Wednesday, August 31, 2011

Rakyat Selangor dah berbulu sama PAS

Blogger McTheory telah melaporkan bahawa betapa berbulunya rakyat Selangor dengan PAS..Ini bukti yang dipaparkan..

Kah kah kah...
Ini lah natijahnya apabila Jabatan Agama Islam sendiri PAS tak sokong...apa kah maknanya letak perkataan Islam dalam nama PAS kalau JAIS tak PAS perjuangkan? Tu sebab elok letak salib kat muka nik aziz tu...

Monday, August 29, 2011

Bukti Mat Sabu berceramah guna kepala lutut


Kepimpinan PAS dah makin lesu. Masakan tidak, bila PAS ada pemimpin yang lupa apa yang dia cakap. Bukan lama pon dia cakap, tak sampai 2 minggu dia kata dia dah lupa apa dia cakap. Itu lah Mat Sabu. Ada ke patut dia kata dia lupa apa dia cakap pada penduduk Tasik Gelugor 21 Ogos lepas.

"Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata beliau akan meneliti rakaman ceramahnya semula berhubung dakwaan akhbar Utusan Malaysia bahawa beliau mengatakan Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 adalah wira negara.

Beliau yang dihubungi Harakahdaily berkata, beliau tidak ingat isi ceramahnya 23 Ogos lalu itu kerana sudah seminggu berlalu dan banyak ceramah-ceramah lain yang dihadirinya selepas itu.

Bagaimanapun menurutnya, beliau sedang berusaha mendapatkan semula rakaman ceramahnya itu untuk melihat adakah benar beliau berkata sedimikan seperti dilapor akhbar Umno itu.

"Saya sedang cari tape rakan itu balik, saya tak ingat adakah saya kata begitu.

"Lepas kita tengok baru saya akan ulas sama ada perlu bincang dengan peguam untuk tindakan seterusnya atau bagaimana," katanya." (Utusan) 

Nak bincang dengan peguam? Aittt? Dia yang cakap dia nak saman orang lain ke? Saman diri sendiri je lah? 
Atau sebenarnya Mat Sabu dah takot pasal rakyat Malaysia terutamanya bekas-bekas perajurit dah marah dengan isi ceramahnya?

Video Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Dato'

Ikuti Video Ucapan Selamat Hari Raya dari Dato' Dr Hj Mohamad Satim bin Diman, ADUN N29 Seri Serdang, Ketua UMNO Bahagian Puchong merangkap Ketua Pembangkang Negeri Selangor..sama-sama kita saksikan..

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kami team Ikrar Pemuda ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog Ikrar Pemuda. Salah silap dari kami, kami susun sepuluh jari mohon ampun dan maaf.

Kami juga ingin berpesan supaya semua dapat berhari raya dalam keadaan gembira dan pandulah dengan cermat.

Sunday, August 28, 2011

Bukti Anwar pon tak sokong JAIS



Setelah lama diam, Penasihat Ekonomi Selangor baru keluar statement pasal isu gereja DUMC. Nak tau apa dia kata?

"Umat Islam tidak harus menghalang kaum lain daripada menghulurkan bantuan kepada Muslim yang miskin kerana menjadi kewajiban kepada semua bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan, kata Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

“Kita tidak harus menghalang mereka... sesiapa sahaja, mana-mana kaum, mana-mana agama daripada menjalankan atau mengambil inisiatif untuk membantu sesiapa,” kata beliau kepada pemberita di ibu pejabat PKR di sini hari ini. 

Gereja minta agar mereka diberi kebebasan untuk membantu golongan miskin tanpa mengira kaum, di sebalik dakwaan bahawa masyarakat Kristian berusaha untuk menukar agama umat Islam menerusi kerja-kerja kebajikan. "

Kalau nak bantu, kenapa sampai nyanyi lagu Alhamdulillah dan Allahuakbar dalam gereja? Kenapa ada soalan ujian tanya macam-macam pasal Islam? Kenapa nak buat majlis pon dalam gereja? Kita sebagai umat Islam yang bijak jangan jadi bodoh macam Anwar ini...kalau setakat nak bantuan, kenapa Umat Islam sampai nak ke gereja? Tapi Anwar memang suka pada pluralisme agama..dan Mufti Perak pon sedia maklum yang Anwar pernah kata semua agama adalah sama..
"Mufti Perak juga turut ditanya berkenaan dengan agenda pluralisme agama seperti yang terkandung dalam ucapan Anwar di London School of Economics (LSE), bertajuk “‘Religion and Pluralisme in a Divided World” pada Mac tahun lalu.

“Itulah masalahnya. Anwar tidak pernah menzahirkan (sebelum ini), sekarang baru (dia) zahirkan (sebut).

“Kalau dulu dia (Anwar) kata, dulu lagi saya (dah) kata (dia) murtad. Orang yang kata semua agama sama (adalah) murtad. Pasal, Tuhan kata “Inna Din ind Allah al Islam”. Tuhan kata satu sahaja agama Allah iaitu Islam."

Begitulah nilai Islam di mata Penasihat Ekonomi Selangor ini...kalau dia jadi pemimpin negara, agaknya macamana lah Islam itu agaknya?

Ikrar Pemuda: Anwar sudah tahu umat Islam tidak akan undi Pakatan..

Ucapan Penghargaan Sempena Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan untuk Bekas-bekas Polis dan Tentera


Dipertontonkan khas video ucapan penghargaan untuk bekas-bekas Polis dan Tentera sempena sambutan Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan Negara.


Saturday, August 27, 2011

Jom Belajar Sejarah Negara dengan PAS


Siapa ambil SPM, dan PMR tahun ini? Jangan lupa belajar sejarah dengan cikgu ini. Namanya Cikgu Mat Sabu a.k.a Mat Normah 121. Dia kata:
"Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.

“Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung,” katanya dalam ceramah itu."

Itulah kata cikgu sejarah sengal dari PAS. Tapi Mat Sabu ni bebal jugak, sebab kalaulah komunis perintah negara ini, Parti PAS pon takkan dapat ditubuhkan, komunis mana terima apa-apa agama!...kat Negara China sana ada parti Islam tak?

Habis tu Allahyarham Leftenan Adnan macamana? Dia dikira pegawai British jugak ke?
Jom dengar Mat Sabu mengaji...



Ikrar Pemuda: Kalau rumah Mat Sabu dimasuki perompak, harap Polis tak payah ambil tindakan...

Friday, August 26, 2011

Bukti PAS sembunyi kebenaran, fitnah dijaja


PAS ajar ahlinya untuk menyembunyikan kebenaran? Dan kemudian menyebarkan fitnah tentang Lynas supaya rakyat benci BN? Islam mana yang PAS pakai?
Dr Rosli kata:
"Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan Pas mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin."


Islam memperjuangkan kebenaran, TAPI KENAPA PAS SUROH DR CHE ROSLI TUTUP MULUT?
Dan pada masa yang sama PAS menjaja fitnah itu ini kepada rakyat...ADAKAH ITU CARA PERJUANGAN ISLAM...

