Thursday, March 31, 2011

Antara GTP dan Buku Jingga.


Dato Seri Najib mengambil alih tampuk kerajaan ialah pada 3 April 2009. Bermakna sudah hampir 2 tahun Dato Seri mengemudi kerajaan Malaysia. Tahun lepas, Dato Seri melancarkan Pelan Transformasi Kerajaan atau GTP yang merangkumi beberapa perkara penting. Selepas lebih setahun, GTP telah menghasilkan kejayaan di beberapa hal yang amat penting pada rakyat. Kejayaan ini diperakui bukan sahaja di Malaysia, malah oleh badan-badan antarabangsa.

Pakatan Rakyat pula menang di Selangor (dan beberapa negeri) pada 2008. Sekarang, sudah 3 tahun mereke memerintah di Selangor iaitu lebih lama dari tempoh Dato Seri Najib sebagai PM. Walaupon Pakatan juga ada beberapa visi seperti Merakyatkan Ekonomi Selangor dan melunaskan janji untuk memberi air percuma kepada rakyat, namun bukan semua rakyat Selangor dapat menikmati air percuma ini. Selain itu, tiada indikator yang jelas menunjukkan kejayaan-kejayaan mereka dalam janji-janji yang telah dibuat, membuatkan ianya hanya retorik semata-mata. Sebaliknya wang-wang kerajaan negeri dan agensi berkaitan kerajaan negeri pula makin menyusut. Laporan audit Yayasan Selangor pula menunjukkan beberapa unsur-unsur salah guna kuasa mengakibatkan agensi itu hilang RM60 juta dalam masa 3 tahun, ditambah pula dengan defisit sebanyak RM7 juta. Kemudian mereka membuat pula janji baru iaitu buku Jingga. Anwar sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor langsung tidak ada sebarang wawasan atau visi untuk meningkatkan prestasi ekonomi Selangor. Sebaliknya ceramah-ceramahnya hanya untuk mencaci, dan mengeji Barisan Nasional di samping mempertahankan kes-kes peribadinya sahaja. 

Sebagai rakyat, bagaimana kita hendak mempercayai kepada kerajaan yang belum lagi lunaskan janji-janji dulu dan buka pula janji baru? Lebih-lebih kalau dibandingkan Dato Seri Najib hanya mengambil 2 tahun untuk membuahkan hasil untuk seluruh negara, tetapi Pakatan sudah perintah selama 3 tahun, dan untuk peringkat negeri sahaja, tiada kemajuan dicipta untuk rakyat Selangor. Jadi apa sebenarnya Pakatan buat untuk negeri Selangor?Tepuk dada tanya iman. Berhati-hati dengan saudagar mimpi...

Wednesday, March 30, 2011

Dato Satim: MB takut Datuk Khusrin!


Ingatkan dah settle dah isu Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor ni...rupa-rupanya Tan Sri Khali memang tak senang duduk dengan kehadiran Datuk Khusrin. Agaknya sampai termimpi-mimpi kot muka Datuk Khusrin. Mana taknya..takot kalau tetiba Datuk Khusrin sergah..gugur jantung Khalid.
Apa yang Khalid Ibrahim nak sembunyi dari Datuk Khusrin tu agaknya ye?

Ini terbukti apabila Khalid cuba untuk membuat mesyuarat kerajaan negeri yang berasingan, iaitu hanya satu sahaja yang dihadiri Exco Kerajaan Negeri. Hal ini didedahkan oleh Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Selangor pada sidang DUN ke 12 kelmarin.


Sementara itu, Satim yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Serdang, turut menyelar Abdul Khalid berhubung hasratnya sebelum ini untuk membahagikan mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri kepada dua, dengan satu segmen hanya dihadiri anggota exco sahaja:

“Adakah Abdul Khalid hendak menyorokkan sesuatu daripada pengetahuan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohamad Khusrin Munawi (dengan membahagikan mesyuarat exco kepada dua).

Aduii..dalam telefon ni pon ada muka datuk khusrin ke??macamana ni?


“Ini jelas menunjukkan prinsip ketelusan yang digembar-gemburkan Abdul Khalid adalah untuk kepentingan dirinya sendiri dan bukan untuk rakyat,” katanya. (Bernama, KL-Today)

Apa agaknya Khalid Ibrahim nak sorok tu ye?

Siapa berani nafi Tan Sri Khalid pakar ekonomi!

Akibat dari sensasinya kisah video seks yang didedahkan Dato T tempohari, isu prestasi kewangan "cemerlang" Yayasan Selangor di bawah kepimpinan Tan Sri Khalid seperti dipandang sepi oleh kebanyakan. Namun, "kecemerlangan" Khalid ini harus dipromosi kan kepada rakyat supaya rakyat sentiasa ingat bahawa tokoh Korporat ini memang pandai dalam hal-hal ekonomi terutama membabitkan wang rakyat negeri Selangor.

Sambil-sambil menunggu berita panas dari papa gomo (khabarnya pukul 10 pagi nanti papagomo akan tunjuk gambar pelakon wanita video panas tersebut.), mari kita imbas kembali apakah kecemerlangan yang telah ditunjukkan oleh Khalid hasil dari audit kewangan Yayasan Selangor. The Sun melaporkan:


Fuhh!!! Banyak betol kecemerlangan Khalid dalam Yayasan Selangor!!
Dalam tahun 2010, kos penyelenggaran kenderaan Yayasan berjumlah RM 6 juta? Wahhh..pandainyeeee..
Untuk bulan November 2010 sahaja, kos penyelenggaraan kenderaan yayasan berjumlah RM1.5 juta? Wahh..cerdiknyeeee..
Orang yang diisytihar muflis boleh dilantik jadi pengurus kewangan..lepas tak sampai 3 bulan dilantik pulak jadi timbalan pengurus besar..wahhh.geniusnya Khalid..
Kewangan Yayasan dalam defisit pon boleh bayar bonus!!??waduh waduh...ganteng nya Khalid!
Syarikat yang baru sahaja dilantik untuk kendalikan majlis hari raya terus dibayar 95% bayaran dari bayaran penuh..wah wah wah..how leng aaa khalid..
Ini lah di antara kecemerlangan-kecemerlangan Khalid dalam menggunakan ilmu ekonominya dalam mencipta situasi gemilang kewangan yayasan Selangor.
Ketrampilan Tan Sri Khalid sebagai tokoh korporat terbukti apabila kantung Yayasan dari 2008 yang bernilai RM60 juta kini berjumlah..err..mengalami defisit sebanyak RM 7 juta.
Tahniah kepada Menteri Besar Selangor atas kepakaran ilmu korporat dan ekonomi Selangor..Money well spent  Khalid!!

Tuesday, March 29, 2011

Solat hajat untuk Anwar: PAS dah sucikan Anwar


Kalau ada 10 ribu orang solat hajat untuk Anwar Ibrahim, adakah dia sudah didapati tak bersalah dlm kes video seksnya? Begitu senang PAS nak sucikan Anwar tanpa proses mahkamah. Kalau macam tu,penyangak atau penyamun yang belum didapati bersalah guna taktik yang sama untuk mendapat persepsi suci dari masyarakat. Begitulah senangnya PAS nak perbodohkan umat Islam di Malaysia ini.

Sent from my Android

Monday, March 28, 2011

Isu video seks Anwar: Haji Hadi kata kejap boleh kejap tak boleh

zzzzz.....

Nampaknya Pakatan Haram makin tertekan dengan keadaan dan perangai ketua mereka sendiri. Namun, dalam kes video seks Anwr ini, jelas sikap hipokrit mereka apabila menggunakan "ulama-ulama" politik mereka untuk mendepani hujah menentang BN. Antaranya ialah presiden "mulut cabul" PAS iaitu Haji Hadi. Dalam isu Chua Soi Lek Haji Hadi pernah berkata:

"PAS memandang serius isu pembabitan seorang Menteri Kabinet dalam perlakuan seks luar nikah yang dirakamkan dan diedarkan kepada orang ramai dalam bentuk DVD. Sungguhpun Dato' Dr Chua Soi Lek telah pun mengumumkan perletakkan jawatannya semalam dan perletakkan jawatan itu diterima oleh Perdana Menteri, namun PAS merasakan tindakan tersebut sekadar suatu tindakan politik demi memelihara imej Barisan Nasional dalam menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang.

