f September 2010 ~ Ikrar Pemuda

Monday, September 27, 2010

PKR: Parti Kian Rebah?



Cuba lihat aktiviti-aktiviti di bawah:
1) Gaduh
2) Rampas peti undi
3) Sabotaj
4) Pengundi hantu
5) Rosakkan peti undi

Semua ini bukanlah aksi-aksi dalam filem gangster, tetapi ia adalah sebahagian dari perjalanan pemilihan ranting dan cabang bagi Parti Anwar Sekeluarga yg dulu dikenali sebagai PKR. Akibatnya, terdapat beberapa ranting dan cabang dibatalkan mesyuaratnya. Beberapa orang pimpinan tertnggi PKR turut kalah dalam pemilihan kali ini, iaitu Sivarasa, Elizabeth Wong dan Dato Kamarul Bahrin.

Menang kalah adat bertanding, namun masalah gangsterisme menonjol dalam pemilihan parti itu apabila banyak kekecohan berlaku hampir di seluruh negara. Semut hitam ada membuat ulasan

"Di Klang, dakwaan kononnya kertas undi bagi pencalonan Ketua Cabang tidak mencukupi. Sedangkan kertas undi bagi jawatan lain semuanya cukup. Hanya bagi jawatan itu sahaja yang kurang. Bagi salah seorang calonnya, perkara itu tidak masuk akal lansung.


Di Kapar pula, ada kertas undi yang tidak menyenaraikan nama calon tertentu. Malah turut didakwa ada kertas undi yang sudah siap bertanda. Fuh! Demokrasi sungguh. Ada juga dakwaan yang turut menyalahkan Pihak Pengawasan Pemilihan apabila mengarahkan pengundi mengundi calon tertentu sahaja."

Menurut N9kini.com pula,

Di Sabah, kata FMT, kekecohan turut berlaku di Cabang Pesiangan, Sabah apabila seorang calon yang diisytiharkan sebagai muflis bertegas ingin mengekalkan jawatannya. Kata FMT, keadaan di Cabang Batu Sapi, Sabah juga panas apabila berlaku kekecohan pertandingan bagi jawatan ketua cabang berkenaan.

Keadaannya seperti apabila beruk mendapat bunga. Semua ini terjadi kerana mementingkan kuasa dan bukan untuk memperjuangkan rakyat. Bagaimana jika mereka-mereka ini menguasai negara pula?Mungkin ada yang bunuh-berbunuhan plak, negara pula bisa hancur akibat asyik berpolitik sesama sendiri.

Wednesday, September 22, 2010

Dato Dr Satim Diman: Beramah mesra bersama pengundi-pengundi berbilang kaum di Puchong





Kemesraan terjalin di antara Dato Dr Mohamad Satim Diman bersama pengundi-pengundi berbilang kaum dari Puchong. Kesediaan Dato Satim untuk berdamping dengan rakyat di Puchong amatlah disenangi rakyat. Melalui cara ini, masalah-masalah rakyat dapat didengar dan penyelesaian juga akan diperbincangkan.

Langkah-langkah seperti ini merupakan satu lagi transformasi UMNO dan Barisan Nasional dalam menjana semangat baru untuk memperjuangkan nasib rakyat yang tidak terbela di negeri Selangor Darul Ehsan. Semoga usaha-usaha seperti ini akan diteruskan dan dicontohi agar kemenangan bakal dicapai dengan jayanya, Insya Allah.