Allah telah membuka pekung PAS di bulan Ramadhan ini dengan membuka hati pemimpin PAS untuk menceritakan kisah sebenar kepada rakyat...tidak nampakkah ini wahai orang-orang PAS dan rakyat sekalian?

Fitnah itu lebih besar dari membunuh..

Tepuk dada tanya iman...

Thursday, August 25, 2011

Setelah menipu, Khalid Ibrahim spin pulak lagi cerita. Tahniah Rakyat Selangor!




Khalid Ibrahim memang bapak kurang ajar. Dulu masa kes pemeriksaan Gereja DUMC, Khalid Ibrahim cepat-cepat minta maaf pada Pastor. Tapi dalam isu menggunakan nama Sultan untuk penubuhan Majlis Syura, Khalid juga cepat-cepat, tapi bukan cepat-cepat minta maaf, Khalid cepat-cepat spin cerita:

"Dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat malam tadi, Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor berkata, kerajaan negeri kesal dengan kekeliruan berhubung penggunaan nama Majlis Syura bagi jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mencari penyelesaian isu pemeriksaan Jais terhadap Gereja Methodist Damansara Utama 3 Ogos lalu.

“Justeru kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk mengubah nama jawatankuasa tersebut kepada Jawatankuasa Pendengaran demi mengelakkan sebarang pertindihan dengan Majlis Syura Negeri Selangor yang diterajui Mais (Majlis Agama Islam Selangor),” katanya."  (Malaysian Insider)

Mana kenyataan minta maaf? Bukankah Baginda Sultan Selangor murka? 

Bravo rakyat Selangor ada Menteri Besar macam gini..dah lah penipu, lepastu tak tau malu, berlagak tak mau minta ampun dari Sultan..memang kurang ajar!

Wednesday, August 24, 2011

Ada ahli Parlimen nak kena buang parti



Ada yang nak kena buang dari PAS...

Ada ke patut ahli Parlimen PAS Hulu Langat Dr Che Rosli Che Mat sokong kilang Lynas. Dia nak mati ke? Dia tak takot baiah ke?

Mana boleh orang PAS sokong projek BN!! Banyak lagi projek PAS nak disokong, yang pergi sokong projek BN buat ape? Kan ke kerja PAS ni kutuk, hina, caci maki segala projek BN ni!! Marah la ni..

Dari blog panggung opera:
"Dr Che Rosli yang juga seorang saintis nuklear mengakui bahawa kilang Lynas tersebut totally adalah selamat untuk beroperasi malahan dijamin tak akan memberi kesan langsung terhadap penduduk setempat. "

Che Rosli ni dah fikir panjang belum? Heheheh...

Sama Saiful Anwar kata No Power, Sama China Doll?

Anwar kata dalam mahkamah:

"And here I was a 60-year-old man with a history of back injury who had undergone a major back surgery holding no position of power."

hmmm...no position of power?

HOW ABOUT THIS?


tak power yeee....

Khalid Ibrahim permainkan titah Sultan!!


"Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah bahawa kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam bahawa baginda menitahkan atau mencadangkan supaya kerajaan negeri menubuhkan Majlis Penasihat Syura adalah sama sekali tidak benar."

Entah apa yang dah masuk ke dalam otak Menteri Besar Selangor paling cerdik Khalid Ibrahim apabila Sultan menafikan bahawa baginda bertitah untuk menubuhkan Majlis Penasihat Syura untuk kes Gereja DUMC. Khalid ni nak dengar cakap siapa ni? Takkan lah dah jumpa direct dengan baginda Sultan tak faham-faham titah baginda? Atau memang Khalid ni tak faham bahasa? Dia hanya faham bahasa ROnnie Liu dan Teresa Kok?

Macam ginikah kredibiliti Menteri Besar? Kalau Menteri Besar tak ngan dengan SUltan, macamana negeri nak makmur? 

Khalid Ibrahim..kurang ajar kau....SILA LETAK JAWATAN!!!

Tuesday, August 23, 2011

Mat Sabu hina orang Melayu? Tak apa lah kan?


PAS memang tak peduli undi Melayu dan orang Islam. Itu sebab dalam isu JAIS vs gereja, PAS jadi syaitan bisu, takot nak pertahankan Islam.


Terbaru, Orang Melayu dihina sejijik-jijiknya sebab dikatakan sokong rasuah tak seperti pengundi Cina yang tolak rasuah. Siapa yang cakap? Tak lain tak bukan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu.

"KUALA LUMPUR, 21 Ogos — Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mahu kaum Melayu mengikis sikap acuh tak acuh berhubung isu rasuah dan salah guna dana awam, sebaliknya meneladani sikap pengundi Cina yang berani menunjukkan pendirian menentang budaya sedemikian semasa pilihan raya. "

Begitulah PAS, selagi orang Melayu tak solid sokong PAS, maksudnya orang Melayu tak bersih lagi di mata PAS. Itu lah cara PAS sekarang ini, agama tah kemana, perjuangan tah ke mana..yang penting undi undi undi...tahniah PAS!

Ahli PKR masuk UMNO: Lambatnya reaksi Azmin!


Berita orang PKR bawah jagaan Azmin keluar dah lebih dari dua hari, tapi Azmin masih terus senyap kenapa?
"KUALA LUMPUR 21 Ogos (Utusan) - Tawar hati dan kecewa dengan perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), seramai 40 ahli parti itu dari Cabang Gombak bertindak keluar parti dan menyertai UMNO hari ini.


Borang keahlian mereka diserahkan kepada Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak, Megat Zulkarnain Omardin pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Borang Keahlian UMNO di Taman Selayang dekat sini.


Wakil bekas ahli PKR itu, Hairul Jasry Jamaluddin, 31, berkata, dia mengambil keputusan keluar dari parti itu kerana tidak lagi yakin dengan perjuangan pembangkang yang disifatkannya semakin menyimpang daripada matlamat asal.


Katanya, malah tindakan pembangkang mempersoalkan isu pilihan raya adalah mengarut kerana dia dapat menyaksikan sendiri perjalanan pilihan raya selaku ejen pengundi PKR pada pilihan raya umum lalu.


"Kalau Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya, mereka pasti akan pertikai keputusan itu namun sebaliknya berlaku jika PKR yang menang.


"Setelah saya berdebat dan berbincang dengan Megat Zulkarnain sejak tiga bulan lepas, saya mendapat gambaran dan tidak lagi yakin dengan perjuangan PKR," katanya pada majlis berkenaan.
Bekas Setiausaha Biro Keusahawanan Cabang PKR Gombak, Azhar Abd. Aziz berkata, tindakan PKR mengabaikan perjuangan ahli yang bekerja keras untuk parti itu pada pilihan raya 2008 membuatkannya tawar hati dengan PKR.


