Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sunday, July 3, 2011

Dari Blog Ketua Pembangkang Selangor: Dato' Dr Mohamad Satim - Kisah Kotor di Sebalik Bersih 2

Ikuti pandangan dan kupasan menarik mengenai kisah kotor di sebalik Bersih 2 anjuran pejuang kafir Ambiga oleh Ketua Pembangkang Selangor Dato' Dr Mohamad Satim B. Diman



1.       Pada bulan Ogos 2001 umat islam merasa tercabar apabila sekumpulan NGO cuba mendesak kerajaan agar mewujudkan Suruhanjaya Antara Agama yang turut dikenali dengan IFC. Di waktu itu, para ulamak islam bangun menentang penubuhan IFC kerana ia jelas bercanggah dengan perlembagaan persekutuan yang meletakkan islam sebagai agama rasmi Negara dan penubuhannya jelas satu percubaan menghina islam. Di waktu itu rakyat boleh berbangga kerana parti Pas dan UMNO yang mewakili umat islam sependapat membantah penubuhan IFC yang dicadangkan.

2.       Isu IFC ini ditimbulkan rentetan dari kes yang berlaku pada tahun 1997 bilamana seorang wanita islam bernama Azlina yang dikenali dengan Lina Joy telah murtad dan cuba membuat penukaran namanya di JPN dan memohon agar agama islam turut dibuang dari kad pengenalannya. Setelah gagal, kes ini telah dibawa ke mahmakah tinggi sehinggalah ke mahkamah rayuan. Kes ini boleh pergi sejauh itu sebab wujudnya sekumpulan NGO yang berkepentingan dan berniat jahat untuk memporak-perandakan umat islam dengan kuat menyokong apa yang diperjuangkan oleh Lina Joy. Isu ini sekali lagi mencetuskan polemik dan perdebatan umum dikalangan rakyat dan golongan agama. Masyarakat islam akhirnya terpaksa bangkit mempertahankan kesucian agama islam dari percubaan sekumpulan NGO ini yang kononnya atas nama kebebasan beragama dalam perlembagaan negara.

3.       Begitulah percubaan demi percubaan untuk menyerang akidah umat islam oleh mereka  yang merasa iri hati dengan islam. Ironinya, disebalik kedua-dua kes ini wujud satu persamaan watak yang sentiasa muncul iaitu  seorang wanita yang dikenali dengan Ambiga. Apakah ini adalah satu kebetulan? Bagi mereka yang berfikir, sudah tentu ia bukan lagi satu kebetulan. Sebagai seorang peguam yang mahir dengan undang-undang Negara, Ambiga tentunya arif tentang perkara asas yang perlu digugat untuk memenuhi agenda pihak-pihak tertentu.

Baca kupasan seterusnya di sini

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages