f July 2010 ~ Ikrar Pemuda

Saturday, July 31, 2010

Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE) kini Melanda Serdang dan Puchong!!



Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan kini melanda Serdang dan Puchong...Semua dijemput hadir. Marilah kita bersama YB Dato Seri Noh Omar, Senator Ezam Mohd Noor (Bekas Ketua Pemuda Keadilan) dan Saudara Hamdan Tahan (Bekas Naib ketua Pemuda Keadilan) untuk dengar pembongkaran dan pendedahan tentang kerosakan yang telah dilakukan oleh Perosak Rakyat di Negeri Selangor ini. Pelbagai isu bakal dikupas antaranya isu curi pasir, isu masalah ekonomi negeri, salah guna kuasa dan kronisme.

Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan

Tempat: Pejabat KEMAS Puchong, Jalan 3/12 Serdang Jaya, Seri Kembangan Selangor
Tarikh: 1 Ogos 2010 (Ahad)
Masa: 8.30 Malam

Pendaftaran Pengundi Muda juga akan diadakan....Semua Dijemput Hadir

Peta lokasi Program SSDE di Serdang Jaya, Seri Kembangan adalah seperti di bawah
(Nota: Pejabat Kemas berada di jalan 3/12)

View Larger Map

Thursday, July 29, 2010

Kerjasama UMNO & PAS: Angkuhnya PAS yang tak sedar diri


PAS, atau parti Islam Se-Malaysia, sebuah parti yang memperjuangkan Islam. Dikenali juga dengan parti dibawah kepimpinan ulama, dan parti yang bertunjangkan quran dan sunnah...pendek kata PAS adalah parti yg sememang Islam. Kalau kita ambil definisi Islam itu sendiri yang bermaksud, aman dan damai, apatah lagi isi kandungan agama Islam yg merupakan ad-din (cara hidup) yg mempromosikan kedamaian dan keharmonian untuk pengabdian diri kepada Allah SWT, PAS sewajarnya mengamalkan nilai-nilai cintakan kedamaian, permuafakatan dan mematuhi segala perintah dan menjauhi larangan Allah.

Isu yang sedang hangat sekarang ialah isu rundingan UMNO-PAS yang diterangkan oleh Mufti Perak Datuk Harussani. Apabila rundingan antara 2 pihak yang bertelagah, kadangkala ada syarat yang dikemukakan oleh mana-mana atau kedua-dua belah pihak. Cuba kita lihat syarat yang dinyatakan oleh PAS untuk berunding dengan UMNO.Antara yang menyatakan syarat-syarat itu ialah, Mursyidul Am PAS, Dato Nik Aziz, dan Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan -

Syarat dari Nik Aziz:

1. (2010)"Ketika ditanya mengenai pandangan berkenaan, Nik Abdul Aziz berkata:

"Bagaimanapun tegasnya, UMNO perlu mengubah dasar parti itu kepada Islam berbanding dasar kebangsaan yang diamalkan sekarang sekiranya mahu bergabung dengan
Pas."[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0714&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm]


2. (2010)“Pada saya, kalau Umno tukar dasarnya daripada Melayu kepada Islam, maka Umno boleh bersama PAS dalam Pakatan Rakyat. Bila Umno boleh bersama PAS atas dasar Islam, orang Islam makin kuat dan politik Melayu bertambah kukuh,” katanya. [http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/nik-aziz-cabar-umno-tukar-nama-dasar-sertai-pakatan/]

Bermakna, PAS meletakkan syarat supaya UMNO tukar dasar kepada Islam. Ok, fine.

Syarat dari Nasruddin Hassan pula:

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin - (2010)"5. UMNO hulur dan tawarkan perpaduan kepada kita . Saya sarankan agar kita [ PAS ] tidak perlu menolak tawaran itu . Terimalah tawaran untuk perpaduan ummah kerana kita tidak mahu perpecahan , tetapi kita WAJIB letak syarat iaitu Islam . " [http://episodeperjuangan.blogspot.com/2010/07/perpaduan-melayu-pas-tidak-perlu.html]

OK..itu adalah syarat yang PAS letak pada UMNO, jika mahu bergabung atau bekerjasama dengan UMNO

Ini syarat dari UMNO pula, seperti yang dinyatakan oleh Presiden UMNO, Dato Seri Najib:

(2010)"Umno sentiasa bersikap terbuka untuk mengadakan sebarang perundingan dengan PAS yang menjurus kepada perpaduan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, Najib yang juga Presiden Umno berkata rundingan perpaduan itu mestilah dibuat tanpa pra syarat."

[http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=514555]

Ada syarat??Tiada pra-syarat. Simple, senang, tiada dolak-dalik.

