f October 2009 ~ Ikrar Pemuda

Thursday, October 29, 2009

PKR Selangor Bergolak, ADUN Port Klang keluar parti dan menyokong BN!


Badrul Hisham selepas membuat pengumuman keluar parti - The Star

Petang tadi, Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang dari PKR, Badrul Hisham Abdullah telah mengisytihar keluar dari Parti Keadilan Rakyat dan menjadi ADUN Bebas dan menyokong Barisan Nasional. Pengumuman ini berlaku sejurus selepas Tan Sri Khalid Ibrahim MB Selangor membuat pengumuman supaya mengusulkan kepada pimpinan PKR supaya Badrul melucutkan jawatan. Gila ke ape Tan Sri Khalid??Bukan dia dan keluarga dia yang lantik Badrul tu??Badrul adalah pilihan rakyat, dan Badrul mempunyai hak seb
agai wakil rakyat yang dipilih pengundi untuk meneruskan atau tidak. Adakah Khalid faham mengenai proses politik di Malaysia ini?Nah, ternyata, pengumuman yang dibuat Badrul sememangnya menampar kewibawaan Khalid sebagai MB Selangor.

Kenyataan Tan Sri Khalid yang memberitahu bahawa Badrul Hisham mempunyai masalah mental dan juga masalah kesihatan akibat dari kemalangan amat-amat mengejutkan. Dalam erti kata lain Khalid memberitahu bahawa Badrul Hisham patut letak jawatan antara sebabnya ialah gila. Dalam kenyatan akhbarnya, Badrul amat kecewa dan menafikan kenyataan Tan Sri Khalid itu.

“Khalid’s claim that I need psychiatric treatment and that I am suffering from a medical condition due to an accident is a blatant lie,” katanya dalam The Star.

Selain itu juga tindakan kepimpinan Khalid yang tidak memberi peruntukan ADUN terus kepadanya telah membuatkan Badrul berasa kecewa dengan Tan Sri Khalid. Sebaliknya peruntukan itu disalurkan kepada Setiausahanya iaitu Nik Nazmi yang juga telah membuka sebuah lagi pusat khidmat masyarakat di kawasan DUN Pelabuhan Klang.
Apalagi Hassan Ali..keluar je PAS, termenung buat pe??


Berbeza pula dengan sorang lagi ADUN Pakatan pembangkang iaitu Hassan Ali. Dia telah dicap seolah-olah sebagai pengkhianat dalam PAS kerana cuba berunding dengan UMNO. Berikut adalah tulisan seorang yg agak PRO pembangkang:

For the truth, majoriti 40 AJK PAS Pusat dan Pesuruhjaya-pesuruhjaya negeri bersetuju Hasan Ali digugurkan. Majoriti bersetuju setelah melihat sendiri beberapa bukti dan visual rundingan dalam gelap antara beberapa pemimpin UMNO dan Hasan Ali sendiri. Kekeliruan terjadi kerana Hasan Ali sahaja yang disabitkan kesalahan itu, walhal Mustafa Ali dan Nasarudin Mat Isa juga dilihat terbabit berdasarkan bukti-bukti berkaitan.

Majoriti yang berada di dalam bilik mesyuarat bersetuju dengan pemecatan serta-merta Hasan Ali. Mustafa Ali tidak bersetuju. Cover member sendiri maa. Mustafa Ali memberi alasan PAS akan dipandang serong oleh wartawan selepas ini." 70 orang wartawan berkubu di luar sana, nanti apa kata orang kampung", kata Mustafa Ali. Woii mangkuk !!! 1Malaysia pandang PAS serong sekarang ni.

....

Mustafa Ali dilihat sedaya upaya menyelamatkan Hasan Ali. Member tu banyak hutang, ekau nak selamatkan jugak ?? Sukati ekau la labu. Nasarudin Mat Isa ?? Hahaha, mamat tu semalam dilihat banyak berpeluk tubuh kerana takut tembelangnya selama ini dengan UMNO akan turut dipersoalkan oleh 2 jawatankuasa khas yang baru dibentuk malam tadi.

