f February 2011 ~ Ikrar Pemuda

Monday, February 28, 2011

Video: Kaum Cina ditipu Pakatan Rakyat?

Dato Satim bermesra bersama rakyat berbangsa Cina dari Parlimen Puchong

Ramai yang hadir

1Malaysia bukan gagasan omong kosong. Barisan Nasional sentiasa menterjemah gagasan tersebut demi kesejahteraan semua kaum di bumi Malaysia ini. Walaupon dikatakan kaum Cina condong menyokong pakatan rakyat, tetapi rupa-rupanya, mereka juga dilupakan oleh pakatan rakyat. 

Turut hadir Timb. Menteri Kewangan Dato Donald Lim

Ini terbukti apabila, Dato' Dr Mohamad Satim B. Diman selaku Pengerusi BN Parlimen Puchong merangkap Ketua Pembangkang DUN Selangor bersama Timb. Menteri Kewangan Dato' Donald Lim Siang Chai hadir untuk sama-sama bekerjasama membantu dan menyelesaikan masalah penduduk cina Parlimen Puchong setelah sekian lama tidak mendapat perhatian dan tindakan dari Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Nampaknya mereka merasakan benar-benar tertipu dengan Kerajaan PR Selangor yang selama ini memang tidak ikhlas membantu rakyat kaum Cina. Ikuti video di bawah ini:

Friday, February 18, 2011

Video: Ummi Hafilda melondehkan Anwar!

Dato Satim bersama Rahimi Osman dan Ummi Hafilda di Jalan Kebun


Bila buka cerita pasal Anwar dah tak ada tapis-tapis lagi bila cakap. Terluah segala isi hati yang sudah lama terpandam. Boleh terbakar bontot kalau suku sakat Anwar mendegarnya. Kupasan dari Ummi Hafilda malam tadi memang mantap walau adakalanya terhenti seketika kerana tidak dapat menahan sebak ekoran dari penderitaan yang ditanggung selama 13 tahun. Majlis ceramah yang diturut serta oleh Ketua Pembangkang Selangor, Dato' Dr Mohamad Satim B. Diman yang hadir ke jalan kebun DUN Sri Muda bersama Umi Halfilda dan Rahimi Osman untuk sama2 merungkai pembohongan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat yang hanya bertujuan untuk menghancurkan negara, rakyat dan Agama Islam sebagai agama rasmi negara. Disamping itu juga rakyat kawasan DUN Sri Muda dapat beramah mesra bersama2 Pemimpin mereka

Thursday, February 17, 2011

Video: Rahimi kata Anwar pakai tok nujum??Nik Aziz tak cukup power ke?



Kalau nak tau Anwar ni macamana, kena lah tanya orang yang rapat dengan dia. Rahimi adalah bekas pegawai khas Anwar. Menurutnya, Anwar sendiri bersekongkol dengan aktivis-aktivis pro Israel dalam Brookings Intitution. Anwar dilantik sebagai penasihat antarabangsa institut yang dibiayai oleh dana Yahudi itu.


Namun Rahimi sempat mengeluarkan satu kenyataan bahawa Dato Sri Najib dan Isterinya tidak pernah terlibat langsung dalam isu ini. Malah sanggup bersumpah cara islam untuk menafikan keterlibatan PM dalam kes liwat Anwar. Isu lain yang dikupas oleh Rahimi berkanaan isu 16 Sept (projek kencing rakyat ; lompat katak). Yang paling sukar nak percaya Anwar gemar rujuk kepada pakar tenung nasib (tok nujum).

Wednesday, February 16, 2011

Ketahui cara-cara PAS nak dapat undi dan nak tepis janji-janji mereka



Perangai PAS makin jelas sekarang. Kira dah boleh tau dah modus operandi mereka untuk dapatkan undi dan kuasa. 

1) Mula-mula PAS akan berjanji kepada rakyat macam-macam termasuk untuk tegakkan hukum hudud, tegakkan negara Islam dan macam-macam lagi janji berunsurkan agama yang boleh menarik hati pengundi terutamanya orang Islam.