Cuba kita lihat pula apakah syarat-syarat yang PAS letak, untuk bekerjasama dengan DAP. Harus diingat, sebelum PRU-12, tiada pon Pakatan Rakyat, PAS hanya membuat manifesto bersama PKR, dan tiada pon DAP dalam Pakatan Rakyat pada ketika itu. Kerjasama PAS dan PKR dengan DAP hanya berlaku selepas pilihanraya umum ke 12. Syarat-syarat yang pernah PAS nyatakan untuk kerjasama dengan DAP ialah:


1) (2007)"PAS masih membuka pintu kerjasama dengan DAP dalam pilihanraya umum akan datang dengan syarat parti itu menerima prinsip negara Islam PAS, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan itu berkata, PAS sama sekali tidak akan menggadai prinsip Islam semata-mata untuk bekerjasama dengan DAP."[http://www.malaysiakini.com/news/68084]

Syarat yang dinyatakan adalah lebih kurang sama dengan apa yang Nik Aziz beri kepada UMNO untuk kerjasama. Adakah DAP menerima syarat tersebut dan menerima dasar Islam dan prinsip negara Islam PAS?Tidak.

Sebaliknya, DAP mengarahkan PAS untuk tidak menegakkan negara Islam melalui kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh:

(2008)"Pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh hari ini mendesak PAS supaya menggugurkan agenda parti itu untuk menubuhkan negara Islam.

Ahli parlimen Bukit Gelugor itu berkata, janggal bagi PAS untuk meneruskan agenda negara Islamnya dan pada masa yang bekerjasama dengan dua parti lain dalam
Pakatan Rakyat - PKR dan DAP." [http://www.malaysiakini.com/news/81785]

Bermakna, DAP menolak syarat-syarat yang dinyatakan oleh Nik Aziz. Namun tiada pula, apa-apa kenyataan dari PAS untuk memberi syarat kepada PKR supaya menukar dasar PKR kepada Islam sebelum kerjasama. Sehingga ke hari ini, PAS, PKR dan DAP masih bekerjasama.

Begitulah PAS, kerjasama dengan UMNO, diletak bermacam-macam syarat, kalau tak memenuhi, tiada kerjasama. Padahal UMNO juga orang Islam, bukan anti-Islam . Melalui UMNO, pelbagai usaha memperkembangkan syiar Islam diadakan, institusi-institusi berdasarkan syariah, dan pendidikan Islam juga telah diperkembangkan. Islam harus diperkembangkan bukan melalui paksaan, tetapi secara berperingkat-peringkat sepertimana yang UMNO telah usahakan. Walaubagaimanapun, atas apa yang telah diusahakan oleh UMNO, bagi PAS, UMNO belum lagi terima dasar Islam.

Yang peliknya, DAP tidak memenuhi pun syarat kerjasama seperti yang dinyatakan oleh Nik aziz, manakala PKR langsung tak diberi syarat. Namun PAS terus bekerjasama dengan DAP dan PAS dalam Pakatan Rakyat.

PAS berlagak angkuh dengan UMNO seolah-olah parti PAS adalah lebih besar dari UMNO, padahal, di dalam Pakatan Rakyat, ahli Parlimen PAS lah yg paling sedikit. Sedangkan secara keseluruhannya, UMNO mempunyai jumlah kerusi paling besar kalau dibandingkan dengan semua parti2 dalam Parlimen Malaysia. Yang menyedihkan ialah, PAS pula menuduh UMNO sudah lemah, dan akan kalah pada Pilihanraya Umum akan datang. PAS langsung tidak memikirkan kekuatan orang Islam di Malaysia jika penggabungan ini berlaku. Begitulah angkuhnya PAS, sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam, tetapi tiada pon nilai-nilai Islam, yang ada cuma label-label berbahasa Arab dan perkataan Islam pada nama parti mereka.

Wednesday, July 21, 2010

Anwar ahli Freemason...komfem..


Kupasan seorang blogger muda amat menggemparkan kita..beliau telah terjumpa kaitan anwar dengan gerakan freemason..dan didapati anwar adalah antara ranking officer bagi gerakan ini. lihat imej di atas dan boleh periksa di sini. Blogger anwaraidc pernah jugak mengupas isu ini mei lalu..di sini

Apakah freemason?..kenapa dunia Islam membenci gerakan freemason ini..ok..kite patut tanya kawan baik Anwar, tuan guru hadi awang berkenaan dengan freemason..tgk video di bawah ni..baik punya ceramah..


sambungan ada di sini dan di sini

Sebagai presiden PAS, iaitu parti yang kononnya memperjuangkan Islam dan memusuhi freemason...kenapa tidak Hadi nasihat Anwar atau pon memusuhi Anwar? Dalam ceramah berdegar-degar suruh umat Islam jauhi freemason..tapi di kawan dengan ahli freemason ok plak?

Friday, July 16, 2010

Demokrasi Sampah!! amalan Pakatan: Cakap Khalid Gagap Hutang RM66 juta, Elaun kena potong


Ini lah demokrasi yang dilaung-laungkan oleh Pakatan Haram. Sebut pertikai sahaja bagaimana Khalid Gagap berhutang RM66 juta nak jadi Menteri Besar Selangor terus kena potong elaun...demokrasi kepala hotak mereka!!

