f December 2010 ~ Ikrar Pemuda

Friday, December 31, 2010

Tahniah!: PAS capai azam tahun 2010 dengan berjaya men"dakwah" kan DAP


Benarkah PAS berjaya mendakwahkan Islam kepada DAP dan PKR?

1) Ahli-ahli DAP dan non-muslim PKR sudah pandai berhujah menggunakan ayat-ayat al-Quran
  



2) DAP dah pandai menganjurkan majlis berkhatan (errr..Nga Kor Ming dah khatan blum?)

3) Ahli-ahli DAP dan non-muslim PKR sudah mendekati surau dan masjid dengan beri ucapan di ruang solat.

 

Bagi pimpinan PAS, ini adalah tanda betapa berjayanya PAS mendakwahkan Islam kepada mereka. TETAPI, terdapat persoalan-persoalan yang timbul.

1) Ada antara ahli DAP masuk Islam?Tiada. Melayu masuk DAP adalah.

2) DAP menerima negara Islam dan hukum hudud dokongan PAS? Tidak

3) PAS masih mahu menegakkan negara Islam? Tidak - menurut kenyataan S/U Agung PAS baru-baru ini. Sila rujuk di sini.

4) Pakatan Rakyat mahu tegakkan negara Islam dokongan PAS?Tidak-menurut Anwar baru-baru ini. Sila rujuk di sini.

PAS sebenarnya berjaya di DUNGU kan oleh PKR dan DAP. Tahniah PAS!

Isu pakaian sendat di masjid: Teo Nie Ching salahkan BN pulak!

Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching mempamerkan kebodohannya apabila minta senarai apa yang OK dan mana tak OK untuk dia pakai ke surau atau masjid. Ini berikutan isu dia memakai pakaian yang tidak sesuai ketika membuat aktivit senamrobik di perkarangan masjid di Balakong baru-baru ini. Haiya...manyak bolo la ini olang. Malaysiakini melaporkan:

"Sekiranya Datuk Seri Najib (Razak) dan pemimpin-pemimpin Umno yang lain cannot be bothered untuk menjawab soalan-soalan saya, mungkin pemimpin-pemimpin MCA, GERAKAN ataupun MIC boleh mengeluarkan satu senarai 'OK Tak OK' untuk semua warga bukan Muslim negara ini?" tegasnya."

foto dari harakahdaily

Amoi, apa pasai mau tanya sama Dato Najib dan MCA? Itu hali lu sula jumpa itu tuan bulu, eh silap..tuan gulu nik ajis lu tara tanya ka kawan? itu tuan gulu tara bagi tau sama lu ka mana ok mana tara ok?aiya..itu tuan gulu memang tipu pun...dia bukan agama munya olang, dia mau kuasa pun!

Kalau lu mau mana ok, mana tara ok, lu boleh tanya itu Khalid James Samad maaa..dia manyak pandai munya olang, dia geleja boleh, kuil bole, tapi masjid Khalid tala bole maa..dia tala itu tauliah..itu JAIS tala beli lesen munya..tapi itu Anwar lagi manyak pandai wooo...dia semua tau juga maa..depan belakang dia bole pun..hahahaha...kelaka sangat pon..

Wednesday, December 29, 2010

Alhamdulillah dan tahniah para pemain...Kita Juara!!

Buat julung kalinya pasukan bolasepak negara kita telah menjuarai Kejohanan ASEAN Football Federation atau Suzuki Cup selepas menumpaskan Indonesia dengan kiraan agregat 4-2. Tahniah...Bangga..dan Syabas buat pemain-pemain dan jurulatih serta pengurusan. Pemain-pemain sangat berdisiplin dan amat profesional walaupun kalah game pertama dulu dengan musuh yang sama dan di tempat yang sama 5-1!!


Harap ini adalah satu permulaan ke arah masa depan bolasepak negara yang cemerlang

Semoga berjaya pahlawan-pahlawan negara!

Semoga piala ini menjadi genggaman kita malam ini!!

Sebentar lagi pemain-pemain negara bakal berentap di perlawanan akhir Piala Suzuki di Gelora Bung Karno menentang Indonesia. Ayuh kita doakan semoga pasukan kita beroleh kemenangan demi negara yang tercinta! Kepada pemain-pemain, anda bakal menjadi lagenda dalam lipatan sejarah negara, sebaris dengan nama-nama agung bolasepak negara insya Allah! Jasamu akan dikenang sampai bila-bila. 

Dua Khalid di Selangor nak lawan perkenan Sultan Selangor?Kurang ajar betol!


