Thursday, November 26, 2009

Pemuda UMNO Puchong bersama rakyat: Ibadah Korban Perdana 2009


Pemuda UMNO Bahagian Puchong akan mengadakan majlis Ibadah Korban Perdana bertempat di surau al-Falah, Taman Sri Andalas, Seri Kembangan pada hari Ahad bersamaan 29 November 2009 atau 11 Zulhijah 1430 Hijriah. Majlis akan bermula jam 8.30 pagi. Mari kita bersama-sama memeriahkan majlis ini, dan semoga kehadiran kita akan diberkati Allah S.W.T.

Di kesempatan ini juga kami team Ikrar Pemuda ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Ketika memandu, ingatlah orang yang tersayang.

Thursday, November 19, 2009

Khalid Ibrahim tergagap-gagap tak boleh kene tegur?? Mana prinsip demokrasi PKR?

ADUN Seri Serdang yang juga Pemangku Ketua Pembangkang merangkap Ketua UMNO Bahagian Puchong, Dato' Dr Hj Mohamad Satim bin Diman akan dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Selangor. Ini berhubung dengan kenyataan Dato Satim mempersoal kredibiliti Khalid gagap dalam isu kutipan hutang Talam Corp bernilai RM392 juta. Yang peliknya, usul mengenai pengambilalihan Talam itu dibuat oleh Khalid sendiri, apasal?Pasal puak2 Pakatah Haram tak sokong ka?

Masalahnya, orang PKR sendiri, iaitu Dato' Salahuddin Hashim, Setiausaha Agung PKR tak setuju dengan cara Khalid Ibrahim menyelesaikan isu hutang Talam dengan melabel Khalid sebagai "penjahat korporat". The Star mempunyai cerita berkenaan isu ini:

"PETALING JAYA: The Selangor Government’s controversial buyover of Talam Corp Bhd’s RM391mil debt has stirred an hornet’s nest in PKR.

A furious party secretary-general Datuk Salehuddin Hashim has despatched a strongly-worded e-mail to all PKR MPs and assemblymen in the state questioning why Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim has kept them in the dark over the move.

Some who read the e-mail told The Star that Salehuddin, who described the move as an old trick used by crooks in the corporate sector, wanted them to seek an answer from Khalid."

Menurut Dr Khir, implikasi kewangan yang banyak bakal berlaku apabila cara yang sebegini digunakan untuk menutup hutang-hutang syarikat kepada kerajaan negeri. Blog aidc menjelaskan

"Jika sebelum ini kita hanya mendengar hentaman daripada bekas menteri Besar, hari ini kritikan keras ini datang dari dalam parti sendiri dan orang yang pakar dalam bidang ekonomi.

Khalid Ibrahim bukan sahaja menipu rakyat tetapi juga pemimpin PKR untuk kepentingan diri.

Sungguhpun Dr. Mohamad Khir mengatakan sekitar RM 1 Juta diperlukan untuk membuat round-tripping tersebut, namun sumber-sumber dalaman menyatakan kos mencecah RM 5 juta. "

Jadi di mana kredibiliti Menteri Besar Selangor ini? Dahlah kes hutang RM66 juta masih belum selesai, nak pula cuba selesaikan hutang kerajaan Negeri Selangor. Itu lah sebab, ADUN Seri Serdang mempertikaikan Khalid Ibrahim ini, kerana sebagai orang yang tak reti nak setel hutang sendiri, macamana orang macam ini pulak nak mengendali hutang negeri? Hutang diri sendiri tu takpela duit dia, tapi hutang kerajaan negeri ini duit rakyat!

Apa yang dibuat oleh Tan Sri Khalid bukanlah penyelesaian mutlak kerana, hutang ini akan ditanggung pula oleh pihak lain pula, ibarat gali lubang tutup lubang.

diambil dari blog Dr. Khir

Dato Satim diarah untuk meminta maaf kepada Khalid, namun beliau enggan. Syabas Dato Satim, kami di Ikrar Pemuda serta Pemuda UMNO Bahagian Puchong menyokong tindakan Dato dalam memperjuangkan nasib negeri Selangor dari dihancurkan oleh Pakatan Haram di ketuai oleh Khalid gagap ini!!

