f November 2010 ~ Ikrar Pemuda

Saturday, November 27, 2010

PAS Parti Ajaran Songsang.

imej pinjam dari sini

Parti Ajaran Songsang..ya, itulah nama terbaru parti PAS apabila mereka sendiri malu untuk membantah lesen judi dan rumah urut yang dikeluarkan oleh kerajaan Pulau Pinang. Ini berdasarkan daripada laporan Polis yang dibuat oleh PAS di Pulau Pinang kerana terdapat 2 banner yang bertulis "Kami Tak Nak Wang Judi" dan "Kami Pemuda Membantah Kerajaan Negeri Lulus 96 lesen Judi, 1,367 Lesen Permis Rumah Urut". 

Mereka membuat laporan Polis atas dasar Banner itu dipasang menimbulkan provokasi dan terdapat muka 3 orang PAs iaitu Ketua Dewan Pemuda, Ustaz Yusni Mat Piah, Timbalannya, Helmi Harun dan Naibnya, Ustaz Zakaria Hamzah.

Ketua Penerangan PAS Nibong Tebal, NAzir Arshad berkata:

"Mana boleh biarkan nama PAS rosak kerana banner berkenaan. Kami terus ke balai polis buat laporan supaya polis bertindak segera menyiasat siapa yang buat perkara itu," katanya."

Nampaknya PAS sendiri malu untuk menentang judi dan pengeluaran lesen rumah urut di Pulau Pinang, tetapi marah pula bila dalam Pelan Transformasi Kerajaan terdapat CADANGAN untuk membuat Hab Hiburan di Kuala Lumpur. Mereka berhak untuk membantah cadangan di dalam Pelan tersebut, tetapi kenapa malu pula dengan menentang pengeluaran lesen hiburan di Pulau Pinang?

Persoalannya:

Kenapa mereka membantah bagai nak rak CADANGAN Hab Hiburan oleh Kerajaan Persekutuan tetapi senyap sunyi dengan 1,367 lesen Rumah Urut yang TELAH dikeluarkan kerajaan negeri P.Pinang?

Monday, November 22, 2010

Haji Hadi kata orang UMNO tak sembahyang

Bersedia dan jangan terkejut. Ini bukan orang kafir yang kata, dan bukan orang yg tiada agama (atheis) yang kata. TETAPI, seorang yang dianggap seorang TOK GURU oleh anak-anak buahnya dan seorang PRESIDEN parti ISLAM..diulangi PRESIDEN..bacalah dibawah ini..lihatlah KEINDAHAN kata-kata sang presiden ini..

1) MENUDUH UMNO TAK SEMBAHYANG

Dalam ucapan sebelum itu, beliau menggariskan tiga perkara bagi membina kekuatan dalam PAS agar parti itu mampu memerintah negara.

Pertama, katanya adalah kekuatan aqidah Islam di kalangan setiap ahli.

Ianya termasuk persoalan akhlak, ibadah dan tarbiyah yang mantap untuk melalui perjuangan yang penuh liku.

"Kalau sama sahaja kita dengan Umno, sama-sama tak sembahyang, sama-sama tak berjemaah, dan tak kuat hubungan dengan Allah, kita tidak akan menang," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.


2) MENGATAKAN UMNO GILA DAN BODOH

Antara sebab kawasan PAS kalah pada pilihan raya, katanya adalah kerana tidak mempunyai cawangan yang banyak dan tidak bergerak.

"Berlawan dengan Umno ni lebih teruk berlawan dengan orang gila dan bodoh.

"Orang gila dan bodoh tak boleh buat undang-undang, tapi Umno boleh buat apa sahaja untuk menangkan mereka. Sebab itu kita kena kuat," tambahnya lagi.


3) TAK FAHAM ISTILAH DEMOKRASI, TAPI NAK MENANG FREE

"Sebab itu kita mintak secara terhormat dan demokratik seperti berlaku di negara-negara lain, pilihan raya adil dan bebas di mana parti pemerintah yang mengalami masalah, sedia berundur. Tapi keadaan ini tak berlaku dalam negara kita," katanya.

Itulah antara isi ucapan presiden PAS, Haji Hadi Awang dalam Seminar "PAS Sedia ganti UMNO" baru-baru ini. Seminar ini yang diadakan seperti mahu cover akan kekalahan PAS di Galas. Kalau dikaji-kaji kata-kata Haji Hadi, kosong fakta. Lebih menunjukkan kedangkalan akal dan kebodohan dari menyatakan perjuangan mereka yang sebenar. Patutlah senang ditipu hidup-hidup oleh DAP dan Anwar gonjoli.

