f April 2011 ~ Ikrar Pemuda

Saturday, April 30, 2011

GEMPAR!! Memang Anwar tak kenal Dato Eskay

Nampok sangat Dato Eskay tu menipouu...Anuwo memang tak kenal pon si Eskay tu, gambo-gambo bawoh ni nampok sangat ade orang ngeditnyeee...Jom kite bako Perak Today...kite bako..kite bako..bako kat sini heheheheh

Ikrar Pemuda: Oooo..anwar kata dia tak kenal dato eskay yeeee...

Friday, April 29, 2011

PAS juga yang minta kebenaran dipertunjukkan!


Dia ceramah (depan orang PAS) tunjukkan bahawa dia tidak bersalah..

Dia dan Presiden PAS bersama orang-orang PAS buat solat hajat mohon ditunjukkan kebenaran

Dan akhirnya...




Kebenaran dah ditunjukkan...PAS kenapa diam hari ni? Sentap ke? Harap PAS buat lagi solat hajat..supaya macam-macam lagi kebenaran akan ditunjukkan.

Dato Satim: Kempen Mansuhkan ISA Khalid Ibrahim bazirkan duit Rakyat Selangor!


"Kuala Lumpur, 28 April- Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman menyifatkan tindakan kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM600,000 daripada duit rakyat untuk kempen Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di negeri Selangor merupakan satu tindakan paling bodoh dan tidak masuk akal selain satu pembaziran wang rakyat untuk tujuan politik."

Kesian kadang-kadang tengok rakyat Selangor ni. Dapat MB pon MB dungu, macam-macam janji tak selesai, tiba-tiba nak guna duit rakyat Selangor nak mansuhkan ISA plak. Boleh ke nak mansuhkan ISA di peringkat negeri ni? Kalau tak boleh, kenapa nak guna duit kerajaan negeri untuk buat sesuatu yang perlu ubah di peringkat persekutuan. Since, RM600 ribu duit rakyat negeri Selangor, kenapa tak guna untuk tunai macam-macam janji yang diorang dah tabur dulu tapi tak buat lagi?

Nak tau apa janji-janji di Selangor, ni malaun kat dalam video ni yang JANJI sebelum pilihanraya..tengoklah!


setakat air je free, itu pon rakyat di rumah pangsa tak dapat...yang lain macamana? Berlagak konon wakil rakyat PAS ada doctorate..tapi bingai dan munafik plak tu..Hassan Ali dengan Ronnie Liu pon takot...

Kalau macam ni memang bankrap la kerajaan negeri, RM600 ribu tu bukannya dapat pulangan pon, oacak billboard sana billboard sini jadi mana negeri nak dapat untung? Rakyat tak dapat apa-apa, duit habis macam tu aje! Bodoh punya Khalid Ibrahim!

Thursday, April 28, 2011

Video Seks Anwar: Saifuddin mengesahkan Anwar dalam video Bahagian Dua??

Anwar kenapa senyap? Asyik-asyik bila video dia keluar, keluarga mempertahankan..macam ponen la Anwar ni..The Star melaporkan:

"While Anwar's family reiterated that it was not him in the clip, PKR secretary-general Saifuddin Nasution insisted that the police were to blame for the release of the latest clip."

Jadi lah jantan bermaruah sket Anwar oi..hang yang dok sedap-sedap buat, awat family plak skarang kena defend hang..apa punya turr...

Tapi yang pelik, mana Saifuddin tahu yang video dalam simpanan polis itu adalah yang ditunjukkan di youtube? Lagi satu, kalau kata betol itu bukan Anwar, kenapa Saifuddin nak salahkan Polis plak? Biar la lantak Polis nak tunjuk apa kalau memang itu bukan Anwar apa nak takot.

Sekarang ni seolah-olah Saifuddin menyalahkan kononnya Polis tunjuk video Bos dia...bermakna, secara tak langsung Saifuddin memang mengakui itu video Bos dia hehehe...

Wednesday, April 27, 2011

Video Seks Anwar: Bahagian Dua dah keluar, haritu kata bukan perut dia, sekarang nak nafi tang mana plak??


Video seks Anwar bahagian kedua telah pon keluar. Beberapa blog utama pro-kerajaan telah sedang menayangkannya. Jadi, dengan keluarnya video ini,kiranya jangka hayat politik Anwar sudah dikira tamat. Rakyat boleh saksikan dengan jelasnya siapa pelakon lelaki video tersebut. Amat memalukan apabila video tersebut sedikit sebanyak, "menelanjangkan" Anwar di mata rakyat, tetapi, percayalah, juak-juak Pakatan masih akan kata itu bukan dia, dan itu hanya fitnah.



Kepada PAS, sekarang anda dapat tengok siapa sebenarnya dalam video tersebut. Maka, mahukah PAS berketuakan seseorang yang langgan pelacur? Adakah itu langkah untuk menegakkan Islam? Kalau berani, PAS patut usulkan supaya Anwar letak jawatan dan gantikan ketua Pembangkang dengan orang lain...takkan itu pon tak berani? Nama Islam yang suci sanggup kau gunakan demi politik, takkan orang yang kotor macam ni pon nak dijadikan pemimpin?

*Uji pandi Proton Exora dan boleh menang RM6000!

Bapak Polisi sudah tahu, Anwar bila nak cabar dedahkan??

China doll memang mmmmm sedapp!!

China Doll memang hoooo laio woooo!!!

Polis sudah tahu pelakon video seks tersebut dan akan dedahkan bila diperlukan. Ramai yang tak sabar nak tahu, dan ada yang "angin" sebab Polis tak dedahkan.

Mungkin Polis secara tak langsung suroh orang-orang Pakatan Rakyat cabar Polis dedahkan.
Berani tak diorang cabar Polis?

SUBANG JAYA: The police will not hesitate to expose to the public "the performer" allegedly resembling an Opposition leader, in the controversial sex video.

"Investigation is on-going. Whatever needs to be exposed, we will expose, whatever we need not expose, we will not expose," Deputy Inspector-General of Police Datuk Khalid Abu Bakar said Tuesday.

"We will investigate first. When the time comes, police will disclose who the performer is. We are still investigating the case under Section 292 of the Penal Code (which concerns the distribution of obscene material)," he told reporters at the end of a meeting here of criminal investigation department heads from throughout the country.... (Bernama)

PAS bila nak buat demonstrasi cabar Polis dedahkan siapa pelakonnya? Ada yang berani nak demo guling-guling?

Tuesday, April 26, 2011

Dato Satim: Lawati Blog Ketua Pembangkang Selangor


Misi Tawan Selangor makin panas...Kini Ketua Pembangkang Selangor punyai blog. Lawati blog ketua Pembangkang, Dato Dr Hj Mohamad Satim Diman di satimdiman.wordpress.com. Boleh juga jadi rakan Facebook Dato Satim di http://en-gb.facebook.com/satimdiman.

