f January 2010 ~ Ikrar Pemuda

Wednesday, January 20, 2010

PKR Selangor bakal runtuh??Pakatan melingkup?

pinjam dari theUnspinners

Setelah digegarkan dengan perletakan jawatan oleh Setiausaha Agung PKR, Salehuddin Hashim, PKR Selangor pula digegarkan dengan 2 insiden yang ternyata menggugat kredibiliti parti itu di mata rakyat.

1) Perletakan jawatan beramai-ramai AJK PKR cabang Kuala Selangor telah membuktikan bahawa Khalid gagap memang tak reti nak jaga kawasan. Macamana tu? Cabang sendiri pon tak boleh nak jaga inikan negeri??Negeri plak dah la defisit tahun ni..alamat lingkup la macam ni..
Bayangkan lah dulu dikatakan bahawa Khalid Ibrahim ini adalah orang yang pandai ekonomi, pandai urus Guthrie dan PNB dan sebagainya. Sekarang macamana??cabang sendiri pon tak boleh nak urus?Negeri plak dalam keadaan defisit??Adakah rakyat mahukan defisit ini?

2) Serbuan SPRM ke atas pejabat Exco Pertanian, Sumber Asli dan Pembangunan Usahawan Negeri, Yaakob Sapari. S/U dia dah kene tahan dengan SPRM, dan beberapa dokumen telah dirampas. Ini berikutan isu rasuah yang melibatkan tajaan syarikat lombong pasir telah menaja rombongan Yaakob ke China baru-baru ini..

Namun, apa yang mereka akan katakan ialah ini semua kerja UMNO untuk sabotaj mereka. Sabotaj ape ke bendanya?? Dulu kata nak kutip duit pasir sampai RM200 juta. Menurut Dato Seri Dr Khir Toyo (15 Julai 2009)..

11. Misalnya mereka membuat unjuran RM 150 - 200 juta setahun untuk hasil pasir. Mereka menempelak kerajaan lalu sebagai rasuah dan korup kerana mengutip hasil pasir yang sedikit.

12. Malangnya di Dewan kita dimaklumkan sasarang tersebut jauh tersasr. Jumlah pengeluaran pasir negeri setakat ini hanya RM 22 juta. Sehingga kini kerajaan negeri hanya mengutip RM 4 juta dari doket pasir dan RM 7.5 juta melalui Kumpulan Semesta Sdn Bhd. Hanya RM 11.5 juta dari RM 22 juta dapat kepada kantung kerajaan.

Kalau duit untuk kantung negeri tak cukup, macamana plak boleh buat rombongan ke negeri China? Pakai duit kerajaan kah?atau duit Yaakob kah? atau ditajanya kah??Jawab la kau wahai Yaakob..PKR bakal roboh akibat perbuatan mereka sendiri..

Tuesday, January 12, 2010

Anwar buta agama??



Anda semua baca dengan teliti petikan dari kenyataan Media Anwar dalam mengecam serangan ke atas gereja pada 10 Januari 2010.

Rakyat Malaysia mestilah bersatu menentang mereka yang mahu memperalatkan sentimem perkauman sempit dan agama untuk menyemarakkan kebencian demi laba politik puak-puak tertentu. Kita mestilah memperkukuh tekad mempertahan kebebasan beragama.

Kejadian ini merupakan satu ujian terhadap keazaman semua agama dan kepercayaan yang mahukan keamanan dan rasa saling hormat menghormati. Kita seharusnya sedar Tuhan yang kita sembah merupakan, Tuhan yang sama, Allah SWT, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Apa maksud Anwar, "Kita seharusnya sedar Tuhan yang kita sembah merupakan, Tuhan yang sama, Allah SWT"??

Apa yg cuba Anwar buktikan?? Orang kafir pon sembah Allah SWT?? Adakah Anwar cuba bersaing dengan konsep 1Malaysia yang diperjuangkan oleh Dato Seri Najib dengan konsep 1Tuhan??atau 1Allah??

Anwar seharusnya bertaubat...namun jika dia tidak dan masih meneruskan agenda dia sebegini, harap dia akan mendapat balasan yang setimpal

Monday, January 11, 2010

Najib Juara Rakyat...Melayu PAS/PKR berbulu?