Wednesday, November 18, 2009

Dokumen saham Shamsidar (Isteri Azmin Ali) didedahkan!


gambar 1 : nama shamsidar . jumlah saham 100k. RM 283,080.00


gambar 2 : belian saham atas nama shamsidar RM250,003.80 tidak termasuk slip MIDF.


gambar 3 : jumlah pelaburan shamsidar bernilai RM50,856.98


Ada banyak lagi dokumen2 yang telah didedahkan, untuk melihat lain-lain dokumen, sila ke blog gerakan anti-pkr. Azmin Ali semakin gelisah, begitu juga dengan pasangannya Anwar Ibrahim RM1, yg semalam sempat pulak minum dengan Datuk Seri Najib di Parlimen. Apa dah goyang ka Anwar satu ringgit??


Simbah je kopi panas tu kat kepala Anwar tu Dato Seri Najib..hehe

Monday, November 16, 2009

Najib ada 1Malaysia..Selangor ada RM1Anwar..Hahahah

RM1..itulah nilai Anwar sebenar-benarnya. Dengan pengalam mengelentong ramai orang termasuk rakan-rakannya, Khalid Gagap Ibrahim telah melantik RM1Anwar menjadi penasihat ekonomi negeri Selangor. Dah la Selangor hilang RM900 juta lebih entah ke mana akibat kebongokan Pakatan Haram mengurus negeri Selangor, dilantik pulak si penipu tegar RM1Anwar menjadi penasihat..dengan elaun RM1 sebulan. RM1 kunun...poodah!!!

dari blog Dr Khir


Tahun lepas Selangor memperuntukkan bajet sebanyak RM1.4 billion. Menurut Dr Khir Toyo, kerajaan negeri Selangor bawah pimpinan Khalid telah menambah perbelanjaan sebanyak 2 kali dengan masing2 berjumlah RM120 juta dan RM458 juta, menjadikan jumlah perbelanjaan negeri menjadi hampir RM 2 billion! Manakala pendapatan negeri Selangor hanyalah RM 1 billion lebih, dan mereka menghadiahkan rakyat Selangor dengan defisit hampir RM 1 billion! Ini ke nama kerajaan berkebajikan??Habis la duit simpanan negeri Selangor, sebab bajet yang dibentangkan utk tahun depan pula berjumlah RM1.3 billion. Jimat hanya 100 juta dari bajet tahun lepas tetapi mcmana nak menampung RM1 billion yang hilang..aaa...inilah dia punya pandai Khalid Ibrahim dan kawan2..

Tindakan untuk mengatasi masalah ini yang diambil Khalid ialah mengambil RM1Anwar menjadi penasihat. Tiadakah langkah-langkah yang lebih strategik dalam memperkayakan perbendaharaan negeri Selangor selain dari amik Anwar??Apa jaminan yang dia dapat cover balik RM1 billion yang rugi tu??Kalau tak dapat Khalid nak letak jawatan ke??Ini duit rakyat wahai Khalid, bukan duit kau..takpe..sampai masa nanti...kite tumbangkan mereka..

Breaking News!: Dokumen Azmin Ali beli saham berjuta-juta ringgit didedahkan!!


images credit to x-pkr.blogspot.com

Beberapa blog pro-BN telah mendedahkan beberapa dokumen mengenai pembelian saham oleh Azmin Ali berjumlah Rm8.5 juta. Dokumen yang pertama didedahkan ialah dokumen pembelian saham Azmin Ali pada 1992 yang bernilai beratus-ratus ribu ringgit. Blog parpu kari ada ceritanya..