Sesungguhnya perlakuan seks luar nikah bukan hanya bertentangan dengan Islam tetapi ia juga bercanggah dengan mana-mana anutan, kepercayaan, amalan dan budaya serta nilai moral yang dipegang oleh rakyat Malaysia. Pemimpin negara ini perlulah memiliki akhlak dan keperibadian yang baik dan sempurna sehingga boleh menjadi contoh dan ikutan rakyat jelata." (petikan blog presiden PAS 20/2/2008)

Tak tau pula sama ada Haji Hadi ada tonton video seks Chua Soi Lek, walaubagaimanapun dia terus menyalahkan BN walaupon Chua Soi Lek telah pon meletakkan jawatan. Dia langsung tidak sebut sama ada pengedaran video itu adalah satu taktik kotor atau satu cara yang tidak elok.

Manakala dalam kes video Seks Anwar ini pula, Haji Hadi (Malaysiakini) mengatakan video Anwar itu adalah taktik kotor:

"Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan dakwaan itu sebagai “taktik kotor” yang bertujuan mengelirukan rakyat bahawa Anwar tidak bermoral. 
"Dalam Islam ditekan jika menerima sebarang berita, hendaklah diselidiki dahulu berita itu," kata Abdul Hadi selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di pejabat ketua pembangkang di bangunan parlimen.
"Sekadar rakaman video tidak boleh dijadikan bahan bukti. Kena hadirkan empat orang saksi, siapa jurukameranya?
"Apakah peralatan (yang diguna), siapakah pelakon sebenar, dan penerbitnya?... Adakah mereka mempunyai sifat bodoh atau bohong?
"Di mana video itu ditayangkan? Di hotel. Jadi itu hanya drama," katanya.
Katanya terlalu banyak faktor untuk diambil kira dan kredibiliti individu di sebalik rakaman video berkenaan juga dicurigai.
Sehubunagn itu, Abdul Hadi berharap rakyat khususnya umat Islam tidak cepat percaya dengan fitnah sedemikian.
"Ini menunjukkan masih ada kekeliruan, yang akan merosakkan masyarakat disebabkan oleh perbuatan yang tidak bermaruah ini," katanya.
Katanya bahan rakaman seperti yang ditunjukkan kepada media tertentu itu tidak boleh dijadikan bukti untuk mendakwa seseorang.
"Sebagai orang Islam, tuduhan moral harus ditolak jika ada kekeliruan. Itu sebabnya dalam Islam, perlu ada empat saksi yang adil dan berhemah."
Berbelit-belit serban dan lidah Haji Hadi cuba mempertahankan Anwar dalam isu ini. Jika ia tidak pon dibuktikan bermakna, tak tentu lagi ia fitnah atau benar? Tetapi kenapa Haji Hadi memilih untuk kata fitnah? Haji Hadi sudah tonton kah?

Sebab Anwar geng Haji Hadi, jadi dengan itu dia kata lah itu fitnah tanpa selidik dulu video tersebut.

Haji Hadi ada menyatakan mengeni 4 saksi. Jika tiada 4 saksi bermakna Anwar boleh lepas macam tu sahaja? Haji Hadi janganlah kuno sangat, video itu juga boleh dijadikan bukti. Kalau sesiapa kena rogol atau bunuh, tanpa ada 4 saksi takkan lepas macam tu je kot. Come on Haji Hadi, takkan sampai itu je ilmu anda? Atau mungkin itu sahalah tahap pemikiran Presiden PAS. Mulut dah la cabol, ilmu cetek, lepas tu bersikap bias, ulamak apa ni?

Friday, March 25, 2011

Anwar liabiliti kepada Pakatan Rakyat.

"pap!"..ayoyo kadawaley..awat aku jadi liabiliti pulakkk...

Sejak dari dulu, memang Anwar sentiasa menjadi tumpuan dalam beberapa pendedahan mengenai perilakunya yang luar biasa. Sejak dari 1998 kes yang melibakan jenayah seksual (liwat dan persetubuhan haram) sentiasa menjadi bahan dalam perilaku Anwar. Akibat dari itu, Anwar bijak memanipulasi dengan meletakkannya sebagai mangsa untuk menimbulkan rasa simpati di kalangan rakyat.

Pada 1998, kes mahkamah telah membuat keputusan bahawa, Anwar sememangnya terlibat dalam kegiatan liwat, tetapi Anwar telah dijatuhkan hukuman di atas kesalaha salah guna kuasa. Namun, sebilangan rakyat masih tidak percaya dan Anwar masih berjaya dalam menimbulkan rasa simpat. Cuma pada 2004, isu itu menjadi senyap kerana Anwar di penjara dan pertukaran kepimpinan dari Tun M ke Pak Lah, menyebabkan mood pengundi menyebelahi BN dengan majoriti yang besar. Namun tidak pada 2008, apabila Anwar telah pon dilepaskan, dan prestasi BN dikritik rakyat. Anwar berjaya menggunakan kelebihannya untuk menawan 5 negeri buat kali pertama dalam sejarah.  Anwar sememang telah berjaya memimpin Pakatan Rakyat dan menjadi tunjang kekuatan dalam kemenangan tersebut. Namun harus diingat, Anwar berjanji macam-macam dan rakyat juga terpesona akibat dari kelemahan BN dan permasalah rakyat terutama melibatkan kenaikan harga barang dan harga minyak berjaya dimanipulasi Anwar.

2009 menyaksikan Anwar sekali lagi terpalit dengan tuduhan kes liwat. Anwar lari ke Kedutaan Turki dengan alasan ada pihak mahu membunuhnya. Pada ketika itu, sentimen Anwar menjadi mangsa keadaan masih lagi menjadi suapan kepada rakyat. Oleh kerana bukti yang tidak nampak pada rakyat, (tidak seperti bukti video Chua Soi Lek), masih ramai rakyat yang tidak mempercayainya, dan ia juga menjadi kekuatan kepada Anwar untuk meraih sokongan. 


Tahun 2011 pula menyaksikan Anwar terpalit dengan skandal seks pula. Kali ini bukti bervideo telah dikemukakan oleh beberapa 3 orang yang bergelar Dato T iaitu Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Eskay dan Dato Shuaib Lazim. Anwar bingkas menafikan video tersebut (tanpa melihatnya) dan seorang ahli Parlimen PKR, Dato Johari Abdul telah menyaksikan video tersebut namun menafikan orang di dalam video itu Anwar, dan menuduh  Dato T cuba membeli dia dan ahli-ahli Parlimen. Rahim Thamby Chik menafikan dakwaan dia cuba membeli Datuk Johari dan menegaskan bahawa ini adalah untuk kebenaran dalam memberitahu perilaku sebenar Ketua Pembangkang tersebut.

harga minyak 2004-2008

Apa yang menggemparkan sekarang ialah Tan Sri Rahim mencadangkan bahawa Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk mengesahkan kebenaran Video itu dan menjemput wakil dari semua parti politik tak kira dari pihak kerajaan atau pembangkang. Cadangan ini dikatakan perlu demi ketelusan suruhanjaya tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Oleh kerana jemputan ini, maka Anwar sekarang menjadi liabiliti kepada Pakatan Rakyat. Jika suruhanjaya wujud dan dapat membuktikan bahawa memang Anwar terlibat, bukan sahaja Anwar, bahkan masa depan politik dari semua parti pembangkang, DAP, PAS dan PKR akan menjadi gelap. Lebih-lebih lagi dikhabarkan pilihanraya Umum ke 14 akan hadir tak lama lagi.

Thursday, March 24, 2011

Suruhanjaya+PAS+DAP+JIJAH+NGO untuk video seks Anwar


Kami tertarik dengan saranan bekas ketua menteri Melaka untuk mengadakan suruhanjaya mengandungi semua pihak. Ini termasuk ulama dr PAS,wakil DAP dan kak Jijah dari PKR. Ini baru adil...so Anwar, ada berani?

Ps: rupanya ada 17 video lagi hehe...

Sent from my Android

Wednesday, March 23, 2011

Din Puduraya: Aahh..shut up you ulama!

Salahuddin Ayub @ Din Puduraya kata: Shut up ulama!!

PAS selalu menuduh UMNO sebagai tidak Islam, tidak mengamalkan pemerintahan Islam dan mereka sering melaung-laungkan yang mereka mengamalkan kepimpinan ulama. Namum secara realitinya, Ulama yang PAS sendiri iktiraf diketepikan dalam bersuara.

Sebagai contoh, Naib Presiden PAS atau kini dikenali sebagai Din Puduraya, telah menyanggah kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS berhubung hubungan PAS dengan PKR berkaitan isu video seks yang mengaitkan Anwar.

Sebelum ini Ketua Dewan Ulama PAs, Datuk Harun Taib berkata PAS akan menilai semula kedudukan mereka dalam Pakatan Rakyat sekiranya Anwar benar-benar terlibat sebagai pelaku dalam video seks berkenaan. Diakui bahawa, Datuk Harun Taib,  berbicara di atas paksi yang lojik kerana masih terdapat kemungkinan Anwar yang terlibat kerana, tidak siapa termasuk Anwar sendiri sudah menonton video itu.