Kurang ajar punya Khalid Ibrahim dan Khalid Samad sanggup membelakangi Sultan dalam perlantikan Datuk Muhammad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Padahal, perlantikan itu sudah pon mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor dengan penuh kurang sopan mengatakan perlantikan itu belum muktamad. Dengan muka tak tau malu dia bagi pulak surat pada Sultan Selangor beritahu Duli Tuanku yang dia tak dihubungi bagi perlantikan tersebut. Lepas tu dia bagi plak 3 nama yang dia fikirkan sesuai untuk jadi Setiausaha Kerajaan Negeri.

    KENYATAAN AKHBAR
    27 DIS 2010
     ____________________________________________________________________

    PELANTIKAN SUK SELANGOR BELUM MUKTAMAD

    Pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sebenarnya belum muktamad.

    Ini kerana cadangan pelantikan Dato’ Khusrin Munawi oleh Ketua Setiausaha Negara tidak pernah dimaklumkan kepada YAB Dato Menteri Besar, Tan Sri Dato Seri Abdul Khalid Ibrahim.

    Justeru itu, Dato Menteri Besar telah menghantar surat kepada DYMM Sultan Selangor memaklum bahawa beliau tidak dihubungi tentang cadangan tersebut.

    Dalam pada itu Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan proses pemilihan bagi jawatan tersebut dengan menubuhkan sebuah panel temuduga sejajar dengan nota amalan (practice note). Panel tersebut telah memilih tiga nama yang difikirkan sesuai untuk menjawat jawatan tersebut.

    Dato’ Menteri Besar kemudiannya telah menghantar tiga nama tersebut kepada DYMM Tuanku Sultan untuk  mendapat perkenan. Sehubungan itu, Dato Menteri Besar akan mengadap DYMM Tuanku Sultan pada 29 Disember 2010.

    Sekretariat Akhbar
    Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor

Menurut seorang bekas pegawai awam tertinggi, perlantikan Datuk Khusrin tidak menyalahi peraturan. The Star melaporkan:

“Even the Selangor state constitution stipulates that the appointment is finalised by the Public Services Commission (PSC) which falls under the auspices of the Yang di-Pertuan Agong. This means that the appointment is not a federal government appointment. The Chief Secretary to the Government is merely announcing the decision of the PSC,”

Dulu masa Pakatan Haram nak lantik wakil rakyat BN jadi Pengerusi PAC Negeri bukan main hendak, tulus la konon, konon tak main politik lah apa lah. Baca sini.

Tapi apasal tetiba takut pasal perlantikan S/U negeri ni pulak? Datuk Khusrin bukan ahli politik pon.

Tapi rupa-rupanya diorang ni memang pon fikir politik. Tak caya tanya mulut P.A si Khalid Gereja James Samad, Ahli Parlimen Shah Alam punya statement lagi sengal. Khalid Gereja mempertikaikan dalam SelangorKini.

"Melalui pengalaman saya dalam berurusan dengan dia,  jelas beliau bertindak mengikut kepentingan Umno dan dia mempunyai hubungan yang jauh lebih rapat dengan pimpinan Umno di peringkat negeri dan Pusat yang saya sendiri saksikan, ” kata Khalid.

“Semasa tauliah saya ditarik pun, saya rasa yakin ia adalah atas permintaan Nawawi(Ketua Umno Bahagian Shah Alam) dan beliau bertindak mengikut kepentingan Umno-BN dan tidak prosesional dari segi itu,” tambah Khalid.

“Ini merupakan sebab mengapa beliau (Mohd Khusrin) dipilih oleh Kerajaan Persekutuan… ini juga  menunjukkan Kerajaan Persekutuan tidak menghormati kehendak rakyat Selangor yang telah memilih Pakatan Rakyat,” ujar beliau."

Khalid Gereja hanya reti menuduh bukan-bukan tanpa bukti, dan mengaitkan perlantikan ini dengan hal-hal yang di RASA YAKIN..tapi mana buktinya! 

Padahal ini semua sudah diperkenan Sultan. Memang samdol dua-dua Khalid ni, sanggup plak nak pertikai apa yang sudah dipersetujui Sultan. Pakatan Haram memang dasar penderhaka!

p/s: Khalid mulut P.A? P.A tu apa?..tanya GAPS hahahaah!

Cara pimpinan Pakatan Haram jaga kesihatan.

Kita ketepikan perbedaan politik. Hal kesihatan adalah satu isu penting untuk rakyat tak kira parti apa pon. Pakatan Rakyat juga ada cara untuk menjaga kesihatan. Setiap parti-parti komponen Pakatan ada cara tersendiri dan cara-cara ini mungkin kita boleh ikut...err..boleh ke?....BOLEH BLAHH!!