Ramai orang melayu yang menyokong PAS/PKR sakit hati apabila Dato Seri Najib mengumumkan peruntukan RM500 ribu untuk gereja yang diserang tempohari. Tiba2 plak marah kat DS Najib konon membantu orang kafir berdakwah dan takut plak mereka nanti anak mereka dikristiankan. Tapi diorang2 ni tak marah plak Ketua Pemuda PAS yang tak membantah pon penggunaan perkataan Allah oleh Herald Catholic tapi tiba2 sibok nak berdemonstrasi pasal Mesir yang anti perjuangan Palestin?? Macamana plak dengan Khalid "Gereja" Samad yang menyokong gila2 dengan penggunaan perkataan Allah oleh bukan Islam??Kenapa senyap??Apa tu??Buta ka?

PM sendiri melaungkan semangat 1 Malaysia. Dia PM bukan untuk orang Melayu sahaja, dia PM untuk semua. Dia bantu kepada yang memerlukan, gereja itu dibakar, so, PM bantu salah ke? Bernama melaporkan:

"Perbuatan seperti membakar tempat orang lain beribadah dalam agama yang lain adalah satu perbuatan yang sangat terkutuk...bukan sahaja di sisi undang-undang negara... segi agama Islampun kita dilarang oleh agama untuk melakukan perbuatan seperti ini. "Dalam Surah Al An'am Ayat 108, Allah berfirman " Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan." Najib berkata ayat ini membawa pengertian bahawa apa-apa tindakan seperti memaki hamun, merosakkan apa-apa yang berkaitan dengan kepercayaan dan anutan agama lain adalah merupakan perkara-perkara yang ditegah dan dilarang oleh agama Islam. Justeru Perdana Menteri berharap agar semua pihak tidak melakukan perkara yang ditegah itu.

Jadi salahkah PM buat begitu pada rakyat Malaysia? Dengan semangat 1Malaysia?? Dengan semangat Juara Rakyat??Adakah dari segi akidah Dato Seri Najib terkhilaf??Sedangkan Dato Najib sendiri mengambil iktibar dari al-Quran berkenaan dengan kejadian bom gereja ini.

Manakala penggunaan kalimah Allah adalah isu yang bertentangan dengan norma masyarakat di Malaysia apabila ia menyentuh sensitiviti umat Islam kerana perkataan Allah kita gunakan seharian di dalam ibadat, doa dan zikir dan isu ini lebih hampir kepada keimanan seseorang. PAS tidak langsung terusik mengenai isu ini kecuali beberapa ahli PAS seperti Taib Azamuddin dan Harun Din. Namun, kepimpinan PAS secara keseluruhannya seperti menyokong penggunaan kalimah Allah oleh pihak bukan Islam. Di manakah sekarang perjuangan mereka??Sepatutnya penyokong mereka mempersoal kepimpinan PAS itu sendiri yang berdolak dalik mengenai isu kalimah Allah ini. Bukan sakit hati apabila Dato Najib, Perdana Menteri Malaysia mengumumkan peruntukan sedemikian dalam membantu gereja yang dibakar oleh pihak tak bertanggungjawab.

Walaopon Menteri2 dari UMNO tidak memberi reaksi yang jelas terhadap penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam , kita harus sedia maklum mereka bukan Menteri kepada orang Islam sahaja tetapi kepada rakyat Malaysia. Namun, sebagai parti2 yang memperjuangkan nasib agama dan bangsa, pemimpin2 peringkat negeri dan cawangan UMNO terlibat secara langsung dalam demonstrasi menentang penggunaan kalimah Allah oleh orang2 bukan Islam. Tetapi mana PAS?? Walaopon ada watak2 dalam PAS menentang kalimah Allah oleh bukan Islam, namun terdapat di antara mereka dalam pimpinan tertinggi tak hirau akan isu ini, dan tidak mau langsung bersama orang2 Melayu lain dalam isu ini. Harakah melaporkan:

KUALA LUMPUR, Jan 8: PAS leaders have called on Muslims to show their love for Islam and solidarity with the Gaza Palestinians by taking part in a peaceful demonstration against Egypt, rather than join the frivolous Umno-instigated protest against the Allah court ruling.