2) Tetapi semasa PAS berkuasa, apabila ada masalah atau janji-janji yang tidak tertunai (atau memang tak mau atau tak tau nak tunai macamana), mereka akan:
  • salahkan UMNO.
  • Putar belit kata apa yang dia janji bukan seperti yang dijanjikan atau
  • kata mereka tidak pernah berjanji pon
Ada banyak contoh. Cuba tengok satu persatu:

A)Contohnya di Kelantan. Baru-baru ini blogger Kickdefella mendedahkan betapa senangnya untuk mendapatkan pelacur di bandar Kota Bharu. Sedangkan Kota Bharu telah pon diisytiharkan sebagai Bandaraya Islam oleh PAS. MB Kelantan, Nik Aziz dengan memudah menyatakan bahawa isu pelacuran di Kota Bharu adalah hasil peninggalan kerajaan terdahulu iaitu kerajaan UMNO. Bila tu? 20 tahun lepas. Habis tu selama 20 tahun dia buat apa?


B)Contoh lain..waktu dulu, kalau dalam ceramah-ceramah PAS meletop-letop kata kalau PAS perintah diorang akan tutup kilang arak di Shah Alam. Sekarang menurut Hassan Ali dia pusing pulak, dia kata tiada pun dalam manifesto pilihanraya.

"SHAH ALAM 26 Mei - Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali menafikan parti itu pernah berjanji untuk menutup semua pusat hiburan termasuk kilang arak dan kandang babi, sekiranya mengambil alih tampuk pemerintahan negeri itu.

Sebaliknya beliau berkata, janji itu tidak pernah dibuat kepada rakyat ketika kempen-kempen pilihan raya sebelum ini, termasuk pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Mac lalu."

C) Contoh terbaik lagi satu ialah bab negara Islam. Dulu dok kutuk UMNO dan BN negara ini sekular, bukan negara Islam. Dan jika mereka dapat berkuasa, mereka akan amalkan negara Islam. Baca petikan yang di ambil dari sini:

"LABIS, 26 Jan — Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (gambar) menegaskan hukum hudud dan negara Islam yang diperjuangkan parti itu bukan agenda utama dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat.
Malah kata beliau PAS juga tidak akan menjadikannya sebagai “perkara pertama” jika ia menguasai majoriti dua pertiga di Parlimen."


Kesimpulannya, sudah jelas PAS bukanlah benar-benar ingin memperjuangkan apa yang mereka janji. Mereka akan menyalahkan UMNO dan juga keadaan-keadaan lain jika tidak dapat tunaikan apa yang mereka janji. Mereka juga akan memberi pelbagai alasan-alasan lain lagi untuk menepis janji-janji mereka itu. Mungkin atas sebab ini, rakyat mula sedar apabila kekalahan demi kekalahan telah PAS alami di dalam beberapa pilihanraya kecil sebelum ini. 

Saturday, February 12, 2011

Akhirnya Hosni Mubarak letak jawatan!


Presiden Hosni Mubarak telah pon meletakkan jawatan dan menyerahkan kuasa pemerintah kepada tentera. Tidak tahu sama ada dengan penyerahan kuasa kepada tentera keadaan akan menjadi lebih baik atau buruk. Namun, anasir-anasir luar seperti Israel sudah pasti memulakan congakan untuk mengawal pemerintahan Mesir sepertimana dilakukan terhadap Hosni Mubarak dalam tempoh 30 tahun. Ini amat penting dengan kedudukan Mesri yang bersempadan dengan Israel dan juga Mesri membekal bekalan gas kepada Israel.

Jika umat Islam bersatu dan menolak pemimpin boneka yang disokong oleh Israel dan Amerika, bermakna kejatuhan Israel sudah boleh dimulakan dengan menghentikan segala apa bekalan kepada mereka dan juga mula bertindak agresif terhadap Israel di sempadan. Namun, Mesir tidak boleh keseorangan untuk memulakan langkah ini, seluruh negara Arab harus bersatu. Kemungkinan seperti ini boleh terjadi jika satu perancangan rapi dapat dilakukan dalam pemilihan pimpinan kerajaan baru Mesir dan pembentukan kesatuan Arab yang kukuh yang tidak didorong oleh Amerika Syarikan dan Israel.