Monday, April 25, 2011

Kes kematian Adik Syazani: GAMIS yang HAMIS



Hipokrit memang lah dasar PAS sejak dari dulu lagi. Bila PAS tuduh orang lain dan kata orang lain macam-macam takpe, itu kerana rakyat. Tapi bila kena batang hidung sendiri, mula lah meracau macam ayam tercabut ekor.

Kes adik Saiful Syazani telah pon dibawa ke muka pengadilan. Jadi biarlah mahkamah tentukan dan Polis buat siasatan. Tapi macai-macai PAS yang terdiri dari Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia atau GAMIS, cuba untuk buat spin cerita ala-ala harakah

"Saya rasakan apa yang diceritakan oleh ustaz w adalah benar setelah melihat laporanforensik yang diberitakan bahawa punca kematian adik saiful adalah kerana kekurangan oksigen dan pendarahan dalam otak. Maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku, namun nyata sekali tidak ada kesan LEBAM akibat pukulan yang berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media. "

Mereka siasat sendiri, dengan interview rakan tertuduh, dan jumpa bapa mangsa, so dia buat kesimpulan sendiri, sebenarnya tiada lebam pada badan mangsa...adakah itu isu sebenar kes ini? 

Ini adalah laporan di Harian Metro yang tiba-tiba diorang percaya plak. 

"Otak kurang oksigen

KANGAR: Polis mengesahkan kematian seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun kerana didera guru lelakinya pada Ahad lalu berpunca akibat kekurangan oksigen dalam otak mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, Superintendan Nashir Ya, berkata pakar patologi Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar mengesahkan punca kematian Saiful Syazani Saiful Sopfidee disebabkan hypoxic seculae akibat tekanan benda lembut di lehernya.


Katanya, berikutan itu otak mangsa gagal berfungsi selepas lehernya disekat benda atau objek lembut sehingga menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak.

“Kesannya, mangsa koma beberapa hari dengan kesan pendarahan di dalam otak. Namun, laporan penuh forensik akan diperoleh dalam tempoh terdekat,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, semalam."

Adakah GAMIS cuba nak putar isu lebam di badan mangsa, tapi lupakan pula bagaimana ada pendarahan otak pada mangsa dan punca kematian mangsa adalah bila lehernya disekat?

Lepas tu Boleh plak dalam penerangan dia, tertulis "CERITA SEBENAR". Dan laporan mereka pula adalah berdasarkan cerita dari sahabat ustaz tersebut. Aitt!! Kata nak buat hukum hudud, kalau macam tu senang la pembunuh nak terlepas. Siasatan dibuat dengan hanya tanya pada saudara, rakan atau kroni tertuduh, kalau mereka kata tertuduh baik, lepas lah..macam tu je ke? Dalam GAMIS ni mahasiswa universiti mana ni? Tulis macam tak pakai otak ke?

Mana kita tau yang dia menceritakan sebenar? Adoii..memang lembab la weii GAMIS ni..lemah betol. Oii GAMIS, tak payah la nak spin-spin cerita macam ni, PAS Perlis dah minta maaf dah pon, so apa yang di pusing-pusing lagi?

Janganlah tunjuk sangat kebodohan anda, ingat kalau dah masuk universiti, pandai la sket untuk guna hujah yang lojik dek akal, ini akal macam budak setahun setengah je!

*Ingin menangi tiket konsert Yuna?Mudah je..
*Ingin menangi Ipad 2 dengan senang? Klik Sini
*Cara baru hiburan tv hanya di HipTV!!
*Pandu uji Proton Exora dan menang RM6000!

Sunday, April 24, 2011

Jadi presiden pon susah dalam PAS heheheh....

'Saya sedia ditentang' - Abdul Hadi

Presiden Pas itu mengakui tidak selamanya akan menjadi pemimpin

MARANG: "Jika ada pencalonan diterima pemimpin lain untuk menentang (jawatan presiden), saya sendiri amat mengalu-alukannya kerana saya bukan mahu menjadi pemimpin selamanya. Saya sendiri sudah berumur dan memerlukan barisan pelapis."

Demikian kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan media mengulas mengenai tindakan Pas Kawasan Bukit Bintang yang mencalonkan Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa supaya mencabar Presiden Pas itu pada Muktamar Pas ke-57 pada Jun depan.

Bagus lah kalau dah sedar diri Haji Hadi oii..So bila nak turunnya? Orang-orang PAS tak sabar nak ganti kau. Kalau diri tu dah sedar dah berumur, letak jawatan sahaje la..nak lawan buat ape lagi. 

Hari sibuk sangat suroh Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud letak jawatan. Bila kena batang hidung baru la nak sedar diri. 

Siapa yang nak lawan?

Cuba baca tulisan blog ni:

"Ahli Jawatan Kuasa (AJK) PAS Pusat, Datuk Husam Musa, hari ini menyatakan sokongan penuh beliau kepada pimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Sehubungan dengan itu, Husam menolak sebarang percalonan dari mana-mana PAS kawasan untuk mencalonkan beliau sebagai Presiden PAS.

“Saya menyokong 100 peratus kepada pimpinan Tuan Guru Haji Hadi, kerana kepada saya beliau adalah seorang yang berwibawa dan boleh menyatukan PAS.“Jadi saya harap kawasan-kawasan lain tidak mencalonkan saya bagi jawatan presiden,” katanya.

“Saya tidak pernah ada hasrat untuk bertanding jawatan setinggi itu, apa tah lagi apabila dipertembungkan dengan Tuan Guru Haji Hadi,” katanya lagi.Ujarnya, generasi muda kini mungkin tidak mengetahui hubungannya dengan Tuan Guru Haji Hadi."


Konon la si Husam Musa ni...ye ke ni tak mau lawan?heheheh..



Melayu PKR masuk PAS, bukan Melayu masuk DAP? Tinggal Anwar, Jijah, Nurul dan Azmin sahaja?

Lady Gaga: Apa? Ramai orang PKR nak join PAS? No way!! I will defend my OmeGAY man!!

PAS nak bercerai dengan Pakatan? Berani ke dia? Kalau dia bercerai dia nak jadi apa?


"PAS Umum Tinggalkan PR selepas Muktamar

Oleh:  Tarmizi Md. Jam

Setelah sekian lama disepak, dipijak dan ditunjal-tunjal kepala oleh DAP dan PKR, akhirnya terdengar juga rungutan dari dalam PAS sendiri yang mendesak agar hubungan PAS dengan kedua-dua parti itu diputuskan saja.   

Namun, desakan tersebut bukan kerana PAS tidak sanggup lagi  menjadi pencacai atau anjing DAP dan PKR dan bukan juga kerana tidak mahu terheret ke dalam dosa skandal Anwar Ibrahim tetapi kerana takut hilang sokongan dalam Pilihanraya.  Pendekata, desakan untuk meninggalkan PR berlaku bukan kerana maruah atau kerana Allah, tetapi kerana politik semata-mata."