Pada masa sama katanya, tindakan pembangkang yang mengetepikan kepentingan agama sebagaimana yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang juga mendorong kepada tindakannya itu.


"Saya berasa lega dapat menyerahkan borang keluar parti hari ini dan bercadang untuk membantu jentera UMNO di Gombak," katanya.


Sementara itu, Megat Zulkarnain berkata, keputusan bekas ahli PKR itu merupakan penghijrahan yang baik dan tamparan kepada pimpinan parti itu khasnya Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali.


Katanya, majlis itu diadakan bagi mengambil keberkatan Ramadan dan supaya tidak timbul fitnah di kalangan pembangkang.


"Mereka keluar parti setelah menyedari matlamat sebenar PKR dan pimpinan parti itu yang hanya mahu mendapatkan kuasa dengan mengetepikan kepentingan rakyat.


"Ia juga petanda kepada perubahan dan kebangkitan di kalangan generasi muda untuk meninggalkan PKR dan menyertai BN," katanya."


Selalunya mesti kenyataan balas dari Azmin ni cepat, sekurang-kurangnya mesti dia tuduh ini UMNO punya kerja...tapi la ni masih senyap je..ke dia dah tak hirau orang bawahannya sepertimana cakap-cakap yang didengar sebab dia sibuk jaga bos dia?

Keadilan cara Anwar


Soalan-soalan yang patut ditanya oleh Rakyat kepada Anwar:

1) Kenapa Anwar tak mahu disoal balas

Adakah dengan ini maksudnya segala kenyataan Anwar tidak perlu dipertikai, sahih dan berkredibiliti? Sedangkan dia katanya adalah pejuang keadilan, macam ginikah keadilan yang Anwar sering laung-laungkan?

2) Kenapa Anwar tak mahu bersumpah

Kalau tak mahu bersumpah bermaksud, Anwar tidak mahu bertanggungjawab atas segala pengakuannya...Bermakna juga Anwar nak kelentong pon boleh lah kan? Macamana ni? Apa justifikasi yang mengatakan segala apa yang Anwar cakap itu benar belaka? Rakyat Malaysia semua kalau buat macam ini, habis la bila lah kes mahkamah semua nak habis?

Kat Parlimen angkat sumpah boleh, di mahkamah tak mahu pulak?

Pemimpin Pakatan berlakon filem Hollywood?


Tak sangka sorang pemimpin Pakatan ni punyai bakat lakonan yang begitu hebat..sampai Hollywood pon ambil dia berlakon...Berikut adalah trailer TERBARU Filem the Rise of the Planets of the Ape..arahan Rupert Wyatt...


terima kasih kepada badutrakyat

Saturday, August 20, 2011

Soalan balik untuk Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS



Ada orang kata, semakin banyak seseorang tu bercakap, semakin terserlah tahap pemikiran orang tersebut. Tengoklah si Mat Sabu ni, merapu tak tentu hala..asyik-asyik salahkan UMNO, tapi dia lupa yang PAS dah jadi kerajaan di beberapa negeri...tapi masih mentaliti pembangkang..

“Jadi tak perlulah percaya dengan provokasi media Umno pada masa ini yang begitu agresif memainkan isu gereja dan murtad. Kenapa setelah puluhan ribu dilaporkan murtad sepanjang Umno/BN berkuasa baru sekarang tiba-tiba melenting?

Soalan balik untuk Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS
- Kenapa sekarang PAS tak laporkan apa yang berlaku di gereja DUMC? Padahal Kerajaan memegang tampuk kuasa di Selangor adalah kerajaan Pakatan...gereja tu haram pulak tu!

“Saya kalau nak beritahu, Umno kalau betul-betul nak jaga Islam mereka tak tukar cuti hari Jumaat kepada hari Ahad seperti yang berlaku di Johor dan Perlis,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Pilihan Raya PAS Pahang di Darul Amin, Sungai Gau di sini semalam.

Soalan balik untuk Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS
- Sekarang buat lah di Selangor dan Penang..apa pasal tak buat?

Friday, August 19, 2011

Kenapa PAS takot jawatankuasa khas pilihanraya?


Nampaknya PAS terkesima tak tau nak cakap apa selain membangkang apabila Dato Seri Najib mengumumkan bahawa satu Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai Pilihanraya akan diadakan. Dato Seri Najib juga menjemput ahli-ahli parlimen dari parti pembangkang untuk menyertai jawatankuasa tersebut.

Belum tertubuh dan buat apa-apa Naib Presiden PAS paling bijak di alam kulat berkata:

"Jawatankuasa Khas Parlimen untuk reformasi pilihan raya hanya penghias jendela dan tidak berminat untuk mewujudkan pilihan raya adil dan bersih, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar."

Tapi anak Papa, Nurul Izzah pula mahukan Pemimpin Pakatan mengetuai jawatankuasa tersebut. Ait..belum apa-apa nak jadi kepala? Biasalah bapak borek anak rintik..nak duduk atas sahaje..
"Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar berkata, jawatankuasa berkenaan perlu diketuai oleh pemimpin pembangkang bagi memastikan ketelusan dan keberkesanan penubuhannya."

Pemimpin pembangkang telus? berkesan? Ayat apa kah ini? Kambing boleh la kau tipu oi..

Yang ni sorang lagi, Din Pudu namanya..ada plak dia serahkan pada rakyat untuk beri bukti p/raya tak betol. Ke pasal selama ni PAS cuba bagi bukti yang SPR tak betol semua tu cuma fitnah?
"Setelah gagal panggil sidang Parlimen kami mendesak supaya ditubuhkan satu jawatankuasa pendengaran awam agar rakyat dapat kemukakan bukti mengenai penyelewengan yang berlaku," katanya."

Tapi pelik juga, dalam Pakatan, sorang kata setuju, sorang kata tak setuju, sorang pulak nak jadi ketua.

Datuk Seri Nazri Aziz kemudian menjawab persoalan tersebut:
"Kepada soalan tentang tuntutan yang disuarakan para ahli parlimen pembangkang mahu salah seorang dari mereka mengetuai jawatankuasa itu, Nazri menjelaskan perlantikan seorang Ahli Parlimen pembangkang mengetuai sesebuah jawatan Parlimen bukanlah menjadi satu amalan.

Orang macam ini kah yang Nurul Izzah kata telus? Ke dia nak Papa dia jadi pengerusi?

Menurut menteri itu hal seumpama itu tidak harus dipersoalkan kerana siapapun jadi pengerusi akhirnya sesuatu keputusan perlu dibuat sebulat suara.

"Perkara ini remeh sangat, memang amalan itu tidak berlaku. Kalau mereka pengerusi pun, kalau tak dapat persetujuan ahli jawatankuasa, mereka tak boleh buat apa. Sama juga apabila kerajaan jadi pengerusi pun, akhirnya keputusan yang dibuat sebulat suara juga," katanya.