Namun, mstar melaporkan bahawa Salahudin Ayub menegaskan kenyatan Harun Taib adalah pendapat peribadinya.
"On PAS ulama council chief Datuk Harun Taib’s statement that the party might review its political ties if the sex video was authentic, Salahuddin said: “That is his own view.”"

Kesian ulama dalam PAS, hanya diketis-ketis seumpama habuk sahaja. Pendapat mereka hanya dipandang sepi oleh Din Puduraya. PAS lebih mendengar Anwar dari Dewan Ulama yang mereka lantik sendiri. Ini menunjukkan bahawa, Dewan Ulama PAS tak ubah seperti maskot yang hanya digunakan oleh PAS untuk menunjukkan bahawa mereka perjuangkan Islam dan kepimpinan Ulama. Tapi dari segi suara untuk mewakili PAS, ulama tiada kuasa untuk berbuat demikian kerana ia pasti menghalang cita-cita Anwar untuk menjadi ketua Pakatan Rakyat.

Identiti Dato T terdedah!


Ahli parlimen PKR,Dato johari abdul telah membuat sidang akhbar sebentar tadi. Beliau mendedahkan Dato T ialah Shazril Eskay Abdullah. Johari juga menyatakan bahawa Tan Sri Rahim Thamby Chik juga terlibat dalam penayangan tersebut. Yang agak pelik,Johari menyatakan bahawa lelaki di dalam video tersebut bukan Anwar Ibrahim melalui saiz  punggung, saiz perut dan warna kulit. Tere betol si johari ni menentukan saiz punggung anwar?dia juga kata kulit pelakon itu terlalu cerah,tp bukan ke dia ada kata video itu hitam putih?

**UPDATE: Tan sri rahim thamby chik nafikan dakwaan johari abdul dan akan menyamannya



Sent from my Android

Mahkamah terima DNA sample dari penjara: Anwar nak cabot?


Kali ini mahkamah telah membuat keputusan untuk menerima bahan-bahan bukti Anwar dari tahanan. Khabar angin  mengatakan Anwar mahu cabut atau akan membuat satu lagi political stunt,betol ke?

Tuesday, March 22, 2011

Video Seks Anwar: Kalau betol Anwar, PAS nak buat apa?


Agak-agak kalau betollah si Anwar dalam video seks tu, apa agaknya PAS nak cakap? Mungkin PAS akan bagi statement antaranya:

1) Setiap insan pasti melakukan kesilapan di muka bumi ini. Anwar tidak terkecuali. Namun perjuangannya menentang kezaliman UMNO harus kita sahut walau apa sekali pon. Takbirrr!!

2) Anwar sudah pon bernikah dengan wanita di dalam video tersebut. Dia sudah kawin di sempadan. Bermakna, apa yang dilihat itu halal, tetapi siapa yang merakam itu buat kerja haram.

3) Nik Aziz: Ambo sudah pon ampungkan doso Anwa...dio masih lagi layak jadi Pordano Mentori Mesia, dio liwak ko, zina ko itu antaro dio denge Tuhe..denge kito, perjuange tetak diteruske...

4) Mahfuz: Kita akan membuat laporan Polis di atas tindakan Datuk K menayangkan tayangan filem lucah di Carcosa Seri negara kepada orang awam. Tentang kandungan video itu, itu cerita lain.

Monday, March 21, 2011

Video Seks konspirasi Anwar?: Dia kata lelaki dalam video perut buncit, tapi ngaku belum tengok

ini bukan salah satu aksi dalam video tersebut

Seperti biasa Anwar berbelit-belit ayatnya menafikan bahawa dia terbabit dengan video seks berkenaan. Tetapi kalau ikut Buletin Utama tadi, dia kata dia belum tengok video tu. Memang tak ramai yang sudah menonton video tersebut. Namun menurut blogger Kickdefella, yang baru-baru ini menelanjangkan kebobrokan Kerajaan PAS Kelantan menulis:

"Menurut sumber yang dijemput menonton video itu, lelaki yang dirakam melakukan hubungan seks itu adalah Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim dan lokasi hubungan seks dilakukan ialah di sebuah SPA. Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang terkenal dengan imej waraknya dan pernah mengetuai Angkatan Belia Islam Malaysia sedang berdepan dengan tuduhan meliwat buat kali kedua."

Rakan Pakatan, PAS juga dilihat menggelupur kelecusan mendengar perkhabaran mengenai video seks ini apabila dikatakan memanggil mesyuarat tergempar untuk pimpinan pusat parti malam ini. 

Penganjur yang dinamakan sebagai Dato' T, dikatakan akan menunjukkan video tersebut kepada Anwar. Bagi kami, kalau betol itu Anwar, lebih baik tunjuk video itu pada Nik Aziz, Haji Hadi dan Harun Taib sebelum ditunjuk pada Anwar.

Namun, apa yang menarik, blogger salamsemua dan Ahli Parlimen Kulim Bandar baru Zulkfli Noordin dalam blognya mengingatkan bahawa ini mungkin salah satu mainan Anwar untuk mengaburi isu DNA dalam kes liwatnya. Isu video seks ini akan menjadikan satu platform untuk Anwar menyalahkan BN dalam cuba menjatuhkan maruahnya.
Zulkifli menulis:
"Cuba bayang kalau semua orang dok bercakap mengenai videoklip ini, semua suratkhabar dok tumpu dan buat ulasan masing-masing, semua ahli politik termasuk Ahli Parlimen dok bercakap mengenainya; hilanglah tumpuan rakyat kepada isu DNA. Mereka sekarang ini sangat tertekan dengan isu DNA. Mereka sudah tidak ada jawapan. Mereka mati kutu cara terbaik nak putar belitkan cerita DNA ini. Jadi cara terbaik ialah dengan merekayarsa dan menipu dengan cara licik ini..alihkan tumpuan rakyat daripada isu DNA. Lebihkurang satu decoy lah yop!


Dan cuba bayangkan kalau akhir nanti terbukti videoklip ini palsu dan direka. Apatah lagi diletopkan betul-betul sebelum pemilihan di Sarawak. Boleh bayang apa nak jadi? Rakyat akan kata ini fitnah besar, sekaligus isu DNA juga akan dikatakan fitnah besar; dan pasti rakyat akan terpengaruh untuk menolak kerajaan dan menyokong pembangkang. Teman cukup yakin selepas ini dema akan pukoi kompang dan gendang sekuat mungkin bahawa ini semua fitnah tajaan kerajaan. "

Yang agak pelik ialah Anwar mengaku belum tengok video tersebut, tetapi dia boleh beritahu rupa lelaki terbabit berperut buncit dan mempunyai rupa sepertinya. Macamana ni?

Haji Hadi: Dulu hina orang Sarawak pakai cawat, sekarang nak tagih undi mereka

Hmm..memancing ke depan, tapi pandang lain..tengok apa tu Tok Adi? Berhentilah jadi Presiden, boleh pancing macam-macam

Mstar.com.my melaporkan bahawa Haji Hadi memberitahu berkenaan dengan pengundi di Sarawak tidak mustahil akan buat perubahan. Kononnya dia mahu mengatakan bahawa pengundi-pengundi di Sarawak akan menyokong Pakatan Rakyat kerana kemenangan DAP di Sibu dalam pilihanraya kecil lepas.


Tidak Mustahil Pengundi Sarawak Akan Buat Perubahan, Kata Abdul Hadi


BESUT: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin dengan peluang pakatan pembangkang pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10 akan datang.


"Tak mustahil pengundi di sana akan buat perubahan kali ini," katanya.


Ini berdasarkan keputusan pilihan raya kecil Parlimen Sibu pada Mei tahun lepas yang dimenangi DAP, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di kawasan berhampiran Sungai Jerteh sini, Ahad.


Namun pengundi-pengundi di Sarawak sudah pasti tidak akan melupakan bagaimana Haji Hadi menghina warga Sarawak jika mereka tidak mengundi PAS. Sayangnya, Haji Hadi buat-buat lupa dengan kenyataan cabul nya itu.

Kami pernah menulis berkenaan kenyataan Haji Hadi mengenai pengundi di Sarawak ketika Pilihanraya kecil Sibu dulu di sini dan di sini:


Haji Hadi berkata:
"Semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi."

Dia tambah lagi bara: 
"Saya bukan hina tetapi tempat yang pakai molek, undi PAS", katanya.

