f August 2010 ~ Ikrar Pemuda

Saturday, August 28, 2010

PM bersahur & beramah mesra bersama anak yatim di Kg. Sri Aman Puchong


Dato Seri Najib meluangkan masa bersahur bersama anak2 yatim di Rumah Amal Limpahan Kasih, Kampung Seri Aman Puchong pada 28 Ogos 2010

Friday, August 27, 2010

Kafir tak tutup aurat masuk surau bagi duit dan ceramah..PAS hangguk sahaja


"22 Ogos 2010, Teo Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) telah masuk untuk berceramah dan menyampaikan sumbangan kepada ahli-ahli PAS di Surau Al-Huda Kajang Sentral. Bukan sekadar masuk ke dalam surau, malah Teo pergi ke barisan saf pertama untuk berceramah kepada orang Islam di dalam surau. Pada waktu tersebut, jam 9.33 malam. Ini bermakna, sama ada Teoh memberikan tazkirah selepas selesai solat terawih atau antara solat terawih." dari blog http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2010/08/sialan-dap-masuk-masjid-di-selangor.html

ahli parlimen ni nak pegi karaoke ke hape?pakai baju kebaya..tak pakai tudung..pastu pi ceramah kat dewan sembahyang..adakah PAS akan menyokong tindakan ahli parlimen DAP ni?adakah murah sgt jiwa umat Islam untuk dibeli undi dengan menerima tindakan seperti ini?

Mereka boleh menghantar wakil seorang Islam utk menghadiri ke surau..tp kerana terdesak, tanpa segan silu, teo hadir dan memberi tazkirah pula di surau ini..yg lebih memalukan...imam atau khatib membenarkan perkara ini berlaku..agama Islam sudah pon jadi mainan DAP dan direlakan oleh PAS..parti yg konon memperjuangkan Islam..

Monday, August 23, 2010

Dato Satim: Khalid Ibrahim dicabar buat laporan polis


Sampai sekarang, Khalid Ibrahim belum pon membuat sebarang laporan berkenaan dengan penemuan sebuah kamera di pejabatnya, kepada mana-mana agensi. Persoalannya kenapa? Kami sudah pon melaporkan dan menimbulkan isu itu di sini. Pada 22 Ogos 2010, Dato Satim mencabar Tan Sri Khalid untuk membuat laporan berkenaan kes itu.

Khalid wajar buat laporan penemuan kamera elak spekulasi: Satim

2010/08/22

KUALA LUMPUR: Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang sehingga kini masih belum membuat sebarang laporan polis berhubung penemuan kamera tersembunyi di pejabatnya menimbulkan pelbagai spekulasi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Serdang, Datuk Satim Diman, berkata rakyat Selangor masih menunggu bila Khalid akan membuat laporan polis menggenai penemuan kamera itu."Jika belum buat atau enggan membuat laporan polis maka akan timbul pelbagai spekulasi. Apakah ini satu sandiwara politik Tan Sri Khalid dan mengapa?" katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini, hari ini.Satim dalam kenyataan itu turut membuat andaian kemungkinan laporan polis tidak dibuat oleh Menteri Besar itu kerana khuatir siasatan polis akan membongkar identiti sebenar orang yang meletakkan kamera berkenaan.

"Mungkin Tan Sri (Khalid) takut jika ada siasatan polis akan bongkar identiti sebenar orang yang meletak kamera ini sama ada musuh Elizabeth Wong (ADUN Bukit Lanjan) atau musuh Tan Sri Khalid sendiri yang tahu kegiatan dalam pejabat menteri besar atau motif peras ugut," katanya.

Satim berkata, ini adalah kerana umum sedia maklum bahawa hanya orang-orang tertentu sahaja yang boleh keluar masuk daripada pejabat menteri besar, justeru itu adalah mustahil untuk orang luar meletak kamera tersebut.

"Janganlah hendak menuding jari kepada orang lain. Hanya Tan Sri Khalid dan orang dalam sahaja yang tahu rahsia kegiatan dalam pejabat menteri besar," katanya yang berharap Khalid akan segera membuat laporan polis berhubung perkara itu.
Dalam kejadian pada 10 Ogos lalu, Khalid terjumpa sebuah kamera tersembunyi di pejabatnya di tingkat 21, bangunan SUK di Shah Alam.

Menteri Besar itu sebelum ini berkata beliau sedang mempertimbangkan bagi membuat laporan polis jika ada keperluan selepas melihat dahulu rakaman berkenaan. - BERNAMA

Nah...sekarang cabaran telah dibuat! Sila lalalalapor kan wahai Khalid...apa nak takot? Siapa yg selalu masuk keluar pejabat tu selain dari orang2 dalam pejabat itu sendiri kan?Mana laporan CCTV yg Khalid kata nak beritahu??