Tengok lah keangkuhan mereka...Nampak seperti nak divert isu ini dan sentiasa mahu tunjuk jaguh. Kenapa mau buat demo waktu begini, bukankah isu Palestin ini adalah isu yang sudah lama..mereka patut setiap minggu buat demo membantah kerajaan Mesir yg dikatakan menindas rakyat Palestin.

Kita doakan agar segala usaha Dato Seri Najib diberkati Allah dan rakyat dapat menerima kembali Barisan Nasional. Kepada semua, janganlah lihat segala usaha kerajaan adalah isu politik. Ia adalah tanggungjawab kerajaan, begitu juga dengan usaha PM kita membantu rakyat tak kira agama dan kaum jangalah dipandang secara sinis dan penuh hasad dengki. Namun, segala cemburu dan hasad dengki akan dapat diatasi jika berusaha bersungguh-sungguh tanpa jemu. Syabas Dato Seri Najib! UMNO Juara Rakyat!

Friday, January 8, 2010

Lawak Politik: Nizar - "Dari saya langgar kereta tersebut,baik saya langgar pembahagi jalan"

Nizar bersalam dengan Raja Dr. Nazrin macam salam ngn kawan-kawan DAP dia..siap pengang belakang...

Nizar kemalangan di Jalan Dr. Raja Nazrin Shah

Asyik berpolitik je hari-hari minda kita pasti bosan. Sesekali kita hendak juga merehatkan otak lebih2 lagi hari jumaat ni. Ada satu lawak yang ingin kami utarakan, namun lawak masih lagi berputar pada politik (apa boleh buat...hehe).

Papa gomo ada melaporkan bahawa, jika mengikut undang2, Nizar boleh dikenakan tindakan undang-undang kalau dia betol memandu berbahaya. Tetapi yang lawaknya, papa gomo ada refer satu blog ni yang mengatakan nizar menggadaikan nyawa sendiri untuk mengelakkan orang lain terkorban semasa kemalangan beliau. Apa ke lawak la blog ni..cuba baca...

"Dari saya langgar kereta tersebut,baik saya langgar pembahagi jalan"-Dato Seri Nizar.

Itu adalah ungkapan yang keluar dari mulut pemimpin rakyat ini.Beliau menyatakan bahawa sekiranya beliau terus melanggar kereta tersebut besar kemungkinan kecederaan kedua-dua pemandu akan lebih teruk dan menjadi lebih rumit.Jadi bagi mengelakan ia jadi lebih teruk Dato Seri sanggup gadai nyawa dan langgar pembahagi jalan.Dato Seri Nizar yang sememangnya tidak mempunyai ruang untuk mengelak kenderaan tersebut yang pada ketika itu membuat keputusan mempertaruhan nyawanya demi keselamatan semua.Sekiranya kenderaan Dato Seri tidak dilencongkan ke pembahagi jalan maka ia akan terus mengenai kenderaan tersebut yang pada ketika itu berkedudukan merentangi jalan dan pastilah ia akan mengakibatkan kecederaan dan kemalangan yang lebih teruk. Dan Alhamdulillah akibat dari niat beliau itu maka tidak hairanlah mengapa Allah swt melindungi dan memberikan kekuatan kepada beliau sehingga mampu keluar sendiri dari kenderaan beliau dan mendapatkan bantuan untuk ke Hospital. Apa yang kami rasakan satu sikap yang bukan semua mampu lakukan ialah Yakin dan Tenang.Dalam situasi begitu Dato Seri masih mampu membuat keputusan yang diluarjangka yang mana ia melibatkan nyawa beliau sendiri dan kerana bimbangkan keselamatan dan kecederaan yang bakal dialami orang lain sekiranya ia terjadi beliau mengambil risiko untuk mempertaruhkan nyawa nya..Inilah sifat seorang Pemimpin Rakyat..! Kami mendoakan agar Dato seri kembali sembuh dan dapat berjuang kembali bersama-sama dengan Rakyat!