Saturday, September 18, 2010

16 September: Ulangtahun Penipuan Anwar kepada Rakyat Malaysia

Sedar tak sedar dah 2 tahun rakyat Malaysia ditipu oleh manusia bernama Anwar Ibrahim. Projek 16 September yang dilaung-laungkan dahulu sekarang menghantui diri Anwar. Namun, ketebalan muka Anwar dapat menyembunyikan segalanya. Dalam perutusan (perutusan?) sempena Hari Malaysia, Anwar telah menukar fokus kepada Sabah & Sarawak. Al maklumlah, Sarawak tak lama lagi nak pilihanraya. Mari kita imbas kembali janji-janji manis Anwar kepada rakyat Malaysia berkenaan Projek 16 Septembar


Dengan muka tak malu konon dia nak perjuangkan negeri Sabah dan Sarawak. Macamana plak dengan janji 16 September lalu? Anwar menipu PAS rela sahaja, lihat pada video di bawah ini, Anwar menipu juak-juak PAS pada pilihanraya Permatang Pasir. PAS siap bertakbir kene tipu dengan ANwar..sekarang mana janji Anwar nak lantik Salleh Man jadi YDP MAIPP?
Dari blog www.anwarpembohong.com.

Sudah-sudahlah rakan-rakan semua..Anwar memang tak layak dijadikan pemimpin..asyik nak menipu sahaja..

Wednesday, September 8, 2010

Salam Aidilfitri Dato Satim2010.wmv

Wednesday, September 1, 2010

Islam dipermainkan dan PAS relakan?

gambar diambil dari PerakToday

Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang baru-baru ini mencetuskan kontroversi memasuki surau dan memberi taklimat dan sumbangan tanpa menutup aurat, telah pon meminta maaf. Yang peliknya, PAS bermati-matian mempertahankan tindakan Teo walaupon beliau telah meminta maaf. Bermacam-macam alasan diberi, segala hadis dan macam-macam lagi digunakan oleh PAS untuk mempertahankan tindakan Teo.

PAS sepatutnya menasihatkan Teo supaya lebih beradab apabila berada di surau atau masjid. Tetapi yang menghairankan ialah, PAS sebaliknya menyalahkan UMNO dalam isu ini dan mereka mempertahankan tindakan Teo Nie Ching. PAS juga harus menegur kesilapan AJK surau yang membenarkan perkara ini berlaku dan seharusnya mereka ini harus juga meminta maaf kepada semua umat Islam atas kesilapan mereka ini. Namun, masalah bagi orang yang angkuh untuk meminta maaf dan mereka fikir mereka sudah pandai agama dan tak bisa lakukan kesilapan. Meminta maaf hanya akan memalukan diri mereka.

Bohonglah kalau si kafir yang sememangnya ahli Parlimen sanggup masuk ke surau beri sumbangan dan taklimat tanpa didorong keinginan politik. Begitu juga dengan PAS, mempertahankan tindakan Teo ini juga adalah bermotif politik, bukanlah untuk dakwah Islamiah semata-mata. Umat Islam sekarang adalah umat yang berilmu, dan mereka lebih memahami apa yang tersirat, tak perlulah mereka-mereka ini berdolak dalik. Apa yang diucapkan lain dari yang dibuat, sama sahaja macam ketua mereka iaitu Anwar Ibrahim yang tak lama lagi akan menyambut ulang tahun ke-2 penipuan 16 September.

Sedangkan, sebelum dari itu, DAP baru sahaja menolak pendirian PAS untuk menubuhkan negara Islam dan menyatakan bahawa itu bukan perjuangan pakatan rakyat. Namun, PAS masih boleh pula merelakan dan MEMPERTAHANKAN orang dari parti DAP yang memang tidak bersetuju dengan negara Islam dan hukum hudud untuk masuk ke dewan surau tempat muslimin sembahyang tanpa menutup aurat dan berkebaya sendat. PAS dianggap seperti kerbau dicucuk hidung, mudah untuk ditarik ke sana ke sini, dan gagal dalam memperjuangkan apa yang mereka sering laung-laungkan di ceramah-ceramah mereka.

Apabila melihat perjuangan PAS sebegini, mudah diperlekeh dan mudah diperkudakan, tak dapat nak dibayangkan dimana letaknya perjuangan sebenar PAS. Adakah mereka ini benar-benar ingin memperjuangkan Islam? Atau hanya ingin kan kuasa semata-mata? Semoga mereka diberi petunjuk oleh Allah S.W.T di bulan Ramadhan yang diberkati ini.