Sunday, April 25, 2010

Pilihanraya Kecil Hulu Selangor: TAHNIAH BN! KAMALANATHAN MENANG


P. Kamalanathan dari Barisan Nasional telah menang di Hulu Selangor dengan majoriti 1725 undi dengan menewaskan calon PKR Dato Zaid Ibrahim. Tahniah semua!! Tiba masa bekerja untuk rakyat!!Jangan sia-sia kan kepercayaan rakyat!!Hidup BN!!

Wednesday, April 21, 2010

Pilihanraya Kecil Hulu Selangor: PKR semakin goyang...

PKR nampaknya semakin goyang..nak runtuh...dah. Ini semua sebab kepimpinan yang lemah. Anwar adalah punca segala-galanya..terrrlalu lemah..tak reti nak ikut isi hati rakyat..Setelah berdas-das serangan ke atas perilaku Zaid Ibrahim dan Zaid sendiri mengakuinya..


Orang kuat PKR Dr Halili Rahmat pula keluar dari PKR...Apa maknanya tu??Semakin ramai orang-orang yang rapat dengan Anwar telah pon lari dari PKR...ada juga laporan mengatakan bahawa PAS di Hulu Selangor tidak menyokong pon Zaid Ibrahim sebagai calon dan ingin berpaling tadah!

Sambutan ceramah PKR di Hulu Selangor juga bukan setakat kurang mendapat sambutan..tetapi lesu..

ceramah PKR lesu di Stadium Kubu Bahru..penceramah terdiri dari Khalid Gereja, Zuraida, Manikavasagam dan Hatta Ramli..ada 30 orang je..stadium boleh muat 2-3 ribu...amacam?


Namun..apa pon sebabnya, bukan masa untuk BN boleh bersuka-ria..teruskan bekerja keras mendukung hasrat rakyat di Hulu Selangor!!..Ayuh BN..jgn undur..terus maju!!

Saturday, April 17, 2010

Anwar Ibrahim Menipu Lagi..


Anwar memang penipu besar..juak-juak PAS tak pernah serik-serik kene tipu.Asal benda yang nak melingkupkan UMNO sahaja..mereka-mereka terus percaya kata-kata Anwar, tanpa selidik apa-apa. Asal dilaporkan Harakah (yg laporannya selalu ikut apa yg Anwar cerita) mereka terus percaya. Anwar seumpama dewa bagi mereka manakala Harakah pula adalah seperti buku teks atau buku agama mereka. Bernama tempohari melaporkan bahawa, Timb. Menteri Dalam Negeri, Dato Wira Abu Seman menafikan laporan Anwar mengenai penglibatan Israel dalam PDRM...

Dewan Rakyat: Tiada Penglibatan Perisik Israel Dalam Projek PDRM - Abu Seman

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri Selasa menafikan penglibatan dua anggota perisik Israel dalam projek "Police Reporting System" (PRS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) seperti yang didakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Menterinya Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata siasatan dalaman yang dilakukan PDRM mendapati kesemua pekerja yang terlibat dalam pembangunan projek PRS terdiri daripada warga tempatan kecuali seorang warga India.

"Projek PRS adalah berkaitan sistem menerima laporan polis melalui sistem komputer yang dibekalkan di balai-balai polis di seluruh Semenanjung Malaysia melalui tiga fasa mengikut zon dan sistem PRS bagi Sabah dan Sarawak akan dilaksanakan dalam fasa keempat," katanya.



Anwar haritu bercakap dalam Dewan Rakyat dia ada dokumen bahawa perisik Israel mempunyai akses kepada maklumat strategik negara melalui syarikat Asiasoft (M) Sdn Bhd yang menjadi subkontraktor untuk upgrade sistem komunikasi dan teknologi PDRM.

Bahagian mana yang Anwar kata ada perisik Israel??

Abu Seman berkata fasa pertama dan kedua projek itu dibuat oleh Sapura System Sdn Bhd (SSSB) dan fasa ketiga pula dibangunkan oleh Masterplan Consulting Sdn Bhd (MPC) yang telah melantik subkontraktor iaitu Asiasoft (M) Sdn Bhd bagi melaksanakan sebahagian aplikasi sistem PRS, di mana saham syarikat itu 70 peratus daripadanya dimiliki oleh rakyat Malaysia dan bakinya dimiliki Asiasoft (S) Pte Ltd.

"Semua pekerja yang terlibat adalah terdiri daripada warga tempatan dan tidak ada sama sekali pekerja-pekerja dari Asiasoft (S) Pte. Ltd," katanya.

Bahagian ni Anwar menipu lagi

Bagaimanapun selepas Ogos 2007, Abu Seman berkata 100 peratus saham milik Asiasoft (S) Pte Ltd telah diambil alih oleh Asiasoft Global Pte Ltd yang berdaftar di Singapura dan bukannya di Tel Aviv, Israel.

Beliau berkata saham syarikat Asiasoft Global Pte Ltd dimiliki seorang rakyat Singapura iaitu Toh Kian Hong sebanyak 49 peratus, manakala bakinya dimiliki Top Image Systems Ltd (TIS) yang mana dua daripada anggota lembaga pengarahnya adalah rakyat Israel.

"Kebimbangan kehadiran perisik Israel ini mula timbul bila ada peralihan saham itu, tetapi projek fasa tiga telah disiapkan pada Oktober 2006 iaitu sebelum penstrukturan semula pada Ogos 2007, jadi tidak ada kemungkinan terlibat perisik Israel dalam projek RPS.

"Melalui siasatan dalaman PDRM juga, MPC telah memaklumkan bahawa mereka telah menamatkan perkhidmatan subkontraktornya iaitu Asiasoft (M) Sdn Bhd pada 31 Dis 2008," katanya.

Bermakna kerajaan telahpun mengambil langkah sewajarnya walaupun tiada pun sebenarnya ancaman Israel nak selidik hal polis kita.

Beliau berkata dakwaan Anwar bahawa projek RMPnet iaitu projek sistem komunikasi radio dua hala yang dibangunkan oleh Motorola Technology Sdn Bhd (MTSB) dengan kerjasama MPC ada kaitan dengan Apco Worldwide, juga tidak benar.

"RMPnet adalah projek menaik taraf sistem komunikasi analog konvensional PDRM kepada sistem komunikasi taktikal digital yang dapat menjamin keselamatan maklumat dan peningkatan keberkesanan PDRM.

"MTSB melaksanakannya berdasarkan piawaian Apco P25 yang dibangunkan oleh 'Association of Public Safety Communications Officials' yang dikenali dengan nama ringkas Apco International.

"Apco International tiada kaitan langsung dengan Apco Worldwide yang merupakan syarikat perunding perhubungan awam manakala RMPnet dan PRS merupakan dua projek berasingan dan tiada kaitan sama sekali," katanya.

Anwar memang kaki menipu..APCO lain orang guna..APCO lain yang di cakap..dasar pembelit, penipu...MUNAFIQ!!

Thursday, April 8, 2010

Pilihanraya Kecil Hulu Selangor: calon BN dari MIC...semangat 1Malaysia benar-benar diperjuangkan BN

Konvensyen BN Selangor baru2 ini..

Dato Seri Najib telah membuktikan bahawa 1Malaysia bukanlah retorik semata-mata. Ini dibuktikan dengan mengekalkan calon dari MIC untuk p/raya kecil di Hulu Selangor bulan ini. Ramai skeptik yang kecewa dengan pilihan Dato Seri namun, Dato Seri Najib telah awal-awal mengingatkan bahawa calun pilihan BN harus diberi sokongan oleh semua parti komponene. Cuba kita lihat statistik di bawah ini...

Keputusan PRU 2008:

P094 - HULU SELANGOR
Peratus keluar mengundi 75.24
Undi Rosak 1,466
Majoriti 198
1. PALANIVEL A/L K. GOVINDASAMY (BN) 22,979 (MIC)
2. ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD (PKR) 23,177

N09405 - HULU BERNAM
Peratus keluar mengundi 73.69
Undi Rosak 318
Majoriti 3,549
1. MOHAMED IDRIS BIN ABU BAKAR (BN) 7,985 (UMNO)
2. ABDUL SUKOR BIN ALI (PAS) 4,436

N09406 - KUALA KUBU BAHARU
Peratus keluar mengundi 73.20
Undi Rosak 549
Majoriti 448
1. WONG KOON MUN (BN) 6,555 (MCA)
2. K ANNAMALAI RAMU A/L KANDASAMY (DAP) 6,107

N09407 - BATANG KALI
Peratus keluar mengundi 77.87
Undi Rosak 404
Majoriti 2,179
1. MOHD. NASHRUDDIN BIN ABD. AZIZ (PKR) 9,545
2. MOHD. ISA BIN ABU KASIM (BN) 11,724 (UMNO)

Di peringkat parlimen, MIC kalah tipis pada arwah Dato Zainal. Namun apa yang menariknya ialah, BN sememangnya dari dulu sudah mengamalkan prinsip 1Malaysia.

Pecahan peratusan pengundi Hulu Selangor ialah 53.9 peratus Melayu, 26.7 peratus Cina, 19 peratus India dan 0.4 peratus lain-lain kaum. Berdasarkan statistik di atas, jika UMNO dituduh rasis, seharusnya calon bagi Parlimen Hulu Selangor diberi kepada UMNO sahaja bukan? Lebih-lebih lagi apabila prestasi MIC di p/raya umum 2008 yang agak teruk secara keseluruhannya, ramai yang menganggap harus diletakkan calon UMNO. Namun atas dasar prinsip 1Malaysia, Dato Seri Najib telah mengumumkan calun dari MIC.

Ini kerana, jika dilihat pada wakil-wakil DUN di bawah parlimen Hulu Selangor, UMNO dan MCA sudah pun ada wakil. Jadi, dengan meletakkan MIC sebagai calon di peringkat Parlimen, maka cukuplah wakil-wakil bagi pengundi-pengundi mengikut kaum di kawasan Parlimen Hulu Kelang. Ini lah prinsip permuafakatan yang sebenarnya telah dipegang BN dari dulu sehingga sekarang. Insya Allah..dengan semangat dan permuafakatan ini..dan usaha gigih dari semua peringat dalam BN..kita akan menang dan menumbangkan Pakatan Haram...


p/s: Mana logo pakatan haram yg diwar-warkan dulu??Tak pakai ka?kata nak bergabung jadi satu parti??

Sunday, April 4, 2010

Tahniah Dato Seri Najib: Setahun Menjadi PM



Kami di Team Ikrar Pemuda mewakili Pemuda UMNO Bhg. Puchong ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Perdana Menteri kita, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak setelah setahun menjadi Perdana Menteri. Walaupun dalam tempoh yang singkat, PM telah melakukan pelbagai kemajuan dan transformasi kerajaan demi kesejahteraan rakyat. Syabas dan teruskan perjuangan Dato Seri Najib.