PAS




senamrobik dalam sambutan Maal Hijrah dengan pakai baju pendek-pendek dan sendat-sendat di PERKARANGAN MASJID bersama teo nie ching (DAP)


PKR


menari ca-ca bersama anwar (senaman punggung barangkali)


DAP


Gosok.. jangan tak gosok

Gosok.. sampai berkilat

Gosok.. sampai tertanggal semua karat



idea diolah dari posting jkkk kota sarang semut di sini
terima kasih juga kepada www.kitagempur.com dan gerakan-anti-pkr.

Tuesday, December 28, 2010

Mana Faekah nak letak muka sekarang?

Faekah malu..hahahaha..

Selepas lazer sana lazer sini pasal pengharaman logo 1Malaysia di Selangor, tetiba Kerajaan Negeri Selangor sudah buat pusingan U-turn dengan menarik balik larangan tersebut. The Star melaporkan:


"Selangor freezes ban on use of 1Malaysia logo in adverts

PETALING JAYA: The Selangor Government has made a U-turn on its decision to ban the use of the 1Malaysia logo on all signboards and billboards in the state after tremendous public backlash.

After four days of holding firm that the logo had to be removed because it was a political statement, state executive councillor Ronnie Liu announced a freeze on the ban, saying there was a need to have a second look at the decision.

However, his announcement did not please some of his Pakatan Rakyat colleagues, including the Mentri Besar’s political secretary Faekah Husin, who had been Liu’s staunchest supporter of the ban when he announced it four days ago."

So sekarang Faekah mana nak letak muka? Sorok la belakang Boss kau si Khalid tu, tak pon belakang Ronnie Liu Wat. Tak semena-mena berjam-jam waktu mesyuarat membazir hanya pasal membincangkan hal logo 1Malaysia, padahal waktu-waktu tu mesyuarat Kerajaan Negeri harus digunakan untuk selesaikan masalah rakyat. Memang Pakatan tak boleh harap!

50 Ahli PKR Cabang Puchong keluar Parti

kelu
Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kawasan Parlimen Puchong di Pangsapuri Enggang (BK6) lumpuh apabila 50 ahlinya mengisytiharkan keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Sebahagian besar daripada mereka merupakan pemimpin masyarakat pangsapuri yang paling berpengaruh di situ yang diketuai oleh saudara Azhar B. Musa.
Katanya, semua yang meninggalkan parti akan menyertai UMNO dan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Barisan Nasional (BN).
''Kita sudah bosan dengan janji kosong pemimpin PKR Negeri Selangor dan Cabang Puchong berlagak pandai dan cakap tak serupa bikin.
"Sudah 3 tahun kami terpedaya, kini kami tak mahu lagi diabaikan," Pemimpin Pakatan Rakyat hanya tahu menambah duit poket sendiri dan mengkayakan kroni mereka sahaja..mereka sebenarnya tidak ikhlas membantu rakyat..mereka mengangap rakyat ini sebagai sampah..bukanya ketuanan rakyat seperti yang mereka laung2kan..katanya ketika ditemui pemberita Sinar Harian selepas menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Pengerusi BN Parlimen Puchong, Dato' Dr Mohamad Satim B Diman pada majlis pemimpin bersama rakyat di Pangsapuri Enggang BK 6 , Kawasan DUN Sri Serdang.

Sumber: Sinar Harian

Monday, December 27, 2010

Logo 1Malaysia bikin Pakatan huru-hara..hahahahah

1Malaysia
Memang logo 1Malaysia berhantu buat Pakatan. Selepas Selangor mengharamkan logo 1Malaysia, Pakatan Haram jadi celaru, ada yang sokong, ada yang tak sokong ada yang tak ambil tahu pulak..haahahah..

Di Selangor, beberapa wakil Rakyat antaranya, Khalid Gereja, R Sivarasa dan Dr Zulkefly tidak menyokong pengharaman tersebut. The Star melaporkan kekalutan-kekalutan Pakatan haram mengenai isu logo 1Malaysia:

Two Selangor PAS MPs – Khalid Samad and Dr Dzulkefly Ahmad – were also of the view that the state government should lift the ban.

Dr Dzulkefly, who is Kuala Selangor MP, said he agreed that the ban be lifted as it was not a collective decision by Pakatan.

“It was only announced by one executive councillor (Liu),” he said.

Dr Dzulkefly, who is also PAS central working committee member, said the banning of the 1Malaysia logo was not worth pursuing.

“I don’t think (the ban) is the way forward. We shouldn’t even bother with it, it’s all hot air (by Barisan Nasional),” he said.


Tetapi SetPol Khalid Ibebebrahim, Faekah Husin pula cakap tindakan itu betol sebab Selangor tak sokong ideologi yang dibawa menerusi 1Malaysia. Pulak dah..