Wednesday, August 18, 2010

Selangor: Apabila pentadbiran jadi macam sarkis...

Bapak punya besar punya kamera..Spy mana yg pakai tu?Spy Baba kot?

Hampir setiap minggu ada saje berita yg tak kena berkenaan dengan Pakatan Haram di Selangor. Terdahulu, Khalid Ibrahim terjumpa sebuah kamera yg dikatakan digunakan untuk mengintip aktiviti-aktivitinya di pejabat. Kemudian dia katakan bahawa, dia akan melihat dulu rakaman tersebut, dan jika perlu, dia akan buat laporan polis. Sekarang dah seminggu dah, apa yg dia dah buat? Laporan polis takde..laporan hasil siasatan dia sendiri pon takde. Apa punya lawak la Menteri Besar sorang ni?Mana ketelusannya?

Ingat buat sidang akhbar orang boleh kena tipu ke? (Imej dari Malaysian Insider)

Minggu lepas juga kecoh berkenaan dengan penggunaan kepala surat oleh seorang ahli Majlis Perbandaran Klang, Tee Boon Hock. Tee Boon Hock juga merupakan pembantu kepada Exco Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu. Mula-mula The Star buat laporan, kemudian dinafikan ahli Majlis terbabit dalam sebuah sidang akhbar. Kemudian DAP plak buat siasatan dan terus memecat Boon Hock. Selang seminggu, Khalid Ibrahim pula kemudian memecat dari jawatan ahli Majlis Perbandaran Klang. Aihh??semua main siasatan sendiri je ke?Mana ketelusan?kalau dia buat salah pada parti sahaja tak pelah...masalahnya, ia melibatkan wang rakyat negeri Selangor!!Lagi sekali, mana ketelusannya?Yang paling pelik...guna kepala surat Ronnie Liu je boleh dapat projek ke??Besar betol pengaruh Ronnie ni??

Memang sekarang negeri Selangor dah ada macam-macam perkara pelik dalam pentadbirannya. Rakyat haruslah menilai dengan bijak hal-hal sebegini. Begitu rakus dan sewenang-wenang mereka mempermainkan fikiran rakyat dengan cuba menyembunyikan sesuatu dari mata rakyat. Ketelusan bukanlah cara mereka mentadbir, tetapi itu hanya retorik semata-mata.

Tuesday, August 10, 2010

Adakah Khalid Ibrahim cuba menipu?atau biaDAP?

Image: Malay Mail
Prestasi pakatan haram di Selangor semakin teruk. Apa yang mereka laung-laungkan dalam ceramah hanyalah retorik semata-mata.Nepotisme, kronisme, ketidakupayaan mentadbir negeri semakin terserlah di mata rakyat.

Pesta Muzik Islam Antarabangsa yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor tidak mendapat sambutan langsung. Pesta Muzik yang berbayar ini dikatakan dikepalai oleh Elizabeth Wong. Laporan juga mengatakan bahawa syarikat bukan Islam dipilih untuk menganjurkan aktiviti Islamiah ini. Lebih teruk apabila kehadiran Tuanku Permaisuri Agong tidak disambut dengan sebetulnya..Ketiadaan ramai Exco-exco termasuk menteri besar amat-amatlah menghairankan walaupon Tuanku permaisuri hadir ke majlis tersebut..Sultan Selangor juga tidak diberitahu akan kehadiran Tuanku Permaisuri...

Dalam laporan Malay Mail, Khalid Ibrahim dengan mudah mengatakan bahawa kes ini selesai dan kerajaan Negeri Selangor tidak perlu minta maaf pada Tuanku Permaisuri. Ini kerana Tuanku Permaisuri datang atas kapasiti sendiri bukan atas jemputan kerajaan Negeri (Malay Mail 5 Ogos 2010).

Bagaimanapun, pada hari berikutnya, Istana Negara telah mengeluarkan kenyataan bahawa, kehadiran Tuanku Permaisuri adalah atas jemputan penganjur (Malay Mail 8 Ogos 2010).

Padahal, mengikut laporan, Khalid pon tiada semasa Tuanku Permaisuri hadir ke Stadium Malawati Shah Alam menyaksikan acara itu. Jadi, siapa beritahu Khalid yang Tuanku hanya datang tanpa jemputan??Permainan apa yang Khalid cuba main?? Permaisuri pon dia nak main-main kan ke?BiaDAP!!!

Ini adalah satu tindakan biadap oleh seorang dikatakan pemimpin Pakatan Haram.

Tuesday, August 3, 2010

Dato Dr Satim Diman: Selamatkan Selangor Darul Ehsan Serdang Jaya






video-video Ikrar Pemuda lain boleh dilihat di http://www.youtube.com/ikrarpemuda