Dari segi keji-mengeji dan fitnah memfitnah Haji Hadi dapat markah penuh. Kita semua bayangkanlah kalau sang presiden pon dah mulut macam ini, bagaimana pula dengan ahli-ahli di bawahnya. Ibarat kata pepatah, "ikan yang busuk mulanya di kepala". Tak malu atau tak takotkah Haji Hadi dengan semberono menuduh orang UMNO tak sembahyang? Tetapi Haji Hadi cuba mengaitkan sembahyang dengan perjuangan partinya. Secara tak langsung dia telah mempolitikkan ibadah dalam diri masing-masing.

Adakah wajar kata-kata seperti gila, bodoh dan sebagainya digunakan dalam ucapannya lebih-lebih lagi dia sebagai yg digelar ulama dan presiden parti Islam?Beginikah cara Islam? Cuba di antara kita cari mana surah-surah atau hadis yang membolehkan kita guna kata-kata sebegini?Ada?Yang kami tau, seorang sahaja yang ularmak yang membolehkan perkara ini tak lain tak bukan Nik Aziz yang mengatakan Allah juga mencarut. Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk dan hidayah kepada Haji Hadi dan rakan-rakan PAS untuk tidak melacurkan agama Islam demi kuasa politik

Friday, November 19, 2010

Anwar Sesumpah Politik Malaysia


Sesumpah ialah sejenis binatang yang boleh bertukar warna mengikut keadaan sekeliling. Jika sekeliling kelihatan hijau, dia akan menukar warna jadi hijau, dan begitu jugalah untuk warna-warna lain.

Di Malaysia terdapat seekor (seorang sebenarnya!) sesumpah yang bernama Anwar Ibrahim yg bisa menukar-nukar perangai dan pemikiran mengikut audiensnya. Ini merujuk kepada sifatnya yang memang begitu yang telah pon dinyatakan dalam penulisan Banyan di The Economist (2009).


Di Malaysia, oleh kerana Anwar terlalu sayangkan Azmin, demokrasi di dalam pemilihan PKR telah pon hancur lebur, pendek kata, tiada demokrasi. Azmin yang bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden telah pon melantik Anwar Ibrahim sebagai pengurus kempennya. Sesuatu yang agak luar biasa apabila penasihat parti yang sepatutnya bersifat neutral, tetapi menyokong seorang calon.

Akibatnya, pemilihan parti menjadi tunggang-langgang dan ramai ahli dari akar-umbi ke atas. Segala kritikan terhadap SPR dalam pilihanraya oleh PKR kini hinggap ke batang hidung sendiri. Yang lebih teruk, demokrasi dalam PKR seolah-olah telah mati. Azmin sebagai contoh bakal menang sebagai Timbalan Presiden PKR, yang mengenepikan Dato Zaid Ibrahim walaupon sebelum lagi pemilihan berakhir oleh kerana Zaid Ibrahim telah pon tarik diri akibat permainan politik Anwar-Azmin. Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR dilihat sebagai pemain utama dalam membantu kemenangan Azmin. Mstar melaporkan:

Seperti ada yang tidak kena dengan proses pemilihan pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang masuk hari keempat pada Isnin selepas keputusan awal yang dipaparkan melalui laman web rasmi parti itu dikatakan tersilap gara-gara 'kesalahan manusia'.

Keputusan laman web itu yang disiarkan pagi tadi bagi perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR, selepas 68 cabang mengundi menunjukkan Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim mendapat keseluruhan 3,683 undi, meninggalkan pencabar terdekatnya, Azmin Ali yang juga Naib Presiden PKR (3,051).

Manakala seorang lagi calon Mustaffa Kamil Ayub mendapat 1,271 undi.

"Bagaimanapun, halaman yang menyiarkan keputusan pengundian itu sudah tidak dapat lagi diakses selepas ibu pejabat parti itu mengeluarkan keputusan rasmi lain yang menunjukkan angka berbeza iaitu Azmin mendahului Zaid.

Menurut Timbalan Setiausaha Agung PKR, Sharifah Shahidah, Azmin mendahului dengan mendapat 3,051 undi sementara Zaid pula memperoleh hanya 2,529 undi manakala Mustaffa yang juga Naib Presiden (1,149).