The Mentri Besar’s political secretary Faekah Husin, in defending the move said the ban was politically correct.

“If such advertisements were allowed, it would show that the state supports Barisan’s ideology, which is never in Pakatan Rakyat’s interest,” she said.


Di P.Pinang, Lim Kit Siang Malam juga tak sokong pengharaman tersebut sebab dia takot nak takot pada logo 1Malaysia hahaha.

Di Kelantan, seperti biasa, Nik Aziz tak mau ambil tahu pasal negeri lain. Huhu..
In Kota Baru, Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat refused to be drawn into the issue. “I do not comment about other states,” he said.
Di Kedah, MB Dato Azizan pula tidak nampak apa-apa masalah penggunaan logo 1Malaysia.

Ni baru pasal logo diorang dah bercakaran, belum hal-hal lain lagi. Macamana lah memimpin negara sok? Kalau isu sekecil ini pon Pakatan dok kalot, memang sah la diorang dalam Pakatan hanya tidor satu katil, mimpi basah lain-lain kot. Hahahah..

1Malaysia!!!

Friday, December 24, 2010

Logo 1Malaysia diharamkan, Semangat Komunis diperjuangkan


Ronnie Liu Wat memang komunis. Pakatan pon komunis. PAS dan PKR pulak penjilat komunis. Tapi sayang, ingatkan diorang ni kuat dan berani, tapi pengecut macam kaldai, sebab dengan logo 1Malaysia pon dia takot. Ronnie Liu Wat kata logo tu bermotif politik. Tapi logo komunis bintang 3 boleh pulak dipakai! Siap bagi pekeliling lagi promosi logo bintang 3 di surat-surat kerajaan negeri. PAS apa ke bebal sangat ni??

Cuba tengok surat pekeliling bawah ni:

.                            


"Pekeliling SUK Bilangan 1 Tahun 2010, Kerajaan Negeri Selangor sebagai makluman bahawa setiap Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri Selangor perlu menggunakan logo Selangor Shines bersempena dengan Kempen Tahun Melawat Selangor 2011. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor Darul Ehsan ke 40/l2OO9 yang di adakan pada 9 Disember 2009 lalu telah meluluskan penggunaan logo Selangor Shines sebagai simbol rasmi kempen Tahun Melawat Selangor 2011."

Begitulah mudah caranya PAS dan Melayu PKR diperbodoh-bodohkan oleh DAP. Dengan mudah Ronnie kata logo 1Malaysia logo politik, ikut cakap siapa?Kalau dia tafsir secara politik maka ia jadi politik. Begitu juga kita boleh tafsir logo 3 bintang ini sebagai lambang ideologi politik yang sememangnya haram di muka bumi Malaysia ini! Kenapa kita tak boleh kaitkan ia dengan lambang komunisme? Senang, ia ada tiga bintang, sama macam Parti Komunis Malaya, Bintang Tiga. Sedangkan Logo 1Malaysia langsung takda unsur-unsur logo parti BN atau mana-mana parti komponen BN. Jadi apa mau takut kawan?

     



Ronnie sebenarnya sedang jiwa kacau apabila dia sendiri sudah kalah dalam pemilihan DAP Selangor baru-baru ini, cuba untuk melepaskan amarahnya pada BN. Ronnie mungkin terpaksa buat sesuatu untuk naikkan balik nama dia dalam DAP mahupun Pakatan. Tapi yang jelas, Pakatan sememangnya sudah mula goyang dan takot dengan gagasan 1Malaysia yang diperjuangkan oleh Dato Seri Najib.

Monday, December 20, 2010

PAS makin sesat! Surau nak kena roboh buat tak tau saje?

PAS sememangnya sudah sesat. Manakan tidak, perjuangan mereka sudah jauh terpesong dari apa yang sering mereka laung-laungkan. Dulu sibuk-sibuk kata UMNO dan BN amalkan perlembagaan penjajah, maka mereka mahu tegakkan negara Islam. Mereka lah segala jaguh mengenai Islam di negara ini, dan bukan orang lain. Tetapi tindakan mereka terus jauh menyimpang dari perjuangan mereka.

1) "Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini meminta semua pihak supaya tidak lagi membangkitkan isu negara Islam yang selama ini menjadi pegangan parti Islam itu sekiranya menguasai pentadbiran kerajaan pusat.

“Benda ini (negara Islam) sudah tidak ada isu, tak usah nak bangkitkan lagi isu ini.