Menurut laporan tersebut itu juga, dikatakan ada yang akan cadang usul untuk dibawa ke Muktamar PAS Jun ini, untuk PAS bercerai dengan Pakatan Haram. 

Namun, kesudahannya akan dapat diagak, jika pon ada usul, PAS tidak akan berani untuk keluar dari Pakatan Haram. Ini kerana, jika pon Anwar didapati benar menjadi pelakon video tersebut, maka DAP juga tidak akan lagi mempertahankan Anwar dan juga PKR. 

Kemungkinannya lagi, orang-orang kuat PKR berbangsa Melayu pasti akan tinggalkan Anwar dan menyertai PAS, manakala yang bukan Melayu, boleh sahaja tinggalkan PKR, dan menyertai DAP. Ini kerana, PAS pasti akan bersatu dengan DAP, kerana DAP mempunyai sokongan yang kuat di kalangan kaum Cina, dan isu video Anwar, bukan agenda penting pengundi-pengundi Cina. Maka, disitulah PAS akan berpaut, sebab Anwar dan PKR, terlalu rapuh untuk mereka berpaut.

Friday, April 22, 2011

GEMPAR!:Anwar bagi "biasiswa" kepada pelajar kolej dari China


Anwar sememangnya memperjuangkan nasib mahasiswa. Anwar juga perjuangkan nasib mereka ini tanpa mengikut kaum dan agama. Jika benar Anwar yang menjadi pelakon utama dalam video seks berkenaan, ini juga bermakna Anwar bisa memperjuangkan nasib mahasiswa dari luar negeri. Tak percaya? Ini buktinya:

"Identiti Pelacur : Pelajar Kolej Swasta, 26, Warga China
KUALA LUMPUR: Polis sudah mengenal pasti identiti wanita yang berada dalam rakaman video seks dikaitkan dengan seorang pemimpin politik pembangkang dan juga lokasi video itu dirakam.
Menurut sumber, wanita itu adalah seorang pelajar sebuah kolej swasta di ibu kota berusia 26 tahun yang juga seorang warga China.
“Polis sudah merakam percakapan wanita terbabit bagi membantu siasatan berhubung video seks yang mengaitkan ahli politik pembangkang itu,” katanya.

......"

Bagus betol Orang tu, dia bagi "biasiswa" istimewa untuk pelajar terbabit.

*Untuk mengetahui Blackberry yang sesuai dengan anda, klik sini..murah je..

Thursday, April 21, 2011

Cara PAS cover kekalahan di Sarawak.


Bila dah kalah teruk dan tak tau nak cerita apa, PAS mula lah keluar cerita-cerita yang dapat mengkhayalkan penyokong-penyokongnya. 

Disebabkan nak cover kalah teruk di Sarawak, Harakah dengan gaya spin nya menceritak pula PAS ada kejayaan besar di Sarawak iaitu telah mengIslamkan SEORANG rakyat Sarawak berketurunan Iban. 

"Walaupun tewas dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10, PAS tetap menempa kejayaan besar di Dun Sebuyau apabila berjaya mengislamkan seorang lelaki berketurunan Iban di kawasan itu." (Harakah)


Dengan cerita ini maka khayal lah agaknya penyokong-penyokong PAS dengan kejayaan BESAR tersebut dan akan lupalah akan kekalahan PAS di sebabkan kelemahan mereka berpolitik dan kebodohan mereka bila dikudakan oleh PKR dan DAP di Sarawak.

Padahal kerajaan di bawah banyak organisasi dan jabatan, JAKIM, jabatan Perdana Menteri, selalu je ada program pengislaman dan mualaf ini, tapi takde la nak riak macam ni. Ini baru sorang dia Islamkan tapi riuhnya macam 1000 orang.

Wednesday, April 20, 2011

PAS hina orang Sarawak lagi

Ustaz Abdul Ghani Ahmad. Nama saja ustaz, tapi hati busuk!!

Dulu kerana Pakatan kalah di Batang Ai, Haji Hadi hina pengundi di situ masih pakai cawat.

Haji Hadi pernah berkata:
"Semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi."

Cerita ini di ambil dari pisau.net. Dah la haritu hina pakai cawat. Yang ni plak dah la memula kata orang Sarawak tu tak matang berpolitik, lepas tu mempertikai keislaman orang Melayu Sarawak pulak!!Exco kerajaan negeri Kedah yang juga Yang Dipertua PAS Jerlun, Ustaz Abdul Ghani Ahmad  berkata:

"Masyarakat Melayu masih tidak celik berbanding masyarakat Cina termasuk Iban yang lebih matang berpolitik. Bila sesuatu isu terpampang di TV mereka terus terima tanpa berfikir panjang, " terangnya.

Jentera PAS sendiri tambahnya, usah murung dengan kekalahan tersebut sebaliknya kena perkuatkan semangat di samping berkeyakinan tinggi ia adalah sebahagian daripada kerja dakwah seiring dengan konsep PAS sendiri yang berperanan dua hala iaitu politik dan dakwah.

"Nyata kita kalah dari segi politik tetapi kita menang dari segi dakwah yang selama ini tidak sampai ke serata pelusuk kampung yang rata-ratanya masih terawang-awang keislamanya," (Harakahdaily)

Dah la tak perjuangkan agama pon, sibuk nak kuasa, pergi hina pulak keislaman orang lain. Nampak sangat hati puak-puak PAS ni busuk, hitam, harap kopiah saja putih!

Tuesday, April 19, 2011

Pengundi Cina dah bersatu, PAS masih sibuk nak pecahkan Melayu?


DAP nampaknya adalah parti komponen yang paling berjaya dalam Pakatan Rakyat. Ini kerana, kejayaan mereka dalam pilihanraya kecil dan pilihanraya kecil dianggap konsisten di atas standard parti pembangkang. Ok, tapi itu bukan cerita yang sebenarnya nak ditulis disini. Apa yang kami nak highlight kan di sini ialah di mana letaknya PAS di Pakatan Rakyat sekarang?

PAS adalah parti yang paling tua di dalam Pakatan Haram, namun PAS terpaksa terima hakikat mereka hanya taraf balaci sahaja. Yang malangnya ialah, PAS ini parti yang kononnya memperjuangkan agama Islam, tetapi kenapa seperti parti kelas tiga di dalam Pakatan? Nampak sangat PAS tak mampu untuk mengemudi Pakatan Haram, kerana mereka sering mengikut rentak PKR dan DAP. Jadi bagaimana pula PAS hendak menegakkan agama Islam dan negara Islam seperti yang mereka laung-laungkan? PAS sering bangga dengan kepimpinan ulama mereka tetapi sayang, ulama yang PAS ada amatlah cetek ilmu mereka apabila sering mengikut rentak Anwar dan Lim Kit Siang.