Nampak sangat Pakatan pembangkang ini diulit banyak masalah. Ya memang benar UMNO juga ada masalah, tetapi itu adalah disebabkan kekalahan besar BN pada PRU lepas, dan seperti mana-mana organisasi yang mengalami kerugian atau kekalahan, sememangnya akan ada masalah, dan UMNO ternyata telah membuat beberapa perubahan dan pembaharuan. Pakatan pembangkang adalah parti-parti yang menang jadi kenapa perlu ada masalah sekritikal sebegini dalam masa tak sampai 2 tahun selepas kemenangan besar mereka pada PRU lepas??

Ini menunjukkan yang mereka tidak mampu untuk mentadbir parti mereka sendiri. Persoalannya sekarang, mampukah mereka memimpin negeri2 seperti Selangor, Kedah dan lain2??Macamanalah agaknya nak memimpin Malaysia pulak kalau dah macam ni gaya nya?? Mari kita tolak mereka pada PRU 13 nanti!!

Monday, October 19, 2009

PKR: Anwar lebih SAYANGkan Azmin Ali...Kokok berderai-derai ekor bergelumang taik


Apa sahajalah cerita PKR ni??Semua peringkat cacamerba sahaja...Dari atas sampai ke bawah esek bergaduh sahaja. Inikah parti yang memperjuangkan rakyat??Nasib sendiri pun belum tentu macamana nak settle masalah rakyat??

Di peringkat atasan PKR heboh pasal permusuhan Zaid Ibrahim yang baru sahaja join PKR tak sebulu dengan Azmin Ali. Zaid Ibrahim yang telah dipecat dari UMNO kemudian join PKR diterima secara baik oleh Anwar Ibrahim. Ini kerana Zaid Ibrahim adalah seorang yang agak berpengaruh dan yang lebih penting dia ada duit. So Anwar tak perlulah nak sibuk2 cari sumber nak support dia, tu sebab dia mula-mula sayang pada Zahid.

Oleh kerana Anwar 'sibuk' dengan pelbagai 'tugasan' (mengalahkan Perdana Menteri) di dalam dan luar negara, Anwar melantik Azmin menjadi Ketua PKR negeri Sabah. Ini tidak diterima dengan pimpinan PKR Sabah yang dikepalai oleh Jeffrey Kittingan dan rakan-rakan dari negeri Sabah. Jeffrey Kitingan cuba untuk "protes secara lembut" dengan menjemput Zaid Ibrahim ke Sabah untuk sebuah majlis Hari Raya. Jemputan Zaid ke Sabah ini tidak disukai oleh Azmin yang memang berbulu dengan Zaid lalu Azmin mengadu kepada Anwar. Sememangnya Anwar sayang pada Azmin lalu Anwar memberi amaran supaya Zaid jangan ke Sabah. Atas kes ini Zaid telah mengumumkan bahawa dia akan bercuti dari politik selama 6 bulan kerana mungkin kerana dia bosan melihat telatah sepasang merpati dua sejoli itu dalam PKR.

Kesimpulannya ialah Anwar lebih sayangkan Azmin, namun yang peliknya kenapa nak lantik orang luar dari Sabah mengepalai PKR di Sabah?? Atas dasar sayang kah??

Lain pula ceritanya di peringkat bawahan, khasnya di Puchong ini. PKR Puchong pon sama saja mcm PKR di peringkat atas, cacamerba. Terdapat ahli-ahli PKR Puchong yang tidak berpuas hati dengan beberapa pimpinan PKR Puchong yang dikatakan tidak berkaliber dan mengamalkan kronisme. Bukan BN yang cakap tapi PKR sendiri yang cakap. Surat terbuka ini diambil dari sebuah blog pembangkang:

SURAT TERBUKA UNTUK YAB.M.B SELANGOR

Pertama sekali saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada YAB.Tan Sri Khalid Ibrahim beserta keluarga dan juga kepada seluruh EXCO dan Barisan Kepimpinan Kerajaan Selangor.

