Thursday, March 25, 2010

BERITA TERKINI!! Ahli Parlimen Hulu Langat Dato Dr Zainal Abidin Ahmad Meninggal Dunia...Al Fatihah..


Kami di Ikrar Pemuda ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga ahli Parlimen Hulu Langat dari Parti PKR iaitu Dato Dr. Zainal Abidin Ahmad yang baru sahaja meninggal dunia. Semoga rohnya di cucuri rahmat...Al-Fatihah..

Juara Rakyat Diteruskan di Puchong!!


DUN Seri Serdang (kawasan Puchong dan serdang) bakal digegarkan sekali lagi dengan aktiviti Juara Rakyatnya pada bulan ini. UMNO Bahagian Puchong di bawah pimpinan Dato Dr Mohamad Satim Diman kali ini terlibat pula dalam menganjurkan Ceramah Perdana Juara Rakyat pada 28 Mac 2010 di Tadika MCA (sebelah gerai majlis) Taman Bukit Kuchai, Puchong jam 8.30 malam. Ceramah akan disampaikan oleh pemidato yang tidak asing lagi iaitu Presiden PERKASA Datuk Paduka Ibrahim Ali. Semua dijemput hadir...

Sesuai dengan misi untuk menjadi Juara Rakyat, UMNO Bhg Puchong yang baru sahaja selesai mengadakan Karnival Juara Rakyat meneruskan agenda mereka untuk terus menjuarai hasrat dan kehendak rakyat. Begitu juga dengan inisiatif Aduan Rakyat yang baru-baru ini dilancarkan dapat mempermudahkan aduan rakyat kepada wakil rakyat Puchong, Dato Satim. Demi memperjuangkan rakyat, UMNO dan BN akan sentiasa mengadakan aktiviti-aktiviti sebegini di masa-masa akan datang...

Saturday, March 20, 2010

Aduan Rakyat DUN Seri Serdang: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan



62003

Itulah nombor yang rakyat boleh guna untuk membuat aduan kepada wakil rakyat kawasan DUN Seri Serdang, YB Dato' Dr Mohamad Satim Diman. Inisiatif Aduan Rakyat yang menggunakan sms yang pertama sekali di negeri Selangor ini dikendalikan 5 AJK yang akan memberi maklum balas dalam tempoh 24 jam. Yang menarik sekali ialah, aduan boleh dibuat di dalam pelbagai bahasa bagi memudahkan para pengadu.

Sesuai dengan dasar BN, iaitu 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, Inisiatif Aduan Rakyat di dalam DUN Seri Serdang oleh Dato' Satim amatlah bertepatan. Ini juga membuktikan UMNO dan BN sebagai Juara Rakyat bukanlah omong kosong. Syabas Dato' Satim dan Barisan Nasional!

Wednesday, March 17, 2010

Anwar pengecut...keluar dewan selepas di asak



Pada sidang Parlimen hari ini, Anwar telah diserang bertubi-tubi oleh bekas ahli PKR Dato 'Seri Zahrain Hashim. Anwar jelas panas punggung apabila tidak mampu menahan asakan dan terus keluar dewan, apabila Zahrain mendedahkan segala penipuannya berkenaan rancangan 16 Septembernya tahun lepas. Antara perkara-perkara yang Anwar tipu ahli-ahli parlimen Pakatan Haram pada waktu itu ialah:

  • . kononnya Yang di-Pertuan Agong sedang menunggu di Istana Negara untuk memberi perkenan kepada pakatan pembangkang untuk membentuk kerajaan dan memberi perkenan kepada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.
  • . Kononnya panglima angkatan tentera juga menyokong perancangan pembangkang itu yang kemudiannya menjadikan Dewan lebih gamat.

Anwar nampak sangat marah tapi tak mampu nak jawap apa-apa walaupon ada backing dari balaci-balaci seperti Gobalakrishnan dan Tian Chua. Begitulah betapa besarnya putar belit Anwar untuk mendapatkan kuasa dan menjadi Perdana Menteri. Dia akan menggunakan segala tipu muslihat tanpa segan silu. Namun sekarang kredibiliti Anwar mula tercabar dan tercalar…setelah beberapa ahli PKR keluar parti, kini dia diserang pula oleh bekas rakannya dan membongkarkan penipuannya…Anwar semakin goyang…lihatlah videonya dibawah ini


Friday, March 12, 2010

PKR hampir lingkup..Anwar sudah goyang..


Selepas 2 tahun pakatan songsang memerintah di negeri yg mereka menangi, pencapaiannya amat teruk sekali. Perbalahan dalaman parti mereka terutama PAS dan PKR lebih menonjol selain siri ceramah-ceramah mereka di merata tempat.

Dalam pakatan haram, PKR yang paling hancur sekali, padahal penasihat parti ni adalah ketua pembangkang. Apa sebenarnya dah jadi dengan PKR?? Sebab sebenarnya hanya Anwar yang tau sendiri.

Anwar yang hanya pandai ceramah sana sini tetapi tak tau nak jaga orang2 bawahan, jadi macamana kita nak harapkan dia jaga negara?? Lebih-lebih lagi bila dilihat, dalam Pakatan haram itu, yang paling bermasalah ialah PKR.Kes liwatnya amat menggangu jiwa pemimpin-pemimpin dalam PKR lebih-lebih lagi bila Anwar asyik cuba menangguhkan kes dengan pelbagai cara dan bukan cuba mempertahankan dirinya.

Antara yang keluar ialah Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng dan Ahli Parlimen, Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri. Ini menjadikan PKR kehilangan empat Ahli Parlimennya dalam tempoh terdekat...dan yang terbaru ialah Zulkifli Noordin.

Zahrain dan Tan dilihat tidak sebulu dengan Lim Guan Eng. Jadi di mana pakatannya?? Pakat-pakat nak melingkup?? Mohsin Fadzli pula berkata tindakannya adalah kerana dia hilang keyakinan terhadap perjuangan dan matlamat politik PKR dan Pakatan Haram dalam mengembalikan kedudukan politik dan kedaulatan Islam di negara ini.

Zulkifli Noordin yang dilihat lantang dalam isu-isu melibatkan agama Islam telah ditendang keluar dari PKR. Jadi sebagai umat Islam, bolehkah kita bergantung harap kepada parti seperti ini untuk memperjuangkan agama kita??

PKR sememangnya parti yang longgar dari segi perjuangan, kabur dan syok sendiri. Rakyat menyokong mereka bukanlah kerana mereka boleh diharap, tetapi sebagai teguran kepada UMNO dan BN. Namun, kehancuran yang cuba mereka lakukan di Selangor harus dihentikan, apatah lagi sekarang Anwar Ibrahim dilantik menjadi penasihat ekonomi 1Ringgit yang mana kerjanya hanya ceramah, ceramah dan ceramah.


Tuesday, March 9, 2010

Program Juara Rakyat di Puchong





Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNK), bersama UMNO Bhg Puchong akan mengadakan program UMNO Juara Rakyat di padang Taman Puchong Indah pada 13 dan 14hb Mac 2010. Pelbagai pameran dan gerai daripada agensi kerajaan akan menyertai program selama 2 hari itu. Pada program ini juga, Pemuda UMNO Bhg. Puchong akan menganjurkan pertandingan soccer rakyat dan malam kebudaayaan. Semua penduduk Puchong, Serdang dan kawasan sekitarnya di jemput hadir. Kaunter daftar pemilih juga akan dibuka pada program tersebut. Datang beramai-ramai!!!