Thursday, February 10, 2011

Azmin kata cukai kereta di Malaysia terlalu tinggi, yang ferrari tu macamana?


Rupa-rupanya memang semua parti dalam PKR berebut-rebut menunjukkan kebodohan. Setelah PAS tunjuk bodoh dalam isu krisis Mesir, dan DAP pula tunjuk bodoh dengan fakta yang dangkal dan penuh putar belit dalam isu pembelian kapal TLDM, PKR pula menunjukkan kebodohan lebih teruk lagi dalam isu harga kereta di Malaysia.Yang paling ketara kebodohan PKR ialah kenyataan bodoh itu dibuat oleh Timbalan Presiden PKR sendiri iaitu Azmin Ali.

Azmin Ali berkata:
"... walaupun kenderaan di bawah 1,500 cc, cukai yang dikenakan sekurang-kurangnya 60 peratus untuk eksais, 10 peratus cukai jualan manakala 30 peratus cukai import, 60 peratus cukai eksais dan 10 peratus cukai jualan untuk kereta import.

"Ini bermakna bagi setiap kereta paling kecil yang dijual oleh Perodua pada harga RM40,000, sebanyak RM16,500 cukai dibayar kepada kerajaan"

Kereta paling kecil Perodua dijual harga RM40,000? Dia ni ikut harga siapa bagi?Kereta paling kecil Perodua yang paling murah ialah Perodua Viva 660 BX, Manual dengan harga lebih kurang 25 ribu. Tak caya cuba cek di website Perodua. Celah mana RM40 ribu tu Azmin?

Azmin dok kata Kerajaan tekan rakyat dengan harga kereta yang mahal, tapi dia mampu beli Ferrari? Mana dia dapat duit? Kalau banyak sangat duit, tolonglah rakyat yang tak mampu beli kereta untuk dapat sekurang-kurangnya Perodua kancil!

Wednesday, February 9, 2011

PRK Merlimau: PAS = Kambing Hitam?...Satu kupasan

Kadang-kadang kesian jugak tengok PAS ni. Konon sepakat dalam Pakatan Rakyat tapi sebenarnya sentiasa sahaja diperbodoh-bodohkan oleh rakan-rakannya di dalam Pakatan. Dengar-dengar calon Pakatan Haram yang akan bertanding di Merlimau ialah dari PAS. Walaopon ada desas-desus mengatakan bahawa PKR mahu bertanding, tetapi akhirnya PAS juga akan dikudakan di sana.

Sama seperti di DUN Tenang, Merlimau merupakan kubu kuat BN. Bukan mendabik dada, tetapi ia berdasarkan fakta.



Pada tahun PRU 2004, BN menang dengan majoriti besar sebanyak 5,087 undi menewaskan calon dari PKR. Manakala pada PRU 2008, BN sekali lagi menang dengan undi sebanyak 2,154. Majoriti pada 2008 itu menurun disebabkan sentimen yang tidak baik oleh rakyat terhadap BN waktu itu yang menyaksikan BN tewas di 5 negeri. 

Kini, semuanya sudah berbeza. Berdasarkan beberapa PRK yang terkini, BN terutamanya UMNO nampaknya kembali memenangi PRK berturut-turut iaitu di Bagan Pinang, Hulu Selangor dan terbaru di Tenang. Agak ralat apabila MCA tewas di PRK Sibu dengan DAP. Namun, apa yang dapat dilihat ialah, UMNO sudah kembali mendapat sokongan orang Melayu dan juga India. Rata-rata pengundi dari kaum Cina masih condong kepada Pakatan.

Cuba lihat statistik jumlah pengundi di Merlimau:


Pengundi Melayu merangkumi kelompok terbesar di DUN Merlimau iaitu sebanyak 64.69% diikuti pula dengan kaum Cina sebanyak 21.11%. India dan kaum-kaum lain masing-masing membentuk 14.16% dan 0.04%. Ini bermakna UMNO mempunyai peluang besar untuk menang berdasarkan sokongan pengundi Melayu yang sudah condong ke arah UMNO ketika ini.