Nazri menjelaskan kebiasaannya jawatankuasa parlimen diketuai oleh seorang menteri kerana jawatannya akan memudahkan urusan pentabiran dan pengunaan kemudahan."

Diorang ni faham ke tak faham istilah jawatankuasa? Nampak sangat la diorang ni meroyan nakkan kuasa..dia ingat bila diorang jadi pengerusi, diorang boleh buat suka hati mak bapak diorang ke...

Pesuruhjaya PAS Selangor tak tahu tugas Sultan Selangor?



Dulu Pesuruhjaya PAS, Dr Rani ni cakap, demonstrasi BERSIH itu ibarat menunaikan haji... Sekarang ni dia kata Sultan Selangor tak perlu campur tangan isu gereja ini (di sini). Masalahnya sekarang, SIAPA YANG CAMPUR TANGAN SIAPA?

Yang PAS sibuk-sibuk nak interview JAIS dan gereja tu APA HAL? Kan JAIS dah ada? Kuasa-kuasa JAIS diluluskan oleh Sultan Selangor sendiri...Yang PAS pon ada Exco Agama tu apa pasal tak guna saluran itu?

PAS nampaknya terlalu celaru akibat dari terlalu menjaga undi orang bukan Melayu, sampai tugas Sultan Selangor menjaga agama Islam di negeri ini pon dia nak pertikai.

Thursday, August 18, 2011

DAP pun kata Hassan Ali dah masuk UMNO


Selepas Mustafa Ali menyalahkan UMNO dalam kehadiran JAIS di Gereja DUMC, DAP juga menyalahkan UMNO.

DAP melalui penasihat partinya Dr Chen Man Hin menggesa agar JAIS tidak menjadi seperti Gestapo (Polis Rahsia Nazi Jerman) kerana dikatakan menyerbu gereja tersebut.

"So why was Jais so steamed up as to gate crash a social gathering in Damansara Utara Methodist Church, just because a few Muslims were present and having a conversation with other friends?"

Having conversation? Betol ke hanya having conversation? Nyanyian Allahuakbar dan Alhamdulillah tu macamana?

Dia terus menerus menyalahkan UMNO dalam hal ini dan juga seolah-olah menyalahkan ramainya umat Islam menjadikan Indonesia mempunyai pendapata perkapita lebih rendah dari Malaysia.

"Umno should learn from the example of Indonesia, which is the second largest Muslim country in the world, but it has a per capital income of US$ 3033 which is much lower than in US$ 8030 of Malaysia."

Yang pelik, apa pasal tetiba cakap UMNO plak? Kan JAIS ni bawah Hassan Ali? Dia orang PAS ke UMNO? Punyalah power UMNO yang jadi pembangkang boleh arahkan badan kerajaan negeri untuk datang ke gereja tersebut?

Halo Dr...anda ni ada Dr, tapi cakap macam budak UPSR je..mana bukti mengatakan UMNO yang suroh?

Di akhir penulisan dia berkata:
"PR has a Ketuanan Rakyat policy, which states that all Malaysians are equal. We stress on religious freedom, democracy, justice and transparency to unite the people of Malaysia, and become a country that progressive, prosperous and successful."

Religious Freedom?? Seluruh umat Islam di Malaysia mahukan ini?
Tahniah la PAS di atas tuduhan yang DAP buat ini. Ada tak orang-orang PAS nak defend tuduhan DAP terhadap JABATAN AGAMA ISLAM ini? PAS mesti takot punya...

PM tak dapat sambutan di Klang?

"Ketrampilan dan kejayaan Menteri Besar Tan Sri Khalid memimpin Selangor bersama Pakatan Rakyat nampaknya membuatkan BN susah cari makan di Selangor dalam PRU akan datang..


Lihat bukti-buktinya..


Begitulah sambutan TIDAK SEBERAPA rakyat Selangor terhadap Dato Najib dalam majlis berbuka puasa semalam."

Berita di atas adalah draft penulisan yang mungkin sedang berada di dalam otak pengarang-pengarang penulis Pakatan Haram hehehehe...

Dan ketahui cerita selanjutnya beserta gambar-gambar lain di sini...

*gambar-gambar di cilok dari blog gerakan timur

Wednesday, August 17, 2011

Projek 16 September baru?


Ketika ini, ramai umat Islam sedang gembira menyambut Ramadhan, dan tak kurang juga sedang mempersiapkan diri dan keluarga untuk menyambut Syawal pada September nanti. Bila bercerita pasal bulan September pula, seluruh rakyat Malaysia pasti tidak lupa dengan projek 16 September pada tahun 2009. Hari ini, 17hb ogos, kurang sebulan lagi sebelum 16hb September 2011, mari kita lihat kembali antara berita-berita penuh kegemilangan menceritakan apa yang dikatakan sebagai penipuan one-man show paling besar berlaku dalam sejarah negara kita Malaysia.

Akhbar Indonesia pernah menulis:
Anwar Ibrahim “Gulingkan” Badawi Tanggal 16 September
post info
By Anwar Ibrahim
Categories: Aktiviti, Antarabangsa, Asia Tenggara, Demokrasi, Media, Politik and Sidenotes
138 Comments
(Laporan wartawan Kompas.com, Inggried Dwi Wedhaswary | 6 September 2008)

JAKARTA, SABTU — Pemimpin oposisi Malaysia, Anwar Ibrahim, tetap pada target awalnya untuk menggulingkan pemerintahan Perdana Menteri Malaysia Abdullah Ahmad Badawi. Anwar menetapkan batas 16 September sebagai batas akhir baginya untuk “mengistirahatkan” Badawi.

“Saya tetap pada target saya, 16 September menjadi waktu untuk mengistirahatkan Badawi. Untuk itu, saya rileks sebentar sehari lompat ke Jakarta, berdiskusi dan bertemu dengan sahabat-sahabat saya di Indonesia,” kata Anwar mengawali pidatonya dalam silaturahmi dengan ICMI di Menara Bank Mega, Jakarta, Sabtu (6/9).

Malaysiakini pernah menulis

September 16, 2008: We are ready, says Anwar

Anwar: We’re ready to form new goverment
Malaysiakini Team | September 15, 2008

Opposition Leader Anwar Ibrahim told a 20,000-strong rally that he had the numbers to form a new government and wants to meet with Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi to discuss a handover.

“Tomorrow is the D-day. We are ready to form the government. We have the numbers and we are ready to announce tomorrow.

“Tomorrow, we are ready. But the best time (for the takeover), I tell you, is when we meet the prime minister.

“A peaceful transition is paramount,” he added, conceding that there will not be a change of government tomorrow as he had promised earlier.

According to him, Pakatan Rakyat has submitted a letter to Abdullah today seeking a meeting for a smooth transition of power.

“We have the numbers but we want to meet with Abdullah, show him the evidence and work out a handover because we want a peaceful transition,” he said to the jubilant cheers of the crowd.