"Salinan dokumen adalah pada tahun 1992. Ketika ini AnWAR adalah Menteri Kewangan dan sedang mendaki tangga TPM. Semasa menjadi Menteri Kewangan AnWAR juga adalah Pengerusi J/K Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan yang sekretariatnya ialah Badan Pencegah Rasuah (BPR). Apakah moral AnWAR sebagai ketua sedangkan pegawainya Azmin, Setiausaha Sulitnya MAMPU membeli saham bernilai hampir setengah juta RM.

3. Azmin ketika itu masih baru dalam perkhidmatan kerajaan dan gaji pegawai muda sepertinya ketika itu tidak melebihi RM2200. Sebagai penjawat awam, Azmin juga wajib mengisytiharkan harta yang dimiliknya. Adakah beliau berbuat demikian? Jika beliau berbuat demikian, adakah pemilikan saham bernilai jutaan RM ini diisytiharkan? (Difahamkan akan ada lagi pemilikan saham yg lain bernilai lebih dari ini)."

Jadi persoalannya bagaimana dia boleh membeli sejumlah saham berharga sebegitu rupa..padahal gaji ciput je?? SPRM seharusnya membuat siasatan dan mendakwanya jika bersalah...Anwar semalam mengisytiharkan perang terhadap Najib..ternyata..perang sudah pun bermula..

Sunday, November 15, 2009

Lagi bukti PAS amalkan bai'ah cerai talak tiga, ini rakaman pengakuan Hasan Ali pula



Rakaman di atas adalah pengakuan Hassan Ali di hadapan beberapa bloggers ketika pertemuan di antara mereka beberapa minggu yang lalu. PAS nak tipu apa lagi??

Thursday, November 12, 2009

Bai'ah Talak Tiga PAS: Ni bukti dia...Video ADUN Gunung Semanggol pernah buat pengakuan!


Haji Hadi menafikannya, Nik Aziz tak tau menahu..haa ini kepala hotak diorang?? Ulama pun menipu, itulah dia ulama akhir zaman. Yang berucap di dalam video ini ialah ADUN PAS Gunung Semanggol, Haji Ramli bin Tuisin yang mengaku bahawa wakil-wakil rakyat PAS tidak akan keluar PAS, kerana jika benar, isteri mereka akan tercerai talak tiga. Sudah terang lagi bersuluh, tentang perkara ini. Jadi..adakah Nik Aziz berbohong?Haji Hadi juga berbohong??

PAS mengajar umat Islam di Malaysia supaya mencagarkan isteri dan rumahtangga serta anak-anak demi kuasa politik. Inikah ajaran Rasulullah S.A.W kepada umatnya?? Sekali lagi, majlis fatwa kebangsaan harus berbincang dan mengambil tindakan ke atas isu ini, supaya rakyat tidak terkeliru dengan Islam yang diperjuangkan oleh PAS yang nyata telah terpesong.

Wednesday, November 11, 2009

Gempur Selangor!: Program Pemimpin Bersama Rakyat di Puchong 17 November 2009

Ustaz Mohd Affendi Yusof, Exco Pemuda Malaysia


YB Dato Bung Mokhtar Radin, MT UMNO


UMNO Bahagian Puchong akan mengadakan Program Pemimpin bersama Rakyat, 17 Nov. 2009, Selasa, 9PM, di Bilik Gerakan Puchong Indah 1 (berdekatan Masjid Puchong Perdana). Tetamu: YB Dato Bung Mokhtar Radin, MT UMNO dan Ustaz Mohd Affendi Yusof, Exco Pemuda Malaysia.

Dengan segala hormatnya para penduduk di sekitar Puchong dan Serdang di jemput hadir untuk memeriahkan suasana dan bersama wakil Pemuda UMNO Malaysia, Affendi Yusof yang juga dari Negeri Che Siti Wan Kembang. YB Dato Bung Mokhtar Radin tidak kurang hebat orangnya yang sering kita lihat di kaca tv, yang sentiasa berdebat dengan pembangkang dalam menjuarai hasrat rakyat di Parlimen. Datanglah beramai-ramai untuk berjumpa dengan pemimpin berjiwa rakyat ini di Puchong.