Dengan bersatunya pengundi Cina di seluruh negara, kepentingan untuk orang Melayu bersatu amatlah bertepatan dalam masa sekarang ini. Namun, adakah PAS tempat untuk orang Melayu memusatkan undi mereka supaya dapat menyangkal kemaraan DAP? Semestinya tidak!! PKR jangan cerita lah, selagi Anwar ada sebagai Ketua Umum, Anwar pasti akan membawa partinya karam akibat dari perangai dan kelemahan kepimpinannya. Di situ lah letaknya UMNO, tempat untuk orang Melayu bersatu. Bukan mendabik dada, UMNO itu suci, bersih 100%, namun, dengan kepimpinan Dato Seri Najib, UMNO akan, sedang dan telah mengalami transformasi yang lebih mesra rakyat. 

Marilah kita bersatu dan tunjukkan bahawa orang Melayu masih bersatu di bumi Malaysia ini!! 

Monday, April 18, 2011

Pengundi Cina dah bersatu, Melayu bila lagi?


OK back to reality. Memang BN menang di Sarawak dan dapat membentuk 2/3 majoriti. Namun, disebalik kejayaan itu jelas, trend pengundi dari kaum Cina masih tidak berganjak sejak dari 2008. Boleh dikatakan majoriti kaum Cina terutamanya di bandar-bandar menyokong DAP.

Kaum Cina telah pon bersatu. Mereka memilih jalan demokrasi untuk cuba menguasai arena politik tanah air. Bolehkah mereka di persalahkan? Semestinya tidak. Mereka tidak memilih jalan yang salah di sisi undang-undang, bahkan, prosedur mereka adalah betul. Pada masa yang sama pula, MCA  dilihat lemah untuk menarik undi kaum Cina, ini adalah fakta sebenar.

Sebagai orang Melayu dan beragama Islam, ini lah masanya untuk orang Melayu menunjukkan kekuatan sebenar sebagai pemegang kuasa politik unggul di Malaysia. Melayu sudah banyak berpecah, terutamanya sejak 1998 apabila Anwar Ibrahim dipecat. Pada ketika itu (1999) BN dikatakan menang dengan undi kaum bukan Melayu. Pada 2004 pula, mood rakyat kembali kepada BN apabila politik di Malaysia melihat peralihan kuasa PM, Tun M kepada Pak Lah. Namun 2008 menjadi sebaliknya bagi Pak Lah, BN tewas di 5 negeri. 

Persamaan pada kedua-dua situasai pada tahun 1999 dan 2008 ialah, adanya faktor Anwar Ibrahim. Oleh kerana itu lah orang Melayu berpecah-belah, ditambah lagi dengan tertubuhnya parti PKR, dan PAS pula pandai mengambil kesempatan menyebabkan orang Melayu pecah undi. Kaum Cina dapat melihat perpecahan orang Melayu sebagai satu landasan untuk mereka menunjukkan kuasa mereka dengan memenangkan ramai calon DAP, termasuk menyokong rakan sepasukan DAP, termasuk PKR dan PAS. Pada ketika ini PAS amat berbangga dengan mengatakan bahawa dakwah mereka telah sampai pada DAP. Sedangkan DAP ada objektif mereka sendiri. Agak jelek pula jika DAP tidak mengaku mereka memperjuangkan kepentingan kaum Cina sahaja. Yang lebih teruk, mereka mempertahankan dinasti Lim Kit Siang dan Karpal sekeluarga! Lihatlah di Pulau Pinang, orang dari Melaka yang juga anak sang Presiden parti menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang!! Cuba lihat tweeter Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching pada 11 April. Dia mahukan lebih ramai kaum Cina balik mengundi di Meradong kerana pengundi Iban telah meningkat. Tidak rasiskah ini??



Kini makin terserlah objektif DAP dalam cuba untuk merubah lanskap politik negara seperti mana yang telah berlaku di negeri Perak. DAP menguasai barisan Exco dan orang Melayu hanya menjadi MB boneka kepada DAP. Apa yang berlaku di Perak tidak mustahil untuk berlaku di negeri-negeri lain mahupun peringkat negara. Cuma sedikit pesanan buat mereka, apa yang mereka inginkan, tidak semua bisa ditunaikan oleh kerajaan. Keinginan mereka untuk melihat kaum Cina menguasai politik negara belum tentu dapat memberi keamanan negara apa tah lagi dengan orang Melayu sebagai majoriti. Itu sebab apabila orang Melayu berpecah-belah, ia merupakan satu peluang terbaik bagi mereka untuk menonjolkan kekuatan kaum mereka. Orang Melayu pula harus sedar, di Perak contohnya, Sultan dan perlembagaan negeri lah menjadi penyelamat dari negeri dipimpin oleh bukan Melayu, namun, sudah terbukti, adanya Menteri Besar Melayu pun, belum tentu dapat menyelamatkan melayu dan umat Islam jika barisan Exco dikuasai oleh bukan Melayu dan bukan Islam. Sampai bila orang Melayu sanggup nak bergantung kepada Sultan dan perlembagaan negeri? Namun di peringkat kabinet, tiada peruntukan pon yang menetapkan orang Melayu atau Islam yang harus menjawat jawatan Perdana Menteri.

Kepada orang Melayu, bangkitlah!! Kini terbukti yang PAS dan PKR tidak mampu untuk membawa agenda Melayu dan Islam. Mereka-mereka ini amat lemah, lebih-lebih lagi apabila mereka sanggup menggadai prinsip perjuangan mereka demi menjaga dan melindungi ketua mereka Anwar Ibrahim yang penuh dengan masalah peribadi dan kepimpinan. Jangan disalahkan kaum Cina atas kesepakatan mereka. Itu hak mereka. Dan janganlah masing-masing menyalahkan orang lain tidak cukup Islam dari yang lain, orang ini berdosa, dan sebagainya. Kerana, jika orang Melayu hilang kuasa, agama Islam pon tidak mungkin dapat dipertahankan lagi di bumi Malaysia ini. Yang penting, orang Melayu dan umat Islam seluruhnya harus bersatu mempererat hubungan antara mereka, dan bersatu membentuk satu kuasa politik yang paling kuat. Insya Allah, apabila kaum-kaum lain melihat akan kekuatan orang Melayu yang padu, nescaya kesepaduan antara kaum akan menjadi lebih mudah kerana masing-masing akan faham hak masing-masing dan menghormati seadanya. 

Saturday, April 16, 2011

Anwar Punca Pakatan Kalah di Sarawak?


Kekalahan Pakatan Rakyat di Sarawak dalam pilihanraya kali ini memberi tamparan hebat kepada Anwar Ibrahim. Mana tidaknya, rakyat sudah mula kenal dengan perangai Anwar lebih-lebih lagi dengan keluarnya video seks yang memaparkan mukanya tersebut. Macamana pusing pon, ia ibarat menutup bangkai gajah.