The opposition leader also did not provide more information on how many MPs Pakatan has in the bag and the number of government defectors.Anwar will need at least 31 defectors from BN and perhaps over 40 for a stable Pakatan government.

“I believe that the government will fall in the next few weeks,” he told journalists after the rally.

The massive crowd had earlier gathered at the Kelana Jaya stadium in Petaling Jaya to celebrate Pakatan’s ‘Hari Malaysia’ celebration.

Nak tanya kepada rakyat...kalau bukan PENIPUAN..NAK PANGGIL APA KAH INI?

Isu murtad: PAS tahun 2006 dan PAS 2011




Kenapa di kala dulu dalam isu Inter-Faith Commision (IFC), PAS tidak langsung mahu berjumpa pihak yang dituduh tapi terus menerus menentang dan berdemonstrasi di hadapan Bangunan Bar Council? Pada ketika itu, Pak Lah dikritik keras kerana membenarkan forum tersebut berlangsung.



Demonstrasi aman IFC, polis ambil keterangan Badai
Written by Mohd Sabri Said   

Abdul Rahim yang ditemani Ketua Dewan Pemuda PAS Bukit Bendera, Saiful Lizan Mohd Yusuf ketika dihubungi berkata, pihak polis ingin tahu siapa penganjur, arahan siapa, tahu maklumat adanya demo dari mana, siapa yang bertanggungjawab mendalangi dan sebagainya.

"Saya ceritakan apa yang patut kepada ASP Asri. Mereka mendakwa kita bersalah kerana berhimpun tanpa permit, " ujarnya.

Baginya, walaupun disoal siasat namun umat Islam mempunyai hak bersuara atau mengatakan bantahan kerana kutipan tandatangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) merupakan satu perbuatan yang menghiris sentiviti umat Islam.

Tindakan Aliran dianggap begitu biadap sekali kerana sanggup berhadapan dengan umat Islam tanpa rasa bersalah terutamanya mencampuri urusan agama.

"Islam tidak pernah mencampuri hal agama lain tetapi sejak kebelakangan ini agama lain begitu berani mencabar kewibawaan Islam, " ujarnya kesal.

Sementara itu, seorang jurucakap yang mendesak majlis tersebut dihentikan, Haji Ismail Wan Teh ketika ditanya menyifatkan, memang beliau berbuat demikian kerana ditipu kononnya majlis sudah dihentikan.

"Bila saya naik ke tingkat tiga saya dapati majlis tersebut diteruskan.  Apa lagi saya terus dapatkan mikrofon berhujah, " katanya.

Manakala Pengerusi Badai, Ustaz Hafiz Nordin dalam kenyataannya pada Harakahdaily menambah, sesiapa pun tidak boleh menghalang kedatangan umat Islam pada hari itu sebab kedatangan mereka atas dasar akidah.

"Hak mereka untuk berhimpun di situ untuk menyuarakan ketidakpuasan hati.  Kenapa nak marahi mereka, " jelasnya.       



Dan kenapa pula sekarang ini apabila JAIS membuat pemeriksaan di gereja DUMC atas aduan kes murtad, PAS tiba-tiba nak jumpa JAIS dan pihak gereja sebelum membuat pendirian? Kenapa mereka tak desak pihak gereja tersebut minta maaf atau buat demonstrasi agar dikenakan tindakan sewajarnya kepada pihak mereka?

Dulu apa pasal PAS tak tunggu dulu, pergi join IFC ke, tanya apa mereka nak, tapi sebaliknya PAS main terjah je forum diorang?

Tuesday, August 16, 2011

Naib Presiden PAS sendiri akui PAS tidak boleh dipercayai


PAS ini parti politik, bukannya badan pelaksana agama Islam di mana-mana. Itu sebablah Sultan Selangor menitahkan agar JAIS tak perlu jumpa mana-mana pihak termasuk PAS berkenaan dengan pemeriksaan JAIS terhadap gereja DUMC.

Ini statement Mahfuz Omar Naib Presiden PAS
"Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, nasihat berkenaan dibuat bagi memastikan maklumat kes tersebut yang kini masih berada dalam siasatan tidak terlepas kepada pihak luar."

Nampak sangat PAS tak boleh dipercayai hahahahah....

Tapi yang peliknya Mahfuz Omar beritahu juga yang PAS tetap menaruh harapan untuk bertemu JAIS bagi mendapatkan maklumat sebenar tentang isu itu.

Mahfuz juga kata, selain pihak JAIS, pihak gereja juga PAS nak jumpa. Selepas tu, barulah PAS akan buat kenyataan berkenaan isu ini. Amboi! Lambatnya PAS nak bagi pendirian! Padahal ini isu agama Islam, dan juga isu pokok perjuangan PAS..takkan nak delay-delay? Boleh je tanya Hassan Ali kalau nak maklumat lanjut kan?

Kalau JAIS kata memang gereja itu bersalah, dan PAS kata tidak...rakyat sepatutnya nak dengar yang mana? Bukan kah ini bakal mengelirukan rakyat?

Sepatutnya PAS biarkan lah JAIS sebagai badan penguasa agama Islam negeri menyiasat dan sebarang keputusan dari siasatan JAIS, PAS harus terima dengan reda...Exco agama Islam Negeri Selangor pon bukan orang lain, orang PAS jugak..jadi apa nak kalut!!

 Lu Pikir la sendiri!!

Ikrar Pemuda: Sebenarnya PAS ni jadi alat DAP supaya dapat meneutralkan segala keputusan JAIS yang mungkin tidak sehaluan dengan gereja tersebut.

Gereja vs JAIS: Tahniah umat Islam negeri Selangor

Ya kedua-dua kepala lutut saya memang besar ni..tu yang saya pakai untuk mentadbir Selangor..

Pegawai MBPJ sendiri dah perakui ada masalah dengan pendaftaran gereja DUMC yang kantoi dalam kes murtadkan orang Islam, sebab ia didaftarkan sebagai pusat komuniti.Tetapi ini jawapan MENTERI BESAR SELANGOR, KHALID IBRAHIM yang berAGAMA ISLAM.

SHAH ALAM, 15 Ogos — Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri Selangor tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama walaupun didakwa telah melanggar syarat MBPJ buat masa ini.

Manakala beberapa blogger dah dedahkan laporan sulit dari MBPJ, berkenaan dengan ugutan Ronnie Liu terhadap MBPJ untuk tidak mengambil tindakan.

Antara kandungan laporan tersebut ialah:
"11 Ogos 2011/11.18 pagi - Terima panggilan daripada YB Ronnie Liu minta batalkan operasi dan memaklumkan akan melakukan penukaran kakitangan Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan secara besar-besaran sekiranya operasi diteruskan."

MBPJ kena ugut? Beginikah cara pentadbiran yang rakyat mahu kan? Maruah Islam letak di tangan Ronnie Liu ke? Khalid Ibrahim sebagai seorang Islam jadi apa kat atas tu?

Yahooo..tahniah umat Islam seluruh Selangor!!!

