f July 2009 ~ Ikrar Pemuda

Wednesday, July 29, 2009

Sifat sebenar pemimpin Pakatan Rakyat

Sebagai seorang pemimpin Islam, wajarkah kita tunduk dan sembah...atas sebab penghormatan kepada mendiang sekalipun??...fikir-fikirkan lah..



cuba tengok mamat yang berkopiah kat bahagian belakang...kenapa dia tak tunduk???kenapa anwar, azmin dan salahudin ayub tunduk sembah???hanya kerana nak kuasa, mereka-mereka ini sanggup mempermainkan akidah masing-masing..

Lagi sorang ni lain la pulak pe'elnya...dia adalah presiden PAS. Parti Islam SeMalaysia. Cita-cita mereka adalah memerintah secara Islam. Namun, jika dibaca laporan Malaysiakini dibawah ini adakah layak mereka ini membawa nama Islam??

Nasha berkempen di Manek Urai

Jimadie Shah Othman

Jul 11, 09
12:18pm

Akhirnya, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa muncul juga di Manek Urai dan berkempen membantu calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah mulai hari ini.

Beliau tiba di Kelantan jam 9 pagi tadi dan turut serta dalam solat Dhuha bersama Mursyidul Am PAS dan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah.

Majlis sembahyang solat Dhuha itu diadakan di Sungai Peria, Manek Urai.

Nasharuddin dijadual menghadiri taklimat mengenai kempen pilihanraya di markas induk PAS Manek Urai pada jam 3 petang tadi.

Malam tadi, dalam ceramahnya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, timbalannya itu "uzur" dan tidak dapat datang membantu kempen calon parti itu di Manek Urai.

"Itu (disebabkan) uzur. Kalau dijemput pun (beliau) tidak boleh hadir, uzur," kata Abdul Hadi yang pertama kali turun berceramah di Manek Urai.

Presiden PAS itu diminta mengulas misteri "kehilangan" Nasharuddin setelah kempen pilihanraya masuk hari kelima.

Semalam, terdapat ura-ura Nasharuddin - yang ditegur Nik Aziz berhubung isu kerajaan perpaduan - telah tiba ke Kelantan.

Beliau dijadual menghadiri perhimpunan bantahan peraih dan pemborong ikan di Pasar Laloh (foto) bersama Nik Aziz petang semalam.

Bagaimanapun, sehingga program berakhir lewat petang semalam, timbalan presiden PAS itu tidak kelihatan.

Mengulas lanjut perkara itu, Abdul Hadi berkata, timbalannya akan turun padang mulai hari ini dan enggan berehat walaupun baru lepas menjalani pembedahan usus semalam.

"Beliau tidak mahu berehat, mahu turun ke padang," katanya.

Cabaran Umno

Sementara itu, ditanya soal cabaran Umno supaya PAS membuktikan parti Melayu itu tidak Islam, Abdul Hadi berkata: "kita tidak boleh menentukan akidah seseorang".

"Apa yang penting, sikap dan tindakan (mereka) mestilah bersifat Islam. Kita berhadap saudara-saudara kita daripada Umno kembali ke pangkal jalan.

"Kita adalah satu bangsa, satu agama ... Kita mestilah melaksanakan Islam sebagaimana (diperintahkan) dalam al-Quran dan Hadis.

Dalam ucapannya sebelum itu, Abdul Hadi yakin PAS akan sekali lagi menang di kerusi DUN Manek Urai - yang dipegangnya sejak tahun 1959 dan hanya kalah sekali kepada BN pada tahun 2004 sahaja.

"Semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat yang pakai molek,undi PAS," katanya.
Hadir sama berceramah ialah ahli jawatankuasa PAS Pusat Mohamad Sabu di Chucoh Puteri.Mohamad dalam ceramahnya sebelum itu yakin, sokongan padu terhadap calon PAS daripada pengundi yang menetap di luar akan memastikan PAS mendapat lebih daripada 2,000 majoriti kali ini.


Kenapa dia nak hina orang Sarawak??Hanya kerana tak mengundi Pakatan, mulut terus jadi cabul dan tak hormati sensitiviti masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Adakah ini ajaran Islam?

Rentetan dari peristiwa ini, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu telah meminta agar Haji Hadi meminta maaf atas kenyataannya itu. Namun, bila syaitan dah bersarang di serban, keangkuhan jadi pegangan, Haji Hadi tidak minta maaf, sebaliknya menyalahkan BN kerana memutar belitkan kenyataannya. Padahal, laporan di atas dipetik dari Malaysiakini, portal yang memang kita tahu adalah pro pembangkang.

Inilah dia antara sifat-sifat pemimpin PR, dan yang paling memalukan mereka ini adalah orang Melayu dan beragama Islam. Sama-sama kita nilaikan.

Tuesday, July 28, 2009

Selangor...Apa Dah Jadi??


Selepas lebih setahun Pakatan Rakyat memerintah di Selangor, terdapat pelbagai kontroversi telah berlaku. Isu-isu yang menjadi kontroversi amatlah mendukacitakan rakyat Selangor, kerana pelbagai janji-janji manis sebelum PRU ke 12 tidak tertunai. Setakat ini janji yang tertunai adalah hanya air percuma (Penghuni rumah pangsa masih ramai tak dapat). Dengan adanya diskaun air ini, pendapatan negeri Selangor secara logiknya bakal menyusut kerana harus membayar diskaun bayaran air yang dikenakan. Bekas Menteri Besar Selangor, Dato Seri Dr Khir Toyo ada menyatakan perihal ini dan menyatakan Selangor bakal bangkrap jika pendapatan negeri Selangor terus menyusut.

Namun, apa yang kita lihat, lebih banyak kontroversi yang dipaparkan oleh Pakatan Rakyat di Selangor dari menunaikan semua janji-janji mereka.




Banyak lagi isu-isu yang tidak sepatutnya berlaku, akan berlaku di Selangor contohnya penggunaan wang zakat untuk pentadbiran negeri Selangor sepertimana yang dicadangkan oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim baru-baru ini. Sepertimana yang sedia maklum, negeri Selangor adalah negeri yang paling maju dan paling kaya di Malaysia. Saban tahun, ramai pelabur-pelabur datang melabur ke negeri ini yang senantiasa mendatangkan bilionan wang masuk ke negeri ini.Agak menghairankan jika kewangan negeri Selangor terpaksa ditampung oleh wang zakat negeri Selangor yang sepatutnya disalurkan kepada asnaf-asnaf miskin beragama Islam di negeri Selangor sahaja. Wakil PAS di dalam kerajaan negeri Selangor diam membisu seribu bahasa berkenaan hal ini yang membuktikan mereka bukanlah pejuang Islam yang sebenar. Mereka hanya menggunakan agama Islam untuk mendapat pangkat dan kekayaan di bumi Selangor ini.

Sekarang ini timbul pula berkenaan penglibatan gangster dalam pentadbiran negeri Selangor. Kematian Teoh Beng Hock, pegawai khas ADUN Seri Kembangan mengeruhkan lagi keadaan dan ada juga yang menjadi hero dan jaguh dalam isu ini antaranya Anwar Ibrahim dan juga wakil-wakil rakyat DAP. Apa pun siasatan sedang berlangsung dan apa sahaja keputusan nanti harus diterima dengan hati terbuka, dan moga-moga Insya Allah, kebenaran akan terserlah jua.