SHAH ALAM 15 Julai – Setelah lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dikenakan tindakan gantung daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun lalu, kini tiba pula giliran Timbalan Ketua Pembangkang, Datuk Dr. Mohamad Satim Diman.

Namun, Mohamad Satim tidak dikenakan hukuman yang sama sebaliknya DUN meluluskan memotong elaun khas sebanyak RM1,500 yang diterimanya sebagai ADUN Seri Sedang.

Keputusan itu dibuat setelah semua ADUN daripada kerajaan negeri hari ini bersetuju terhadap usul berkenaan yang dikemukakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan dibawa dalam sidang DUN negeri ketika sesi perbahasan bajet pada 11 November tahun lalu yang meminta siasatan di bawah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (JKHK) terhadap Mohamad Satim.

Ini kerana, ketika perbahasan bajet negeri berkenaan, Mohamad Satim menyatakan ketidakupayaan Abdul Khalid membayar pinjaman Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) berjumlah RM66.6 juta untuk membeli 200 juta (20 peratus) saham Kumpulan Guthrie Berhad pada 1998.

Menurut Speaker DUN, Tang Chang Khim dalam sidang akhbar selepas sidang DUN hari ini, meskipun siasatan di bawah JKHK itu membuktikan Mohamad Satim tidak bersalah membuat kenyataan tersebut, bagaimanapun hukuman berkenaan dikenakan hanya kerana kegagalan Mohamad Satim menghadiri sesi pendengaran JKHK yang diadakan sebelum ini.

“Siasatan JKHK mendapati Mohamad Satim tidak bersalah, tetapi oleh kerana beliau tidak menghadiri sesi pendengaran JKHK setelah diminta maka DUN telah memutuskan beliau membayar denda RM1,500 melalui pemotongan elaun khas beliau sebagai ADUN,” katanya di sini hari ini.

November lalu, DUN telah meluluskan usul yang dikemukakan Abdul Khalid supaya Mohamad Satim disiasat oleh jawatankuasa itu ekoran kenyataannya mengenai kesangsian rakyat terhadap Abdul Khalid dalam menguruskan kewangan kerajaan negeri menerusi Bajet Selangor 2010.

Ini kerana, Mohamad Satim didakwa turut mengaitkan kesangsian tersebut dengan ketidakupayaan Abdul Khalid membayar pinjaman BIMB berjumlah RM66.6 juta untuk membeli 20 peratus saham Kumpulan Guthrie Berhad tahun 1998. – Utusan/MediaUMNO

Dah lah terbukti tak bersalah oleh Mahkamah SELCAT yang dipengerusi kan oleh Raja Teng, still kene potong elaun atas alasan tak hadir SELCAT...Tak jadi kudis la!!

Potong la elaun sebanyak mana pon, Pakatan tetap harus dihalau dari Bumi Selangor. Di harap agar Dato Satim dan rakan-rakan BN lain tidak patah semangat..kami Ikrar Pemuda sentiasa menyokong mereka dalam menghancurkan pakatan haram ini. Terbukti yang mereka sekarang sudah panas dengan isu pasir yg dirompak sewenang-wenang di bumi Selangor tercinta ini.

Monday, July 12, 2010

Selangor Darul Lobang??


Ketika ini Selangor menjadi panas ekoran pendedahan ketua pembangkang Dato Seri Dr Khir Toyo berkenaan dengan aktiviti curi pasir di Selangor yang sudah sampai tahap kronik. Keuntungan yang diperolehi sebanyak Rm 8 juta, setengah daripadanya telah dijadikan bayaran bonus untuk kakitangan Kump. Semesta iaitu anak syarikat kerajaan negeri yang kononnya menguruskan aktiviti korek pasir di negeri ini. Masalahnya ialah:

1) Hasil korek pasir tidak sampai ke kantung negeri. Mana slogan merakyatkan ekonomi??Mana slogan negeri berkebajikan??

2) Alam sekitar dijahanamkan..ada lobang yang dikorek sehingga 80 meter dalamnya. Kesannya ialah, kawasan ini tidak boleh lagi digunakan untuk dimajukan untuk pembinaan mahupon pertanian. Proses untuk menimbus kembali sudah pasti menggunakan kos yang mahal dan masa yang lama untuk pulih!!

Yang terang lagi bersuluh, apabila ADUN2 BN sepakat ingin bertanya berkenaan kegagalan kerajaan negeri Selangor mengurus pasir hari ini, ADUN BN telah dihalau dari Dewan Undangan Negeri.

Memang Pakatan Rakyat sedang main kotor, habis tanah dirompak demi nak kesenangan. Sedangkan kesannya kepada rakyat dan anak cucu di masa hadapan tidak diambil peduli!! Mari kita sepakat hancurkan Pakatan Haram ini dari mereka menghancurkan lagi negeri Selangor tercinta ini!

Sunday, July 11, 2010

Taklimat penambahan pengundi baru di DUN N29