Berani atau tidak Pakatan melucutkan jawatan Anwar sebagai ketua pembangkang? Minggu depan Polis akan mendedahkan identiti pelakon video seks tersebut, dan ramai sudah bisa mengetahui identiti orang itu tanpa siasatan apa pon. Dah jelas bukan? Jika pon Polis mendedahkan identiti tersebut ialah Anwar, mahu kah lagi Pakatan berketua kan Anwar? Masihkah mereka mahu mempertahankan Anwar? Kalah di beberapa pilihanraya kecil berturut-turut, video seks pula muncul, dan kini kalah pula di Sarawak...adakah Pakatan masih berani menjulang Anwar selaku pemimpin mereka sehingga Pilihanraya umum akan datang?

Senang cerita, kalau Pakatan nak bawa Anwar ke Pilihanraya Umum ke-13, Pakatan pasti akan kalah teruk. Komfem. Kalau tukar, itu pon entah..

Hasil solat Hajat PAS, PAS menang...

Rekaan baru logo PAS ciptaan al-Ustaz Tuan Guru Taiping al Mali (hahaha...jgn marah)

Ye..PAS menang..menang-gung kekalahan di kelima-lima kerusi yang mereka tandingi. Ini semua berkat hasil doa dan solat hajat PAS yang ingin kan kebenaran muncul di bumi ini. Anwar pula dikhabarkan telah lari. Terpaksalah Baru Bian yang menang di Ba' Kelalan angkat sumpah depan Kak Jijah. Apa pon tahniah PAS, take-beerr!!!

Pakatan Rakyat persiapkan barisan..

imej dari blog keris putera


Barisan apa? Barisan alasan kekalahan lah..antaranya mesti:

1) SPR penipu, ajen UMNO BN
2) Pengundi hantu ramai
3) BN guna jentera kerajaan
4) UMNO BN main isu video seks
5) Taib main rasuah
6) BN pakai bomoh
7) BN ugut
8) BN salah guna duit kerajaan
9) Lain-lain sila tambah

Friday, April 15, 2011

PAS dah takut pulak nak buat solat hajat?

Solat hajat PAS di Masjid Khalifah Nga Kor Ming Ipoh.

Kami amat tertarik dengan saranan Ketua UMNO Bhg Sungai Besar, menggesa PAS buat lebih banyak lagi solat hajat untuk memohon ditunjukkan kebenaran terutama mengenai perilaku Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim.


“Satu demi satu kebenaran muncul. Jika sebelum ini, video seks melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang, yang mirip wajahnya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan semalam, satu lagi pendedahan dan pengakuan jujur yang datang dari seseorang yang dikatakan orang kanan Anwar Ibrahim, bahawa Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah tidak ada tanggungjawab dan peranan dalam pembunuhan yang melibatkan model Monggolia, Altantuya Sharibuu yang pernah mengemparkan dunia satu ketika dulu.

“Baru-baru ini, Anwar Ibrahim telah mengherdik seorang wartawan wanita dan menyuruhnya bertanyakan pada Datuk Seri Najib mengenai pembunuhan Altantuya, tapi belum pun seminggu, RPK telah menjawab bagi pihak Datuk Seri Najib bahawa Najib sebenarnya tidak terlibat dan akuan bersumpahnya sebelum ini yang mengaitkan Najib dan isteri, dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu adalah berdasarkan maklumat dan desakan beberapa individu bertujuan menyekat Najib daripada menjadi Perdana Menteri ,” katanya. (UMNO-online)

Pelbagai tanda-tanda telah dipertunjukkan oleh Allah SWT berkenaan dengan perilaku Anwar ini. Selain dari kes liwat dan juga kes video seks yang mengaitkan Anwar, ramai pejuang-pejuang PKR sendiri telah pon keluar parti, di mana antaranya adalah orang-orang yang rapat dengan Anwar sendiri. Semalam, Raja Petra Kamarudin pula tampil mendedahkan isu tuduhan di atas pembunuhan Altantuya terhadap Datin Rosmah Mansor dan Dato Najib sendiri.

Yang paling pelik ialah, dulu ketika pakatan melibatkan Dato Najib dan Datin Rosmah dengan pembunuhan tersebut, ramai penyokong Pakatan dengan mudah menerimanya walaupun tanpa bukti yang jelas. Sedangkan apabila isu video seks Anwar terdedah, disertakan dengan bukti video, mereka tak mahu pula terima. Ketaksuban telah pon menjadi amalan mereka, namun ketaksuban itu sendiri akan memakan mereka itu sendiri.

Oleh itu, diharap PAS buat lah lebih banyak solat hajat. Insya Allah, kebenaran akan lebih jelas terbukti. Jangan tak redha pulak kalau kebenaran itu tidak memihak kepada PAS!

Thursday, April 14, 2011

GEMPAR!! China Doll pun sudah diketahui!!!

China Doll: itu memang Anwar punnn..saya mesti ada kenal kan..dia tipu saya tak boleh pon?

Masak...Polis sudah ambil keterangan dari China Doll!! Anwar nak lari ke luar negara ke?

Police have evidence to identify man in sex video

Police have sufficient evidence to identify the man in the sex video implicating an opposition leader, Inspector General of Police Tan Sri Ismail Omar said Thursday. He added that police had also recorded a statement from the woman seen in the video.
Mau tak Kak Jijah jumpa China Doll nak komfem?? heheheh...

Wednesday, April 13, 2011

Maharaja Liwat 2011


Antara isi-isi persembahan Maharaja Liwat 2011:

Cilaka!
Bodoh!
ALLAH boleh untuk kafir! Anwar nak bagi mereka guna perkataan Allah termasuk dalam ibadat mereka?

Persembahan sedikit macam orang gila, nyanyi sana, nyanyi sini, sumpah seranah, maki hamun...tak percaya? tengok bawah ni..


Dia ni nak jadi ahli agama tapi tak reti, padahal geng dia Taib Azamuddin ni sendiri yang tentang..Kalau pasal agama lah agaknya...nak dengar cakap Anwar atau Taib Azamuddin? Tapi Taib ni pon satu, sanggup berketuakan si Penipu macam Anwar siapa suruh?


Anwar ni dah meroyan dah ni..nyanyi, maki hamun..ini ke nak dilantik jadi pemimpin negara?

Orang kata kalau nak kenal seseorang tengok siapa kawannya.

Kata orang-orang tua, kalau kita nak tengok sahsiah seseorang itu, kita kena tengok dengan siapa dia bergaul. Cuba tengok ni.

Kawan siapa ni?

Kawan siapa ni?

Kawan Siapa ni?

Kawan Siapa ni?

Oh...kawan Anwar...padan lah...

Tuesday, April 12, 2011

Anwar kena bambu Khalid tengah seronok??.


Khalid Ibrahim bukan main seronok sekarang ni. Maklumlah sekarang ni fokus dah tidak pada dia. Sedangkan isu perbelanjaan PKNS tu satu benda yang serius. Tapi oleh kerana fokus sekarang terletak pada Anwar akibat dari video seks yang ada muka dia, dan juga pilihanraya Sarawak, maka setakat ini dia terlepas.