Sudah jelas sebabnya kenapa PKR tidak mahu bertanding di PRK Merlimau, dan DAP sememangnya bukan parti favorite untuk berlawan dengan UMNO di Merlimau berdasarkan peratusan pengundi Cina yg rendah.

Jadi seperti di Tenang, PAS sekali lagi akan dikambing hitam kan oleh Anwar untuk bertanding di Merlimau. Jelas PAS bukanlah satu parti dominan dalam Pakatan. Mereka hanya menjadi pak turut kepada kehendak Anwar dan DAP. Sejak menjadi rakan dalam Pakatan, slogan negara Islam telah lama hilang dari perjuangan PAS, manakala hukum hudud langsung tidak kedengaran. Semuanya sanggup PAS lupakan demi menjaga perhubungan dengan tuan mereka itu.

Begitulah PAS dalam Pakatan Rakyat. Senang diperkotak-katik oleh Anwar dan DAP dalam menyelamatkan maruah Pakatan Haram itu. Beritahu apa yang PAS tak buat untuk DAP dan Anwar?Demonstrasi?Baring atas jalan untuk derhaka pada Sultan?Sembahyang mayat pakai lilin? Relakan ayat Quran dipermainkan kafir? Merelakan penggunaan kalimah Allah oleh kafir? Kalau nak senarai memang sampai besok pon tak habis. Semuanya sudah menjadi makanan bagi PAS demi untuk meletakkan diri mereka setaraf parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat.

Tuesday, February 8, 2011

Dato' Dr Mohamad Satim peneraju gagasan 1 Malaysia DUN Sri Serdang dan Parlimen Puchong

Dato' Dr Hj Mohamad Satim Diman ADUN Seri Serdang merangkap Ketua Pembangkang Selangor sentiasa menjadi peneraju gagasan 1Malaysia di kawasan DUN Seri Serdang dan Parlimen Puchong. Segala permasalahan rakyat telah cuba diatasi dengan mengadakan banyak lawatan, sumbangan dan memberi seberapa banyak bantuan yang mampu demi memberi kemudahan kepada rakyat setempat. Tak kira di bandar, mahupon di desa, miskin dan kaya, Dato Satim akan sentiasa membantu selagi kudrat dikurnai Allah S.W.T. Semoga Allah meredhai segala usaha yang dilakukan Dato Satim dan semoga sentiasa dipermudahkan olehNya segala urusan Dato dalam usaha murninya membawa kemajuan dan kesejahteraan kepada rakyat Selangor.

Monday, February 7, 2011

Sumbangan Pakatan Rakyat Terhadap Rakyat Malaysia dalam Krisis Mesir

Sumbangan Pakatan Rakyat terhadap rakyat-rakyat Malaysia yang terkandas di Mesir ialah....


Kenapa kosong?

Sebab mereka memang tak sumbang apa-apa..

Boleh dikatakan mereka ini boleh menyebabkan sumbangan negatif. Sebab apa, sebab PAS hanya pandai buat demonstrasi untuk memaksa Hosni Mubarak letak jawatan, tapi dia tak tau ke kalau kumpulan pro-Hosni Mobarak atau pihak kerajaan Mobarak tahu dan akan beri kesan kepada rakyat Malaysia atau pon kakitangan-kakitangan kerajaan Malaysia mahupun NGO Malaysia yang berada di sana? Cuba baca kisah blogger info-corner di sini

Ada pulak cuba perleceh tindakan keraajan bawak balik student dari Mesir ke Malaysia. Itu pon PAS nak bangga dan letak dalam Harakah. Mamat tu dan juga PAS memang Ghoplah Jingga. Walaupon laporan tersebut kata Kerajaan PAS Kelantan beri RM120,000, tetapi dengan tindakan mamat ghoplah tu kata duit dari Kerajaan Kelantan tu lagi bagus dari sumbangan kerajaan Pusat amat-amatlah busuk hati. RM 120 K tu boleh bagi berapa je untuk pelajar Malaysia yang berjumlah hampir 10 ribu?Kira sendiri la...