Beliau mengesahkan bahawa kesilapan keputusan tesebut berlaku disebabkan oleh kecuaian individu yang memasukkan dan mengemaskini data serta keputusan rasmi bagi pemilihan tersebut.

"Ya memang kita akui ada berlaku kesilapan manusia ketika memasukkan data keputusan rasmi tersebut. Ia pun telah diperjelaskan oleh Setiuasaha Agung, Saifuddin Nasution hari ini,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Isnin."

Calon satu lagi, Mustafa Kamil Ayub hanyalah yes man Anwar yang sanggup jadi apa sahaja untuk idolanya itu, dan menjadi topeng demokrasi PKR.

Di Australia pula, Anwar bertukar wajah. Menurut Sydney Morning Herald, baru-baru ini:

"And Dr Anwar, a noted democracy advocate in his own right, applauded Australia's advocacy in Burma but urged Canberra to be more vigorous in its support for democracy everywhere. Australia needs to be more pronounced in its support for democracy," he said in an interview with the Herald. "Otherwise you have a strong position on Burma, but not on the atrocities in Malaysia.''"

Artikel ini merujuk kepada sokongan Australia terhadap pembebasan Aung San Suu Kyi di Myanmar. Anwar mendakwa Australia akan mendapat sokongan di Myanmar kerana menyokong Aung San Suu Kyi tetapi tidak akan dapat sokongan dari rakyat Malaysia kerana tidak menyokongnya.Dalam ertikata lain Anwar kononnya ingin memberitahu Australia, bahawa Australia harus lebih vokal dalam mendukung demokrasi di Malaysia, iaitu dengan menyokong Anwar. Kerana kononnya di Malaysia, Anwar itu demokrasi, dan demokrasi itu Anwar.

Ini lah satu penipuan Anwar dalam mengaitkan dirinya sebagai pejuang demokrasi di mata dunia. Padahal, pemilihan partinya sendiri tiada langsung mengamalkan demokrasi yang baik. Anwar terpaksa melakukan apa sahaja asalkan teman rapatnya, Azmin menang dalam pemilihan parti. Begitu juga untuk beberapa jawatan yang lain dalam parti, beberapa calon mendapat "kelebihan" kerana mereka orang Anwar dan Azmin. 

Diri Anwar sendiri yang juga yang tidak mahu bertanding sebagai presiden parti (walaupon mendapat cukup pencalonan), tetapi masih mahu mengetuai parti (sebagai penasihat), dilihat sebagai satu pelanggaran terhadap prinsip demokrasi yang diperjuangkannya. Apatah lagi dengan adanya isterinya sebagai presiden parti, anaknya yang bertanding sebagai naib presiden dan teman rapatnya Azmin yang bakal menang naib presiden parti, menunjukkan demokrasi hanyalah mainan Anwar yang sememangnya seorang sesumpah politik.

Monday, November 15, 2010

PKR parti kroni dan keluarga Anwar: Rakyat bakal menyisihkan mereka.

Azmin..keluarga dan ferrarinya

Cita-citanya besar ingin menawan Putrajaya. Selalu menyalahkan pihak lain jika mereka kalah dalam p/raya dan antara pihak yg disalahkan ialah Suruhanjaya P/raya. Mereka mengatakan bahawa SPR adalah hamba kepada Barisan Nasional. Beberapa isu juga dinaikkan untuk mengutuk SPR antaranya terdapat pengundi hantu dan sebagainya. Namun semua ini senyap jika mereka menang.

Yg menjadi masalahnya ialah, bila masa mereka pulak buat pemilihan untuk pimpinan parti PKR, ingatkan handal, telus dan bagus la. Lagi teruk busuk, hancai dan macam-macam lagilah teruk dan tenuknya PKR ni. Semua ada dari pengundi hantu ada, beli undi ada, undi terancang ada dan macam-macam lagi. Ada yg terbang kerusi pon.

Dari mula dah nampak apabila Azmin melantik Anwar Ibrahim sebagai pengurus kempen pemilihannya. Anwar adalah penasihat umum Parti dan dia sepatutnya bertindak neutral tetapi yg pelik dia boleh jadi campaign manager Azmin. Walaupon kedengaran ahli-ahli PKR ada yg tak puas hati..tapi semua Yes Boss.