Namun rakyat negeri Selangor sekarang sudah tau perangai Khalid. Enakmen Kebebasan Maklumat yang baru-baru ini diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor hanya retorik semata-mata kerana maklumat kamera intip cuba disorok oleh Khalid dari pengetahuan rakyat. Manakala Pengurus Besar Yayasan Selangor boleh pula terlepas dari apa-apa tindakan dan Timbalan pula yang jadi kambing hitam. Khalid sendiri pon senang lenang lepas dari isu defisit kewangan Yayasan Selangor. 

Mana taknya, selama 3 tahun memerintah, koleksi perilaku ganjil dan jijik pemimpin Pakatan menjadi makanan kepada rakyat Selangor. Elizabeth Wong yang bersama "gambar semak" yang diambil kekasih Melayunya, Anwar dan video seksnya, kes liwatnya. Khalid sendiri pernah berhutang dengan sebuah bank sebanyak RM66 juta. Itu belum kira Khalid sebagai menteri Besar Selangor bentang Bajet Negeri tipu selama tiga tahun!! 

Begitu lah cara Pakatan memerintah negeri. Dahla satu pelaburan pon tak bawa masuk, duit rakyat pula dikikis. Akhirnya rakyat Selangor yang jadi mangsa. Sebelum negeri ini jadi muflis, maka eloklah kita bersatu untuk halau dari tampuk pemerintahan mereka ini di Pilihanraya akan datang.

Monday, April 11, 2011

Nik Aziz dah tak sokong Anwar? Dia pon dah tau ke?

Nik Aziz sokong 1Malaysia. Atau dia kata dia sudah satu kali tengok video Anwar, itu pasal dia mula sokong 1Malaysia heheeh...

Lain macam nampak gambar atas ni. Gambar ini diambil ketika perasmian Kompleks Pemasaran Setempat, Taman Automatif Pekan oleh Dato' Seri Najib semalam. Nik Aziz dijemput selaku menteri besar Kelantan yang juga terlibat di dalam ECER (East Coast Economic Region). Nik Aziz pon sudah sokong 1Malaysia? . Tak marah ke Anwar nanti??Hehehe...atau Nik Aziz sendiri sudah tau yang PKR memang tak boleh harap setelah nampak Anwar dalam video itu? Segalanya mungkin..apa-apa yang menyatukan orang Melayu dan Umat Islam di Malaysia ini, amat lah kami alu-alukan..

Khalid lulus Enakmen Kebebasan Maklumat, maklumat kamera intip apa cerita?

Ini lah antara hasil enakmen kebebasan maklumat, maklumat mesranya Eli Bogey dengan Khalid pon dibuka-buka kepada rakyat heheh...

Kerajaan Pakatan Haram di Selangor amat berbangga dengan kelulusan Enakmen Kebebasan Maklumat 2010. Kononnya nak tunjuk bahawa Pakatan Haram di Selangor ini telus, mulus.. 

Selangor passes Freedom of Information Enactment
April 01, 2011

SHAH ALAM, April 1 — The Selangor Freedom of Information Enactment 2010 (FOI) was passed at the state assembly this morning, with the Pakatan Rakyat government promising future improvements on the new law.
“Today we pass it, but if in six to seven months we find ways to improve it, then we will accept the proposals and amend it,” state executive councillor Elizabeth Wong, who tabled the bill for the third reading, said in the assembly.

She said that it was a landmark for not just Selangor but also Malaysia, as it was the first state to “have dared to implement the Freedom of Information Enactment. This is a product of the people’s power.”

She said the enactment would be a dynamic law, with Selangor Pakatan Rakyat (PR) lawmakers ready to make changes to improve it.

The Bukit Lanjan assemblyman also pointed out that there were Barisan Nasional (BN) assemblymen who were members of the select committee to draft the enactment, but they skipped all the meetings.

“They had a chance to create history with the people of Selangor, but they gave it a pass, and this is regrettable,” she said.

Wong also said that amendments introduced after it was first tabled in July last year, was accepted by the state government.


Antara isi enakmen itu adalah seperti berikut:

"Apakah Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2010?


Enakmen ini bertujuan untuk “mempertingkatkan penzahiran maklumat bagi kepentingan awam, untuk memberi kepada setiap individu peluang untuk akses kepada maklumat yang dibuat oleh setiap jabatan Kerajaan Negeri.” Enakmen ini hanya berkuatkuasa kepada Kerajaan Negeri Selangor dan jabatan-jabatan di bawahnya. Jabatan-jabatan di bawah Kerajaan Persekutuan walaupun bertempat ataupun bertugas di negeri Selangor tidak termasuk dalam enakmen ini. Maklumat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) juga tidak termasuk."

Tapi kenapa bila isu kamera intip yang dijumpai di bilik Khalid, dia tak mau serah pada Polis? Sebaliknya dia tubuh jawatankuasa khas di peringkat negeri untuk siasat?

"Abdul Khalid bagaimanapun berkata beliau masih perlu melihat rakaman itu tetapi mahu memberikan penyiasat itu masa yang secukupnya untuk menyiapkan siasatan. 

Beliau berkata laporan polis tidak akan dibuat ketika ini oleh kerana kerajaan negeri ingin menyiasat insiden itu terlebih dulu. "

Takkah hipokrit Kerajaan Pakatan yang kononnya sibuk memperjuangkan kebebasan Maklumat untuk rakyat, tetapi tiba-tiba rakyat tak boleh kongsi maklumat berkenaan dengan isu kamera intip? Apa yang Khalid takut sangat agaknya tu?

Sunday, April 10, 2011

Bila Omega Man marah muka pon dah macam telur Omega-3


Anwar A.K.A The Omega Man sentap bila ditanya berkenaan dengan di mana jam Omega yang dikatakan dicuri oleh China Doll di dalam video seks yang dikaitkan dengannya tadi. 

"Anwar’s O-mega anger when quizzed on sex video
Syed Jaymal Zahiid | April 10, 2011
KUCHING: He’s often well-composed even when under attack but Anwar Ibrahim lost it when a persistent reporter asked him to present his Omega watch, a supposed key evidence linked to the sex video allegedly involving him.
His temper flared when the female reporter from a government-linked broadcasting media asked amid a press conference on Sarawak elections when will he present the watch to prove his innocence.
“Who are you working for?” asked Anwar in a stern tone, a complete change from his initial calm and jovial intonation.
The moment the reporter answered, the former deputy prime minister, who is now on trial for a second sodomy charge, immediately retorted:
“What has the Omega watch got to do with anything? Has anything been established?”
At this point the reporter said Anwar had promised to show the watch and that he has so far failed to do so.
The opposition leader then raised his voice and said he was not obliged to answer the question and accused her of working for Umno." (Free Malaysia Today)

Kenapa Anwar nak melenting...orang kata kalau sentap tu..mesti ada apa-apa kan? Anwar cuba nak berdalih dengan mengatakan bahawa soalan yang patut ditanya adalah mengenai dengan Buku Jingga Pakatan. Habis dah dia yang terlibat dengan video itu, memang la dia yang kena tanya..takkan nak tanya dekat Nik Aziz kot? Apa la sengal..

Anwar sepatutnya bagi jawapan yang lebih ada kredibiliti dari berdolak-dalih berkenaan dengan jam omega nya. Ada ke nak sentap dan marah plak dengan wartawan...nampak sangat pemikiran taraf telur Omega-3.

Friday, April 8, 2011

PKR: Sampai ke bawah busuk!!


Ikan busuk bermula di kepala, begitu juga dengan parti PKR. Anwar telah melakukan macam-macam perkara busuk demi menjayakan cita-citanya. Diri sendirinya juga bergelumang dengan perkara-perkara busuk. Ingatkan dari kepala, rupa-rupanya sampai ke bawah. Hari ini, Ketua Cabang PKR Rantau Panjang Kelantan hari ini didakwa menerima suapan untuk dapatkan anugerah Datuk dari Persatuan Kerabat Diraja DYMM Long Yunus Kelantan.


PKR nampaknya memang mengalami banyak masalah. Dari perangai dan pededahan video seks Ketua Umumnya, Presidennya yang hanya jadi alat simpati suaminya, dan juga kelemahan-kelemahan PKR di Selangor telah pon mendedahkan belang sebenar PKR dan Pakatan Rakyat kepada rakyat. Apatah lagi dengan sambutan yang begitu dingin rakyat Sarawak terhadap PKR, memberi petunjuk bahawa, Anwar harus menukar lokasi kediamannya impiannya dari Putrajaya ke Sungai Buloh.

China Doll vs Anwar: Anwar teringat-ingat??

foto kredit tu anginperubahan...dialog diolah oleh Ikrar pemuda hehehe...


Wahh..cuba lihat penasihat ekonomi negeri Selangor ni. Baik punya usha..cover line pon baik hehehe. Anwar masih tak jeran-jeran lagi ke? Dia teringat kat China Doll kot? Tak pon dia teringat kat Kak Jijah masa muda dolu-dolu...

Kupasan lebih baik mengenai cerita di sebalik imej di atas boleh di baca di blog Angin Perubahan.

Thursday, April 7, 2011

parti PAS = parti Porno Anwar SeMalaysia


Ini lah akibatnya bila PAS lebih mendahulukan Anwar dari Islam dalam perjuangan mereka. Hasilnya, kedudukan PAS sendiri amatlah dalam keadaan tersepit dan dilema sekarang ini.

1) PAS malu nak sebut perjuangan Islam dalam kempen di Sarawak. Mana taknya, isu pasal video seks ini amat-amatlah memalukan mereka. Takkan dia nak cakap besar pasal perjuangan Islam tapi pada masa yang sama tak cakap apa pasal video seks Anwar? Nak kata kepada rakyat bahawa video itu fitnah mungkin tak berapa nak laku sebab rakyat dah nampak muka Anwar dalam video tu. Tak ke dilema? Antara Islam dan Anwar kan?

2) Pimpinan PAS pulak terus membisu dalam hal video seks Anwar. Padahal, sebelum video tu ditayangkan di Youtube, Haji Hadi punyalah bising kata itu fitnah kerja UMNO. Tapi lepas video tu ditayangkan di youtube, (agaknya dia pon dah tengok kot?) terus diam seribu bahasa. Mungkin dia pon dah nampak orang dalam video tu memang rupa Anwar? Lepas tuduh fitnah, sekarang kenapa senyap? Sebab ramai orang-orang PAS pon agaknya nampak jelas muka Anwar dalam video tu. Tak ke dilema? Antara Islam dan Anwar kan?

PAS memang terperangkap dengan perjuangan dan rakan seperjuangannya sendiri. Elok je lah Parti PAS di namakan Parti Porno Anwar Semalaysia. 

Sekian Terima Kasih.

Kalau nak cam orang tengok muka ke perut?


Adoiyaii..pelik..pelik betul lah pakatan haram ni. Macam-macam cubaan nak dipulasnya. Tengok lah kak wan. Dalam statement dia semalam, dia kata susuk tubuh amat berlainan dari yang dia ketahui. Dia langsung tak pernah cerita aspek teknikal contohnya kanta kamera tu macamana, ratio dia macamana. Kickdefella ada cerita sedikit mengenai ini (in detail juga hehe). Kak Jijah tak langsung sebut bahawa muka, bentuk kepala dan rambut memang sebijik macam laki dia. Cukup ke hanya Wan Azizah yang sahkan sedangkan dia mesti la bias dengan laki dia. Dan itu diterima pula oleh Karpal Singh seorang lawyer. Jadi bukankah ini namanya satu penghakiman yang bias? Mana prinsip keadilan di sini?

Kalau tanya penyokong Pakatan lagi la lembab. Mereka langsung tak boleh terima persamaan muka Anwar dalam video tersebut. Yang mereka tahu sebut, ini fitnah dari UMNO. Adooiii...taksub betollah sampai mata pon boleh jadi kelabu.

So sekarang kalau nak cam orang, kite tengok la perut orang...jangan la tengok muka atau bentuk kepala dia...Kak Jijah Style...

Wednesday, April 6, 2011

Suruhanjaya Video Seks Anwar: Pakatan takut kepada kebenaran?


Sewaktu mula-mula video dipertontonkan kepada wartawan oleh Dato T, tak sampai beberapa jam, Anwar muncul di depan para wartawan dan menafikan ianya dia di dalam video itu. Wan Azizah pon ada sama. Siap tunjuk perut lagi.

Namun apabila, sedutan klip video yang dikatakan melibatkan Anwar di tayang di Youtube, dan dapat ditonton oleh rakyat Malaysia,  Anwar mengambil masa yang agak lama untuk buat press conf. Dan bila press conf dibuat (hampir selepas 24 jam video tersebar) yang lebih pelik, Anwar langsung tak ada dalam press conf tersebut.Sebaliknya Wan Azizah, Karpal Singh dan Khalid gagap pulak yang buat Press Con. Mana Anwar? Apsal tak muncul?Takut?

Seperti yang ditulis oleh bigdogdotcom, Anwar juga pernah kata "Rakyat Hakim Negara". Maka adakah salah untuk Rakyat mengetahui perkara sebenar setelah rakyat mula sangsi melihat kelibatnya di dalam video tersebut. Sedangkan Teoh Beng Hock hanya sebagai pembantu kepada ADUN Seri Kembangan pon boleh dibuat Suruhanjaya Diraja untuk siasatan, ini kan pula seorang ketua Pembangkang yang ada cita-cita untuk memimpin kerajaan Malaysia!! Bukan sahaja Ketua Pembangkang, dia juga seorang penasihat ekonomi negeri Selangor dan seorang ahli parlimen!!Kenapa tidak mahu buat Royal Commission?