DAP pulak apa cerita?Langsung tak berbunyi pon...mana taknya, rakyat dan pelajar Malaysia di Mesir tu semua nya orang Melayu, umat Islam....takde pon niat nak beri bantuan ke, derma ke...memang DAP rasis..

Nasib baik la kami bagi 0, kalau tak dapat la -1 ke -10 ke.

Thursday, February 3, 2011

Bekas MB meninggal dunia dan seorang ADUN ditahan Polis!


Seorang Bekas Menteri Besar Johor telah meninggal dunia petang tadi. Bernama melaporkan:

"Bekas MB Johor meninggal dunia
February 03, 2011
KUALA LUMPUR, 3 Feb – Bekas Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ajib Ahmad meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara kira-kira 3.25 petang ini akibat sakit jantung.

Abdul Ajib, 64, menjadi Menteri Besar Johor mulai 1982 hingga 1986.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Datin Ropeah Hassan, 60, dan empat anak. – Bernama"

Manakala, ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafie, dikenali sebagai ADUN Penderhaka telah ditahan Polis hari ini, Utusan melaporkan:


ADUN Seri Muda ditahan di bawah Akta Hasutan

03/02/2011 12:54pm

SHAH ALAM 3 Feb. - Ahli Dewan Undangan (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei, hari ini, ditahan mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan berikutan tulisannya di laman blog; srimuda.blogspot.com yang disiarkan pada 30 Disember lalu.

Wakil rakyat PKR itu ditahan kira-kira pukul 11.15 pagi sebaik tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Beliau dibebaskan 10 minit kemudian dengan jaminan polis beserta seorang penjamin.

Shuhaimi perlu hadir di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pukul 9 pagi Isnin ini untuk didakwa.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob mengesahkan penahanan dan pembebasan Shuhaimi. - Utusan

Memang layak si Shuhaimi tu didakwa di mahkamah, supaya semua dapat mengambil iktibar dengan perangai si penderhaka ini.

Antara Datuk Khusrin dan Timbalan Pengurus Yayasan Selangor

rapat benar tu...tapi PAS kata takpe..

Pakatan Haram memang hipokrit. Perlantikan Setiausaha kerajaan negeri baru Datuk Khusrin Munawi oleh Sultan diperlekeh dan cuba dihalang oleh kerana Datuk Khusrin bukan orang mereka bukan kerana rekod-rekod tidak baik Datuk. Ini kerana, tiada sebab pon Datuk Khusrin tidak boleh dilantik, melainkan seperti apa yang Khalid kata, dia tidak dirunding. Jika tidak dirunding akan nama Datuk Khusrin, adakah itu menjadi masalah atau adakah ia melanggar undang-undang? Nampaknya tidak, kerana hingga ke hari ini, tiada satu pon laporan atau cubaan dari pihak Pakatan Haram untuk membawa hal itu ke mahkamah. Kesimpulannya, mereka tidak mahu Datuk Khusrin, kerana Datuk Khusrin BUKAN orang MEREKA!

Tetapi, kalau orang mereka, buruk macamana pon mereka tetap terima, termasuklah orang yang bankrap. Kitagempur.com melaporkan bahawa, Timbalan Pengerusi Besar Yayasan Selangor adalah seorang yang bankrap! Bagaimana seorang yang bangkrap boleh dilantik sebagai penjawat awam sebagai pengurus yang menguruskan hal-hal penting Yayasan Selangor iaitu aset, pelaburan dan kewangan????!! Beginikah prinsip ketelusan yang diamalkan oleh Pakatan Haram? Ya, memang sekarang dia telah diarahkan bercuti tetapi bak kata omputih "The damage has been done" dan kenapa dia dipilih pada mulanya? sedangkan notis bangkrap baru sahaja dia dapat?



surat perlantikan Timb. Pengurus Yayasan Selangor



Notis bangkrap Timb. Pengurus Yayasan Selangor yang dilantik Pakatan Haram

Cuba tengok tarikh notis bankrap (12/8/09) dan tarikh perlantikan (1/7/2010). Tak sampai setahun dia diisytihar muflis, Khalid dah lantik dia jadi timbalan pengurus. Adakah Pakatan tidak tapis perlantikan timbalan pengurus ini? Kenapa bila hal Datuk Khusrin kemain lagi Pakatan memekak? Bagaimana dengan hal ini?