“Tak usah nak bangkitkan lagi,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika ditemui selepas mesyuarat jawatankuasa kerja pusat bulanan PAS di Markas PAS Taman Melewar di sini." (MalaysianInsider.com)
Siapa yang cakap ni? Ya! S/U Agung PAS, bukan S/U Agung DAP, tapi dah macam sama je tugas dia. PAS sekarang malu (atau takot) untuk bicara mengenai negara Islam dengan konco-konco Pakatan Haram mereka.

2)Menurut harakahdaily.net:

"Konvensyen DAP Pulau Pinang 2010 yang berakhir semalam menempa sejarah tersendiri apabila bacaan doa berkumandang buat pertama kalinya dalam sebuah persidangan parti berusia 44 tahun itu di Pulau Pinang, yang selama ini diuar-uarkan sebagai parti cauvinis perkauman. Bacaan doa selama lebih kurang 4 minit itu dipimpinkan oleh Yang Dipertua PAS Tanjung, Yaacob Omar yang turut menegaskan bahawa Islam adalah untuk semua umat manusia tanpa mengira kaum, fahaman politik mahupun darjat. 

Dalam ucapan ringkasnya sebelum membaca doa tersebut, Yaacob berkata, tidak menjadikan satu kesalahan untuk mana-mana pihak untuk membacakan doa dalam majlis yang kebanyakannya dihadiri oleh bukan Islam kerana ajaran Islam itu membawa kebaikan kepada semua yang mengamalkannya.

......

Puluhan ahli-ahli DAP berbangsa Melayu yang hadir pada pada konvensyen sehari itu menadah tangan mengaminkan doa berkenaan di samping beberapa ahli PAS Pulau Pinang yang turut hadir sebagai tanda sokongan atas perjuangan bersama dalam Pakatan Rakyat."

Dah la takot nak bicara pasal Islam dengan DAP dan Anwar, sanggup pulak jadi tukang baca doa untuk Parti DAP? Parti DAP tu dah la kafir punya parti, ada jugakla melayu sesat dua-tiga orang masuk, tapi kenapa sampai nak baca doa?Perjuangan DAP tu perjuangan untuk tegakkan Islam ke?Untuk orang Islam ke?Apa lah bebal sangat orang PAS ni?
gambar terbaru surau al-Hidayah Pekan Rawang (www.kitagempur.com)

3) Surau Al-Hidayah Pekan Rawang akan diruntuhkan oleh Kerajaan Selangor..laporan terdapat di sini, sini dan di sini. Ya, itulah berita yang kami dengar tadi. Kerajaan Selangor melalui anak syarikatnya SAP Holdings Sdn Bhd telah memberi surat arahan untuk dikosongkan tanah tersebut sejak November. Mana Khalid Samad? Mana Hassan Ali? Mana Unit Amal? Khalid Samad dan Rodziah Ismail pernah pergi pertahankan Kuil di Shah Alam, tapi apasal tak pertahankan Surau ni? Menteri Besar Selangor buat apa?


Tanda-tanda Pakatan Haram dan juga PAS bakal berkubur tak lama lagi...

Friday, December 17, 2010

Kalau Skandal liwat, WikiLeaks tak betul, kalau Kes Altantuya, WikiLeaks betul kata Anwar..kepalahotak dia


description of the photo
Manusia bernama Anwar Ibrahim ini memang seorang yang pelik dan otak pembelit. Dalam ucapannya di Wangsa Maju baru-baru ini, beliau bersungguh-sungguh menafikan dakwaan laporan akhbar mengenai pendedahan WikiLeaks berkaitan dengan aktiviti liwatnya. Menurut WikiLeaks, Risikan Australia memberitahu Agensi Risikan Australia bahawa Anwar memang benar meliwat. Anwar dalam ucapannya memperlekehkan dakwaan ini dengan mengatakan:

1)tiada bukti kukuh mengenai pendedahan tersebut
2)dia bukanlah bodoh yang senang diperangkap
3)dia juga mencabar jika ada bukti video dia meliwat
4)Mencabar Lee Kuan Yew untuk jadi Saksi di mahkamah

Jadi bermakna dia mempertikaikan laporan WikiLeaks tersebut kerana tiada bukti kukuh!

TETAPI

dalam ucapan yang sama, Anwar memetik pula laporan WikiLeaks yang mendedahkan kenyataan Menteri Luar Singapura yang mengkritik Dato Seri Najib:

1) Dato Seri Najib dihantui dengan skandal Pembunuhan Altantuya
2) Pimpinan Malaysia tidak kompeten
3) Menganggap Dato Seri Najib bermati-matian pertahankan Putrajaya kerana takot akan didakwa

Bahagian mana yang pelik?Ok yang peliknya ialah:

1) Pada mulanya Anwar mahu rakyat jangan percaya laporan akhbar mengenai pendedahan WikiLeaks yang mendedahkan bahawa Singapura dan Australia tahu akan aktiviti liwatnya kerana TIADA BUKTI. 