Agak dangkal Karpal singh apabila di dalam sidang media tersebut cuba untuk memusing fakta dengan menghalakan kesalahan kepada Dato T. Yang perlu diketahui ialah benar atau tidak Anwar yang melakukan aksi di dalam video tersebut. Takkan melalui penafian Wan Azizah sudah cukup untuk membuktikan yang dalam video itu bukan Anwar? 

Lagi satu, kenapa mereka takut sangat dengan suruhanjaya? Adakah mereka takut kepada kebenaran? Orang kata berani kerana benar, takut kerana salah kan?

Ikrarpemuda: Mana menghilang suara pimpinan PAS setelah video keluar di Youtube?Senyap je?

Tuesday, April 5, 2011

Rupanya Ustaz PAS yang bunuh budak tu!! Anak yatim plak tu!!

al-Fatihah untuk arwah Saiful Syazani..

Mana semua persatuan-persatuan?Mana NGO-NGO? Pasal Interlok bukan main...tapi pasal orang PAS bunuh budak darjah 1 tak ambil tahu plak. Sepatutnya mereka termasuk kerajaan harus arahkan sekolah kelolaan PAS ditutup bila seorang muridnya mati dipukul oleh ustaz sebagai hukuman mencuri.


Pas apologises for religious pupil's death
BERNAMA
Tuesday, April 5th, 2011 19:38:00
KANGAR: Perlis PAS today apologised to all Malaysians over a seven-year-old pupil's death two days after he was allegedly severely punished by an ustaz (religious teacher) at the party-run Sekolah Rendah Islam Al Furqanm in Jejawi, near here.

State PAS commissioner Hashim Jasin said the party also wished to apologise to all teachers over the tragic incident which had tarnished the image and public perception of teachers.

Saiful Syazani Saiful Sopfidee died at Sultanah Bahiyah Hospital in Alor Setar last Sunday after he was believed to have been assaulted by the ustaz, who was also the school hostel's warden, on Thursday during an investigation into a theft case.
...

Minta maaf aje ke? Bayar la weii pampasan!! kau ingat senang-senang ke nak dapat anak macam tu? Patut diorang ni kena saman biar sampai tutup sekolah tu.


Nak tau macaman ustaz PAS ni belasah?

"Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, guru berusia 26 tahun itu juga dikatakan bertindak kejam apabila mengikat tangan mangsa, Saiful Syazani Saiful Sopfidee di tingkap asrama sekolah berkenaan sebelum membelasahnya. "
 Patutla senang ustaz PAS kena rasuk dek setan...tuan guru yang bagi endorsement...

Woi ustaz PAS!! Budak umur 7 tahun boleh la hang belasah! Dasar bacul punya PAS! Kuang hajaq! Apa Tuan Guru tak ajar ka...apa la punya perangai..macam syaitan!! Ni semua pasal Nik Aziz lah! Sampai dengan Syaitan pon dia boleh bersekutu...itu sebab senang kena rasuk!

Ikrarpemuda: Al-Fatihah..semoga rohnya di cucuri rahmat oleh Allah SWT. 

Video Seks Anwar: Pakatan Rakyat kata tidak Rakyat kata Ya! Yes to Royal Commission!

Anwar: Tolong la Karpal..ini kali aku mati la singh!
Karpal: Incik Anuwar...itu hari saya suda suro kamu taubat, tapi kamu tau buat juga..apa macam..

"KUALA LUMPUR, April 5 — Pakatan Rakyat (PR) will oppose any attempt by Barisan Nasional (BN) to set up a royal commission of inquiry (RCI) into the alleged Datuk Seri Anwar Ibrahim sex video as there is no need for one.

DAP national chairman Karpal Singh said an RCI should not be set up for “inconsequential” matters, stressing that the focus should instead be on Anwar’s police report.

“Why should there be a royal commission of inquiry over this tape?” he told reporters at a PR press conference in Parliament today.

The Gelugor MP said it was more important to probe former Malacca Chief Minister Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, businessmen Datuk Shazryl Eskay Abdullah and Perkasa treasurer-general Datuk Shuib Lazim — collectively known as “Datuk T” — for screening the video.

Why not? That should be the question given back to Karpal Singh. Pelik betol la lawyer sorang ni. Karpal singh menegaskan tak perlu ada Royal Commission untuk siasat video seks berkenaan. Hanya sebab dia Anwar Ibrahim kah? Anwar adalah pemimpin pembangkang yang bercita-cita untuk memimpin negara. Jadi dia perlu disiasat dengan setelus-telusnya. Hanya kerana dia Anwar maka kes ini tak perlu disiasat oleh Royal Commission?

Padahal sebelum-sebelum ini dalam kes VK Linggam, kematian Teoh dan lain-lain, mereka menjerit-jerit minta Royal Commision. Tetapi kenapa hendak dengar kata Karpal Singh ini? 

Jika tidak jadi, maka biar Polis siasat. Sok kalau ada apa-apa yang dijumpai Polis, jangan kata Polis tidak telus dan sebagainya. Ada peluang buat Royal Commission kenapa tak mahu?

Jadi serah saja pada Polis untuk tentukan!

Monday, April 4, 2011

Pendedahan Video Seks Anwar: Apa Selepas ini?


Sudah lama rakyat Malaysia tak kira yang menyokong atau yang membenci Anwar, menunggu bukti-bukti mengenai Anwar. Nah! selepas beratus-ratus jumlah rakaat solat hajat telah PAS tunai, ini lah agaknya hasilnya. Ini baru sedikit sahaja, dimaklumkan ada banyak lagi. Penyebar video itu masih lagi ada mood baik apabila tidak mengedarkannya dalam bentuk DVD atau CD untuk tunjuk klip yang penuh aksi jijik. Sebaliknya hanya letak sedikit di Youtube, itu pon nasib baik juga Youtube melarang tayangan pornografi.

Yang amat dinanti-nantikan sekarang ialah penafian dari Anwar atau dari mana-mana penjilat Anwar tentang video itu. Atau mungkin dia akan mengaku? Kami mengagak akan berlaku perkara-perkara seperti ini:
1) Anwar lari ke luar negara.
2) Anwar mengaku
3) Anwar ambil jalan akhir sumpah al-Quran nafikan bukan dia

kesian kak jijah...

Bagi pihak-pihak lain dalam Pakatan pula mungkin terjadi sebegini:
1) Ada beberapa pemimpin PKR keluar parti
2) Ada beberapa pemimpin PAS keluar parti
3) PAS memutuskan hubungan dengan PKR, atau mungkin PAS suroh Anwar berhenti dari politik, sebab jadi liabiliti
4) atau tiba-tiba kak wan kata perempuan itu dia...hehehe...