Jawatan tertinggi yg ada pemilihan ialah Timbalan Presiden, dan pemenangnya dari awal lagi dah tahu siapa. Zaid Ibrahim yang kononnya nak juga bertanding tapi sebenarnya tak terlawan dengan tipu daya dan permainan Anwar dan Azmin. Mustafa Kamil Ayub sahaja yang tinggal untuk bersaing dengan Azmin, tapi seperti yang kita ketahui, itu cukup-cukup syarat je untuk tunjuk ke"demokrasi"an PKR.

PKR juga selalu menuduh BN sebagai mengamalkan kronisme dan nepotisme. DAP sudah lama ada ini dalam parti, Lim Kit Siang dan anaknya. Karpal Singh dan anak-anaknya. Begitu juga PKR, dan PKR lebih hebat. Wan Azizah Presiden, anaknya Nurul Izzah bertanding Naib Presiden PKR dan lagi satu CheGu Bard (dut) menantu anak saudara Anwar bertanding Ketua AMK. Dan tidak lupa sorang yg tak berjawatan dalam parti tapi yang mengawal parti tak lain tak bukan, Anwar Ibrahim. Jadi keadaan ini bukan nepotisme kah? Paling pelik, ini dibenarkan pula oleh penyokong-penyokong Pakatan. Sekarang ini Azmin pula akan cuba duduk di kerusi Timb. Presiden PKR melengkapkan lagi senarai kepimpipinan yang "telus", "jujur" mengikut "prinsip demokrasi sebenar"...ye sebenar..kepalahotak Anwar.

Anwar ternyata membiarkan sahaja aduan-aduan dan masalah-masalah berlaku asalkan Azmin dan orang-orang pilihannya menang. Ini kah demokrasi yg mereka laung-laungkan? Semua ini hanya retorik dan palsu semata-mata. Namun rakyat pasti dapat menilai sejauh mana kewibawaan mereka ini dalam mengawal dan menyelia parti mereka. Jika parti pon macam dalam zoo sahaja, tiada koordinasi, sudah pasti rakyat tidak akan dapat memberi kepercayaan mereka untuk mentadbir negeri mahupon negara semasa pilihanraya akan datang. Perkara ini telah pon dinyatakan dalam sebuah blog pro-pembangkang di sini:

"Samada disukai atau tidak, dipercayai atau tidak, rakyat sudah pasti tidak lagi akan memilih parti yang didokongi oleh "keluarga dan kroni" di dalam pilihanraya umum akan datang dan pemerhati politik meramalkan PKR akan kehilangan statusnya sebagai parti dominan di dalam Pakatan Rakyat (sekarang ini pun PKR telah tidak mendominasi PR lagi apabila jumlah kerusi parlimennya telahpun tewas kepada DAP setelah beberapa orang MP PKR melompat menjadi ahli bebas. Hanya restu dan ehsan DAP mengekalkan DSAI sebagai Ketua Pembangkang)."

Saturday, November 13, 2010

Tahniah Kerajaan PAS dalam "meningkatkan" tempoh tunggu air bersih lagi 17 tahun!

Orang kata, lembu dipegang pada tali, manusia pula dipegang pada janji. Sebuah kerajaan yang baik diukur bukan pada janji yang ditabur tetapi dari segi lunasnya janji-janji tersebut. Apatah lagi untuk pemimpin-pemimpin atau parti yang sentiasa melaungkan takbir bila berkumpul dan pandai memberi janji yg bukan hak mereka, siapa lagi kalau bukan PAS dan PKR. Janji yang sememangnya hak mereka untuk tunaikan pon tak dapat nak bagi, pandai-pandai pulak nak janji bagi pahala yg sebenarnya menjadi hak mutlak Allah S.W.T. 

Kalau bab janji..PAS lagi tere dari UMNO. Contoh yg terbaru ialah, apabila Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan baru-baru ini beritahu yg pihak kerajaan negeri Kelantan akan dapat menyediakan air bersih untuk rakyat kelantan hanya pada 2027!!!
Bukan kerajaan Pusat tak tolong, masalahnya dah bagi RM500 juta!!Dan lagi, dah banyak kali janji kata akan selesai, tapi tak selesai2..last2 dia bagi janji sampai 2027 pulak!

Menurut Utusan:

Masalah bekalan air yang berlaku di negeri ini bukan isu baru dan ia telah berlarutan sejak 20 tahun lalu biarpun Kerajaan Persekutuan telah memberikan bantuan kewangan lebih RM500 juta kepada kerajaan Pas Kelantan.