2)Tetapi pada masa yang sama, dia bersungguh-sungguh MAHU rakyat percaya bahawa kepimpinan Malaysia adalah buruk dan Dato Seri Najib terlibat dalam Pembunuhan Altantuya KERANA WikiLeaks dan Singapura yang mendedahkan, walaupon TANPA BUKTI.

WikiLeaks dedahkan pasal Singapura tahu dia meliwat..itu tak benar..WikiLeaks dedahkan Singapura memburuk-burukkan Malaysia..oh itu benar..Kepala Hotak anwar

Sunday, December 12, 2010

WikiLeaks: Australia dan Singapura sudah tahu Anwar meliwat?


Menurut laporan akhbar Australia, WikiLeaks telah mendedahkan bahawa Agensi Perisikan Australia telah diberitahu oleh Agensi Perisikan Singapura bahawa Anwar terlibat dengan kegiatan homoseksual

"PETALING JAYA: Singapore government, including its senior minister Lee Kuan Yew, believes that Malaysian Opposition Leader Anwar Ibrahim “did indeed commit the acts for which he is currently indicted”.

This was revealed by WikiLeaks through a release of a US state department cable issued in November 2008. The cable was exclusively released to Australian daily The Sun-Herald and widely reported by other Australian newspapers today.

The cable, which quoted exchanges between the Singaporean intelligence services and  an Australian agency, stated: ''The Australians said that Singapore's intelligences services and [Singaporean elder statesman] Lee Kuan Yew have told ONA in their exchanges that opposition leader Anwar 'did indeed commit the acts for which he is currently indicted'.''
Sekarang penjilat-penjilat Anwar nak khabar apa pula?Anwar pula sudah mula sentap apabila tidak membuat sebarang kenyataan media tetapi hanya mampu membuat posting di Tweeternya dengan menyalahkan SB Polis Diraja Malaysia? Ait?Takkan macam tu je? Anwar sekarang dalam keadaan terdesak. Anwar selalu tidak mempercayai media perdana di Malaysia dan selalu mempercayai orang dari luar. Terbaru Anwar menjemput seorang ahli parlimen dari Australia kononnya untuk memantau kes liwatnya. Nah sekarang, akhbar Australia sendiri pula menjelaskan informasi dari agensi risikan negara kanggaru itu mengenai hal ehwal liwatnya. Macamana pula tu?

Friday, December 10, 2010

Dato' Dr Mahamad Satim Diman jadi Ketua Pembangkang ganti Khir Toyo?

Dato Seri Dr Mohd Khir Toyo telah pun melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang di DUN Selangor. Ini berikutan dari pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkenaan dengan isu pembelian tanahnya di Shah Alam. Persoalannya sekarang, siapa yang bakal menggantikannya? Antara nama-nama yang disebut untuk menggantikan Dato Seri Mohd Khir Toyo ialah ADUN N29 Seri Serdang Dato Dr Hj Mohamad Satim bin Diman. Sebelum ini Dato Satim pernah menggalas tugas sebagai pemangku Ketua Pembangkang di DUN Selangor berikutan penggantungan Dato Seri Khir oleh DUN selama 6 bulan. Pelbagai isu telah dibangkitkan oleh Dato Satim antaranya apabila membangkitkan isu hutang RM66 juta Khalid di persidangan DUN tahun ini. Dan akibat dari itu beliau didenda RM1500. Begitu juga dengan isu kamera intip Menteri Besar, dimana Dato Satim mencabar Khalid untuk membuat laporan polis kerana menganggap isu pencerobohan bilik Menteri Besar adalah satu hal yang amat serius.

Dato Satim yang sebelum ini pernah menjawat jawatan Timbalan Speaker DUN Selangor serta ADUN Sri Serdang sehingga sekarang serta Ketua UMNo Bahagian UMNO dari tahun 1994 sehingga sekarang dilihat mampu menggalas cabaran ini. Pengalamannya di semua peringkat UMNO menunjukkan yang Dato Satim bersedia untuk memimpin wakil rakyat BN di Selangor. Apa pun, terserahlah pada pimpinan BN untuk menentukan siapa yang layak menjadi Ketua Pembangkang di Selangor.


Tanda-tanda Pakatan mulai hilang kepercayaan rakyat?