Hampir 2 tahun Pakatan Rakyat mentadbir negeri Selangor, dan menurut pengamatan saya Pakatan Rakyat telah sedikit sebanyak mengubah pola hidup dan landskap politik dikalangan rakyat khasnya dinegeri Selangor dengan pelbagai perubahan serta kebajikan yang disalurkan kepada rakyat tanpa mengira kaum.

Ini merupakan langkah awal untuk mengukuhkan kedudukan Pakatan Rakyat di hati dan minda rakyat terutamanya bagi mereka yang selama ini belum memahami konsep serta hala tuju perjuangan Pakatan Rakyat.

Saya mengangkat tabik kepada Tan Sri kerana dengan berani memperkenalkan beberapa dasar dan perubahan yang drastik demi untuk kebaikan rakyat Selangor walaupun pada awalnya menerima berbagai halangan dan tentangan dari berbagai pihak yang cemburu dengan kepimpinan Tan Sri,.

Tan Sri,. saya sedar akan tugas dan tanggung jawab Tan Sri yang begitu berat sebagai Menteri Besar disamping memegang jawatan sebagai Pengerusi PKR peringkat Negeri Selangor,.. namun apa yang ingin saya luahkan bukan bertujuan untuk membebankan lagi kerja Tan Sri akan tetapi semoga dapat menjadi cambuk agar kita menjadi sedar akan kelekaan kita sebelum ianya menjadai parah.

Tan Sri,... saya sebagai salah seorang ketua Ranting PKR yang berada dibawah PKR Cabang Puchong merasa amat terkilan dengan perkembangan yang berlaku terhadap Parti Kedilan Rakyat Cabang Puchong sejak akhir-akhir ini,. dan dikhuatiri ianya akan menjadi lebih teruk jika tidak diambil tindakan dengan segera.

Tan Sri,.. masalah yang serius yang menghantui PKR cabang Puchong ini adalah PKR telah dikuasai oleh kumpulan tertentu diperingkat EXCO dan AJK,..mereka begitu dominan menentukan keputusan dalam setiap langkah parti..sehingga telah mengenepikan suara daripada Ketua-ketua Ranting,..yang lebih membimbangkan ialah mereka berpuak-puak.

Untuk pengetahuan Tan Sri,..PKR cabang Puchong menjangkau hingga ke Taman Sri Serdang,..dan kebanyakan Ranting dan ahli berada di Puchong akan tetapi barisan EXCO dikuasai oleh orang Sri Serdang dan mereka mengenepikan langsung ahli dan juga Ranting di Puchong,.dan ini bukannya rahsia lagi bagi ahli PKR Puchong kerana kami telah lama mengidu permainan mereka ini.

Tan Sri,.. saya tidak akan menyenaraikan secara panjang lebar kepada Tan Sri tentang permasalahan PKR Cabang Puchong ini,..akan tetapi saya hanya ingin mengemukakan beberapa keraguan dan kemusykilan yang menghantui ahli-ahli serta ketua-ketua Ranting berkenaan beberapa perkara dan diharap Tan Sri dapat menolong kami untuk campur tangan atas kapasiti Tan Sri sebagai Pengerusi PKR negeri kerana kami telah kurang keyakinan terhadap pimpinan PKR cabang Puchong ini.

Adapun perkara-perkara tersebut adalah :

1. Pengerusi Cabang

Begitu lemah dalam membuat sebarang keputusan berkenaan parti,..beliau begitu lembut sehingga mudah dipengaruhi oleh gerombolan yang ingin menguasai parti,.

2. Pemangku Timbalan Pengerusi.

Beliau mendapat elaun sebanyak RM3000 sebulan daripada akaun Cabang untuk mengatur strategi dan program parti,.akan tetapi beliau telah gagal melaksanakan tanggung jawab itu kerana beliau jarang turun padang untuk mendekati ahli apatah lagi turun bersama-sama rakyat,.. jadi berbaloikah elaun RM 3000 diberikan kepada orang ini jika beliau gagal menggalas tanggung jawab yang diberikan ?..