Mulut Haji Hadi langsung tiada ciri-ciri mulut orang beragama. Otaknya yang penuh dengan nafsu politik itu lah yang membuat percakapannya itu busuk seumpama bangkai. Kenyataannya itu sebagai satu penghinaan kepada semua rakyat Sarawak apatah lagi Haji Hadi bukannya pemimpin peringkat cawangan, bahagian atau negeri Parti, tetapi seorang PRESIDEN PAS!!

Ini kah cara ISLAM PAS yang mereka mahu orang lain ikut? Bila kalah hina dan caci, hanya suka bila sokong. Inikah politik cara Islam yang dilaung-laungkan PAS. Sehingga kini Haji Hadi tidak langsung meminta maaf berhubung kenyataan yang dia berikan tersebut walaupun sudah di desak oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu.

Dan yang paling pelik, sekarang dengan muka tak tau malu, mahu pula raih undi seluruh negeri Sarawak.

Video seks:Anwar lingkup kali ini


Anwar kali ini memang lingkup. Baru saja tadi ada pihak mendedahkan video aksi seks dikatakan dilakonkan oleh anwar ibrahim. Video itu dikatakan menunjukkan aksi Anwar bersama pelacur dari China.


Sah Projek 16 September Anwar Projek Menipu. Islam PAS benarkan sokong si penipu?

Antara mangsa-mangsa penipuan Anwar. Sekarag ini orang-orang di atas ini masih percaya Anwar?

"SERIAN: Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has gone on the offensive against Parti Keadilan Rakyat, lashing out at the party which he said had lost all credibility.

He said PKR had gone to the extent of telling the “biggest political lie of the century” when it announced it would take over the government on Sept 16, 2008.

“We have to keep repeating this because human memory is short and they forget, but we must remind the people that it was the biggest political lie of the century,” he said when addressing a huge crowd at a Sejiwa Senada programme for Samaharan Division here yesterday."


Jika seseorang ditangkap atau terkantoi membohong, akibatnya terpalitlah malu yang amat sangat kepada si penipu. Apatah lagi jika penipuan itu dibuat dalam skala besar-besaran dan melibatkan ramai orang. Mahu tak keluar rumah dalam seminggu dua. Namun, di Malaysia ini, ada satu perkara yang pelik apabila si pembohong yang berbohong pada skala epik ini, masih di sanjung, disokong malah ada yang ingin si penipu ini memimpin negara.




Itulah yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak mengenai pembohongan 16 September oleh Anwar Ibrahim sepatutnya menjadi satu perkara yang amat memalukan bagi Anwar. Namun, Anwar bisa hidup dan berjuang dengan penipuan ini, apatah lagi apabila ramai yang menyokongnya untuk terus menipu dan menipu. Bayangkanlah jika dengan penipuan berskala besar sebegini Anwar boleh hidup tanpa berselindung, agaknya bagaimana dengan perkara-perkara lain yang juga memalukan? 

Orang kata kalau sudah biasa, alah bisa tegal biasa dan bermakna penipuan tak jadi hal dengan Anwar. Cuma yang agak pelik ialah, orang-orang dari PAS juga sanggup terus menyokong si penipu ini demi kuasa dan kedudukan. Pemimpin PAS yang berserban, berjubah, dan dikatakan punyai ilmu agama yang tinggi takkan tak tahu yang 16hb September itu satu penipuan? Atau mungkin mereka sedar tentang penipuan itu, namun atas dasar inginkan kuasa dan ingin mengeksploit Anwar, makan perkara ini dipandang sebelah mata dan umpama disapu dibawah karpet. Jadi ciri Islam yang mana PAS ikut dalam mendokong Anwar sebagai pemimpin mereka bila sudah terang Anwar ini penipu?

Memang benar Anwar tidak mengaku yang dia menipu tentang 16 Septembar. Namun, ramai dari ahli politik pembangkang yang tertipu sudah pon menjelaskan penipuan ini antaranya, bekas peguamnya Zulkifli Noordin dan sahabat karibnya Datuk Seri Zahrain Hashim. Anwar memang tak pernah mengaku dengan penipuan yang dia buat, jika dia mengaku maka ia akan merendahkan kredibiliti dia. Itu yang menyebabkan penyokong Pakatan Haram sentiasa terpesona dengan Anwar, termasuk lah ulama-ulama PAS.

Penipuan 16 September menunjukkan Anwar memang seorang penipu berklas tinggi. Dia tidak rasa sedikit bersalah pon dan masih lagi meneruskan penipuannya sehingga kini. Kebijaksaan rakyat Malaysia akan pasti menghukum si penipu ini di pilihanraya akan datang (itu pon jika dia masih lepas bebas :) ).

Saturday, March 19, 2011

Tan Sri Khalid Ibrahim: Peneraju Yayasan Selangor yang Cemerlang!


Tahniah kami ucapkan kepada Menteri Besar Selangor dalam kejayaan beliau memimpin Yayasan Selangor ke arah yang cemerlang.

Jadi bagaimana kita nak nilai dia cemerlang atau tidak dalam memimpin Yayasan Selangor?

Salah satu indikasi yang menunjukkan betapa cemerlangnya Khalid Ibrahim ialah dari segi kewangan Yayasan Selangor

Pelbagai sumber (sini, sini dan sini) menyatakan bahawa kedudukan kewangan pasca Pilihanraya Umum 2008 bagi Yayasan Selangor adalah lebih kurang RM60 juta. Dan pada tahun 2011, hasil audit menunjukkan bahawa kedudukan kewangan Yayasan Selangor mengalami defisit sebanyak RM7.41 juta. Persoalannya ialah ke mana semua wang RM60 juta itu dalam masa hanya 2-3 tahun?


Atas hasil audit itu, dengan mudahnya Khalid Ibrahim memecat Timbalan Pengurus Besar, Saifulruddin Sulaiman untuk melindungi kesilapan Khalid. Khalid sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor sepatutnya lebih awal bertindak, bukan selepas RM60 Juta licin dan defisit pula. Inikah namanya pentadbiran yang telus? Khalid juga mempertikai keputusan yang dibuat Yayasan Selangor itu sendiri:

"Dalam mengumumkan hasil pemeriksaan audit itu hari ini, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata antara salah laku yang dikesan adalah pemberian elaun-elaun yang tidak patut di bayar kepada Ahli Mesyuarat.

“Terdapat 12 keputusan tertinggi dibuat sepanjang 2010 hanya melalui Pekeliling Resolusi,  malah tidak dimaklumkan atau diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri mengikut kehendak Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 12 1993 (bersabit) arahan meningkatkan kualiti perancangan dan kawalan ke atas pengurusan syarikat-syarikat kerajaan,” kata Khalid dalam satu kenyataan.

Hasil audit itu turut mengesan banyak perbelanjaan yang tidak mengikut prosedur dan tanpa perancangan sehingga Yayasan Selangor mengalami defisit sebanyak RM7.41 juta sehingga November 2010, kata Khalid.

...

Menteri Besar menegaskan kerajaan Selangor sentiasa berpegang teguh kepada prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam mentadbir negeri dan tidak akan menyembunyikan salah saku pegawainya.

” Kita juga tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang difikirkan perlu demi menjaga amanah yang diberikan rakyat Selangor,” katanya lagi."

Masalahnya, bukankah Khalid sendiri adalah Pengerusi sepatutnya tahu akan semua keputusan yang telah diambil tersebut? Kenapa setelah Baginda Sultan Selangor campur tangan baru Khalid terhegeh-hegeh nak ambil tindakan? Mana lebih dekat dengan Yayasan Selangor, Sultan atau Khalid? Atau Khalid buat-buat tutup sebelah mata tapi apabila Sultan Selangor dan rakyat tahu, baru nak ambil tindakan? Ini ke cara Pakatan Rakyat mentadbir negeri?

Namun, ini lah dia satu lagi kecemerlangan Pakatan Rakyat dalam mengendalikan kewangan negeri Selangor. Tahniah Khalid Ibrahim!! Kalau kehilangan RM60 juta dalam masa kurang 3 tahun adalah cemerlang..kalau diberi 50 tahun mungkin lebih cemerlang lagi!!

Friday, March 18, 2011

PAS sememangnya layak ganti UMNO


Kami mula-mula tergelak tengok poster di atas seperti yang ditunjukkan oleh blogger gerakan-anti-pkr. Tetapi selepas bermuhasabah, kami akhirnya sedar betapa PAS sememangnya sudah sedia ganti tempat UMNO terutamanya di Selangor.

Bukan niat kami untuk memandang rendah keupayaan UMNO Selangor. Mereka telah cuba sedaya upaya menawan hati rakyat dengan pelbagai usaha antaranya Juara Rakyat dan juga Sisi Ceramah Selamatkan Darul Ehsan. Namun, PAS tidak duduk diam, semangat mereka masih tebal apa tah lagi di tampuk pemerintahan, membuatkan PAS tidak mahu berpeluk tubuh, dan sentiasa berusaha untuk ganti UMNO.

Ini kerana PAS berjaya mendahului UMNO dalam beberapa perkara dengan siri tindakan-tindakan PAS antaranya seperti:

1) PAS relakan penggunaan kalimah Allah oleh orang kafir untuk urusan agama mereka, dan dah kira langgar keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

2) Melanggar titah Sultan Selangor dalam isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor



"Dua anggota pembangkang mempersoalkan langkah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kota Damansara, Dr. Mohd. Nasir Hashim yang mencadangkan agar kerajaan negeri menyalurkan sebahagian peruntukan zakat kepada bukan Islam di Selangor. Datuk Dr. Satim Diman (BN-Sri Serdang) dan Abdul Shukur Idrus (BN-Kuang) berkata, soal pengurusan wang zakat tidak harus dibangkitkan oleh mana-mana pihak dan dijadikan isu untuk kepentingan politik. Menurutnya, wang zakat yang dikumpul adalah untuk diagih-agihkan kepada lapan asnaf yang telah ditetapkan agama Islam."

5) Isu tangkapan arak di Shah Alam, mula-mula bertegas (siapa lagi Hassan Ali la)..dan sampai cabar akan letak jawatan...last-last kowtim sama Ronnie Liu, arak pon dipulangkan..


Ini lah di antara isu-isu yang membuatkan kami tidak dapat nafikan bahawa, PAS memang layak ganti UMNO..



SEBAGAI PEMBANGKANG DI SELANGOR PADA PILIHANRAYA AKAN DATANG!!!

Judi: Nik Aziz dengar nasihat DAP?


PAS sekali lagi menunjukkan betapa lalangnya pendirian mereka dalam memperjuangkan Islam yang selalu mereka laung-laungkan. PAS sering menuduh UMNO tidak mengamalkan ajaran Islam sebenar dan mereka menyatakan bahawa merekalah parti yang sepatut dipilih kerana mereka akan menegakkan negara Islam dan hukum hudud.

Kami telah pon menulis berkenaan dengan adanya penjualan loteri "big sweeps" hasil pendedahan blogger Kickdefella di sini yang ditentang keras Teresa Kok. Rentetan itu, MPKB menyerbu dan merampas tiket loteri Big Sweeps di beberapa premis sekitar Kota Bharu. Memang Kerajaan Kelantan dari segi undang-undang tidak membenarkan judi, namun akibat penguatkuasaan yang lemah, loteri big sweeps menjadi satu perkara biasa. Dan hanya selepas pendedahan Kickdefella barulah terhegeh-hegeh PAS ambil tindakan.

Itu pon, tindakan tersebut tidak disenangi peniaga Cina di Kelantan, dan menimbulkan kemarahan DAP dan MCA. Ketua Dewan Pemuda PAS pula dengan penuh bangga menyarankan agar judi juga diharamkan di negeri-negeri lain yang diperintah Pakatan.

Persoalan yang ditimbulkan kami di pengakhiran tulisan kami ini akhirnya terjawab. Oleh kerana PAS ini di tahap yang begitu rendah dalam Pakatan haram, hari ini Nik Aziz mula goyah pendiriannya apabila ingin mengkaji semula larangan penjualan loteri di Kelantan. Nik Aziz kata, beliau ingin merujuk kepada penasihat undang-undang berkenaan larangan dan tangkapan tersebut. Padahal apa yang dia nak takot sebab di Kelantan, lebih 90% rakyatnya beragama Islam, maka larangan itu patut dikekalkan. Apa yang kalut sangan pasal perlembagaan negara? Sebenarnya bukan perlembagaan negara yang jadi halangan. Tetapi PAS takot kehilangan undi dari kaum Cina. Apabila kaum Cina tidak dapat sokongan kaum Cina maka lemahlah Pakatan Haram. Pada masa yang sama, PAS juga kehilangan sokongan dari orang Melayu dan umat Islam, jadi dengan penarikan balik larangan judi hasil desakan orang bukan Islam, bermakna PAS masih boleh mendapat kepercayaan pengundi Cina. Jika benar begitu, di manakah prinsip Islam PAS? Takkan kerana takot hilang undi, sanggup halalkan yang haram terutamanya di Kelantan?

Namun, apa yang kami nampak kemungkinan yang mungkin terjadi di sini nanti ialah, PAS akan membenarkan penjualan loteri big sweeps tetapi bersyarat, dan pengakhirannya, PAS akan spin cerita ini dengan menyalahkan BN dengan menjadikan perlembagaan negara sebagai alasan tindakan mereka. Kenapa? Tak percaya?

Thursday, March 17, 2011

Pakatan Rakyat: Tuisyen Rakyat projek main-main?


Pakatan Haram di Selangor sekarang mewar-warkan Program Tuisyen Rakyat Selangor. Ia adalah satu usaha yang baik untuk rakyat Selangor. Tapi nak senang cerita macam ni lah. Dalam Negeri Selangor ada 56 DUN, dan setiap DUN terhad kepada 100 peserta sahaja. Bermakna, kalau dikirakan sekali semua DUN, 56 X 100 = 5600 orang sahaja yang dapat manfaat.  Padahal setiap tahun di Selangor, lebih kurang 70 ribu pelajar mengambil SPM tiap-tiap tahun. Kalau setakat 5600 orang (atau kurang dari 10% jumlah calon di Selangor) yang Khalid Ibrahim nak bagi tuisyen free, serupa tak payah tolong!! Itu pon dah kira termasuk DUN-DUN yang dimenangi BN dan juga Bebas. Kalau Pakatan Haram hanya buat di DUN yang dimenangi mereka sahaja bermakna jumlah pelajar lebih kecil berbanding itu.


Apa, Khalid takde duit ke nak bagi rakyat Selangor tuisyen free? Bayar beratus-ratus ribu ringgit untuk perwakilan PKR pakai duit negeri Selangor boleh plak? Nampak sangat projek ini main-main dan bukan benar-benar menolong rakyat Selangor secara keseluruhannya.

Kata pejuang Ketuanan Rakyat, sekarang Rakyat mahu DNA diserah, amacam?


Anwar dan Pakatan Haram memang sangat sinonim dengan demonstrasi. Bukan sahaja di kerusi pembangkang, ketika mereka berkuasa pon mereka gila berdemonstrasi. Terbaru, Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar bersama haprak-haprak Pakatan yang lain berdemonstrasi di Kuala Lumpur ingin menyerahkan memorandum kepada Yang di Pertuan Agong berkenaan isu air. Anwar juga dulu aktif berdemonstrasi ketika mudanya semasa isu kemiskinan rakyat di Baling. Anwar juga selalu menyertai demonstrasi Bersih dan macam-macam lagi.


Namun semuanya berubah apabila rakyat seluruh negara berdemonstrasi menuntut Anwar untuk menyerahkan DNAnya untuk membuktikan sama ada dia bersalah atau tidak dalam kes liwatnya. Anwar melalui peguamnya Karpal Singh, berkata ini merupakan tindakan menghina mahkamah. Padahal rakyat ingin menuntut keadilan maka wajarlah mereka bersuara. Kenapa mahu tutup suara mereka? Anwar selama hari ini boleh pulak berdemonstrasi tetapi bila kena batang hidung sendiri, rakyat kena tutup mulut ke? Yang kelakar dan bodohnya ialah, sampai ada yang buat laporan Polis sebab marahkan rakyat berdemo minta Anwar serah DNA. Namun, mungkin kerana sudah jelik dan bosan dengan perangai Anwar, ada pemimpin Pakatan sendiri sertai demo tuntut Anwar serah DNA di Perak.



Lihatlah betapa hipokritnya Anwar. Apa sahaja yang menuruti keinginan dia, boleh, tetapi apa yang boleh mengancam kedudukan dia, semuanya tidak boleh. Padahal, adalah hak rakyat untuk berdemo selaras dengan demokrasi yang sering dia laung-laungkan.

Wednesday, March 16, 2011

Ummi Hafilda @ Serdang Malam ini!!!

Dijemput ramai-ramai saudara, sahabat dan rakan taulan untuk mendengar pendedahan yang sebenar dan tragis dari Ummi Hafilda, wanita yang teraniaya.

Tarikh: 16hb Mac 2011
Lokasi:  Bangunan Kemas, Jalan 4/3, Taman Sri Andalas, Serdang Jaya
Masa: 8.30 PM

Hotel Sungai Buloh melambai-lambai Anwar!