Bukan omong kosong tetapi sudah ada tanda-tanda yang Pakatan mulai hilang sokongan. Posting ini bukanlah satu kajian ilmiah atau apa-apa..hanya sebuah pemerhatian dari pihak kami. Blog kami pon blog picisan, tak termasuk pon dalam ranking ni, tetapi kami amat gembira apabila blog-blog pro-kerajaan sudah menguasai ranking blog terpopular di Malaysia sekarang ini. Lihatlah gambarajah di bawah ini yang di ambil dari Utusan Online dan dilaporkan juga di PerakToday.

Menurut list ini, 60 blog dari 100 blog terpopular ini adalah blog pro-kerajaan. Bermakna 60 peratus adalah menyokong UMNO dan Barisan Nasional. Itu belum campur 3 lagi blog pemimpin politik dari BN dan Bebas yang menyokong kerajaan (Zulkifli Noordin). 

Terbaru, kajian dari Universiti Malaya menunjukkan akan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap parti PKR yang nampaknya sudah mula merosot. Mungkin pembangkang akan kata, kajian ini tidak dapat mencerminkan sebenar pandangan dan sokongan rakyat secara keseluruhan, namun, petanda-petanda yang menunjukkan Pakatan Haram mulai tidak disenangi rakyat sudah mula menunjukkan tanda-tanda positif. Peluang ini harus diambil BN untuk kembali menjuarai rakyat dalam segala hal dan seterusnya meraih kembali sokongan majoriti rakyat Malaysia.

Monday, December 6, 2010

Demonstrasi Air: Apsal tak Demo di Kedah dan Penang?

Antara peserta demonstrasi semalam (photo credit to www.kitagempur.com)

Pakatan Haram memang dasar hipokrit dan muka tak tau malu. Konon nak perjuangkan isu air untuk rakyat negeri Selangor dia pergi buat demo sebab tak mau kenaikan air. Kadar air telah dinaikkan di Kedah, dan naik juga di Pulau Pinang, kenapa tak berdemo? Khalid gagap bertungkus lumus nak Kerajaan Negeri beli Syabas konon untuk mengekalkan tarif air dan kekalkan air percuma kepada rakyat Selangor. Tapi Syabas usahakan Tabung Budi untuk membantu rakyat miskin yang tiada bekalan air kenapa bantah? Khalid juga pernah buat kenyataan yang walaupun diambol alih kenaikan tetapi ada kan?

Sebenarnya Khalid telah dapat merasakan masalah sedang berlaku apabila kewangan negeri Mari baca tulisan blogger rbf di bawah ini:

"Semasa kempen pru 2008, gabungan tiga parti munafik berkempen bersama-sama. Mereka tidak menyangka sama sekali yang mereka akan menang dan memerintah Selangor.  Mereka hanya masuk pilihanraya dengan niat untuk membuat kacau atau test market.

....

Janji utama mereka iaitu memberi air percuma sebanyak 20mp pertama yang bernilai RM 11.00 terpaksa ditunaikan. Walaupun pahit mereka terpaksa tunaikan janji ini. Sekiranya tidak ditunaikan, alamak mereka kena sembelihlah jawabnya.

Walaupun pahit dan pedih janji itu tetap dilaksanakan. Setiap bulan KDEB diarahkan oleh kerajaan negeri supaya membayar kepada Syabas sebanyak RM 14 juta nilai air percuma yang terpaksa diberikan kepada rakyat kerana tersilap janji.

Sebulan RM 14 juta, setahun RM 168 juta. Tahun pertama ok lagi. Sebab duit yang Khir Toyo tinggal masih banyak lagi.Tahun kedua pun masih ok lagi walaupun sesah sedikit kerana wang saki baki peninggalan Khir Toyo semakin kempis.Masuk tahun ketiga KDEB mula lemas dan terpaksa meminjam sebanyak RM 200 juta daripada kerajaan negeri untuk dibayar kepada Syabas.

Dalam masa yang sama kerajaan negeri pun lemas juga, kerana pendapatan mereka hanya RM 1430 juta atau 1.43 bilion setahun. Daripada RM 1430 juta itu, RM 830 juta digunakan untuk pengurusan. Untuk pengurusan bermaksud membayar sewa, belian alat-alatan, utiliti, bayar gaji kakitangan termasuklah untuk membayar gaji Elizabeth Wong bulu lebat.

Manakala baki RM 600 juta lagi digunakan untuk pembangunan. Wang yang kerajaan negeri bagi kepada KDEB untuk bayar kepada Syabas adalah dari wang bajet untuk pembangunan yang berjumlah RM 600 juta.

Jika RM 168 juta setahun terpaksa diperuntukkan untuk membayar air yang tersilap janji kepada rakyat , maka tinggallah baki RM 432 juta lagi untuk membangun negeri. Jumlah itu tidak cukup untuk memberi projek kepada kroni-kroni PKR dan DAP dari seluruh negara yang kini semuanya tertumpu di Selangor yang dianggap mereka sebagai lubuk emas.