3. Setiausaha.

Beliau begitu emosional bila berada dalam mesyuarat seolah-olah hanya pendapat beliau sahaja yang betul. Beliau menggalas tugas sebagai setiausaha akan tetapi beliau tidak pernah sediakan minit mesyuarat bahkan sepanjang saya mengenali beliau semua tugas-tugas setiausaha diserahkan kepada Ketua Wanita,.. jadi relevankah beliau menggalas tugas sebagai setiausaha ?.......dan boleh disimpulkan seperti ini :

- Setiausaha yang tak pernah menulis....

- Setiausaha yang tak pernah membuat minit mesyuarat.

4. Bendahari.

Seorang Bendahari yang tidak pernah menunjukan Penyata kewangan milik parti pada setiap kali mesyuarat Cabang,.. sampai setakat ini ahli dan juga Ketua-ketua ranting tidak mengetahui jumlah kewangan parti seolah-olah telah diharamkan oleh beliau untuk sesiapa mengetahuinya. Dimana letaknya KETELUSAN yang diwar-warkan sebagai asas perjuangan parti ?.....dan yang lebih menyedihkan apabila Ranting ingin membuat program sendiri dan memohon bantuan kepada Cabang bermacam-macam alasan diberikan kononnya Cabang tidak mampunyai peruntukan... Sampai bila kami nak diperbodohkan ??????????

Akhir sekali,.. saya mengharap kepada Tan Sri agar dapat turun padang menyelesaikan masalah ini sebelum ianya menjadi lebih tak terkawal dan singkirkanlah manusia-manusia yang tamak haloba,.tak pandai buat kerja,.kronisme,.Penyapu buruk,.dan sebagainya yang bersarang di PKR Cabang Puchong ini.. singkirkanlah mereka segera sebelum kami muak dan yang paling penting ialah sebelum RANTING-RANTING BERGUGURAN.

Terima kasih.

Salam Reformasi

JIKA KEPALA MENCECAH LANGIT, JANGAN LUPAKAN KAKI DI BUMI

Ini menunjukkan bahawa mereka ini tak tahu nak menguruskan diri sendiri, berterabur dan tidak sehaluan antara mereka. Masing-masing ada agenda masing2 bukannya nak memperjuangkan rakyat. Segala macam penyakit ada, perjuangan mereka menentang kronisme hanyalah retorik semata-mata sedangkan mereka lah raja segala amalan tidak baik ini apabila berkuasa. Inilah yang dimaksudkan dengan 'kokok berderai-derai, ekor bergelumang taik'

Tuesday, October 13, 2009

Bagan Pinang: Pakatan pembangkang menyalahkan rakyat di atas kemenangan UMNO

Apa sahaja yang tak kena berlaku pada mereka, orang lain dipersalahkan. Mereka sahaja yang betul. Itulah sifat Pakatan Pembangkang yang daif akal apabila para pengundi@rakyat yang dipersalahkan apabila PAS kalah di Bagan Pinang tempohari. Harakahdaily melaporkan:

Anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali menyifatkan, pengundi Bagan Pinang telah terpilih tokoh rasuah."Antara maruah dan rasuah, pengundi Bagan Pinang telah terpilih rasuah. Ini satu kemalangan," kata beliau kepada Harakahdaily.

Lo' Lo' yang juga AJK PAS Pusat berkata demikian ketika mengulas keputusan pengundi Bagan Pinang yang memberikan kemenangan besar kepada calon Umno, Tan Sri Mohd. Isa Samad semalam.

Terpilih??Apa maksud Dr Lo' Lo' ini??Lak Lok kah dia ni??Rakyat di Bagan Pinang dengan jelas menolak PAS dan Pakatan pembangkang apabila Tan Sri Isa memperoleh lebih 5 ribu undi majoriti, iaitu majoriti terbesar dalam sejarah pengundian DUN Bagan Pinang. Kemalangan?? Adakah Dr Lo' Lo' telah menghina kredibiliti dan pemikiran pengundi-pengundi di Bagan Pinang?? Adakah para pengundi terpilih Tan Sri Isa dengan tidak sengaja?? Nak kata bodoh, dia dah ada PhD dah...entah la Dr Lo' Lo'...