Insya Allah, moga-moga dengan kehadiran tuan-puan program ini akan lebih diberkati dan memberi manfaat kepada penduduk di sekitar Puchong dan Serdang.

Sunday, November 8, 2009

PAS: Rumah tangga jadi cagaran, keluar parti, isteri akan dicerai talak tiga


PAS hanyalah sebuah parti, jauh nak dikatakan sebagai PAS itu sama sebagai agama Islam. Jadi kenapa sampai nak bersumpah menceraikan isteri sampai talak tiga. Pimpinan PAS tu ada yang mempunyai 3,4 bini takpe lah, tapi kalau yang ada satu je macamana? Isteri tu lah yang jaga makan minum, sakit pening tapi last-last jadi cagaran pulak atas sebab nak kekalkan kuasa??

PAS bukan maksum, orang PAS bukan maksum, Nik Aziz bukan maksum, bila-bila mereka boleh terpesong kerana mereka hanya manusia biasa. Kalau pimpinan mereka terpesong mahukah lagi mereka ni kekal dalam parti?atau sanggup tinggalkan parti dan tinggalkan jugak isteri tercinta??Anak-anak pun dijadikan cagaran, begitulah kesetiaan orang2 PAS kepada parti lebih taat dari menjaga keluarga. Allah menyuruh kita menjaga keluarga dan anak2, tapi Allah tak suruh kita jaga parti! Mereka ini sebenarnya bukan beragama Islam tetapi beragama PAS. Jika mereka beragama Islam sudah pasti mereka ini tidak berbuat demikian kerana kecintaan terhadap agama itu lebih tinggi dari sebuah organisasi.

Mufti-mufti di Malaysia seharusnya berbincang dan memberi pendapat terhadap situasi ini. Tindakan ini harus diberi panduan berdasarkan Al-Quran dan hadis. Ada la jugak perempuan dari PAS yang bodoh menyokong perbuatan ni.

"Kami sangat setuju dengan bai'ah ini, ikrar ini bukan bermakna mereka tidak sayang tetapi satu istiqamah terhadap parti, perjuangan ini satu amanah.

"Bagaimana mereka kasihkan isteri, begitu juga mereka perlu kasih parti... sama kasihnya," kata beliau kepada Mingguan Malaysia semasa ditemui pada Seminar Memperkasakan Parti Pas di markas parti itu di Taman Melewar, Gombak di sini hari ini."

Ketua Dewan Muslimat PAS ni macam bagus je tapi suami dia ada sign tak benda sama??atau dia ada sign tak kalau dia keluar PAS suami dia pon akan ceraikan dia talak tiga??

Kasih pada isteri sama jugak kasih sama parti?, dia ni ikut ajaran mana? Rumahtangga tu lah yang boleh membawa ke syurga bukan parti PAS. Ini dah kira macam ajaran sesat dah, rumahtangga pun jadi cagaran. Lepas ni tukar je lah PAS tu jadi Parti Ajaran Sesat Se Malaysia.


Friday, November 6, 2009

Inikah Islam yang diperjuangkan oleh PAS??

Kafir senang lenang menggunakan dewan solat masjid di Klang untuk menyampaikan ceramah. Tempat kita sembahyang, sujud dan berdoa digunakan sewenang-wenang oleh Xavier ini untuk membuat "tazkirah"nya. Siapa yang benarkan??tak lain tak bukan orang2 PAS.

Tengok gambar ni pulak. Niat nak sembahyang hajat tu bagus, tapi dah tadek tempat lain ke? Sembahyang hajat kunun nak dapat berkat untuk bersidang di Dewan Rakyat Perak agaknya. Berkat ape??Berkat supaya DAP kafir memerintah Perak balik??Dengar-dengat kiblat diorang ni pun salah.

Lihatlah keadaan pakatan pembangkang, kafir sedap-sedap ceramah dalam masjid, orang Islam plak rela sembahyang atas jalan. Ma sya Allah...