Sebelum ini, kerajaan Pas Kelantan telah membuat pelbagai kenyataan selepas diasak oleh pelbagai pihak ekoran kegagalan mereka untuk menguruskan air di negeri ini.

Pada 4 September 2003, AKSB dilaporkan memberi jaminan bahawa semua masalah berkaitan bekalan air di negeri ini akan dapat diselesaikan sepenuhnya menjelang Oktober 2004.

Pengurus Hal Ehwal Pelanggan AKSB ketika itu, Nik Raihan Abd. Rahman berkata, masalah seperti tekanan air rendah dan kualiti air yang berkarat akan dapat diatasi dalam tempoh berkenaan.

Tiga tahun kemudian, pada Sidang DUN 14 November 2006, Md. Anizam dilaporkan berkata, kerajaan Pas Kelantan menjangkakan seluruh rakyat akan dapat menikmati bekalan air bersih sepenuhnya pada 2010.

Beliau pada 22 Mei tahun lalu sekali lagi menyatakan bahawa AKSB sedang mengenal pasti kawasan yang mengalami tekanan air rendah terutama di kawasan pedalaman untuk dibina pam air yang diimport dari Denmark.

Kalau campur tempoh Nik Aziz jadi MB sampai sekarang je dah 20 tahun...pastu nak kena tunggu 17 tahun..20+17 jadi 37 tahun!!Macam ni ke kerajaan yg ikut syiar Islam??Sedangkan bekalan air ialah antara keperluan hidup yang asas. Kalau yang asas pon tak boleh nak settlekan walaopon dah berpuluh tahun pegang kerajaan....APA KE JADAHNYA lagi duduk atas tu lagi lama-lama wahai nik Aziz??

Monday, November 8, 2010

Menurut PKR, Bekas Mufti Perlis Dr Asri tak setanding Anwar Ibrahim...

Anwar Ibrahim mana boleh kena tegur. Dialah champion, dia lah yg paling tere, dia lah paling hebat. Dr Asri Zainal Abidin (Prof madya) menegur Anwar Ibrahim dalam blognya.

"Di samping menghormati sumbangan, saya rasa Ketua Pembangkang DSAI, sudah sampai masanya untuk bersara ‘politik’. Sudah banyak rentak tari politiknya yang makin tidak ‘seimbang’. Zamannya mungkin makin menyusur pergi. Saya tidak fikir generasi baru terus bertahan untuk melihat ‘story-design’ politik yang sama. Berilah peluang untuk beliau berundur dengan aman. Demi untuk mewujudkan pembangkang yang lebih berkualiti dan berkesan. Saya rasa beliau perlu menerima hakikat ini. Demikian setiap kita ada hari datang dan hari pergi. Biarlah kita datang disambut mesra, dan kita pergi diucapkan terima kasih dan hormat, bukan dipaksa keluar."

Tiada kata cela, caci maki apatah lagi dia bekas mufti dan ahli agama, dan juga ulama (bukan macam ulama PAS). Tapi tengoklah statement balas dari PKR oleh Dr Muhammad Nur Manuty Pengerusi Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama (BiPPA), PKR.
"Seruan Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada hakikatnya adalah manifestasi suara ketakutan pimpinan negara terhadap fenomena kebangkitan rakyat.
Akhirnya, sebagai seorang ilmuan Muslim sewajarnya beliau patut lebih berhati-hati dalam memberi pandangan supaya tidak menjejaskan kredibiliti dan kewibawaannya sehingga menyebabkan audien hilang hormat."

Macamana dengan kes 16 September? Anwar menipu satu Malaysia, yg tu tak menjejaskan kredibilit dan kewibawaan sampai rakyat Malaysia hilang hormat kah?? Apa la sengal punya Dr Muhamad Manuty! Nak mengampu Anwar pon agak-agakla tulis. Apa punya tuurr la PKR ni...ulama pon boleh kalah dengan Anwar. Dan lagi satu, yang ni PAS tak kata apa plak? Ni salah satu komen dalam blog anwar..(ni pengampu anwar..besar punya ni)
Aku La Reply:

November 6th, 2010 at 12:59 pm

SALAM DSAI,

EWAH2, BUKAN MAIN LANTANG LAGI DR ASRI MENGKRITIK DSAI. SEOLAH2 DIA YANG LAYAK MENENTUKAN SIAPA YANG PATUT DAN TAK PATUT BERPOLIITIK.