Hassan Ali dah masuk UMNO?


PAS sekarang nampaknya dah tak tau cakap apa pasal isu gereja vs JAIS. Last-last dia tembak kat UMNO jugak.

"Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyeru pemimpin dan ahli PAS supaya tidak terperangkap atau terjebak dengan ‘perangkap’ Umno dalam isu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan gereja.

“Saya dapat maklumat ‘dalaman’ Jais semalam (14 Ogos), berkait dengan operasi Jais pada 3 Ogos 2011 lalu bahawa ada eleman dan peranan Umno dalam operasi Jais terhadap majlis yang diadakan di kawasan Gereja Methodist, Damansara Utama, Petaling Jaya itu,” ujarnya pada sidang media di pejabat PAS Terengganu, di sini hari ini."

Yang paling peliknya, Mustafa ni kata ada elemen dan peranan UMNO dalam operasi JAIS. Halo brader, siapa exco Agama Islam di negeri Selangor? Hassan Ali tu orang UMNO ka?

Lagi satu, kalau ye pon UMNO suroh pergi gereja tu, tujuannya ialah untuk mengelakkan murtad..takkan itu pon salah? Kenapa perangkap dari pihak gereja tu dia tak nampak tapi dia boleh tuduh ini perangkap UMNO?

Allah semakin membuka tembelang PAS di bulan Puasa kali ini..adakah ini tanda-tanda kehancuran PAS?

Monday, August 15, 2011

Kenapa diharamkan terus?Kan boleh diperlahankan?


Puak-puak PAS punyalah defend Pulau Pinang suruh haramkan pembacaan al-Quran melalui pembesar suara, dan hadis ini sering digunakan:

Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri: “Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: ‘Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat’ (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih)

Kami bukanlah bijak pandai dalam hal-hal agama, namun dalam hadis ini jelas Rasulullah melarang mengangkat bacaan, dan bukannya melarang langsung bacaan.

Sekarang persoalannya ialah, kenapa nak haramkan terus sedangkan ianya BOLEH DIPERLAHANKAN!

Kenapa pula bila Pulau Pinang nak terus haram PAS terus meloncat sokong?

Saturday, August 13, 2011

Soalan penting untuk umat Islam di Selangor


Syabas kepada mereka-mereka yang berdemonstrasi di Masjid Shah Alam menentang gerakan murtad petang tadi..namun kami di sini ingin mengutarakan sedikit nukilan untuk memberi peringatan kepada semua umat Islam.

Tak kiralah sealim mana pon umat Islam, tapi bila bab murtad memurtad, hati seorang muslim pasti tersentuh dan tersentap. Apatah lagi bila kerajaan yang diangkat kononnya ada parti yang memperjuangkan Islam dikatakan sememangnya pejuang Islam sebenar. Namun, sangkaan rakyat Selangor meleset sama sekali kerana apabila sudah ada kuasa, PAS ternyata berpecah belah dan pegangan terhadap perjuangan Islam di antara mereka tiada kesatuan.

Mana tidaknya, isu kes murtad yang dipertahankan oleh Exco Agama Islam, Datuk Hassan Ali ditentang keras oleh geng-geng PAS sendiri, termasuklah yang buat U-turn, ketua pemuda PAS. Presidennya sendiri sampai sekarang ini masih terhegeh-hegeh nak buat satu statement kukuh menyokong tindakan JAIS.

Kami di sini nak tanya sedara semuslim semua tak kiralah parti PKR ke, UMNO ke tak berparti ke, KALAU BUKAN KITA YANG PATUT SOKONG JAIS, SIAPA LAGI?

Friday, August 12, 2011

Exco Agama P.Pinang bila nak perjelas isu tengok model seksi?


Malik Kasim Exco Agama Negeri Pulau Pinang perjelas kan bahawa larangan membaca al-quran kuat-kuat adalah dilarang dan dia perjelas dengan menggunakan hadis..
Wahh..kalau bab-bab orang Islam punya laju kau carik dalil ye..Walaubagaimana pon kita kena akur dengan larangan tersebut..namun bagaimana pula perbuatan menonton fesyen show baju sekerat-sekerat dan seksi?

Yang ni kau tak cari plak dalil-dalil yang menyokong?

Kerajaan Perpaduan di Selangor?


Gema kerajaan Perpaduan berkumandang lagi? Bermakna Selangor akan ada kerajaan campuran? Ini buktinya..
gambar dicilok dari blog gerakan anti pkr.

Thursday, August 11, 2011

Kalau macam tu mesti Haji Hadi sedia jumpa China Doll

zzzzzzzzzzzzzzz...

Pihak Gereja Hadi mahu jumpa, Saiful dan China Doll Hadi tak mau jumpa ke?

Semalam Ketua Pemuda PAS siap pergi jumpa dengan Hassan Ali untuk dengar penjelasannya tentang kehadiran JAIS di sebuah gereja kerana dilaporkan ada gerakan murtad. Selepas itu, ini kenyataannya:
"Dewan Pemuda PAS pusat mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Datuk Dr Hasan Ali berhubung kontroversi serbuan ke atas sebuah gereja minggu lalu sambil menyifatkan terdapat “bukti” adanya usaha mahu memurtadkan umat Islam. "

Adakah ini bermaksud Pemuda PAS membelakangkan cara presiden PAS paling pintar, Haji Hadi menghadapi kemelut ini? Ini kerana, menurut presiden PAS, untuk selesaikan hal ini dia hendak jumpa kedua-duanya, baik dari JAIS mahupun pihak gereja sebelum buat apa-apa pendirian.

Lepas-lepas ni, boleh lah Hadi jumpa Saiful pulak nak tanya pasal kes liwat. Sebab asyik jumpa Anwar saje, kira BIAS la kan..sampai mati pon Anwar tak ngaku.

Dan Haji Hadi boleh juga jumpa China Doll dalam video seks Anwar untuk dengar pandangannya dan mengesahkan adakah Anwar terlibat atau tidak dalam video seks berkenaan

Khalid Samad kata pantau je..serbu tak boleh



Khalid Samad kata, tak boleh serbu gereja..walaupon memang ada gerakan murtad di situ...pantau je..

"Sekiranya 12 orang itu hadir secara rela dan sedang dipujuk dengan berbagai ucapan yang menyatakan kelebihan Kristian dan betapa Islam itu keras dan bersifat memaksa, tanpa adanya keprihatinan dan sebagainya, maka tindakan menyerbu mungkin mendatangkan natijah yang sebaliknya.


"Adalah lebih baik dipantau, dapatkan nombor kereta serta maklumat lain dan seterusnya didampingi golongan 12 tersebut selepas dari itu.


