut kerana surau dalam shopping complex adalah tanggungjawab pemaju shopping complex...Bagus betol MB PAS ni...dia nak orang pergi sembahyang kena pergi ke shopping complex..bukan direct ke surau..

Kalau macam tu..boleh lah kita roboh semua surau dan buat shopping complex sebab nak tambah duit, pada masa sama buat je surau dalam shopping complex ganti surau yg diroboh tu..amacam?

Apa pasal PAS tak halang perobohan surau ni? Hipokrit ke? Dah kira duit je ke?

Tuesday, November 15, 2011

Duta Ketiga Kedai Rakyat 1Malaysia

Kalau Tony Pua Ka jadi duta kedua, nurul izzah duta pertama, PAS juga ada duta dalam mempromosi kedai rakyat 1Malaysia..tak lain tak bukan Dzulkefli Ahmad. Takde keje lain asyik nak kondem idea nak bantu rakyat, dia satu idea nak bantu rakyat pon takde..tapi takpe lah..kira ini promosi free PAS untuk bantu rakyat..dok gitu?

ikrarpemuda: kat harakah PAS dok promote ubat kuat lelaki je..