Begitulah taksubnya penyokong-penyokong PAS ataupon pakatan terhadap pemimpin mereka. Sampaikan dah eksiden pon masih lagi nak berkokok macam jaguh. Sepatutnya mereka melihat dengan insaf, mungkin kemalangan ini adalah ingatan dari Allah S.W.T kepada dirinya, wallahualam.

Thursday, January 7, 2010

Bantahan Penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam: PETANG INI!



Petang ini jam selepas Asar, Biro Agama Pemuda UMNO Selangor akan menghantar memorandum bantahan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Krisitian di Perkarangan Istana Kayangan Shah Alam. Sahabat-sahabat pemuda diseru untuk turut serta dalam bantahan ini.

Sebagai umat Islam, kita adalah pejuang dan benteng dalam mempertahan kesucian agama Islam dari dipermainkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab. Ia bukan sahaja perlu dibantah malah harus halangan orang kafir menggunakan kalimah Allah harus dipertahankan supaya tiada siapa yang dapat mempermainkan dan menyalah guna kalimah suci agama Islam di samping dapat memelihara akidah anak cucu kita dari dipesong oleh pihak2 tidak bertanggungjawab. Kitalah pejuang sebenar AGAMA, BANGSA dan NEGARA.

Wednesday, January 6, 2010

150 Keluar Pakatan Masuk Barisan!! Misi Tawan Selangor sudah bermula..

Ahli-ahli PKR dan PAS yang masuk UMNO bersama Dato Satim, Dato Radin, IR Rusli dan Azmir Yuzaimi

UMNO Bahagian Puchiong memulakan Tahun baru 2010 dengan langkah kanan apabila 150 penduduk pangsapuri Enggang, Puchong telah keluar dari Pakatan (rata-rata dari PAS dan PKR) dan menjadi ahli UMNO.

Mereka merungut apabila tidak mendapat bantuan yang sepatutnya dari kerajaan negeri, seperti mana yang mereka war-warkan pada manifesto pilihanraya dulu. Menurut salah seorang dari mereka, Md Ali memberitahu bahawa bekalan elektrik mereka (300 keluarga) telah dipotong kerana tidak dapat melunaskan bayaran tertunggak. Faham-faham sahaja lah mereka ini penduduk yang berpendapatan rendah, dan keluarga agak besar, sudah pasti masalah ini boleh menimpa mereka. Tambah Ali lagi, pelbagai usaha telah dilakukan termasuk meminta bantuan dari kerajaan negeri termasuk Exco Negeri tetapi tidak berhasil. Inikah dinamakan negeri berkebajikan??

ADUN Seri Serdang Dato Dr. Mohamad Satim Diman telah tampil untuk membantu mengusahakan penyelesaian masalah bil-bil elektrik mereka. Di dalam program tersebut, Dato Satim turut mempertikaikan kredibilit pembangkang yang hanya tau membuat janji, tetapi tak menunaikannya, akhirnya yang jadi mangsa ialah rakyat. Turut hadir ke program tersebut ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Puchong, Datuk Raden Mokhtar Md. Yusof dan Naib Ketua UMNO bahagian itu, Ir. Rosli Idrus, dan Ketua Pemuda UMNO bahagian Puchong, Ustaz Azmir Yuzaimi.

Ikrar Pemuda mengucapkan syabas kepada Dato Satim dan UMNO Bahagian Puchong dalam membantu menyelesaikan masalah rakyat. Ini adalah langkah permulaan dalam misi menawan Selangor. Insya Allah...moga berjaya!

Friday, January 1, 2010

Tahun Baru...Azam Baru..Misi Bangkit 2010!

Tahun baru 2010 telah pon tiba dan 2009 telah pon ditinggalkan. Tahun baru 2010 bermula dengan sugul bagi umat Islam apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa perkataan Allah boleh digunakan oleh bukan Islam...khas nya bagi kes oleh Herald Catholic Weekly. Herald Catholic Weekly ialah newsletter yang dikeluarkan secara mingguan oleh Gereja Katolik seMalaysia.

Mengapakah perkataan Allah juga nak digunakan??Kepada semua umat Islam, tepuk dada tanya iman. Walaubagaimanapon, sebelum pon mahkamah persekutuan buat keputusan, ikut kata sorang mangkok ni, dia kata boleh..