Atas sebab-sebab itulah mereka mula mengacau Syabas yang telah banyak membantu menyelesaikan masalah air di Selangor. Mereka kata mereka nak ambil balik Syabas dan nak uruskan sendiri air Selangor."

Cerita selanjutnya di sini.

Dahlah menyusahkan orang lain yang tak berkenaan tersekat di jalan raya bila sekitar 2000 orang yang bodoh piang pergi berarak di Kuala Lumpur. 2000 ni wakil semua rakyat negeri Selangor yang ada sampai 5 juta ke? Memang Khalid gagap tak boleh harap untuk pimpin Selangor. Dengar2 Azmin pon tengah usha2 kerusi MB...patutla terkedu-kedu nak selesaikan masalah air ni sampai kudakan mahasiswa UNISEL..tak ke sangap orang tua ni.

Ni lah hasil kerajaan Pakatan Haram di Selangor, kucar-kacir semua dari segi kewangan negeri, aset negeri, universiti negeri, anak syarikat negeri semua hancusss! Kenapa hancur?sebab negeri Selangor dipimpin oleh orang yang tak tau memimpin dan ada penasihat pulak sekadar jadi PUNAIsihat tu yg lagi hancur.

Thursday, December 2, 2010

Anwar memutar belit Ketuanan melayu kerana terdesak!!

Photo credit to anwarpembohong.com

Anwar sekarang sudah mula main kotor apabila dia mungkin dapat merasakan penolakan rakyat terhadap Partinya iaitu PKR. Penolakan ini adalah akibat dari tercalarnya imej partinya yang selalu memperjuangkan demokrasi tetapi tidak berlaku didalam pemilihan partinya. Pemilihan PKR dilihat berlaku dalam keadaan yang kucar-kacir, pergaduhan dan beli-membeli undi, sampaikan ada calon yang merajuk keluar parti.

Anwar mula mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbaur hasutan apabila dia, isteri dan kekasihnya Azmin sama-sama menyatakan untuk menentang Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu yang mereka war-warkan adalah satu bentuk pernyataan yang cuba memberitahu kaum bukan Melayu bahawa Melayu adalah tuan mereka. Ini bakal menimbulkan kebencian kaum bukan Melayu kepada UMNO dan parti-parti berasaskan kaum lain dalam BN.

Teliti maksud ketuanan: (Blog Jabatan Penerangan Malaysia 2008):

"Kamus Dewan mentakrifkan istilah ‘ketuanan’ sebagai membawa maksud hak menguasai dan memerintah sama ada sesebuah negeri, daerah dan sebagainya.
Istilah ‘ketuanan’ juga dirujuk sebagai kedaulatan. ‘Ketuanan’ berbeza dengan perkataan ‘tuan’ yang membawa maksud orang tempat menghambakan diri. Contohnya, ‘dahulu orang kulit putih di Amerika banyak yang menjadi tuan kepada hamba abdi terdiri daripada bangsa Negro’.
....
Istilah Ketuanan Melayu ini merujuk kepada sejarah bahawa negara ini pernah diperintah Sultan dan Raja-raja Melayu, yang merupakan tuan kepada tanah Melayu yang sudi memberikan kuasa mereka kepada rakyat melalui penerimaan sistem Raja Berperlembagaan, memandangkan mengikut perlembagaan negara, Sultan dan Raja-Raja Melayu adalah simbol kepada ketuanan Melayu di negara ini, seperti mana di negara-negara barat lain yang mempunyai Raja."

Jadi tiada siapa yang diperhambakan oleh sesesiapa pon dalam hal ini. Anwar cuba memutarbelitkan  perkataan itu untuk memancing perhatian rakyat bukan Melayu demi kelangsungan survival politiknya yang nampaknya kian malap. 

Sedangkan kita tahu sejarah politik Anwar ketika di dalam UMNO langsung tak terusik pon kalimah ini, malahan dijajanya untuk dia naik di dalam UMNO ini. Rakyat dinasihatkan agar tidak termakan dengan tipu daya manusia bertopenkan syaitan ini. Lihat sahaja dengan partinya itu, dengan isteri dan anaknya duduk di dalam kepimpinan tertinggi, adakah itu namanya demokrasi?

Jawatan Anwar di dalam PKR juga sebenarnya tiada pon dalam perlembagaan parti, tapi lagaknya seperti seorang Presiden parti. Maka moleklah kalau kita panggil Wan Azizah sebagai Presiden Boneka atau Presiden Tunggul.