Ini lagi satu hal. Seorang lawyer, tapi mungkin loyar buruk kot. Zulkifli Noordin telah mengatakan dalam blognya:

"Saya melihat ini dengan suatu perasaan yang gementar, apa dah jadi dengan masyarakat Malaysia. Bagaimana kita boleh menjadi toleran kepada sang koruptor, dan membenamkan Hang Jebat. Apakah ini petanda masyarakat Malaysia sudah menjadi masyarakat yang rosak, atau apakah UMNo/ Be End sedang mempercepatkan proses menalqinkan diri mereka."

Tergelak membaca calun PAS di Bagan Pinang tempohari dianggap sebagai Hang Jebat. Kami teringat pada cerita P. Ramlee Seniman bujang Lapok apabila tuan Director Ahmad Nisfu marah pada seorang wannabe actor yang hendak jadi Hang Tuah, atau Hang Jebat sebab sekali makan 5 pinggan! "Itu bukan gagah, itu gelojoh bodoh!!", bentak Ahmad Nisfu kepada pelakon itu tadi bersama Assistant Directornya. Kemudian Assistant Director tadi mengambil pelakon tadi sebagai Hang Kebun. Mungkin layak digelar Hang Kebun sahaja pada calun PAS itu sebab rakyat memang tak suka padanya dan suka pada Isa Samad. Itupun Zulkifli ni tak faham??
diambil dari sini

Lagi satu yang dipersalahkan ialah BN menang sebab undi Pos. Mereka menyatakan bahawa undi Pos memang semua pangkah BN, maklumlah tentera pasti menyokong kerajaan. Tetapi sudah lupakah pada PRU ke 12 tahun lepas majoriti yang diperoleh BN hanya 2 ,333?. Jika betul undi Pos automatik menyokong BN, sudah pasti majoritinya menjadi lebih tinggi. Ini bermakna, ada juga undi Pos yang mengundi pembangkang ketika itu.

Baca selebihnya ulasan pembangkang menghentam dan mempersalahkan rakyat di sini.

Bila kalah terpekik terlolong macam sasau. Tak pernah nak cermin diri sendiri yang banyak cacat-cela dan kekurangan, masih senang hati nak salahkan orang lain atas kegagalan diri sendiri.

Monday, October 12, 2009

Bagan Pinang: Alhamdulillah dan Tahniah!! BN menang besar, PAS tersungkur



Alhamdulillah..Allahu Akbar!! Tahniah kami ucapkan kepada Tan Sri Isa Samad di atas kemenangan besar di Bagan Pinang. Kemenangan ini sudah pasti hasil dari kerja keras Tan Sri Isa dan seluruh jentera pilihanraya..dan ini adalah kemenangan semua yang terlibat tak kira dari peraih undi, penggantung banner dan poster, tukang buat air, tukang tolak kerusi roda..pendek kata semualah yg terlibat..anda semua sepatutnya mendapat tepukan gemuruh kerana berkat dari usaha anda semua, UMNO dan Barisan Nasional berjaya mengalahkan musuh rakyat di Bagan Pinang iaitu PAS dan Pakatan Haram pembangkang dengan majoriti besar.

Di manakah Azmin Ali (amboi, amboi, amboi..) yang menyatakan Tan Sri Isa sebagai surat khabar lama dan dia juga mengatakan bahawa UMNO telah memperbodohkan pengundi Bagan Pinang..ternyata Azmin bukanlah pejuang rakyat kerana rakyat mahukan Isa walau apa pon diberi gelaran oleh Azmin amboi dan gerombolan Pakatan Haram lain. Dengan majoriti yang besar, iaitu 133% peningkatan dari P/raya ke 12 pada 2008, UMNO menjadi pilihan rakyat di Bagan Pinang, bukan PAS, bukan Pakatan Haram mahupun Anwar Ibrahim.

photo credit to mstar dan bernama

Namun, perjalanan masih jauh, walaopon menang besar di Bagan Pinang, UMNO dan Barisan Nasional tidak boleh terus berehat. Perjuangan membela rakyat di Bagan Pinang harus dilaksanakan segera agar segala janji yang diutarakan sebagai kempen dapat dilaksanakan sesuai dengan saranan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ulasannya mengenai kemenangan BN.