Hmm..agaknya apa lagi Anwar nak pusing. Pasukan pendakwaaan dah minta DNA diambil dari Anwar untuk diperiksa bersama DNA lelaki Y yang dijumpai di badan Saiful. Tapi yang pelik Anwar bersungguh-sungguh berdalih pasal pemberian DNA ini. Macam-macam dipertikai pasal DNA ini. Anwar dok pusing pasal kes lain dengan mempertikai kenapa DNA Dato Seri Najib tidak diminta untuk kes Altantuya. Padahal Dato Seri Najib langsung tidak disabitkan dalam kes berkenaan. Dan, Dato Seri Najib sudah pon bersumpah dengan nama Allah tidak mengenali Altantuya. Bagaimana dengan Anwar? Kenapa sampai sekarang tidak mahu bersumpah?


"KITA president Datuk Zaid Ibrahim has advised Datuk Seri Anwar Ibrahim to surrender his DNA samples for the Sodomy II trial, predicting it would help the opposition leader prove his proclaimed innocence and boost his credibility.

The former PKR politician reasoned with his comrade-turned-rival that the public would find it hard to accept a leader who refused to furnish “facts that can clear his name”."

Kenapa Anwar takut? Sedangkan Bukti DNA boleh membuktikan samada dia bersalah atau tidak...Berani kerana benar, takut kerana salah..Jadi mari kita fikir-fikirkan...Zass!

Friday, March 11, 2011

Tony Pua sedang cari telor dia?



Barangkali Tony Pua adalah seorang macai dalam DAP yang ditugaskan untuk mempertikaikan atau mengorek rahsia ketenteraan negara. Alasan yang digunakannya ialah rakyat perlu tahu apa yang dibelanjakan oleh kerajaan kerana ianya wang rakyat. Tony Pua adalah seorang ahli Parlimen, dan dia dipilih rakyat untuk mewakili rakyat. Maka dia boleh menanyakan segala hal-hal berkaitan dengan perbelanjaan ketenteraan di Parlimen, bukan hanya berani menulis di blog-blog dan membuat kenyataan akhbar.

Menteri Pertahanan, Dato Zahid Hamidi sudah melontarkan cabaran kepada sesiapa yang ingin bertanya semua hal berkenaan dengan perbelanjaan negara untuk pembelian aset pertahanan negara. 

"Zahid Challenges Opposition MPs Over Questions On Defence Assets
Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi today challenged opposition politicians who often question the purchase of national defence assets to raise the matter in Parliament instead of in blogsites or other media.
He said certain MPs used blogsites and other media as the platform to "assault" the ministry over the purchase of these assets but remained silent in Parliament.

Dr Ahmad Zahid said he and Deputy Minister Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad were ready to answer all questions and accusations raised in Parliament on the purchase of the assets.

He cited Petaling Jaya Utara MP Tony Pua as an example, and said the latter challenged him and the ministry in his blogsite but did not ask any question in Parliament.

"I challenge him and others to raise the matter in Parliament with the appropriate facts and arguments," he told reporters after opening the veterans' ward at the Tuanku Mizan Armed Forces Hospital in Wangsa Maju, here."

Jadi diharap agar Tony Pua berani melontarkan soalan di Parlimen, kerana itulah sebenarnya tempat untuk tanya hal sedemikian dan bukan hanya pandai merapu di blog sahaja.

Sambutan 3 tahun pemerintahan Khalid di Selangor dikunjungi ribuan hadirin


Ya, memang beribu-ribu yang hadir; semut, nyamuk, hantu, jembalang, iblis dan syaitan. Cuma ada beberapa kerat je manusia.

Cakap banyak tak guna la kawan-kawan. Blogger gerakantimur dah dedahkan lagi bukti-bukti yang buku jingga dan pesta sambutan 3 tahun pemerintahan pakatan setan di Selangor tiada sambutan dari rakyat Selangor. Khalid Ibrahim syok sendiri sambil nak promote lambang bintang tiga tu.

Hmm...ini dah kira pembaziran dah ni, mesej tak sampai pada rakyat, tapi duit habis gak buat program. Macamana ni?

Judi: Teresa Kok marah sama PAS



Berikutan pendedahan blogger Kickdefella, didapati bahawa judi loteri masih boleh dijual di Kota Bharu. 

"Bahkan di Kelantan walaupun judi nombor ekor tidak dibenarkan, tetapi judi didalam bentuk loteri Big Sweeps di benarkan. Kedai-kedai yang menjadi ejen Big Sweeps terus dibenarkan menjual tiket-tiket loteri di premis mereka di bawah dasar Membangun Bersama Islam."

Selepas pendedahan ini, kerajaan PAS kelantan kemudian menyerbu premis-premis yang menjadi ejen Big Sweeps ini dan terus mengharamkan loteri Big Sweeps ini. 

Tindakan ini menyebabkan kemarahan kaum Cina di Kota Bharu. Ada yang melenting kenapa tiada notis diberikan untuk pengharaman tersebut setelah sekian lama dibenarkan.

"Kelantan Chinese Chamber of Commerce president J.P. Goh described the action of raiding the bookshops as infringing on the rights of non-Muslims in the state.

He added that the PAS-led government, which had ruled the state the past 20 years, should have taken action a long time ago if gambling was offensive."

Persoalannya, apa yang kerajaan PAS buat selama ini? Adakah Big Sweeps itu judi yang boleh dihalalkan?

Kemudian, Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan menggesa semua kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat dapat mencontohi Kelantan dengan mengharamkan segala bentuk judi.

DAP dan MCA telah memberi amaran kepada PAS supaya menarik balik larangan semua judi di Kelantan. Teresa Kok pula memberi amaran kepada PAS supaya jangan mendesak negeri-negeri lain di bawah Pakatan mengharamkan semua judi.

"KUALA LUMPUR, March 6 — Selangor DAP chief Teresa Kok warned political ally PAS to stop pushing for all Pakatan Rakyat (PR) states to adopt Kelantan’s controversial gaming ban for fear of losing non-Muslim votes in the coming general election.

“If PAS pushes this further, it’s not going to help them win more Malay votes and it might cost them non-Malay votes,” she told The Malaysian Insider today."

Seharusnya PAS harus mengekalkan larangan semua bentuk judi bukan sahaja di Kota Bharu tetapi di seluruh negeri Kelantan. Apatah lebih dari 90% penduduk Kelantan adalah berugama Islam jadi lebih mudah untuk diimplementasi. Namun, adakah PAS akan kekalkan pendirian mereka? Sama-sama kita saksikan.

Wednesday, March 9, 2011

Skim Rumah Pertamaku: Tahniah Dato Seri Najib!!


Ikrar pemuda ingin mengucapkan Terima Kasih PM!! Dengan harga rumah yang semakin tinggi terutama di Negeri Selangor dan lembah Klang, Skim Rumah Pertama untuk keluarga muda amatlah dialu-alu kan. 

Di Selangor, kerajaan negeri langsung tidak ambil peduli akan hal ini, bahkan, harga rumah yang semakin meningkat naik, tidak langsung dipandang sebagai membebankan rakyat. Mungkin alasan bahawa kos pembinaan rumah meningkat, namun kerajaan negeri Selangor sepatutnya memandang jauh ke hadapan dengan mengenalpasti apakah rakyat Selangor terutamanya pasangan muda mampu untuk memiliki rumah? Mereka nampaknya lebih memikirkan keuntungan apabila syarikat-syarikat perumahan di lembah kelang berlumba-lumba membina rumah. Sebagai contoh, rumah 2 tingkat (baharu) di kawasan Parlimen Puchong paling murah sekarang adalan di atas paras RM300, 000. Bagaimana pasangan muda ini yang rata-rata berpendapatan bawah dari RM3000 ingin memiliki rumah?. Kalau pon ada, mungkin mereka boleh cuba untuk membeli apartment namun, harganya juga bukan murah, paling kurang RM 150, 000? Agak keterlaluan bagi pasangan yang berpendapatan bawah dari RM3000 kalau terpaksa membeli sebuah apartment 3 bilik dengan harga sebegitu. 


Bukan sahaja orang Melayu, bahkan pasangan muda dari kaum lain juga tidak mampu membeli rumah semahal ini! Walaupon begitu, rumah-rumah sebegini amat laris, cuma, siapa pembeli nya? Sudah barang tentu ia dibeli oleh orang yang sudah pon sedia kaya dan mampu memiliki lebih dari satu rumah. Adakah ini prinsip keadilan untuk rakyat Selangor?

Jadi, atas sebab itu, pasangan-pasangan muda mungkin terpaksa menyewa rumah untuk beberapa tahun lagi. Dan jika pon mereka mampu untuk membeli rumah, rumah baharu yang mampu sudah pasti jauh dari kawasan Parlimen Puchong, mungkin di Mantin, Nilai, mahupun di Dengkil dan Pajam yang bakal memaksa mereka untuk menempuh perjalanan pergi dan balik dari tempat kerja mereka.

Jika tidak bermula awal, sampai bila pasangan-pasangan ini mampu membeli rumah? Sedangkan harga rumah dan hartanah semakin meningkat. Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Khalid Ibrahim sibuk untuk membuat sambutan 3 tahun pemerintahan mereka sedangkan masalah rakyat masih belum diselesaikan. Ya, memang air percuma adalah antara sumbangan mereka, tetapi itu bukanlah masalah sebenar rakyat. Yang peliknya, apabila Syabas mengadakan Tabung Budi untuk membantu rakyat yang tiada bekalan air kenapa Khalid marah? Jadi dimanakah kejujuran Tan Sri Khalid dalam membantu menyelesaikan masalah rakyat?
Baru-baru ini Tan Sri Khalid baru sahaja melancarkan buku jingga. Buku jingga ini adalah kononnya pelan pentadbiran mereka jika mereka menang Pilihanraya Umum akan datang. Sedangkan, sekarang ini Khalid sedang di tampuk kuasa negeri, kenapa abaikan masalah rakyat? Di samping itu, kenapa mahu menghabiskan wang rakyat dengan pelancaran tersebut dan sambutan 3 tahun pemerintahan? Tak ramai kelibat rakyat yang hadir dalam majlis itu walaupon majlis itu ditampung kerajaan negeri Selangor. Tidakkah ini namanya pembaziran?

Pakatan Rakyat hanyalah gabungan tidak formal yang bila-bila sahaja boleh terlerai. Apa tah lagi dengan parti DAP dan PKR yang dominan, membuatkan PAS terkial-kial terpaksa mengikut mereka untuk melempiaskan nafsu politik mereka. Sehingga kan kemaslahatan rakyat sebenar terabai dan hanya dipandang sepi.

Apa pon sekali lagi, syabas buat PM, Dato Seri Najib di atas skim ini.

Rakyat Selangor tolak Buku Jingga

Mana lah rakyat nak datang, setakat nak tengok MB syok sendiri tunjuk ketiak hangit

Kerajaan Pakatan Haram di Selangor tak habis-habis nak membazir wang dan masa rakyat. Baru-baru ini, Pakatan Haram mengadakan majlis perasmian Buku Jingga dan karnival sambutan 3 tahun pemerintahan mereka di Selangor. Tetapi rakyat Selangor alhamdulillah cerdik apabila ramai tak hadir ke majlis sampah anjuran pakatan itu.


Dengan ketidakhadiran rakyat ke majlis tersebut, ini jelas menunjukkan bahawa rakyat sudah mula  muak dengan retorik dan penipuan Pakatan Rakyat. Bayangkan majlis yang sepatutnya untuk rakyat, tetapi tidak dihadiri ribuan rakyat untuk membanjiri Stadium Malawati Shah Alam. Sudah-sudahlah Khalid Ibrahim oi...rakyat dah jelak dengan pentadbiran anda.


mana rakyat Selangor?Dato Satim sebagai ketua Pembangkang harus ambil perhatian...lihatlah..berpuluh ribu rakyat Selangor hadir..hehehe...

lengang..mana pergi puluhan ribuan yang datang pada 2008??

Tapi tak mengapalah, terus lah memegang tampuk Menteri Besar selangor, supaya senang kami buat kerja wahai Khalid. Senang juga kami nak terlangkupkan Pakatan Haram dalam Pilihanraya Umum akan datang..hehehe...

photos credit to minaq_jinggo


p/s: mana penasihat ekonomi negeri Selangor? Apsal dia tak datang?

PAS: Bila kalah mula lah melalot macam ayam berak kapor..

BN bagus...kata Tuan Ibrahim Tuan Man

PAS dah kalah mula lah meracau-racau. Bila kalah alasan yang paling tipikal ialah:

"...Pesuruhjaya PAS Pahang mengakui bahawa PAS bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan jentera BN, tetapi turut berhadapan dengan jentera kerajaan yang digunakan secara berleluasa." (harakahdaily.net)

Masalahnya bila mereka menang dalam pilihanraya kecil di Kuala terengganu dan Permatang Pasir, takde plak cerita benda-benda ni.

Pesanan, buat Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man, anda seharusnya terima yang rakyat sudah menolak PAS dan menerima BN. Janganlah di salahkan jentera kerajaan lah apa lah...semua karut je.

Tuan Ibrahim juga merepek meraban dengan mengatakan:
"Katanya, penyertaan PAS kali ini juga telah berjaya membongkar kelemahan pengurusan pentadbir dan pengabaian pembangunan di Kerdau."

Kalau betollah lemah sangat dan terabai sangat lah Kerdau ni, masakan peratusan pengundi BN naik? dan bilangan pengundi PAS menurun? Cakap ada pakai otak ke pakai misai? Tapi apa boleh buat, memang itu sahajalah kemampuan Tuan Ibrahim untuk berfikir, tapi pengecut nya bukan main untuk bertanding..takot kalah lah katakan!

Tuesday, March 8, 2011

Kesian Bob Lokman...


Alhamdulillah BN menang di Kerdau dan Merlimau. Namun terdapat sedikit kemusykilan tatkala kempen dijalankan oleh pihak PAS di kedua-dua Pilihanraya kecil. Musykilnya bila pelakon terkenal Bob Lokman yang baru masuk PAS sudah mula digunakan oleh PAS untuk berkempen. En. Bob Lokman ni baru join PAS terus dapat sijil ceramah oleh PAS. Ilmu agamanya sedikit, tapi sudah pandai menghina orang lulusan al-Azhar, hanya kerana sebab dia dah masuk PAS.

Dan hanya kerana dia masuk PAS, dia kata Syed Ibrahim tak tau kebesaran Allah manakala calon PAs tau kebesaran Allah. Dia tau tak kenapa Syed Ibrahim tunjuk sijil kelulusan dari al-Azhar? Sebab orang PAS yang fitnah dia ada sijil palsu! Hal itu pon Bob Lokman tak boleh nak faham..


Cuba kita fikir, macamana pula Bon Lokman ini boleh menilai seseorang tanpa dia kenal orang itu, dan calon PAS sendiri pon dia tak kenal? Pernahkah dia kaji latar belakang calon PAS dan calon BN yang bertanding itu?

Ini namanya cakap tak pakai otak, hanya pakai perut. Bob Lokman nampaknya berjaya menampakkan kebodohannya, dan baguslah PAS tonjolkan tukang ceramah yang sebegini mentalitinya. Senang rakyat nak tolak PAS.

Orang yang pernah mengaku dia ambil alkohol dulu, tetapi tiba-tiba nak cari jalan lurus, akhirnya pilih PAS kononnya nak dekat dengan Islam. Betapa makin jauh lah perjalanan En. Bob ini untuk mencari hidayah Allah sebab dalam ceramahnya ini, dia bukan mendapat pahala, tetapi dosa lagi banyak sebab menghina keturunan orang, menuduh orang lain tak tau kebesaran Allah dan lain-lain.

Ingat En. Bob, matlamat tak pernah menghalalkan cara. Walaupon anda kata anda memperjuangkan Islam dengan PAS, tak bermakna Allah ada beri anda lesen besar untuk menghina dan mencaci umat Islam yang lain.

Tapi tak heranlah, kerana sebab musabab Bob Lokman masuk PAS pon agak dangkal. Tengok video ni.


Hmmm..dia masuk PAS sebab dia tak berjaya mendidik anak dia dengan didikan agama. Jadi dia salahkan sistem pendidikan negara dan kerajaan. Bukankah tanggungjawab dia sebagai bapa untuk beri pendidikan agama secukupnya? Kerajaan dah sediakan macam-macam untuk memberi pendidikan agama bagi murid-murid...cuma anak dia sekolah kat mana? Anak dia pergi sekolah tak?

Ni lah namanya, menari tak pandai, lantai yang di salahkan. Anak dia tak betol, orang lain yang salah...apa punya turr..

Friday, March 4, 2011

PAS: Pusat pelacuran dekat dengan rumah & pejabat Nik Aziz?