"Kalau bukti memadai, mungkin juga boleh dikenakan tindakan undang-undang. Tidak perlu serbu. Matlamat tercapai, nama baik Islam tidak tercemar, yang 12 dapat diuruskan dan dinasihati dan begitu juga pihak Gereja," katanya.-mstar

Sekarang ni, gereja tu haram oi..pastu ada cubaan nak murtadkan orang Islam, takkan tak boleh pergi..takkan nak tunggu orang-orang Islam tu murtad dulu baru nak datang jumpa dan ambil tindakan..

Bertuah betollah orang Shah Alam ada ahli Parlimen macamni

Soalan untuk Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor



Apa yang ada di gereja pada masa tu?

1) 12 orang Islam
2) Nyanyian Alhamdulillah dan Allahuakbar
3) Soalan ujian yang mempertikaikan Islam


Ya semua di buat di gereja...
dan yang ke-4
4) MBPJ mengesahkan bahawa Gereja tersebut GEREJA HARAM..


Nak tanya Khalid, sekarang apasal kau nak minta maaf pada paderi tu?

Urusan zakat negeri-negeri akan diambil alih kerajaan pusat?


Di bulan puasa ini, tak baik lah nak ejek-ejek atau cakap bukan-bukan pada orang lain walaupon orang tu kita tak suka ke hape kan.

Tapi yang ni lain sket..bukan kami nak marah, tapi kelakar..tahap Maharaja Lawak punya..
Blogger the unspinner ada tulis pasal lawak ni di sini..tapi kami nak tulis jugak sebab terlalu kelakar dan untuk gelak lagi..

Sebab orang ini bukan calang-calang dalam Pakatan apatah lagi dalam Parti PAS. Dia adalah NAIB PRESIDEN PAS!

Orang yang dimaksudkan ialah tak lain tak bukan Datuk Mahfuz Omar. Datuk tau jangan main main!...

Kenapa?

Ni baca statement dia..

"Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Pentadbiran wang zakat tidak diagihkan dengan telus dan bijak terutama di peringkat Kerajaan Persekutuan.


“Wang zakat yang sepatutnya menolong untuk menyelesaikan masalah kemiskinan melarat tidak diendahkan kerana hanya tertumpu pada musim perayaan saja,” katanya.


Menurutnya, pentadbiran wang zakat di peringkat Kerajaan Persekutuan terbukti tidak telus apabila wang zakat sendiri pernah digunakan untuk membiayai kos guaman pegawai kerajaan."

Kepada puak-puak PAS, siapa yang uruskan zakat? Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri? Bagaimana statement ini boleh keluar dari seorang sang naib presiden PAS?

Orang ini lah yang baru-baru ini saman Polis dan kerajaan Malaysia. Orang ini lah yang mempertahankan Anwar dalam isu video seks. Orang ini juga yang kata dulu isu kalimah Allah hanya mainan UMNO..Orang ini juga yg mencarut dalam twitter..dan macam-macam lagi lah..Dan terbaru, dia kata zakat diurus kerajaan persekutuan.

Macam gini kah standard pemimpin tertinggi PAS?Macamana korang pilih orang macam and then nak perjuangkan Islam?

Ikrar Pemuda: Kebajikan otak sendiri pon tak terjaga...nak buat negara kebajikan konon

Wednesday, August 10, 2011

Tahniah Tan Sri Khalid dianugerah darjah kebesaran terbaru



Walaupun Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar Selangor penuh dengan kontroversi, skandal dan tidak kompeten dalam memimpin negeri Selangor beliau masih tetap MB Selangor. Di atas sebab itu jugalah beliau dianugerah satu lagi darjah kebesaran...

ini darjah kebesaran untuk betapa besarnya batu hitam di dalam hati nya..

dicilok dari blog gerakan anti pkr

Tuesday, August 9, 2011

Lagu Allahuakbar & Alhamdulillah dalam gereja?Pakatan dah lama setuju


Blog gerakan anti pkr telah mendedahkan itenary atau aturcara majlis di gereja yang diserbu JAIS baru-baru ini. Dalam aturcara tersebut, terdapat aktiviti nyanyian Alhamdulillah dan Allahuakbar..

Kalau ikut kata Anwar, Khalid Samad dan Nik Aziz, kafir boleh gunakan perkataan Allah...

Ingat tak pada laporan ini..

Nik Aziz: Tidak salah bukan Islam guna kalimah Allah
January 04, 2010
Oleh Mohd Zuharman


KOTA BARU, Jan 3 – Penggunaan kalimah “Allah” pada penerbitan Herald mengikut hukum pengamal agama Samawi tidak menjadi satu kesalahan, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
.....
Walaupun Nik Aziz ada kata ia takut disalahguna, kenapa pula nak beri kafir pakai perkataan Allah?

Yang ni pon sama jugak..
"Kata Anwar, “Orang Iban sudah lama menggunakan kalimah Allah dan saya (Anwar) telah runding dengan ulama Islam, mereka tiada masalah benarkan kalimah Allah kepada Kristian”"


rujuk pada video ini..


Dan sorang lagi ialah Khalid Samad, dia pernah kata
“perkataan Allah bukan milik eksklusif umat Islam sahaja tapi semua manusia”. 


Jadi apa nak heran kalau ada orang nyanyi Allahuakbar dan Alhamdulillah di dalam gereja bersama-sama dengan paderi dan orang-orang kristian? Betul tak orang-orang PAS?
Tahniah...tahniah pada semua yang mengundi Pakatan...Yahoooo...

Mustafa Ali tak nampak liabiliti Pakatan Haram? Atau buat-buat tak nampak?



PAS kata Dato Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor jadi liabiliti kepada BN..

Hmmm...pelik juga tiba-tiba PAS khasnya Mustafa Ali kisahkan pasal BN dan UMNO..tetapi dia harus sedar yang liabiliti paling jelas berada di dalam kelompok Pakatan Haram..
Sedangkan kini, Dato Najiblah menjadi TUNJANG kekuatan BN dalam mendepani Pakatan Haram yang makin rosak, makin hancur...dan pada masa yang sama menghancurkan masa depan rakyat terutamanya di negeri Selangor ini..

Nak tanya kepada Mustafa Ali...

siapa yang terpalit dengan kes liwat yang sampai sekarang asyik tangguh-tangguh kes..

siapa yang terpalit jadi pelakon video lucah yang mukanya jelas dan terang dalam video tersebut?

siapa yang berjanji nak tegakkan kerajaan pada 16 sept. 2008 tapi tak jadi-jadi sampai sekarang?

Dan bagaimana pula ada cerita nak bawa Ku Li jadi Ketua Pembangkang?

Dan sorang lagi tu pon liabiliti jugak..tu tok guru yang dulu kata negara Islam ada dalam al-Quran sekarang ni kata takde pulak..pastu siapa orang PAS yang kata kamera cctv tidak boleh jadi saksi, sebab ianya hanya besi..siapa tu?..

Hmmm....mungkin Mustafa Ali tak tau erti liabiliti yang sebenar..atau buat-buat tak tahu..

Bila otak PAS hanya zikir "kuasa, kuasa, kuasa, kuasa..."