Thursday, October 8, 2009

PAS sokong kafir peralat ayat suci Al-Quran

Cuba lihat di belakang Gobalakrishnan (minit 1:16) ada seorang muslim yang hanya tergelak apabila Gobala membaca ayat suci Al-Quran. Wajarkah dia hanya gelak??

Ini lah hasil dakwah dari ulama-ulama PAS apabila ayat al-quran sewenang-wenang dilacurkan. Bukan sekali, tetapi sudah berkali-kali ia digunakan oleh orang-orang kafir dalam Pakatan Haram dan tidak pon ditegur oleh pemimpin beragama Islam baik dari PKR mahupun PAS. Salahuddin Ayub menyokong tindakan Gobalakrishnan menggunakan ayat-ayat Al-Quran dalam ucapannya dengan alasan orang-orang kafir di negara Barat juga banyak membaca ayat-ayat al-Quran. Tetapi di manakah akalnya si Salahuddin apabila membenarkan orang kafir menggunakan ayat suci Al-Quran semata-mata untuk meraih undi dan bukan untuk dia mentelaah dan belajar tentang kesucian agama Islam?? Lebih teruk lagi kafir seperti Gobala menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran untuk menjatuhkan umat Islam yang lain??

Saudara-saudara sekalian, kita tida sepatutnya membiarkan ayat-ayat suci Al-Quran ini sewenang-wenang dipermainkan oleh mereka dan ada pula saudara semuslim menyokongnya?? Jika perkara ini berlaku di negara-negara Arab seperti Yemen mahupun Arab Saudi, mungkin si pelaku akan kehilangan nyawa, berbeza dengan bumi di Malaysia ini yang majoriti umat Islam tetapi segelintir sanggup menyokongnya hanya kerana inginkan kuasa. Bayangkanlah pula jika Pakatan Haram ini berkuasa?? Mungkin banyak lagi penghinaan terhadap agama Islam akan dilakukan dan PAS tidak akan menegur mahupun mengkritik apa tah lagi menghalang demi kuasa politik. Masih ingatkah lagi dengan cadangan seorang Muslim bernama Khalid Ibrahim untuk menggunakan duit zakat untuk mentadbir negeri Selangor??

Ingatlah hadis ini, daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a berkata: Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda “Kamu akan mengikuti jejak langkah umat sebelum kamu,sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun akan kamu mengikuti mereka”. Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka”. (H.R. Muslim)

Persoalannya, adakah PAS termasuk dalam golongan yang diperkatakan oleh Rasulullah ini??Fikir-fikirkanlah.

Wednesday, October 7, 2009

Kenapa DAP bersungguh-sungguh mahukan orang melayu jadi ahli - Noh Omar


Dato Hj Noh bin Omar mengulas mengenai kesungguhan DAP menarik lebih ramai ahli Melayu. Dari www.kitagempur.com.

Ulasan Ikrar Pemuda:

Orang Melayu seharusnya memikirkan apa yang telah diperkatakan oleh Dato Hj Noh Omar ini. Kekuasaan orang Melayu seharusnya diletak pada orang Melayu yang jati dirinya tebal, pegangan agamanya tinggi. Lihatlah apa yang telah terjadi di negeri Perak, ketika Nizar menjadi MB, Nizar ibarat boneka yang dikawal gerak geri dan segala tindakan oleh DAP. Orang Melayu seharusnya melihat sesuatu perkara bukan dari segi luaran, tetapi di sebalik apa yang ditonjolkan. Orang yang berserban tebal, berjubah putih tidak pasti lagi bila mati nanti masyuk syurga. Begitu juga dengan Parti DAP, walaupun parti itu bukanlah berasaskan kaum dari segi perlembagaan, tetapi perlaksanaan dasar parti itu menjurus kepada satu kaum sahaja iaitu kaum Cina. Meramaikan keahlian Melayu di dalam DAP ibarat melahirkan ramai lagi Melayu seperti Nizar.

**layari blog Dato' Haji Noh Omar di Hati Malaya