HEI DR. ASRI! SEDARLAH SIKIT SIAPA KAMU TU! SIAPALAH KAMU YANG TAK BERPANGKALAN KALAU DIBANDINGKAN DGN DSAI YANG JAUH LEBIH BERKREDIBILITI, BERPENGALAMAN DLM POLITIK NEGARA. KALAU DALAM POLITIK, KAMU TU SETAKAT BUDAK HIGUSAN YANG BARU BELAJAR MEMBACA!

RENUNG2KANLAH DIRI SENDIRI. SILAP HARI BULAN AWAK TU BAIK PAKATAN ATAU BN – DUA2 ENGGAN NAK TERIMA."
 

Memang sah la otak dia ni mereng..sampai ulama' pon kene marah hanya kerana sayangkan Anwar.
Begitulah PKR, PAS dan penyokongnya, langsung tak boleh kena tegur kena nasihat. Yang nasihat bukan calang-calang orang, tetapi bekas mufti..dah kena marah balik. PAS terus senyap, langsung tak kesah plak ulama mcm dr MAZA ni dikitai-kitai oleh juak-juak PKR dan PAS hanya diam membisu dan tutup sebelah mata sahaja. "Nak maki pon makilah, sebab PKR geng kita", agaknya itulah kata PAS.








Saturday, November 6, 2010

PAS: Dah kalah pon masih angkuh...

PAS sememangnya sebuah parti yang penuh dengan keangkuhan, bongkak dan sombong. Dah la kalah..tak mengaku kesilapan sendiri, dituduhnya Barisan Nasional macam-macam plak. Tok-tok gundu (bukan guru) PAS dengan senang hati menuding jari kekalahan mereka kepada UMNO. Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS, Kelantan, Abdul Fatah Harun menuduh orang-orang Asli tidak sokong mereka sebab dibantu oleh jentera kerajaan seperti JHEOA dan lain-lain. Dalam Harakahdaily dia berkata,

"Abdul Fatah yang juga Adun Bukit Tuku berkata, faktor peningkatan ketara pengundi Orang Asal kepada BN kerana  penglibatan secara langsung agensi kerajaan terutamanya Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), tentera dan Rela di penempatan mereka.Katanya, penglibatan secara langsung agensi kerajaan terbabit dengan mengawal sepenuhnya masyarakat Orang Asal menyebabkan mereka tidak berani memberi sokongan kepada calon PAS."

La..dah la ko tipu orang Asli ni, ko amik tanah dia..tetiba nak suroh diorang undi PAS?Nak kata lembab kang, marah plak PAS ni. Yang nik aziz bagi duit kat orang asli tu bukan satu bentuk kawalan ke?

PAS tak habis-habis salahkan orang Asli dalam hali ni. Kali ni Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, juga menyalahkan rakyat di Galas termasuk orang-orang Asli kerana isu tanah. Dalam Harakahdaily juga dia berkata,
Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, masalah tanah masih menjadi rungutan sebahagian rakyat dan mereka juga terpengaruh dengan dakyah yang disebarkan pihak lawan.
“Usaha kerajaan negeri menyelesaikan masalah tanah tidak difahami mereka. Sedangkan usaha ke arah menyelesaikan hak milik sedang dilakukan dan tentunya mengambil masa untuk diselesaikan.
“Keadaan menjadi tambah keliru kerana ada pihak membangkitkan pelbagai isu mengenai tanah biar pun penjelasannya mengenainya sudah diberi kerajaan negeri,” katanya di sini, malam tadi.
Selain itu juga faktor beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), tentera dan  Rela yang berkampung di penempatan Orang Asal sejak 15 Oktober lalu menyebabkan pergerakan penduduk tempatan terbatas.

Apa ke lembam diorang ni..nak tunggu apa lagi nak selesai?Tanah dah gondol, macamana mereka nak cari hasil?Geran tak dapat, setakat sijil tak laku diberi..duit bulan2 tak seberapa?Pencemaran lagi..
PAS memang tak sedari diri walaopon dah kalah..dah lah tak tolong rakyat, jahanamkan tanah rakyat, bila kalah p/raya, dia salahkan rakyat pulak lagi. Ini ke parti Islam yang dibangga-bangga kan? Mereka hanya pandai menggunakan Islam untuk memancing undi, bukan berjuang berlandaskan Islam. Sikap mereka tidak yang menerima kekalahan atas kesilapan diri sendiri, dan menyalahkan orang lain pula, mencerminkan betapa angkuhnya PAS dengan ideologi politik sempit mereka.

Tuesday, November 2, 2010