Bagi PAS, antara agama dan kuasa...kuasa lagi penting dari mereka.

Tengoklah keadaan sekarang ini, isu murtad dan cubaan memurtadkan umat Islam hanya dipandang enteng oleh PAS. Presiden PAS boleh kata, isu murtad ini hanya isu kecil.

"Selain itu tegas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pihaknya juga tidak mempunyai sebarang masalah dengan kerajaan negeri Selangor yang dipimpin Tan Sri Khalid Ibrahim sambil menyifatkan kontroversi yang berlaku adalah “masalah negeri."

Dan tiba-tiba Pakatan Haram nak bagi usul untuk bincangkan pasal daftar pemilih dan keselamatan negara.

"Pakatan Rakyat mendesak agar diadakan Sidang Parlimen Tergempar bagi menjawab beberapa isu yang kini semakin tidak terkawal terutamanya berkenaan dengan ketidaktelusan kelulusan daftar pemilih."

Memanglah ada ura-ura nak pilihanraya, tetapi isu murtad ini adalah juga tanggungjawab mereka untuk rakyat supaya ia diselesaikan. Bukan main tuduh sana tuduh sini.. Dalam isu JAIS vs Gereja ini, PAS dan PKR hanya menyalahkan Hassan Ali dan UMNO. Kenapa begitu? Sedangkan ianya harus disiasat terlebih dahulu..adakah ini bermakna pihak gereja tidak akan bersalah tanpa siasatan? Kenapa tiba-tiba Haji Hadi nak salahkan UMNO plak? Kan Hassan Ali kata ada unsur aktiviti murtad disitu..

Mungkin PAS pakai slogan baru, "Undi didahulukan, kuasa diutamakan, biar agama Islam dikerjakan"

Monday, August 8, 2011

Haji Hadi berjaya selesaikan kemelut kehadiran JAIS ke gereja...


Tahniah Haji Hadi, tahniah PAS...Haji Hadi memang merupakan presiden terulung PAS..pandai dalam menyelesaikan beberapa permasalahan membabitkan isu politik dan agama di Malaysia ini..

1) Terbaru dalam isu kehadiran JAIS ke gereja, Haji Hadi kata:

"Kita bincang isu Selangor dan buat keputusan untuk terus ke medan yang mana kalau kita lihat ia sengaja dijadikan isu oleh Barisan Nasional (BN) untuk tutup isu Himpunan Bersih 2.0."

BN jugak yang salah...

2) Dulu isu video seks Anwar Haji Hadi kata:
"Kita berpegang kepada konsep empat saksi yang adil dalam kes zina dan liwat. Video tidak boleh jadi saksi kerana video itu besi, ia tiada mata dan telinga"

Lepas dari kenyataan ini, PAS langsung takde usaha nak membuktikan video seks itu fitnah atau ia memang benar Anwar..

Bijak kan Haji Hadi?

Sunday, August 7, 2011

Ketua Pembangkang Selangor: Pakatan Menghina Golongan Akademik

Dato' Satim dan isteri di Madinah..

Sempat juga Ketua Pembangkang Selangor, Dato' Dr Haji Mohamad Satim Diman yang kini sedang menjalani ibadah umrah di Makkah mencoretkan satu nukilan  dan menyentuh isu perletakan jawatan Naib Canselor UNISEL..

....

7. Namun begitu, kerajaan negeri telah melantik seseorang yang telah dikira layak untuk mengemudi UNISEL bagi mencapai matlamat penubuhannya. Maka campurtangan keterlaluan ahli politik dalam pentadbiran universiti adalah satu penghinaan kepada golongan akademik.


...

Ikuti coretan penuh Dato' Satim  di sini

Bukti PAS dan PKR pembela Islam di Malaysia...

Mula-mula PAS ber "candle light vigil"...



Lepas tu..PAS kata kafir boleh guna kalimah Allah...


Lepas tu ada yang berbuka puasa di gereja dan dapat bible..adalah sorang orang PAS menentang tapi seluruh PAS dan Melayu PKR bantah..
dan untuk kes ini yang kena bagi laporan siapa? JAIS jugak yang kena..siapa suroh?Orang Melayu PKR jugak..

"SHAH ALAM 4 Ogos – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengemukakan laporan penuh kepada kerajaan negeri berhubung serbuan pihak berkuasa agama itu terhadap majlis makan malam di Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya malam tadi.

Sambil menyatakan kekesalan terhadap insiden itu, beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini menyatakan, kerajaan negeri memandang serius perkara tersebut.

Abdul Khalid berkata, beliau telah menghubungi paderi kanan gereja berkenaan, Pastor Daniel Ho bagi menyatakan pendirian kerajaan negeri mengenai insiden serbuan itu." (Utusan 8/5/2011)

Nampak tak satu pergerakan rentetan dari laporan-laporan di atas? Dan juga watak-watak yang endorsed gerakan ini lebih menular?..
Tiada niat mahu permusuhan agama berlaku..namun, respect terhadap di antara agama terutamanya agama Islam sebagai agama rasmi negara ini haruslah difahami seluruh rakyat Malaysia...

JAIS kena beri laporan penuh, gereja tak perlu: Adilkah Khalid?


Hassan Ali kata JAIS mendapat aduan mengenai agenda murtad dengan adanya majlis berbuka puasa oleh sebuah gereja di Damansara utama...

Lalu JAIS pon pergi ke gereja tersebut dan temuramah orang-orang Islam yang hadir di situ..
Kalau tiada orang Islam ada disitu, mungkin JAIS tidak serbu, tetapi kerana ada orang Islamlah JAIS berbuat demikian...

Geng-geng bukan Islam sudah pasti membantah hal ini...dah mereka sama kafir, tak kira lah parti apa pon..
Yang peliknya kenapa MB Selangor yang berugama Islam terus menerus menyalahkan JAIS dalam hal ini?

Dalam MalaysiaKini tertulis tajuk ayat
"Kerajaan Selangor memandang serius kejadian di mana polis dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu majlis makan malam muhibbah di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya, malam tadi."

Khalid punyalah kecut sampai terus contact Paderi gereja tersebut. Dan meminta JAIS menyediakan laporan penuh..

Sebagai seorang umat Islam dan menjadi pemimpin yang bertindak neutral, seharusnya KEDUA-DUA BELAH PIHAK HARUS MENYEDIAKAN LAPORAN PENUH  BUKAN JAIS SAHAJA dan barulah ambil tindakan sewajarnya..

Ini tidak, JAIS sahaja yang kena bagi laporan penuh...

Sekarang nampak macam JAIS yang salah..sedangkan Islam adalah agama rasmi negara ini...macamana ni Khalid?

IkrarPemuda: Di dalam bulan Ramadhan ini mungkin Allah sedikit demi sedikit akan tunjukkan belang Pakatan Haram...

Wayang Hassan Ali bahagian ke dua?

Ya ke bro??
Jangan jadi macam di bawah ni sudah la..