Pelacur di Kota Bharu (imej dari badutrakyat.blogspot.com/kosmo)

Pada 2008, Internet telah menjadi satu ruang dan peluang bagi pakatan pembangkang dalam mempromosi perjuangan mereka. Dan ternyata, ia membuahkan hasil apabila Pakatan Rakyat telah memenangi 5 negeri buat pertama kali. Ia merupakan kejayaan paling besar bagi pakatan pembangkang di Malaysia dan Internet, melalui penulisan blog, online portal, dan forum berjaya mempengaruhi pengundi-pengundi terutama dari bandar untuk menyokong mereka. Pada ketika itu, BN terlepas pandang dengan kuasa Internet, dan selepas 2008, BN mula mengorak langkah dengan mula menggunakan Internet untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Sebelum ini, ramai yang terpesona dengan cerita-cerita manis oleh penyokong PAS mengenai pemerintahan Islam oleh PAS di kelantan, khususnya di kota bharu. Ada yang sampai mengatakan bahawa Kota Bharu ibarat bandar di Arab Saudi. Namun, dengan adanya Internet, ternyata ianya palsu. Slogan pemerintahan Islam hanya slogan dan bukan perjuangan. Nik Aziz yang telah memerintah Kelantan selama 20 tahun ternyata gagal dalam membawa Islam dalam pemerintahannya.

Blogger Kickdefella (yang dulunya penyokong kuat PAS) telah mendedahkan bahawa, Kota Bharu gagal dijadikan PAS sebagai model bandar Islam yang boleh dijadikan contoh. Pembangunan yang tidak seberapa, (yang sering dibanggakan hanyalah pasaraya TESCO) menjadi bukti nyata dan pengunjung-pengunjung Kota Bharu juga sering memberikan cerita-cerita yang sama mengenai kurangnya pembangunan di Kota Bharu.

Yang lebih teruk ialah, beliau mendedahkan  adanya sarang pelacuran di Kota Bharu! Dan lebih teruk lagi ialah, pusat tersebut berada tak sampai 1KM dari Pejabat Menteri Besar dan kediaman Rasmi Nik Aziz! Alasan yang sering dilaungkan oleh PAS ialah, BN memerintah Malaysia 50 tahun, masih ada juga tempat pelacur! Masalahnya ialah PAS parti Islam, parti yang sering jual nama hudud, jual ayat al-Quran, kenapa masih ada pelacur di Kota Bharu? Kota Bharu juga telah dinamakan Bandaraya Islam! Kalau masih ada pelacur kenapa masih mahu letak nama Bandaraya Islam?

 Pusat pelacuran Kota Bharu begitu dengan dengan rumah dan pejabat Nik Aziz

Kelantan amnya dan Kota Bharu khususnya, majoriti penduduknya adalah orang Melayu Islam bermakna pelanggan-pelanggan dan pelacur-pelacurnya juga mungkin beragama Islam, berbeza dengan keadaan di bandar-bandar lain seperti Kuala Lumpur, Kuantan, Klang, dan sebagainya yang penduduknya adalah berbilang kaum dan agama. Jadi dimanakah penguatkuasaan oleh PAS dalam menegakkan syiar Islam terutama dengan majoriti penduduk Kota Bharu beragama Islam.

Ini merupakan satu pembohongan yang nyata oleh PAS. PAS hanyalah parti yang penuh slogan, dan tidak berdaya untuk membentuk pemerintahan Islam sebenar. PAS sering menyalahkan UMNO tidak menegakkan hukum Allah, dan sekarang bagaimana pula? Jika PAS beri alasan UMNO dan Barisan Nasional tidak mahu buat negara Islam di Malaysia selepas 50 tahun memerintah, PAS pula bagaimana selepas 20 tahun memerintah Kelantan? Jangankan seluruh Kelantan, Kota Bharu pon PAS belum boleh tegakkan pentadbiran dan pemerintahan secara Islam. Kenapa? Inilah akibatnya apabila PAS yang sering menuduh UMNO tidak Islam, dan mendabik dada merekalah yang sentiasa benar, dan sekarang segala tuduhan telah kembali kepada mereka. 

Alhamdulillah, dengan adanya Internet, kali ini PAS dapat dibuktikan bahawa perjuangan mereka bukanlah untuk Islam tetapi mereka hanya menggunakan nama Islam demi kepentingan politik mereka sahaja.


Thursday, March 3, 2011

PAS: tak tau nak cakap ape dah...

Kerana DAP, PAS sanggup jadi beruk.

PAS sekarang tersepit dalam menagih sokongan kerana ternyata PAS sedang kehilangan sokongan pengundi Melayu asyik kerana sibuk menagih sokongan kaum bukan Melayu. Agenda PAS dalam menagih sokongan kaum bukan Melayu ditonjolkan dalam beberapa isu antaranya:

1) Menyokong penggunaan nama Allah oleh bukan Islam dalam kitab agama mereka.
2) Menyokong dalam membangkang titah Sultan dalam beberapa isu termasuk isu perlantikan Menteri Besar Perak, isu perlantikan S/U Kerajaan Negeri Selangor/
3) Menyokong kafir-kafir Pakatan Haram menggunakan surah-surah al-Quran dalam ucapan politik mereka
4) Senyap sunyi apabila ada pemimpin-pemimpin Islam pakatan (termasuk Anwar Ibrahim) menyembah mayat Teoh Beng Hock di upacara pengkebumiannya
5) Sangapkan sokongan pengundi bukan Melayu sampai berceramah di gereja dan melawat kilang arak (yang dulu mereka nak robohkan) - ini kerja Khalid Samad
6) Menyokong kafir-kafir pakatan memijakkan kaki ke ruang solat tanpa pakaian menutup aurat (Teoh Nie Ching) dan memberi ceramah di ruang solat di masjid (Xavier)
7) Negara Islam bukan perkara utama bagi PAS sekarang - S/U Agung PAS yang cakap


Setelah kalah di beberapa P/raya kecil yang majoriti pengundi adalah Melayu, menunjukkan bahawa sokongan orang Melayu kepada PAS merosot secara mendadak. Bukankah puncanya dari PAS sendiri? 

PAS telah pon cuba untuk memulihkan imej nya di mata pengundi Melayu dengan secara tiba-tiba PAS mengadakan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa di Shah Alam. Bangsa mana? Ya bangsa Melayu, nak sokong Melayu, tapi nak sebut Melayu pon malu! Sebab kononnya nak jaga hati DAP.

Nik Aziz juga sebelum ini sering mengatakan bahawa perjuangan ikut bangsa itu haram dan jahiliyah tetapi kenapa tetiba PAS buat konvensyen untuk orang Melayu? Bukankah itu cara UMNO?

Mahfuz Omar menyatakan bahawa Konvensyen tersebut adalah untuk meyakinkan orang Melayu dan Bumiputra bahawa PAS dan Pakatan Rakyat akan mempertahankan hak mereka. 

"PAS vice-president Datuk Mahfuz Omar said today that the convention will address the “baseless” accusations that have been hurled against PR states.

“This convention is done to convince Malays and Bumiputras that PAS and PR will defend their rights. This convention will solidify PAS’s guarantee on Malay rights, Bumiputra and also Islam and how we defend it based on the Federal Constitution,” said the Pokok Sena MP.

Kenapa nak ikut perlembagaan ini? Bukankah sebelum ini PAS sering menduduh itu merupakan perlembagaan penjajah dan sekular? Cuba ingat balik kata-kata Haji Hadi dulu:



PAS sekarang tak lebih umpama lalang yang hanya mengikut angin dan juga ibarat seperti lembu dicucuk hidung. PAS tiada kekuatan dan tiada pendirian. Kelangsungan politik mereka sekarang bukanlah kerana rakyat beriya-iya menyokong mereka tetapi untuk memberi kesedaran kepada UMNO dan BN. Dengan adanya kuasa politik di beberapa negeri, pendirian PAS semakin jelas apabila Islam yang mereka perjuangkan hanyalah omong kosong dan alat untuk mereka memperoleh kuasa. 

PRK Merlimau: Undi PAS buang masa sahaja..


Calon PAS Merlimau yang isterinya seorang guru sekolah kerajaan disuruh supaya jangan jadi calon. Dah la menumpang kuarters kerajaan (isteri punya) ada hati nak berkempen kata kerajaan zalim. Nah, sekarang kezaliman diri dia didedahkan oleh bapa saudaranya sendiri.

Buat orang Merlimau, tak payah la undi Yuhaizad ni. Asas perjuangan dia pon tak betol, bila duduk kuarters kerajaan masih nak kata kerajaan tak betol. Orang kufur nikmat macamni tak patut jadi wakil rakyat. Bapa saudara pon dia tipu inikan rakyat jelata. PAS Melaka pon masih belum buat kenyataan mengenai isu ini. Nampaknya serba tak kena bagi PAS semenjak dua menjak ni huhuh...

Ikrar Pemuda kata: Isteri Yuhaizad tak ambil MC sampai 21 hari ke?