For the record, Yayasan Selangor telah mencatakan defisit pada tahun 2010, kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim harus dipersalahkan dalam hal ini.

*sumber dari kitagempur.com

Wednesday, February 2, 2011

PAS makin sengal?Meroyan?Cover malu?


Semenjak dua menjak kekalahan PAS di Tenang, PAS ni tak tau lah nak jadi apa, gila meroyan atau dah naik sasau. Sedang Datuk Najib sedang memikirkan jalan terbaik untuk membawa keluar rakyat Malaysia keluar dari Mesir, ada beberapa orang PAS yang sasau nak berdemo depan Kedutaan Mesir menggesa Hosni Mubarak letak jawatan sebagai Presiden.

Adoyai..diorang ni takde kerja lain ke? Kalau ye pon nak berdemo, demo lah untuk desak bantuan uruskan Rakyat Malaysia keluar dari Mesir ke..desak beri jaminan keselamatan rakyat Malaysia di sana ke..kira kena la yg ada kena mengena, bukan pasal isu politik negara tu. Cuba kalau orang luar masuk campur hal-ehwal politik Kelantan, suroh Nik Aziz letak jawatan sebab dah lama jadi MB Kelantan, marah tak orang PAS?

Lagi satu dengar ke Hosni Mubarak pada jerit pekik PAS kat sini?Rakyat Mesir punya demo sampai beratus ribu orang pon Hosni Mubarak buat dek je. Ini kan pula PAS...atau PAS ni sebenarnya nak tunjuk hero?

Hosni Mubarak dah perintah selama 30 tahun di mesir, apa pasal selama hari ni PAS tak mau buat demo? Bila rakyat Mesir dah buat demo, barulah PAS terhegeh-hegeh buat demo, bermakna, nampak sangatlah PAS ni hanya menangguk di air keruh, hanya pandai nak menunjuk jaguh dan mengambil kesempatan. Buat malu negara Malaysia je PAS ni oi!

Sepatutnya tolonglah bagi idea ke, hantar pasukan ke sana ke, sebab ada yang kata rata-rata kat Mesir tu mahasiswa yang pro-PAS. Ini tidak, PAS sibuk plak buat demo yang tah hape hape hasilnya, atau sebenarnya MEMANG TAKDE HASIL pon!  

Yang menentukan halatuju negara itu bukan rakyat negara luar, tetapi rakyat mereka itu sendiri. Jadi PAS sebenarnya bukan benar-benar mahu perjuangkan rakyat Mesir, tetapi hanya ingin turut serta untuk glamorkan diri mereka dan menunjuk-nunjuk mereka itu pejuang Islam sebenar. Last-last memorandum yang dihantar tu pon tak mau diterima oleh Kedutaan Mesir, hanya masuk ikut peti surat. Alamatnya ke tong sampah la memorandum tu. Tak pasal-pasal buang masa, buang tenaga pergi demo kat situ. Memang PAS bodoh piang!

p/s: PAS tak puas hati, sebab tak cukup coverage agaknya, diorang nak demo lagi hari Isnin ni...aduuuh..memang bodoh betol lah!!

**TERBARU

Berita Harian melaporkan Putera UMNO akan menghantar satu pasukan beserta bantuan makanan ke Mesir.

"Kelab Putera 1Malaysia hantar makanan, sukarelawan ke Mesir 


2011/02/02


KUALA LUMPUR: Kelab Putera 1Malaysia akan menghantar 30 tan makanan ke Mesir hari ini bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas oleh protes antikerajaan di negara itu. 


Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata makanan itu akan dihantar menerusi pesawat AirAsia yang disediakan oleh syarikat penerbangan tambang murah itu."

Bukan mendabik dada, tetapi PAS sepatutnya buat benda yang sama, bukan hanya terpekik terlolong kat depan Kedutaan macam orang hilang akal.